Saturday, May 30, 2009

Kenduri kendara

hm baru2 ni aku punye kluarga telah mengadakan kenduri sunat untuk adik yang bongsu...

jom kita lihat perjalanannye...

ni org tengah rewang basuh ayam huh...banyak tu ayamnye...















ha ni pon same gak...jom kita g tempat lain.....














ha yang tengah tu la adik aku yang nak sunat


tu....taun ni de darjah 3...Abdul Raziq namenye....











perbincangan ni...abah aku suruh buat ape tah ni aku pn dah lupe....hm mmg bz mase ni...nak duduk pn boleh lame2
heheheheheheheh....

ok, jom kita jengah2 kat dapur....














ha ni orang perempuan rewang...tak leh kacau lame2...k















ha ni pon same....k











ha ni spupu aku....meja2 ni dia la kemas...hihihii














rajin betul dia ni...ha trus2 sapu....

Friday, May 29, 2009

Sirah: Kecacatan tak halang Amar untuk berjihad

__ Sirah: Kecacatan tak halang Amar untuk berjihad

AMAR bin Jamooh adalah seorang lelaki yang tempang dan mempunyai
empat anak lelaki yang sentiasa menemani Rasulullah dalam beberapa
peperangan mengembangkan agama Islam.
Ketika Perang Uhud meletus, Amar teringin hendak menyertai peperangan
itu.

Beberapa penduduk memberitahunya bahawa beliau dikecualikan daripada
menyertai perang disebabkan kecacatannya.

Beliau menjawab: "Khabar itu sungguh menyedihkan kerana anak-anakku
yang sentiasa menemani Rasulullah dapat masuk syurga, namun aku pula
ketinggalan di belakang."

Isteri Amar juga mahu beliau turut berjuang di medan perang dan gugur
sebagai seorang syahid supaya dia memperoleh penghormatan menjadi
janda kepada seorang pejuang Islam yang gugur syahid.

Beliau mendesak Amar dengan berkata: "Aku tidak percaya bahawa mereka
melarang kamu daripada menyertai perjuangan itu.

"Nampaknya suamiku Amar, kamu takut hendak pergi menyertai
pertempuran itu."

Mendengar desakan itu, Amar melengkapkan dirinya dengan senjata dan
memohon kepada Allah sambil berdoa menghadap kiblat seraya
berkata: "Ya Allah, janganlah biarkan diri aku ini kembali kepada
keluarga aku."

Kemudian Amar menemui Rasulullah dan berkata: "Sesungguhnya aku ini
selalu mencintai akan gugur syahid di medan pertempuran tetapi
saudara Islam yang lain melarang aku daripada menyertai peperangan.

"Wahai Rasulullah, aku tidak dapat menahan lagi keinginan hatiku ini.
Izinkan aku menyertai peperangan itu. Aku dapat berjalan di syurga
bersama kaki aku yang tempang ini."

Lalu Rasulullah bersabda: "Amar, kamu mempunyai sesuatu sebab. Oleh
itu tidak menjadi halangan sekiranya kamu tinggal di belakang".

Amar tetap mendesak Rasulullah dan melihat kepada keinginannya yang
begitu mendalam itu terhadap syahid maka Baginda pun membenarkan
beliau menyertai peperangan itu.

Abu Takhak menerangkan: "Aku melihat Amar berjuang. Beliau berjalan
dengan kakinya yang tempang seraya berteriak: `Demi Allah! Aku ini
amat mencintai syurga.

"Seorang daripada anaknya mengikuti beliau. Maka kedua-dua beranak
itupun berjuanglah sehingga mereka gugur syahid dalam peperangan itu."

Isteri Amar datang untuk mengambil mayat suami dan anaknya.

Apabila mayat itu diletakkan di atas unta. Unta berkenaan enggan
berdiri. Walaupun dipaksa dengan pukulan sebat yang tersangat pedih,
unta itu tidak mahu pergi ke Madinah sebaliknya asyik memandang jauh
ke arah Uhud dari masa ke semasa.

Apabila Rasulullah diberitahu peristiwa itu maka baginda
bersabda: "Sesungguhnya unta itu diperintahkan berlaku demikian,
adakah Amar pernah berkata sesuatu sepeninggalan beliau dari
rumahnya?"

Lantas isterinya memberitahu Rasulullah bahawa sebelum Amar
meninggalkan rumah, beliau mengadap kiblat sambil berdoa: "Ya Allah,
janganlah biarkan aku ini kembali kepada keluarga aku."

Maka Rasulullah menjawab: "Inilah sebabnya unta ini enggan pulang ke
rumahnya."

Lihatlah betapa mendalamnya keinginan Amar hendak gugur di jalan
Allah. Oleh sebab itu sahabat mencapai darjat ketinggian di sisi
Allah.._,_.___

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

Saturday, May 23, 2009

KEWAFATAN RASULULLAH S..A.W

Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : "Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".

Rabiul Awwal yang merupakan bulan yang telah mencatat sejarahnya yang agung dengan kelahiran bayi bertuah yang diberi nama Muhammad di mana baginda telah diangkat oleh Allah menjadi nabi lagi Rasul kepada umat akhir zaman. Pada hari ini marilah kita sama-sama menghitung diri kita samada sambutan maulidur rasul yang kita adakan pada bulan yang lalu hanya akan berlalu begitu sahaja atau pun sudah nampak disana perubahan pada diri kita dan masyarakat dalam sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan melaksanakan setiap apa yang dibawanya. Jangan kita jadikan perayaan lalu hanya untuk menyambut dan memuja tubuh Rasulullah s.a.w sahaja sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang menyembelih 100 ekor unta kerana kegembiraan di atas kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Tetapi akhirnya dialah yang menjadi penghalang dan penentang yang utama terhadap dakwah Rasulullah s.a.w sehingga adanya surah al-Lahab dalam al-Quran yang memberitahu kita semua bagaimana kecelakaan yang besar menimpa Abu Lahab dan isterinya kerana menolak dan mencerca dakwah suci Rasulullah s.a.w. Kita juga tidak mahu segala sifat mulia Rasulullah s.a.w diketahui dan disebut oleh kita saban hari samada melalui pembacaan buku, pendengaran melalui kuliah atau pun sebutan dalam berzanji dan juga selawat tetapi sekadar menjadi pengetahuan sahaja tanpa ada di sana usaha ke arah mencontohi dan melaksanakan kewajipan yang disuruh. Kita tidak mahu menjadi seperti ahli kitab dari golongan Yahudi dan Krisitian yang mengenali keperibadian Rasulullah s.a.w sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri tetapi setelah kelahiran nabi Muhammad s.a.w, merekalah yang menjadi musuh utama kepada dakwahnya. Oleh itu marilah kita hendaklah menjadikan sambutan maulidur rasul ialah untuk memuji kemulian tubuh dan sifat Rasulullah s.a.w dan juga untuk melaksanakan segala syariat yang dibawanya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam kita bergembira dengan mengingati kelahiran Rasulullah s.a.w pada bulan Rabiul Awwal janganlah kita terlupa bahawa dalam bulan yang sama turut merakamkan peristiwa yang sedih dan memilukan seluruh umat Islam. Sebagaimana maklum bahawa selepas mengerjakan haji wida’ di Mekah pada tahun ke-10 hijrah lalu baginda s.a.w pulang ke Madinah. Setelah tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah memerintah tentera Islam untuk menyerang Rom yang berkubu di Balqa’, Jordan dan Palestin di mana baginda memilih Usamah bin Zaid sebagai panglima perang.

Setelah persiapan perang telah siap dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada Rasulullah s.a.w maka bermula dari sinilah baginda s.a.w mulai sakit tenat. Pada suatu larut malam, Rasulullah s.a.w telah pergi bersama dengan Muwaihibah ke kawasan perkuburan Baqi’ berhampiran Masjid Nabawi kerana diperintah supaya beristighfar di sana.Sekembalinya dari kawasan perkuburan Baqi’ , Rasulullah s.a.w telah mengadu bahawa kepalanya begitu sakit dan pening kepada ummul mukminin Sayyidatina ‘Aisyah. Peristiwa ini berlaku pada akhir bulan Sofar tahun 11 hijrah. Rasulullah s.a.w pada mulanya terlantar sakit di rumah ummul mukminin Sayyidatina Maimunah di mana selepas mendapat persetujuan daripada isteri-isterinya lalu baginda dipindahkan ke rumah Sayyidatina ‘Aisyah dengan dipapah oleh al-Fadhil bin Abbas dan Ali bin Abu Talib. Rasulullah s.a.w setelah bersiap lalu memberitahu bahawa baginda ingin keluar ke masjid bagi memberi ucapan kepada para muslimin. Selepas selesai sembahyang lalu baginda s.a.w sebelum menaiki minbar bersabda agar para muslimin berdoa ke atas para syuhada’ yang mati dalam peperangan Uhud dan.setelah berdiri di atas mimbar lalu Rasulullah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepada hamba antara dunia dengan apa yang ada disisiNya (Allah) maka memilih hamba itu apa yang ada disisi Allah.

Mendengar ucapan itu lalu bercucuran air mata Sayyidina Abu Bakar kerana beliau faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan hamba itu ialah diri Rasulullah s.a.w di mana baginda merasai telah hampir saat kewafatannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Wahai Abu Bakar! Jangan engkau menangis, sesungguhnya daripada mereka yang beriman kepadaku pada menemaninya, hartanya ialah Abu Bakar. Jika aku mengambil seorang teman rapat nescaya aku akan menjadikan Abu Bakar tetapi persaudaraan Islam dan kemanisannya. Tidak akan kekal dalam masjid satu pintu melainkan ada penghadang melainkan pintu Abu Bakar.
Hadis ini menunjukkan kelebihan Sayyidina Abu Bakar.

Sabdanya lagi bermaksud: Sesungguhnya aku mempunyai tanggungan yang berat antara kamu, aku merupakan saksi kepadamu, sesungguhnya janji kepadamu ialah telaga kauthar, Sesungguhnya aku melihatnya sedangkan aku berada ditempatku ini. Sesungguhnya aku tidak bimbang kamu akan syirik tetapi yang paling aku bimbang ialah kamu akan berebut-rebut kemewahan dunia ketika dibentangkan kepadamu.

Pada suatu malam ketika para muslimin menunggu-nunggu ketibaan Rasulullah s.a.w bagi menunaikan solat Isya’, baginda tidak dapat berbuat demikian kerana terlalu sakit sehingga baginda memerintah Sayyidina Abu Bakar menjadi imam menggantikan baginda. Setelah diberitahu tentang perintah nabi lalu Sayyidina Abu Bakar meminta Sayidina Umar untuk menjadi imam tetapi Sayyidina Umar menggesa agar Sayyidina Abu Bakar melaksanakan perintah nabi untuk menjadi imam kerana beliau merupakan orang yang paling layak. Pada hari seterusnya setelah Rasulullah s.a.w merasai lega sedikit daripada kesakitan yang ditanggung lalu baginda keluar ke masjid dengan dipimpin oleh dua orang sahabat bagi menunaikan solat Zohor. Melihat kedatangan Rasulullah s.a.w maka Sayyidina Abu Bakar ingin berundur dari tempat imam tetapi Rasulullah s.a.w meminta agar beliau terus berada ditempat itu dan baginda sendiri meminta agar dua orang sahabat yang memimpinnya supaya mendudukkannya ditepi Sayyidina Abu Bakar. Sayyidina Abu Bakar bersembahyang mengikut solat nabi yang mengerjakannya sambil duduk manakala muslimin yang lain mengikut solat Sayyidina Abu Bakar.Ini merupakan solat terakhir Rasulullah s.a.w bersama para muslimin di mana para sahabat begitu gembira melihat nabi mampu bersembahyang bersama-sama mereka menandakan baginda akan sembuh dari sakit. Tetapi kegembiraan itu hanya sementara di mana kesakitan baginda semakin parah dan apabila ditanya kepadanya lalu baginda menyatakan : Tiada daripada orang islam yang ditimpa kesakitan maka tidak selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya sebagaimana daun yang gugur dari pokok.

Sidang Jumaat yang berbahagia

Pada suatu hari ketika para isteri nabi berada disampingnya lalu anaknya Siti Fatimah datang menghampirinya. Para isteri nabi yang lain melihat bagaimana Rasulullah s.a.w menceritakan sesuatu kepada Siti fatimah di mana buat kali pertama dia menangis kesedihan dan buat kali kedua dia tersenyum gembira. Apabila ditanya maka Siti Fatimah mengatakan bahawa dia sedih pada cerita pertama kerana Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa setiap tahun malaikat Jibril akan menyampaikan wahyu al-Quran sekali manakala pada tahun ini dia datang sebanyak dua kali.Dia tidak melihatku melainkan kedatangannya kerana telah tiba ajalku. Sesungguhnya engkau wahai fatimah merupakan ahli keluarga pertama yang akan mengiringiku dan sebaik-baik salaf ialah aku bagi engkau. Maka aku menangis mendengar kata-kata itu. Manakala cerita yang menyebabkan aku gembira ialah apabila Rasulullah s.a.w bertanya : Adakah engkau tidak redha menjadi Penghulu bagi seluruh umat wanita yang beriman atau ketua bagi wanita umat ini maka aku merasa gembira dengan perkara ini.

Dalam keheningan Fajar Subuh hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 hijrah ketika mana Sayyidina Abu Bakar dan para muslimin bersiap untuk solat Subuh, mereka telah terpandang wajah Rasulullah s.a.w yang berseri-seri sedang tersenyum apabila tabir dari bilik Sayyidatina ‘Aisyah terbuka lalu Abu Bakar memberi ruang kepada baginda kerana pada sangkaannya baginda ingin solat bersama-sama mereka. Para muslimin yang berada dibelakang turut bergembira apabila melihat keadaan nabi ketika itu tetapi akhirnya nabi mengisyaratkan dengan tangan agar mereka menyempurnakan solat mereka. Selepas itu para muslimin terus berasa senang hati melihat keadaan nabi yang mana pada sangkaan mereka telah hampir pulih. Namun sangkaan mereka meleset sama sekali kerana selepas menutup kembali tabir bilik Sayyidatina ‘Aisyah dan Rasulullah s.a.w kembali berbaring ditempatnya maka kesakitannya bertambah tenat. Itulah senyuman yang terakhir daripada seorang rasul dan pemimpin yang agung buat muslimin dan itulah juga senyuman perpisahan daripada nabi dan ketua yang penyayang buat muslimin sebelum Rasulullah s.a.w menemui Allah.

Pada saat-saat akhir, Usamah bin Zaid telah masuk menemui Rasulullah s.a. Ketika berada disampingnya dia diam lalu melihat bagaimana nabi telah meletakkan tangan baginda ke atasnya dan kemudiaannya mengangkat kedua tangannya di mana dia tahu bahawa nabi telah berdoa untuknya.

Antara ucapan atau wasiat yang terakhir sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir ialah : Wahai manusia! Sesungguhnya tidak akan kekal berita atau wahyu kenabian melainkan rukya solehah yang akan diperlihatkan kepada orang islam atau pun dia melihatnya. Ada pun sesungguhnya aku telah mengakhiri pembacaan al-Quran ketika rukuk dan sujud. Ketika rukuk maka besarkanlah Allah manakala ketika sujud maka bersungguhlah meminta doa Maka lakukanlah nescaya akan dimaqbulkan.

Selepas itu baginda menghembuskan nafas yang terakhir untuk pergi menemui kekasih sejati Allah Rabbul Izzati meninggalkan syariat yang akan terus dilaksana dan disampaikan oleh umatnya sehingga hari qiamat.

Kewafatan Rasulullah s.a.w telah tersebar luas sehinggalah Sayyidina Abu Bakar mendapat berita sedih ketika berada di atas kuda dalam perjalanan pulang kerana pada sangkaannya baginda telah beransur pulih. Sayyidina Abu Bakar bergegas menuju ke Masjid Nabawi lalu memasuki bilik Sayyidatina ‘Aisyah dimana terletaknya jasad Rasulullah s.a.w. Beliau duduk berhampiran jasad nabi yang mulia lalu menyingkap kain yang menutupi bahagian muka nabi di mana beliau terus mengucupnya dan menutup kembali seterusnya keluar menemui para muslimin yang masih sedih dan terkejut menerima berita yang sedih ini. Suasana ketika itu hampir tidak terkawal kerana masing-masing bagaikan tidak percaya apabila menerima berita kewafatan rasul yang begitu dikasihi, ketua yang disegani, pemimpin yang telah memimpin umat daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan islam. Sayyidina Umar sendiri tidak mempercayai berita kewafatan nabi malah memberi amaran keras akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat kerana baginya Rasulullah s.a.w tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik dihancurkan. Ada juga para muslimin yang tidak kuat imannya kembali murtad kerana tidak dapat menerima hakikat kewafatan nabi ini.

Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :
" Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".

Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran yang bermaksud : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur

Firman Allah dalam ayat 31 dan 32 surah Ali Imran yang bermaksud : Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah : "Taatilah Allah dan rasulNya jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir".

Oleh itu kita semua sebagai mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya mestilah sentiasa mengikut landasan dan syariat yang telah dibawa oleh nabi tanpa mempertikaikannya. Diwaktu sunnah nabi dihina dan dicerca marilah kita sama-sama mempertahan dan menghidupkannya walau pun apa yang berlaku dan sunnah yang terbesar ialah terdirinya khilafah islamiah itu sendiri. Jika nabi dan para sahabat serta pejuang selepas mereka bersusah payah sehingga mengorbankan harta dan nyawa dalam memastikan Islam tersebar maka kita yang merasai kemanisan dan keadilan Islam hasil perjuangan suci mereka itu janganlah merasa mudah dan tidak menghiraukan walau pun Islam diserang di setiap penjuru

Friday, May 22, 2009

RASULULLAH MERINDUI UMAT AKHIR ZAMAN

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.

Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.


salam untuk mu yaa...rasulullah.....

lihat la begitu cintanya Rasulallah kpd umat akhir zaman...
mari la shabtku, cintailah Nabi kita...
subhanaalah....

Untuk renungan

Rasullullah dengan pelawak.


Pada zaman Nabi Muhammad SAW ada seorang pelawak bernama Nuaiman Al- Ansary. Nabi sangat sayang kepadanya kerana telatahnya yang lucu serta menghiburkan. Selain dari berbakat sebagai pelawak, Nuaiman juga seorang pahlawan yang pernah ikut serta dalam Peperangan Badar.

Pada suatu hari datang seorang lelaki menunggang seekor unta hendak berjumpa dengan Rasullullah SAW. Unta itu ditambatkannya di luar masjid. Sedang lelaki itu asyik berbual dengan Rasullullah SAW maka pelawak Nuaiman pun datang. Dan seperti biasa Nuaiman sentiasa menjadi perhatian orang ramai kerana telatahnya yang melucukan.
Nuaiman tertarik melihat unta itu lalu orang ramai yang berada di luar masjid mengapi-apikannya.

“ Wahai Nuaiman, engkau adalah pelawak kesayangan Rasullullah saw. Cuba engkau sembelih unta itu dan nabi pasti akan membayar ganti ruginya,” kata orang ramai.
Maka dengan segala kelucuannya Nuaiman menyahut cabaran itu lalu menyembelih unta tersebut. Dagingnya dibahagikannya kepada orang ramai yang berada di sekitar masjid.
Tiba-tiba lelaki tuan punya unta keluar dari masjid lalu menjerit marah kerana unta kesayangannya sudah disembelih. Nuaiman berasa takut lalu lari menyembunyikan diri dalam sebuah kebun.

Nabi SAW menyuruh orang ramai mencari Nuaiman dan dibawa ke hadapan baginda.
“ Kenapa kamu sembelih unta itu?” tanya Nabi Muhammad SAW.

Dengan gaya yang melucukan Nuaiman pun menjawab,” Wahai Rasullullah SAW. Orang ramai yang menyuruh saya menyembelih unta itu. Mereka kata Nabi akan membayar ganti ruginya.”

Nabi Muhammad tersenyum melihat telatah Nuaiman. Baginda tidak marah sebaliknya membayar ganti rugi kepada tuan punya unta itu.
Pada suatu hari yang lain, sedang Nuaiman berjalan di sebuah pasar, dia tertarik bila melihat sejenis makanan lalu Nuaiman berfikir alangkah baiknya kalau makanan itu diberikan kepada Rasullullah SAW. Tetapi ketika itu dia tidak mempunyai duit untuk membelinya.

“ Boleh saya bawakan makanan ini kepada rasullullah saw dan saya akan bayar kemudian,” kata Nuaiman dan penjual makanan itu setuju.
Nuaiman menghadiahkan makanan itu kepada Rasullullah SAW. Sedang baginda menikmati makanan itu tiba-tiba penjual makanan datang menuntut bayarannya..
“ Wahai Nuaiman, bukankah kamu yang hadiahkan makanan ini?” tanya Rasullullah SAW.

“ Semasa berada di pasar tadi saya nampak lelaki ini menjual makanan yang sedap lalu saya bercadang hendak menghadiahkannya kepadamu. Tetapi duit saya tidak ada untuk membelinya. Lalu saya berjanji akan membayarnya kemudian,” jawab Nuaiman masih dengan gayanya yang melucukan.
Sekali lagi Nabi Muhammad SAW tersenyum lalu membayar harga makanan tersebut kepada lelaki itu.

tah ape2

Assalamualaikum....
hm arini aku nak kongsi sket cita....
hm cikgu aku dah bersalin...hahahhaa
lawak ke??? normal la tu...tp an aku nak g umah de nak tengok la an...
tp de takde...bila la agaknye de nak balik eak...korang tau tak???
hm tp takpe la aku pn lame lg kat sini so tnggu jela

hm aku dapat tau de bersalin mase aku kat plkn...
mase tu bru dapat hndset...keesokan harinye de masaj bg tau de dah bersalin
Alhamdulillah de ingat lg kat aku..heheheheh...
n skrng aku dah ada kat umah nak g gak mlawat de n bli la somethng 4 my techer tu...
maklum la budak llaki cari hdiah untuk anak de...ape tau pngalaman pon takde....
so korang nak tngok hdiahnye?????? tengok la... bawah ni...

korg senyap2 je sbb hdiah ni blom d bg lg...blut pon blom....
hehehehhehe

Thursday, May 21, 2009

Masalah remaja skarang....

pada hari ini aku nak meluahkan perasaan jap..hm sbagai remaja pada zaman skarang ni aku rasa bnyak perkara yang telah menjauhkan kita daripada membuat amal kebaikan...
masalah sosial berleluasa...bersepah bagaikan boleh buat pasar longok...sedih la aku..
kdg2 aku terfikir apa yg kita dapat jika merempit,pergaulan bebas,vandalisma dan lain2..sehingakan org yang tidak bersalah menjadi mangsa sprti yang berlaku skarang...
sememngnya ia mendapat kepuasan sbgai remaja yang berdarah panas...tetapi kepuasan itu hanyalah seketika atau semasa kita melakukan aktiviti tu....dan seterusnya mengundang bhaya yang mengelapkan masa depan kita...bukankah lebih baik kita beramal dan membuat kebaikan kepuasan akan terus kita rasai malah menjamin masa depan dengan sentiasa menuntut ilmu...seterusnya berbakti kepada masyarakat....wahai remaja yang bakal menjadi barisan utama negara...bangkitlah dan insaflah kita kosongkan pusat2 pemulihan akhlak,penjara,serenti.kita penuhkan u atau kolej2 di malaysia ni...
aku pon nak menyeru kpada perempit2 negara yang kononya hebat tu...aku cabar korang g masuk GP ke ape ke...takpyahlah nak tunjuk kejantanan d tmpat yg salah sampai nak mengorbankan diri...malang tidak berbau...atau pon wat la aktiviti yang brfaedah. kpada yang sudah mewujudkan klab2 tu orgnise la aktiviti yg membantu polis jngn pulak nak mlawan polis....pk la jika rumah korang kene pecah masuk ke cari polis gak...takdenye nak pangil bomba ke nak wat laporan kat hospital...apekehe...
fikir2kanlah korang dah besar panjang otak pon pandai nak guna....

hm...rase2 ape yang perlu kita buat kat remaja2 skarang agar kembali ke pangkal jalan..???? coment3

Tuesday, May 19, 2009

PlKn in memorise.....kumpulan 2 siri 6 2009

Khamis 19mac pada jam 0900pg.ketika hujan turun dengan segan silunya. Aku berkumpul di dataran tasik kluang untuk lapor diri bagi mengikuti program khidmat Negara. Seterusnya aku naik bas dan pada jam 1030 kami dengan kekuatan 15 org trmasuk cg rasyid dan driver bas pon bertolak ke kem titian bintangor rembau negeri Sembilan.
perasaan yg gmbira bertukar menjadi sedih sbb prut kosong. lpas dah isi perut yang ngada2 berbunyi je aku pn g la surau... dah amik air smbhyang tiba2 ade skumpulan dari kluang gak tp bas yang lain, masuk surau. aku pn tunggu la budak2 ni...salah sorg dri mereka yg brnama malik tanye....“ Abang, abang nak jadi imam ke??” dengan slumbernye de pangil aku abg, adui deorang ingat aku nie dantra jurulatih kat sini...aku pn ye kan aje la.... mase pndaftan la bru deorg tau yg aku ni pn platih gak.... mcm tu la ari pr1..hari 2,3 n ari ke 4 prgramnya hnyalah mkn tido 2... hari Isnin pn tiba...maka bermulalah latihan ku kat sini.tiba2 aku d trik dngn slumbernye untuk lead kat dpn untuk pt pagi.masa tu tuhan je yg tau prasaan aku. lpas sarapan pg pulak aku masuk ke kelas CB,mula2 tu masuk klas masing smua senyap je... dah ada aktiviti bru aku tau dan aku rasa CB aku la yang pling riuh dan huruhara.

Pada petang hari isnin, pemilihan untuk penyandang pangkat dibuat dan aku diantara yang dicalonkan. Tapisan dan ujian dijalankan seramai 30 org calon diuji. Alhamdulillah akhirnya saya diberikan kepercayaan untuk memegang pangkat penghulu. Seterusnya hari pembukaan dan pemakaian pangkat.

Hm sekarang nie jom kita lihat gambar2 yang dapat saya kongsikan untuk tatapan bersama….chek this out….
dah la takpayah cita lg kta tngok gmbar2 aku n klu nak komen2 la.





hm ni la cerita...namun Plkn memang best cuma kita perlu berfikiran positif "knapa stiap perkara tu berlaku" kpada yang blum masuk Plkn ni join la krana banyak input2 yg di sediakan kita cuma tadah dan ambil....hm atas sebab2 ingin melanjutkan pelajaran aku terpaksa tamatkan latihan lebih awal...berat hati untuk mningalkan kem titian bintangor...namun untuk masa depan kuringankan jua...hihihihih jiwang ar pulak.....pada 9.05.09 hari terakhir aku disini....hm taksangka plak aku ramai yg tak kasi aku blik...aku cuma bleh menyedapkn hati deorng dgn kata2 yg best..hahahahah insyaAllah jika takde ape2 arah melintang aku aka kmbali mase pasingout....k wira wirawati tngu aku...hahahhaha...k wassalam

Saturday, May 16, 2009

Majlis Khatam Al-Quran

Sesunguhnya kalam Allah adalah yang paling indah di muka bumi ini...
namun adakah kita membaca dan memahaminya??
aku ingin mengingatkn diri aku n korang smua....
bacalah Al-Quran sesunguhnya ianya boleh membersihkan hati dan menenangkan jiwa....

dngan ini kat tmpat aku telah blngsungnya majlis khatam Al-Quran
Alhamdulillah majlis berlangsung dngn jayanya


hm yang ni masa malam khatam al-Quran...aku tak join tp adik2 aaku yng join....
brtmpat di dataran semangat bermulanya majlis lpas maghrib

PESERTA2 KHATAM AL-QURAN


























anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa