Saturday, May 28, 2011

mungkin ini.

saat jantung berdetak
tika nafas masih dihembus
seluruh keringat masih dikerahkan
tatkala fikiran dihimpit kerisauan

soal hati tidak bisa ditanya
tentang perasaan yang tidak dikhabarkan
dimasa jiwa dirobek kuat
oleh kerana seorang pecinta

ya. aku masih lemah
ya. aku masih terkapai
tidak bermakna aku
tiada perasaan

dibalik senyuman kusembunyikan kesakitan
dibalik girang ku teruskan perjalanan
walau racun yang kau berikan
ku telan sakit penderitaan

remuk hati dilangar kekusutan
punah semua impian
beribu janji kau patrikan
dimungkiri kerana satu penipuan

aku rasa ditipu
aku rasa dihina
aku rasa dipermainkan
aku rasa dilupakan

bagai digelakkan dibalik tabir hitam
berjuta persoalan cuba dileraikan

adakah ini kau angap percobaan?
ternyata kau silap memilih mangsa
bukan rupa dan harta yang kuharapkan
cukup sekadar sebutir kilauan kejujuran

wassalam

2 comments:

MyzaLuna said...

Betul, harta bukan segalanya.. Dunia pernuh dugaan & cabaran.. Semoga tabah menghadapi dugaan hidup.. InsyaAllah :)

ARAJ said...

insyaAllah..mudah2an dikuatkan hati..terima kasih

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa