Monday, August 29, 2011

sElaMAT HARI RaYa

ASsalamualaikum

tirai ramadhan sudah dilabuhkan kini kita berada di bulan kemenagan Syawal. selepas kita diuji di instituasa ramadhan kini hari graduasi bagi yang berjaya.=) aku ingin menyusun 10 jari kemaafan jika ada salah dan silap. dan terguris hati blogger yang lain.. harap dimaafkan ye...
berhati2 dijalan raya, besderhana dalam menyambut syawal...=)











Sunday, August 28, 2011

sepeasiol day....

assalamualaikum

ape kaba semua? Alhamdulillah 28 ramadhan, 28 ogos dan pada jam 12.02 tadi genap la umur aku 20 tahun... 20 umur yang yang cukup banyak untuk memikul segala tangugjawab. Alhamdulilla untuk segalanya Allah...terima kasih kepada mak ngn abah dah besarkan along sehingga saiz ni...=) terima kasih untuk segalanya. terima kasih kepada cikgu2 yang dah bagi ilmu kepada ku =) terima kasih untuk segalanya. terima kasih jugak kepada rakan2 yang dah bgi semangat dan sudi menjadi kawan aku... terima kasih untuk segalanya.


"kita seharusnya menyatukan seluruh warga bagi" teeeetttt hahaha....ni la aku...gambar paling latest...hahahha..bajet je.. baru tadi aku dapat soalan cepu mas dari jiran aku...." bang2...bila ko nak kawin?" TIDAAAAAAAAAAAKKKKK " pakcik2 saye ni belajar tak abis lagi dah nak kawin ke? nanti2 la ye...hihihih

cube korang tekan post ni....terima kasih aku ucapkan atas kesudian makcik aku ni tulis ntry kat blog dia...comel je la..=)

okeh dibawah ni aku ade nynyikan dan mainkan 2 buah lagu.. padamu bersujud dan lagu kita cover by araj...cewah...takde la sedap mana..tapi boleh la..=P k selamat mendengar..=) terima kasih juga sapa dah wish kat aku tu...=)


video

wassalam

Sunday, August 21, 2011

bahang panas semakin tinggi

assalamualaikum

demam we..panas demam aku dah...bahaya nie..tapi ubatnya BALIK RUMAH je...hmm tak saba nak cuti final nanti...ini merupakan tahun akhir aku kat Jengka yang indah ini..Alhamdulillah.. ade satu sem lagi untuk aku perjuangkan...hah

tengok bawah ni jadual final exam dah pon kluar...dan ini dia

tada....


ECS 318(CONCRETE DESIGN) 20/9/2011 (9-12PM)-KHAMIS

ECG305(SURVEY ENGINEERING) 25/9/2011 (9-12PM)-AHAD

ECW ( HAUDRALIC )301 30/9/2011 (8.30-11.30)- JUMAAT

ECS 308(STRUCTURE ANALYSIS) 4/10/2011 (9-12PM) - SELASA

ECG304 (HIGHWAY ENGINEERING) 6/10/2011 (9-12PM) - KHAMIS

semoga aku dipermudahkan untuk mengharungi final exam...dan mencapai misi aku sem ini..

YaAllah kau peliharalah ingatan aku. jangan kau tarik balik kefahaman aku setelah kau memberikanya pada ku..berikan aku kesihatan agar dapat aku meneruskan perjuangan ini.=)


wassalam

Saturday, August 20, 2011

cuba bagi pendapat anda...

Assalamualaikum

apa pendapat korang tentang orang yang mencari sahabat lain apabila waktu susah je???

cepat2 bagikan pendapat dan idea anda...=)

Friday, August 19, 2011

10 malam terakhir



surah Al.Qadr

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 1
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ 2
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ 3
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ 4
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ 5


SubhanaAllah surah diatas telah pun menerangkan betapa besarnya rahmat dan kurniaan Allah,

malam lailatul qadar, malam dimana para malaikat turun mendoakan umat yang bangun mencari keredhaan Allah...


untungkan kita?? umat nabi muhammad je yang dikurniakan keistimewaan ini. Alhamdulillah.. tapi berapa kerat je yang mengejarnya?

yang lain banyak menyibukkan diri dengan persiapan raya, buat kuih raya, bakar lemang, kemas rumah, tidak kurang yang hanya tidur melelapkan mata.


tak rugi ke? bagaikan duit yang jatuh dari langit tidak kita kutip...hosh...rugi wow...tapi kenapa taknak kejar?


tanda2 berlakunya malam lailatul qadar. malamnya yang sunyi sepi, sekiranya kita beribadat seperti ada yang melihat kerana malaikat duduk disekeliling kita mengaminkan doa kita, paginya kelihatan mendung kerana dilitupi sayap para malaikat yang naik ke atas.


kenepa dirahsiakan malam lailatul qadar?

hmm, ini adalah kerana mengasuh diri mencari malam penuh keberkatan ini melipat kali ganda amalan, selain tu dapat memenuhkan dan mengimarahkan 10 malam terakhir ni dengan amal ibadat. lagi satu kalau diberitahu, senang la orang bgun satu malam je buat amal ibadat an? =)


jom kawan. aku nak mengajak diri aku dan kawan2 semua memenuhkan malam2 terakhir ini dengan ibadah, dan mengadakan amalan dari biasa, kita kutip pahala dah rahmat yang telah Allah turunkan....1000bulan punya amalan beb, taknak ke?? kita pon belum tentu hidup lama tu..moh kita....rahman2 bangun ye malam nie...buat amal ye?? =)


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:


Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "


10 malam terakhir, marilah kita beramal, dan angap seperti ini kali terakhir bertemu dengan bulan suci ramadhan....siapa tau kan?


wassalam

Wednesday, August 17, 2011

SAYANG...



luka yang sukar untuk diubati adalah luka dihati
sakit yang sukar dikurangkan apabila hilangya insan yang disayangi
perit yang perlu dilalui adalah bila kita tidak lagi bersama dengan insan yang kita sayang.

heh...siapa "SAYANG" di dalam fikiranmu?

tanya iman anda..siapa?

ingat kawan, jika hari ini "sayang" kamu sudah diambil oleh insan lain atau diambil untuk kembali bertemu yang Esa. maka itu adalah satu tarbiah hati untuk anda. kerana satu hari nanti, lagi besar yang anda miliki, akan hilang sekelip mata.

dugaan itu satu ujian seorang insan yang melalui jambatan menuju akhirat. sama ada penghujungnya baik atau buruk? dalam perjalanan yang singkat ini anda perlu tentukan sama ada anda sudah bersedia atau belum untuk sampai ke penghujung. ingat kawan. masa sudah suntuk. dunia semakin tua dan nazak. kita tiada masa untuk leka lagi..

tapi jangan lupa untuk ajak kawan2 sekali untuk buat kebaikan. jangan pulun sorang je pahala sedangkan kawan kita masih bergelumang dengan perkara yang tidak elok... moh kita...

wassalam.

Monday, August 08, 2011

KIBARKAN jika anda berbangga



Assalamualaikum

bulan puasa tahun ni jatuh pada bulan kemerdekaan. Alhamdulillah..insyaAllah keberkatan tu ada..

disini saya sebagai anak merdeka. hehehhe ingin menegaskan bahawa negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. huh...lama kan?

tapi apa yang aku perasan. semakin lama kita merdeka semakin pudar semangat kemerdekaan tu. hilang sudah aura dan suasana kemerdekaan. kenapa eak? jangan sampai merdeka hanya sekadar laungan sahaja. hilang sudah semangat kita. kemana perginya?

aku ingat lagi masa kecik2 dulu. aku suka kira bendera dekat kereta orang, nak kira sampai tak terkira, penat kot. comel je masa tu siap bergaduh ngn sepupu aku sebab kira salah. hehehhee..tapi sekarang? aku cuba nak mengenang kembali masa aku kecik. nak mengira la kononnya. boleh dikatakan mengantuk aku nak tunggu kereta yang ada bendera. T_T kita semakin leka. aku rindukan semangat tu we..serius aku sedih.

dulu pon aku pernah masuk pertandingan basikal berhias. dengan jalur gemilang, 2 taun berturut2 aku menang we. hihihi bukan tu aku nak bangga kan..tapi semangat. masa aku kecik aku suka nak kibarkan bendera.sampailah sekarang. bukan susah, bendera pon tak sampai 10ringgit. takkan bendera pon nak harap kerajaan bagi kot? kita sepatutnya ade perasaan bangga menjadi rakyat malaysia. ade yang kata
"cukuplah sekadar dalam hati je nak semnagat, tak payah nak tunjuk" hihihih kelaka la korang. tapi kalau nak tgok bola ke boleh pulak pakai baju MU, chelsea ke.. kenapa nak kibarkan bendera kita pon nak malu?

ade jugak yang bagus nye kibar bendera sampai lah hancur bendera tu.. korang nak tak pakai baju koyak? taknak an? hihih..keleka la sapa yang buat macam tu.


"KIBARKANLAH JALUR GEMILANG JIKA ANDA BANGGAKANYA."

aku dah kibarkan depan rumah, anda pula macam mana?

wassalam



Hormati bulan suci


Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ini 8 hari sudah kita menunaikan kewajipan seorang muslim. apa yang aku nak sampaikan.

aku baru2 ni turn la KL nak balik kluang dan sempat jugak aku memerhatikan gelagat manusia yang dinamakan "BERAKAL". yes "BERAKAL". tapi kenapa mereka tak guna sebaiknya?

  1. berpegangan lelaki dan perempuan bukan muhrim
  2. gelak2 yang melampau batas
  3. mengunyah gula getah
  4. hisap rokok
  5. mengeluarkan kata2 "INDAH"
  6. perlakuan tidak elok


mereka kah "BERAKAL"??? jika buat perkara ni dibulan yang suci ini?

"ANDA TENTUKAN"

sedangkan orang bukan islam ada cara nak minum nak makan. mereka pon ada rasa hormat dengan bulan Suci ini. kita? anda?? ada?? kalau ada ALHAMDULILLAH. kalau takde cuba fikirkan anda dimana.

bukan apa kalau kita orang islam sesama kita ternampak, mungkin dalam lubuk hati
" eah budak ni puasa ke tak? tak senonoh nye la perangai"

kalau orang bukan islam, mungkin dia akan terlintas
"macam ni ke orang islam? macam ni ke islam aja mereka?"

ha nampak tak beza? kita akan judge only that person. tetapi non-muslim akan judge the whole islam. so? fikirlah

wassalam

Monday, August 01, 2011

syarat sah PUASA.




assalamualaikum.

jom kita buat sedikit ulang kaji, supaya puasa kita diterima hendaknya.

PUASA
Bahasa: menahan diri
Syarak: menahan diri dari lapar dan dahaga, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari

Syarat Wajib Puasa
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal/Waras
  4. Mampu/tidak uzur
Syarat Sah Puasa
  1. Orang islam
  2. Baligh
  3. Berakal-tidak sah kalau orang itu gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
  4. Suci daripada Haid dan Nifas
  5. Dalam waktu yang dibolehkan puasa,iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Rukun Puasa
  1. Berniat puasa di malam hari "sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu ramadhan tahun ini kerana Allah"
  2. menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Sunat Puasa
  1. makan sahur serta melambatkannya
  2. menyegerakan berbuka
  3. berbuka dengan manisan. kurma atau air manis
  4. menjamu orang yang berbuka puasa
  5. memperbanyakkan ibadah dan berbuat baik

Perkara yang membatalkan Puasa


  1. makan dan minum dengan sengaja
  2. muntah dengan sengaja
  3. bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  4. keluar darah nifas dan haid
  5. Gila
  6. Pitam/pingsan/mabuk sepanjang hari
  7. merokok pada siang hari
  8. murtad
  9. memasukkan sesuatu didalam rongga terbuka
  10. berbuka sebelum waktunya dengan niat dia memang nak berbuka.
Mereka yan diizinkan berbuka
  1. orang yang sakit
  2. orang bekerja sebagai buruh
  3. orang yang didalam musafir
  4. orang tua yang sudah lemah
  5. wanita yang hamil dan menyusukan anak

sumber: solusi 34 edisi khas ramadhan

semoga puasa kita diberkati dan diterima olehNya...insyaAllah..selamat mengulang kaji...=)

terimalah lagu...Kemuliaan ramadhan dari unic dan inteam



wassalam

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa