Thursday, May 12, 2011

Sifat-Sifat Mahmudah # Taubat



Assalamualaikum.

apa kabar? mudah2an sentiasa dibawah rahmat Allah..insyaAllah.

okeh korang tentunya inginkan perubahan dan kebaikan yang lebih dalam diri kan??

hari ini insyaAllah aku akan berkongsi serba sedikit SIFAT2 MAHMUDAH(TERPUJI)

mahmudah adalah perbuatan baik dan disukai oleh ALLAH....
bestkan? kalau kita sentiasa buat baik pada Allah?

menurut Imam Al-Ghazali sifat mahmudah ada 10.
aku akan ceritakan sedikit demi sedikit...

:: Taubat::

taubat adalah keazaman untuk meningalkan segala kesalahan dan dosa2 besar dan berjanji tidak akan mengulanginya.


sebagai manusia biasa kita sudah tentu membuat kesalahan. tipu la kalau tak pernah buat salah. itu semua lumrah kehidupan. renung2kan la ...kesalahan kita dngn manusia boleh mohon ampun dan maaf. macam mana dosa kita dengan Allah....????dengan jalan bertaubat sahaja kita boleh menghapuskan. sama ada banyak atau sedikit itu semua urusan Allah.. dan ingtlah pintu taubat sentiasa terbuka dan akan terbuka sehingga kita menghembuskan nafas terakhir. dan selepas tu taubat mu tidak berguna lagi.

Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang mukminin,semoga kamu mendapat kemenangan (surah an-nur ayat 31)

Cara bertaubat
::menyesali perbuatan jahat
::perbanyakkan istighfar
::bertahmid
::berzikir
::berwuduk
::solat sunat taubat
::berazam tidak menggulaginya lagi

insyaAllah Allah akan menerima taubat kita...mudah2an.

tak payah la nak tggu nak periksa ke. nak temuduga ke..dalam kesusahan ke baru nak bertaubat... tapi kita bertaubat sentiasa kerana

MATI TIDAK PERNAH TUNGGU SAMADA KITA DAH BERTAUBAT ATAU BELUM.


"Hamba Allah yang menderhaka atau berdosa, jika dia bertaubat dan memperbanyakkan amalan soleh, nescaya taubatnya akan diterima Allah SWT"

jom kita bertaubat selagi ada waktu dan nyawa dijasad.

aku nak kongsikan lirik ini dengan korang.

RAIHAN-Tuhanku

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat


wassalam

4 comments:

Amirah Syahirah said...

susah nakjadi individu muslim yang baik. yang penting usaha, insyaAllah :)

Unknown said...

yezza..terima kasih....tapi tak bermakna kita takda peluang untuk jadi muslim yg baik..=)

Amirah Syahirah said...

nak jadi muslim yang baik tu la yg payah. nak berubah ke arah tu sangat la byk halangan. haha XD

Unknown said...

yup3....takpe...kita kikiskan siket demi siket halangan tu..insyaAllah kita boleh...Allah kan ade...=)

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa