Sunday, April 24, 2011

LepasKan TenSion


Assalamualaikum..

haaaaa...dah lepas abis jawab paper final ni..mula la nak buat aktiviti siket.. nak release tension.

paper pertama aritu ECW (water) memang superb soalan dia..aku pon 50/50 la untuk paper ni..

puas main air, jawap pulak paper ECG (soil) soalan ni susah jugak..tapi tak sehebat water..insyaAllah aku boleh jawab..

sebelom ari selasa ni paper Math,building services dan last jumaat ni paper structure ..kami bercuti sekejap di Tekam resort...semata2 nak main air.bukan sebab kat rumah takde air ya.tapi teringin nak mandi kolam..hehhehe..

kami pegi 2 kereta....so smua skli ade 8 orang...hehhee...


macam biasa gambar tuan blog menjadi penyeri kali ini...ade seri ke???ahahaha



ni dua kawan aku yang xcited nak mandi kat sini...hiihihihi....



aku lagi...dgn kawan merangkap cikgu renang aku..kuang2...


tengah nak mandi manda ni la idea pelik datang...nak tau ktorg buat ape??
fikirkan strategi...
meh...



asas pertama...4 org kat bawah tu...


ini dia tingkat ke 2...tgok bawah ni ade lagi...


ha..ha..ha... tu dia orang paling ringan dah naik...


haaa...ni dia..jadilah water monument from EC110 4I...kuang2...


6 bujang pingitan 1 berpunya....hehehhehe....


sampai situ je aku nak cerita...huh...aku nak tido pulak...sok nak bngun awal gila...nak study...=)...

Saturday, April 23, 2011

Rindukan Kebaikkan


Assalamuailaikum.

Rindu tu adalah satu perasaan yang dianugerahkan oleh Allah bagi memulakan rasa cinta..=)
rasa rindu ni kita tak dapat nak kuasai dan mengawalnya..klu tak senang2 je kita nak rindu orang kan? Hebat tak Allah.. perkara sekecil2 ini dia ciptakan untuk hambanya..

tipu la kalau orang tak pernah rasa rindu..rindu tu jugak adalah rasa cinta yang lebih..
korang tau tak? rindu ni ade dua jenis.

:: rasa rindu yang disertai kesucian dan kebaikan.
:: rasa rindu yang penuh kehinaan dan kecelaan.

cuba kawan2 fikir apa yang kita rindu selama ni?

hmmm..

hmmm..

hmmm..


fikir dah?

blom?

okeh aku nak bg tau.

korang pernah tak ade kawan bagi tau .

" aku rindu la nak dengar ko bawak bacaan Yassin, aku rindu gak nak jadi makmum kau"

dan korang bandingkan dgn......ni...

"aku rindu lah dengan kereta kau, aku rindu jugak nak tgok kau nnyikan aku lagu 3 kupang untuk aku.."


apa yang anda dapat bandingkan? kalau kaum yang berlainan ckap mcam tu kat anda?

yang mana lebih elok? dan korang nak?

::tepuk dada tanya hati::

walaupon rasa rindu ni adalah perasaan yang disembunyikan..dan kadang2 orang tak tau pon...lain la korang bagi tau...

"rindu la kat awak, rindu la kat kucing awak" haish

bajet orang akan rasa rindu balik la kat korang? takdenye..=)

(apa yang aku mengarut nie?)

okeh straight to the point je.

apa yang dikatakan rindu yang disertakan kebaikan dan kemuliaan..

contohnya
;;rindu akan Allah
;;rindukan Nabi Muhammad
;;rindukan Syahid fisabilillah
;;rindukan kepada perbuatan yang baik
;;rindukan solat rindukan bulan ramadhan

YaAllah. bestnya kalau kita sentiasa rindukan perkara2 diatas tu. tapi masalahnya rindu kita tak pernah berterusan..dan ade jugak yang tak pernah rindu.

macam mana pulak nak pupuk rindu benda yang baik ni? senang je..perbuatan kita perlu lah ikhlas dan berbuat dengan bersunguh2 dan istiqamah.

apa pulak rindu yang disertakan kehinaan dan kecelaan?
tentunya
::rindu perbuatan yang jahat
::rindu perkara yang tak elok

macam mana nak hilangkan rasa rindu kepada orang atau perkara yang tak sepatutnya?
perbanyakkan amalan sunat, senantiasa mengingatkan Allah. buat solat sunat taubat. istiharah. mintak petunjuk Allah..


tanamkan dalam hati ni kawan2..rasa rindu yang tinggi pada Allah...dan rasa rindu pada Nabi Muhammad. kadang2 kita tak sedar kita dah merindui kekasih kita lebih dari segalanya yang belum tentu jadi istri/suami kita nnt.

mana yang dah terasa tu..meh la kita berubah.. yang agak2 tak terasa tu..aku doakan kawan berubah..=)

walaupon ianya satu perkara yang simple..ape je an.."rindu"...takpe la..tapi ingat la..kesannya amat la besar...=)

sebelom aku tggal kan korang arini..meh dengar lagu ni..by Hijjaz-rindu =)





::wassalam

MARAH

Assalamualaikum
korang manusia an?? manusia mesti ade perasaan MARAH tu an??
tapi ade ke yang tak reti marah??


"sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari"
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)

kali ni blog aku diserikan dengan tajuk Marah.
berseri ke marah tu?
korang tngok bawah nie

handsome ke muka marah ni?? huduh tau tak..kalau senyum kan comel

macam bawah nie




tenang je jiwa..=)

lagi satu macam nie..



ha kan manis..=)


apa tu marah?
seperti yang sedia maklum la. marah ini adalah satu perasaan yang ada dalam diri dan menyebabkan ketidak puas hati yang amat.
mesti korang kate an?
"ala normal la marah2 ni, dah orang buat salah, marah la.."

yezza mmg betul tapi tak semua kesalahan kita patut marah..cube kita cool je..kan bagus..si lelaki nampak releks dan si gadis nampak comel. tak gitu?

ape yang menyebabkan marah ni sebenarnye?
::rasa tidak puas hati atas sesuatu
::maruahnya dicabar
::hak atak kehendak tidak ditunaikan
::berebut sesuatu perkara atau kepentingan
::ingin mempertahankan perkara yang benar walaupon terang2an bende tu salah
::sikap ego yang tggi

::korang rasa semua bende boleh selesaikan dengan marah?
tapi kadang2 perkara yang kecil boleh jadi besar..





ha besar kan?? hijau lagi ni..nak ke jadi mcm nie?

sesunguhnya marah ini penyakit hati kawan.. kita kne elakkan.. syaitan si penghasut sentiasa menyalakan api kemarahan kepada anak cucu adam..dia dah janji dah...korang dah tau an?

tapi takkan korang nak kawan ngn syaitan?
bila tanye, kate taknak...
tapi dibuat jugak...
tak patut2..
kalau kita marah macam2 boleh berlaku kawan
marah boleh, tapi ade batasnye.
akibat kemarahan
::ada hasat dengki
::mengumpat dan mengata
::memfitnah
::pergaduhan
::ada yang sampai berbunuhan

YaAllah, ade yang sangup berbunuh??
yezza...ade la kawan..meh aku nak cita

pergaduhan si anak adam qabil yang sangup membunuh habil kerana merebut iqlima..sebab dia ni cantik.. so si qabil ni dia iri hati sehingga sangup membunuh adik beradik nye sendri sebab tak dapat berkahwin ngn kembarnye sendiri...dan terjadilah peristiwa pembunuhan pertama di dunia ni..
...mintak dijauhkan lah...

Islam sudah mengajar kita cara yang terbaik untuk memadamkan api kemarahan.
:: berwuduk lah kamu kerana syaitan amat kalah dengan air wuduk dan api boleh dipadamkan dengan air..=)
:: kalau korang tengah berdiri ambil la keputusan untuk duduk...tenangkan hati dengan perbanyakkan selawat.
::berbaring lah kamu kalau ketika sedang marah..insyaAllah tenang je hati
::amalkan juga surah "toha" ayat 1-5

ISLAM TERBAIKKKK!!!!!

jalan dah ade...korang lalu je la kalau nak..kalau taknak korang rugi...

hmm
patut ke korang marah kalau kita tak dapat ape yang kita mintak?
>>tak patut la an..sbb mmg la kita tak dapat sekarang tapi mungkin satu hari nnt..
patut ke kita marah kalau result peksa tak cemerlang?
>>tak patut...sbb mungkin ada hikmahnya. usaha lagi..kejayaan lagi terasa kemanisanya sekiranya kita melalui kepahitan kegagalan..
patut ke kita marah kalau makwe/pakwe korang kene rampas?
>> mmg tak patut la kawan..sbb bukan jadi istri lagi pon. bukan dia sorang je ade kat dunia ni..kan boleh cari lain..jangan risau..jodoh tu ada untuk kita.

patut ke kita marah kalau agama, nabi, al-Quran, bangsa dan negara kita di persendakan?
>> korang rase patut ke? bg aku mmg patut kita marah ini melambangkan kebencian pada penindasan dan keburukan orang.

fikir la molek2 siket.. dah ade akal Allah bagi yang terbaik untuk kawan sume..jadi gunakan dengan sebaiknya.. kadang2 kita ni perkara yang baik kita tak marah, perkara yang tak patut marah tu la yang kita marah.. takde sensetiviti langsung.. ops...marah ke?? jangan marah nanti kene jual..hehhe..

sesunguhnya sifat marah ini daripada percikan api neraka. jadi padamkan ia sebelum memakan diri.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa'nah (sebelum keislamannya) , datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid dtg dgn penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dgn senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

"aku dan dia(zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dgn baik dan menyuruh lelaki tadi(zaid) meminta dgn cara yang baik"

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sbg tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.

Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

pupuk sifat sabar yang tinggi dalam hati ..."sabar tu kan separuh dari iman" kan2?

jadi senyum2 selalu. jangan marah2. cool je eah

::siapa tenang dia menang::





Thursday, April 21, 2011

Jom Join Give Away Aimi !


Assalamualaikum

Jom Join Give Away Aimi !



tuan contest ni kata an..:

waa cm best jer tengok dowg wat GA ,
nak try jugak..
tp takot takde sambutan jaa --''

peringkat pertama nak wat GA ni.. so adiah dy biasa biasa jaa.. bole tak ?

adiah adiahnya ;

pertama --> top up rm30

ke dua & ketiga --> rm10

ke empat --> selendang , ( kalo dpt dekat laki , sila sila bg dekat mak , makcik or kakak or adik korg ke )..

ke lima & ke enam --> top up rm3 :p

ke tujuh & ke lapan --> percuma header & masuk dalam bloglist saya okay ? ^^

ke sembilan & ke sepuluh --> masuk bloglist saya tapi tak dapat header ;p

ke sebelas & ke duabelas --> blog review beserta komen dr saya :)

**entry pilihan cikPuan blog Aimi --> top up rm20** ( ni undi dicabut oleh saya sendiri )



update :: yang tak berjaya mndapat tempat 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 & 12 , jangan risau , nanti saya jadi follower korg eaa , & komen banyak banyak okay ?tanda penghargaan sebab join ^^

syarat syarat nak join GA ni :

- letak entry tajuk : Jom Join Give Away Aimi !
- letak banner di atas dlm entry korg
- letak dekat side bar jugak.. kalo takde , kira terbatal dgn sendiri okay ?
- follow blog saya sebab senang korg nak tgk update , tp taknk follow , tak kisah ^^
- tag 2 rakan yg ade blog ^^

okeh aku nak tag 2 kawan aku nie.llki dan perempuan.=)

22 mula ngn "S"

- tarikh tutup 30 APRIL 2011
- last one : letak link url entry korg dekat komen saya okay , jangan letak dekat SB.

oke sape nak join meh la ye..jangan malu jangan segan...

::wassalam::

Wednesday, April 20, 2011

FACEBOOK, rakan atau musuh?

Assalamualaikum.

facebook.. sape tak kenal ape itu facebook? atau dalam bahasa melayunya "bukumuka". orang pelik kalau korang takde akaun facebook. bila berjumpe sahabat baru atau kenalan dari tempat kerja atau belajar. orang akan bertanyakan "facebook ko ape? aku nak add" mesti punye. facebook juga sudah seperti satu keperluan setanding handset kereta atau motor...hahahhaa...wajib eak?



apa motif kewujudan facebook?
Facebook helps you connect and share with the people in your life. inilah yang dibawa oleh mereka bagi mengajak anda semua join facebook..its simple but kemudah2an yang diberikan membuatkan pengunanya selesa dengan teknologi sosial.

tapi korang tau apa motif sebenarnya?


ape yang aku nak bincangkan sekarang ni adalah. adakah medium komunikasi yang baru ini rakan atau musuh kita?
aku diberi tahu hukum melayari facebook ini adalah harus dan jika kita jadikan facebook ini sebagai tempat membuat dosa. jatuh hukumya haram.sumber .
(ustaz ahmad syauqi)

baiklah kita kupas sikit demi sikit. apa yang dikatakan harus:
facebook dijadikan sebagai tempat mengisi masa lapang, mencari rakan dan menghubungkan silaturrahim. selain itu sebagai tempat berdakwah atau berkongsi ilmu. ha ...kan cantik tu. kita dapat pahala yang berterusan kalau orang share ilmu yang kita kongsi tu. insyaAllah akan diberkati...amin.


apa yang dikatakan haram:
apabila facebook dijadikan tempat mengutip dosa. menyebarkan fitnah memberi tahu hal yang tiada, mengutuk sesama sendiri, mengumpat mencaci. selain itu gambar2 yang tak menutup aurat diupload di facebook. gambar2 manja gambar yang tidak sempurna. ianya akan menyebabkan dosa berjalan 24 jam.

bijak orang yahudi memperdayakan umat islam untuk membuat dosa? bijak kan?

bijak tak kita kalau kita buat apa yang mmg yahudi inginkan kita lakukan? nope..sunguh tidak bijak.

jadi apa yang perlu anda buat?
kita fikir satu2 kita cek satu2 gambar apa yang kita upload?.
kita cek bahasa yang kita gunakan dalam facebook tu.
adakah kita membuang masa dengan perkara yang sia2?

jom kawan kita tuka balik supaya jadi yang ini.

ayat yang mengigatkan kita pada Allah.

gambar yang menceritakan keindahan ciptaan Allah

masa hanya digunakan untuk cek notification dan perkara yang berfaedah.

kan terbaik!!!!

korang nak tau tak sejak ade facebook ni banyak hubungan antara manusia semakin runtuh..

suami istri bercerai sbb facebook
adik beradik boleh begaduh
psngn kapel boleh putus..

smua kerana jeles. wah patut ke semuanya berlaku. tak patut. bila dah jadi mcm ni siapa yang perlu dipersalahkan?? korang fikir la sendiri.

sesunguhnya tulisan senjata penulis. disebabkan penulisan yang kurang bermoral lah manusia boleh jadi haru biru, kacau bilau. jadi fikir2kanlah kawan kalau korang nak menulis.. pastikan ianya dengan berhikmah dan baik.=)

dan ingatlah jauhilah daripada jarum kufar yang tidak henti menyesatkan kita
kerana kedengkian dan kegelapan hati itu akan menyebabkan ianya tidak pernah padam dan putus asa.

selamat hari rabu

p/s: esok first paper, doakan aku eah.=) korang memang baik.

..wassalam..

Saturday, April 16, 2011

SEM 4 dah abis la we...




Assalamualaikum.

semalam yang bertarikh 15 April 2011 bersamaan 12 jamadilawal
tamat la sudah aku belajor sem nie. macam2 aku dapat,penglaman baru, kawan baru,gitar baru,kereta baru. macam2 la baru..(tipu belaka)
... Alhamdulillah...

kepada lecturer2 yang dah aja aku
haipppppppppp!!!!! toink2.. (tabik spring)


special thank to :
Sir Shahrul ( structure mechanics)
sir mawardi (lab building service)
miss asmaliza ( lab water & theory water)
mdm maslina & miss eja (lab structure mechanics)
miss aishah (calculus 3)
miss arzwin ( theory building service)
mdm noraida (theory soil mechanics)
miss asmidar (lab soil mechanics)

terima kasih sbb dah bg ilmu sem nie. dan jumpe lagi sem depan.. mintak ampun mintak maap kalau saye kat kelas degil datang lambat n tak g kelas (gila degila aku)..=P.
mintak dihalalkan semua ilmu...=)


tadi berakhirnya exam MUET Alhamdulillah boleh jawab (tapi tak tau la betul ke tak) muahahahhaa.... tapi aku nak share somthing. tiba2 je ade nama aku keluar untuk listening paper tadi.. member2 aku dah suke2 sorang..hampeh.. kalau aku yang ckp macam tu..perhh..mmg superb la orang kate.. cair speaking ... ape2 pon good luck for examiner to right my paper... jangan serabot sudah...=)


chop2 kelas memang dah abis.. tapi cuba korang tengok atas ni...tu tu... banyak nak kne study tu..sape yang jadi mangsa?? aku la ni... sekarang dah masuk study week... so minggu belajar la...(harap2 nama minggu ni sama dengan tuanye jugak) hahahhaa...



tup tap tup tap ha dah nak final pon aku. tak lama lagi aku dah balik rumah.. sape nak jawab exam tu nnt?? aku la orang nye.. so aku kene study sebab misi pon makin sukar.. carry mark pon nak keluar..stakat ni satu paper aku fail...( gya bg tau mcm nak lagi je) hahhaa...nauzubillah..

ape2 pon kepada kawan2 yang kat luar sane (ko la yang baca blog aku nie) kalau ade exam, aku ucapkan selamat maju jaya. study smart do not study hard payah nnt korang..

kepeda clasmate n housmate aku mintak ampun mintak maaf di hari sabtu ini kalau ade salah dan silap dalam pertuturan ade amik sabun ke rembat aiskrim bantai telur korang.. silap perangai pelik ke...kalau ade terambik pemadam ter rembat pembaris mintak dihalalkan.. semoga korang diberikan jalan yang mudah untuk menjawab exam nanti...

to my classmate:

Asyraf
ain
wear
fahmi
amin (romate)
Afiq
erry
shah
epul
ma
hasif
ko

mira
sarah
jannah
pipah
nik
sapira
ana
mimi
mai
syikin
wani
reha

dan semua student civil engineering

...good luck and All the best for final...

kepada blogger jugak aku nak mintak maaf kalau aku silap taip...=)

..wassalam..

Tuesday, April 12, 2011

TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS

TARIAN POCO-POCO SECARA ASASNYA HARUS
sumber dari : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

S.S Mufti Perak, Ybg Tan Sri Harussani telah mengharamkan tarian poco-poco atas asas ia berasal dari agama lain yang berunsur pemujaan ruh dan bercirikan agama Kristian. Pihak beliau mungkin ada alasan yang tersendiri. Namun, dengan menghormati hak Negeri Perak, S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, izinkan saya ingin memberikan pandangan mengenai hal ini. Ini kerana bimbang prinsip asas Islam disalahfahami oleh sesetengah pihak yang lain. Berikut perkara yang perlu difahami oleh kita;

i. Pada asasnya, semua urusan harian (daily life) dalam kehidupan manusia yang membabitkan persoalan keperluan atau kepentingan hidup insan adalah harus dilakukan KECUALI jika terdapat dalil yang jelas mengharamkan hal tersebut. Maka, segala bentuk senaman, tarian, makanan, perhiasan dan seumpamanya adalah harus atau dibolehkan melainkan ada bukti yang jelas dari nas syarak ia diharamkan, atau dimakruhkan.

Justeru itu, Nabi s.a.w tidak mengharamkan banyak budaya Arab yang memberikan faedah kepada insan secara langsung atau tidak langsung, antaranya; nyanyian dan gendang semasa perkahwinan. Dalam hadis al-Bukhari:

Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka Nabi bersabda: “Wahai ‘Aisyah! Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”. Hadis menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan hiburan yang menjadi amalan dalam sesuatu masyarakat.

najib-poco2.jpg

- Gambar Hiasan

ii. Cumanya, jika ada unsur yang tidak baik, baginda Nabi s.a.w menegur atau menapisnya. Sebab itu apabila baginda Nabi s.a.w mendengar wanita menyanyi dengan lirik

“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok”. Baginda bersabda: “Jangan engkau kata begitu, katalah apa yang engkau katakan sebelum itu” (Riwayat al-Bukhari).

Ungkapan dalam lirik tersebut yang menyatakan bahawa Nabi s.a.w mengetahui apa yang akan berlaku esok adalah salah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Maka, Nabi s.a.w membetulkan lirik itu, tetapi tidaklah pula mengharamkan nyanyian atau lirik lain yang tidak bercanggah dengan akidah atau hakikat yang sebenar.

iii. Muslim hendaklah tahu tentang keluasan Islam dalam hal ini. Nabi s.a.w apabila mengizinkan hiburan pertunjukan permainan pedang dan lembing dalam masjid pada hariraya, baginda menegaskan:

Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam. Apatah lagi kita yang hidup dalam masyarakat yang serba rencam dan pelbagai cabaran ini.

iv. Atas asas ini, -pada pandangan saya- tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah. Jika setakat tarian kesihatan atau biasa tanpa sebarang kepercayaan yang salah, atau dicampuri perbuatan yang salah seperti arak, seks bebas dan seumpamanya, maka ia dibolehkan dari segi syarak dan tidak wajar diharamkan. Jika ada unsur yang salah, hendaklah dibuat seperti Nabi s.a.w iaitu membuang unsur yang buruk dan meninggalkan unsur yang baik.

v. Jika tarian poco-poco diharamkan atas asas asal-usulnya yang tidak islamik, sekalipun yang mengamalkan tidak meniru atau beriktikad perkara yang salah, maka nanti akan membawa kesan diharamkan aktiviti lain yang mempunyai latar yang tidak Islamik juga seperti tai-chi, chi-kung, kata tae-kwondo dan pelbagai lagi.

vi. Untuk itu, dengan menghormati S.S Mufti Perak dan Jawatankuasa Fatwa Perak, saya ingin menyatakan pandangan yang berbeza iaitu poco-poco yang tidak diamalkan dengan kepercayaan yang salah adalah diharuskan. Adapun, jika dilakukan dengan kepercayaan yang salah, atau diiringi perbuatan yang haram seperti arak dan seks bebas, maka kepercayaan dan amalan yang salah itu wajib dibuang, tarian yang memberikan kebaikan kepada kesihatan itu diizinkan.


untuk mendapatkan banyak lagi ilmu tentang hukum islam layari drmaza.com.. selamat beramal.=)

_:wassalam:_

Sunday, April 10, 2011

Rezeki dari Allah

Assalamualaikum

Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Katakanlah: "Apa yang di sisi Allah adalah lebih baik daripada permainan dan perniagaan", dan Allah Sebaik-baik Pemberi rezeki.
(AL JUMU'AH ayat 11)

Alhamdulillah. sejak petang tadi diberikan rezeki yang mencurah2...lama2 makin berisi la aku lepas nie.

dari petang tadi kat rumah kawan ade buat BBQ.. ade buat jamuan siket..makan2 untuk kawan aku lepas keluar hospital sebab xcident aritu..lepas penat membakar. aku pon makan. bnyak gak aku bantai tadi.. lpas maghrib aku balik..


amacam? bekilat ayam nie?? pandai aku bakar..
(gambar hiasan)
=P


dah sampai kat rumah boleh pulak bebual ngn sepupu. dia boleh bukak cerita nasi dagang. sedih je aku dengar. dah la lama aku tak makan. rasa mcm esok je nak g cari nasi dagang tu. tapi hati kata "tak payah2 nanti susah pulak kalau tak jumpe" aku pon merelakan...hihih

aku pon macam biasa berjalan2 ke blog orang.. sempat jugak bekenalan ngn akak2 orang..hihih.
jam menunjukkan 12.40 pagi. tiba2 aku dengar enjin kereta bunyi. ha kawan aku balik..

Alhamdulillah kawan aku macam tau2 je aku tengah mengidam nasi dagang.


rase dia "wow" sedap...terima kasih kawan


dia bagi pulak aku 2 botol bliss ni..hahhaa..gembira2..sebab aku sorang je yg minum kat umah nie...rezeki2


cokelat, gula2, biskut, kacang. Alhamdulillah.

macam mana rezeki hari esok? Allah je yang tau...untuk hari ini..

Barangsiapa redha dengan rezeki yang sedikit dari Allah maka Allah akan redha dengan amal yang sedikit dari dia, dan menanti-nanti (mengharap-harap) kelapangan adalah suatu ibadah. (HR. Bukhari)

Alhamdulillah, thank you Allah for a wonderfull day...=)

Dan aku tidak mengatakan kepada kamu (bahwa): "Aku mempunyai gudang-gudang rezeki dan kekayaan dari Allah, dan aku tiada mengetahui yang gaib, dan tidak (pula) aku mengatakan: "Bahwa sesungguhnya aku adalah malaikat", dan tidak juga aku mengatakan kepada orang-orang yang dipandang hina oleh penglihatanmu: "Sekali-kali Allah tidak akan mendatangkan kebaikan kepada mereka". Allah lebih mengetahui apa yang ada pada diri mereka; sesungguhnya aku, kalau begitu benar-benar termasuk orang-orang yang lalim. (Surah Hud ayat 31)

rezeki tu milik Allah kita hanya mencari dan Allah memberi kepada yang dikehendaki. beringatlah sekiranya Allah memberi rezeki yang lebih pada hari ini. dan tidak mustahil Allah akan menarik esok hari. bersyukurlah diatas nikmat dan rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah syukur.

wassalam

Saturday, April 09, 2011

Selamat hari lahir MaK




Assalamualaikum

Alhamdulillah kita diberi kesempatan lagi untuk membaca dan menulis blog pada hari ini...Alhamdulillah.

hari ini tanggal 9 april 2011 genap lah mak aku 44 tahun.

dikesempatan ini along ingin mengucapkan selamat hari lahir, semoga murah rezeki, dan sentiasa diberkati Allah. semoga juga di golongkan dengan orang yang beriman dan mukminin yang solehah.

amin, amin amin

terima kasih juga kerana telah melahir kan budak nakal nie.. hehehe
tanpa mak tiada lah along arini yang dah besar panjang nie.

sebagai pendidik di sekolah SK LKTP Belitong. sebagai penyelaras pendidikan khas disana. seorang wanita yang tabah dan sangup mengharungi payah. tak pernah kenal erti penat, tak pernah merungut nak membesarkan aku. macam2 dah mak bekorban.. insyaAllah Along akan gembirakan mak satu hari nanti. walaupon itu tidak ckup untuk balas nye.. =)

hahahha..manjenye aku..an??ahahhaha..

LOVE U mak...sayang kat mak..rindu kat mak...=).. jantung hati along


=)



sedondon...hehehe..=).macam adik beradik ke mcm mak ngn anak? hihih...

.SAYANG MAK LEBIH.


ni aku jumpe kat rakan blog lain..fikir3kan la..=)

wassalam


Tuesday, April 05, 2011

SENYUM


Assalamualaikum.

haip...ape masam2 tu?? muka berkerut je? ade masalah ke??

cube senyum siket... senyum..senyum..senyum..

ha kan manis muka tu.. takde lah orang takut nak tegur...=)

kenapa nak masam2 kenapa nak buat muka garang?? kenapa??

kalau senyum je kan bagus. bukan ke senyum tu sedekah? ha banyakkanlah sedekah yang paling mudah. kalau kita senyum muka buruk pn nampak manis je bila kita pandang. macam la si kopi yang pahit yang hitam gelap legam..ha kan buruk an? cube kalau kita letak gula..manis je, boleh kita nak telan, ape3 yang pahit bila letak gula manis jadinye.. tapi jngn pulak ubat yang pahit korang pegi letak gula. ish3..macam tu jugak dgn kita ni...aku pon bukan handsome pon, muke pon takde la sangat, tapi bila kita senyum aku nampak manis je....hahhaha..(perasan)

dalam hadis Rasulallah yang berbunyi..

Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sodaqoh. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi embermu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu. (HR. Ahmad)

ha dalam islam sendiri diajar untuk senyum, menceriakan seseorang.


senyum seorang ibu dan pendidik.=)


senyuman seorang ayah.(dalam tido pon senyum)..=)

senyuman paksa rela..=)


senyuman ibu..menunjukkan kasih sayang terhadap anaknye..=)


senyuman pendidik dan pelajar.=)


senyuman rapers =)


senyuman si budak it..insyaAllah..


senyuman si pelapar...(tak reti kenyang agaknye)


senyuman si budak botak...=)




senyuman keluarga bahagia....amin....=)


senyuman dalam satu kumpulan..=)


senyuman si wira bangsa..(bajet)..=)


senyuman si budak skema...=)

senangkan nak senyum? aku pon sekarang ni tengah senyum.. rase tenang je bilak tgok orang lain senyum. aura lebih org kata...=)

menurut satu fakta. urat saraf yang bekerja dibahagian muka ketika kita senyum =) lebih sedikit berbanding kita masam. =(.. sebab tu kalau kita masam, muka akan cepat letih.. try buat xperiment..aku dah test dah...selamat mencuba..

Di antara akhlak seorang mukmin adalah berbicara dengan baik, bila mendengarkan pembicaraan tekun, bila berjumpa orang dia menyambut dengan wajah ceria dan bila berjanji ditepati. (HR. Ad-Dailami)

.wassalam.

Sunday, April 03, 2011

1 Malaysia.com

Assalamualaikum..

korang dah tau blom?

di malaysia ni ade satu laman sosial.

hmm satu anjakan paradigma..


marilah ramai2 penuhkan laman ini..

kalau dah ade...add lah aku ye..jng segan3...


untuk ke profile aku


oke..

.wassalam.

Exam WEEK


Assalamualaikum.

selamat petang semua. dalam keletihan aku buat entry yang tak seberapa ni

sekadar yang perlu kau tahu je lah eah. korang tengok aku punye schedule untuk bulan nie.
kat sni semua test yang akan aku ambil mulai hari esok.

test3

4/4 - ECM theory- building services
6/4 - ECW THEORY- hydraulic & Fluid
6/4 - MUET speaking test
8/4 - MAT- math
10/4 - ECS - structure
16/4 - MUET - reading,listening, writng

Final exam

21.4(ECW211)(9-12)
23.4(ECG213)(9-12)
26.4(MATH285)(9-11)
27.4(ECM216)(2-5)
29.4(ECS208)2.45-3.45)


study tetap study..dah kene start susun jadual mampatan untuk study..misi sem ni semakin getir..ingat tu Araj..

study biar lepak, result biar gempak.


siapa tenang dia menang.

30/4 - BALIKKKKKK (ni je yang aku tggu..hehhehe)

::Wassalam::

ADIK ANGKAT yang comel...


(-->)
Assalamualaikum.

perlu ke aku buat post nie??
sementara nak buat post lain ringan2kan jari ni menaip cerita nie..pendek dan padat
.permintaan yg aku tunaikan.
..sape la yg malang sangat nak jadi adik angkat aku tu an....

tajuk entry ni pon dia yg bagi.
(hamek kau)
hahha

kalau ikutkan hati aku nak je tulis "blogger pelik" hahhahah..
tak sampai ati pulak(tiba2)

dia pn baru je ade blog.
dah alang3 tu promote la blog dia yang baru sekangkang kera tu
..ha nie dia..


nama blog pon dah pelik an?

semoga dapat menulis dengan lebih baik lagi...takde dah serabot3...
berhati2 juga ketika meluahkan penulisan anda ya.=)

nama dia Nur Afiqah. berasal dari Kluang.baru form 4
(tak cukup umur lagi)

nak tau lebih lanjut n nak tau siapa dia?
pegi sendri kat blog dia
..tak kuasa aku nak cerita bnyak3...


masa ni dia tengah mencari kucing yang hilang...

okeh sampai sini je...=)

::wassalam::


anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa