Wednesday, June 29, 2011

Tiada yang mustahil.SALAM ISRA' MIKRAJ

Assalamualaikum.

27 rajab bersamaan dengan 29 jun 2011. munglin ramai yang tahu 27 rejab tu hari apa. tapi masih ramai je yang lupa.. "hari ni eah 27 rejab?" "arini ea, isra' mikraj?" heh. kalau hari guru, hari kekasih, dan kadang2 hari wesak pun orang ingat. sebab ape?? sebab ade cuti, sebab ramai yang ingatkan so ingat la hari2 yang kadang2 tak penting pon bagi umat islam. bukan korang je.. aku kadang2 pon macam tu. setiap manusia membuat khilaf.

kita sering dibertakan, sering diperdengarkan tentang isra' dan mikraj. bagi mengikuti kisah ini sila klik di blog sahabat aku.. PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ. kali ini aku tak memenuhkan blog ini dengan cerita ini. =)

untuk apa isra' dan mikraj ni? ha ini adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad. tiada yang mustahil bagi Allah mewujudkan setuasi ini, dengan satu malam sahaja Allah telah membawa Nabi Muhammad berjalan bertemu Allah dan menunjukkan bermacam2 keadaan. mungkin tidak pernah terlintas pada sudut pemikiran manusia akan terjadi peristiwa ini. tetapi inilah kekuasaan Allah. tiada yang mustahil bagi Allah.

tujuan utama isra' dan mikraj adalah untuk memfardukan solat, seperti yang terdapat pada hari ini. 55 pada awalnya yang dikurangkan sehingga 5 waktu sehari semalam. cuba anda bayangkan jika ianya tidak dikurangkan?. hmm yang 5 waktu ni pon terkapai2 nak lakukan. ade je yang tertingal apetah lagi 55 waktu solat. lihat pengorbanan Nabi kita yang kasihkan umatnya sehingga berkali2 bertemu Allah untuk mengurangkan waktu solat kepada 5..besarnya cinta nabi kepada kita..Alhamdulillah..

Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan hari ini. dapat menunaikan dan menjalankan tanggungjawab sebagai islam. yang telah Allah turunkan solat fardu melalui nabi Muhammad sendri. Solat rukun islam yang ke 2 adalah salah satu tiang agama. dan amalan pertama yang dihisab di padang mahsyar. mari kita fikir sejenak, adakah solat kita cukup 5 waktu sehari semalam? dan adakah solat kita berkualiti? simpan jawapan itu dan mari kita sama2 muhasabah diri agar kita menjadi mukmin yang sejati yang taat perintah Allah dan rasul kita..

bersama kita merubah masa depan

Solat yang berkualiti akan melahirkan kehidupan yang sejahtera.

Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica - Isra' Mikraj



..wassalam..

Tuesday, June 28, 2011

patut ke aku dilabelkan BZ?

assalamualaikum.

walla..penat wow minggu lepas..so tak dapat nak update cerita sangat..=)..

ape2 pon terima kasih kerana menanti kehadiran aku bagi menceriakan hari2 anda..(bajet lebih)

okeh. kali ni ade kawan aku mintak buat bunting untuk majlis kawin akak dia.. hehehe...Alhamdulillah dah siap...ni hasilnya...

ting


ha tema purple n white. so jadi la. aku tak pernah buat bunting untuk kahwin sebenarnya. so ni first task la aku dapat design bunting kahwin..=)..

okeh lepas tu pulak aku terima satu tugasan dari kawan gak. nak mintak tolong designkan memo dengan backdrop untuk program fakulti. ha yang ni aku dah selalu buat, so takde masalah nak buat, cuma takde idea je sebab buat masa baru bngun dari tidur, so ini la yang jadi..

ting


ini untuk backdrop. aku pakat redah je design nie.=) amacam?? komen2

dan

ting


dan ini pulak memo untuk program ni.=) aku rasa agak colorful..hihihih

lepas tu dah serabut tengok blog sendiri. bosan. so aku ubah lagi satu set untuk kali ini..dari yang dulu..




bertukarlah jadi yang bawah nie..

ting. dan apa yang anda lihat ni baru dibuat sebelum pegi kelas pukul 4. bosan takde buat bende an..=)


Alhamdulillah dengan ilham dari Allah maka idea ini datang dan dapat diterjemahkan didalam satu cerita dan gambaran..tq Allah.=)

semua hasil ni aku mengunakan perisian adobe photoshop cs4.=)

minggu ni pon aku banyak meting, banyak jugak tutorial dan asgment yang perlu disiapkan. sabtu ni aku juga diberi tugasan sebagai AJK disiplin bagi program dibawah fakulti untuk part 1. lepas tu ahad aku kene ade di shah alam ade majlis makan tengah hari bersama Dato' Hishamuddin. mujur abah aku pon pegi sekali.. so doakan aku dapat lepasi minggu ini dengan jayanya..=).

okeh aku nak share something..BULI.. mungkin tidak berkaitan dengan tajuk aku..aku nak sentuh jugak..

buli merupakan salah satu sifat yang perlu ditegah dengan kerasnya bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera. buli bukan sahaja bertindak keatas fizikal, tetapi juga bersifat mental.mungkin ramai yang tidak merasai BULI. tapi ianya masih berlaku. mungkin kepada adik2 kita, kepada kawan2 kita. jika anda pembuli maka hentikan..jika anda dibuli. maka adukan kepada yang lebih besar.=) jangan biarkan ianya berleluasa. kerana buli adalah satu cabang jenayah yang boleh membawa kerosakan.=)

HENTIKAN BULI

so sampai sini sahaja perkongsian kita..kalau rasa2 nak komen tu. komen je. jangan teragak2..=)

wassalam



Friday, June 24, 2011

Hati berbunga-bunga.


Assalamualaaikum...

whats up!!!

heyah.. hati ini bagaikan sudah dimilik orang. tenang dan ceria, senyuman sentiasa diukirkan bagi mewarnai hari2 yang mendatang. ahaks. geli gila.

bukan ape, hati aku sedang berbunga-bunga nie. masa aku bercinta pon tak macam nie. (hamek kau).

kenapa hati aku berbunga2 nie?

mesti korang terdetik dalam hati.."apehal pulak mamat tonjang ni hati berbunga2, nak berjiwang2 bagai". hahahha

betul an?

sebona eah, eden baru abis mengikuti satu siri drama. walla aku pon tak sangka aku mengikuti cerita ni sampai abis. n aku rasa ini cerita ke 3 aku siap mintak download lagi lepas adamaya dan gemilang. mesti korang tau an? NORA ELENA. bukan nak mengata, cuma nak menaip je. aku baru abis tengok cerita tu tadi sebab minggu lepas aku tak dapat tgok episod akhir disebabkan kursus yang lebih penting. wa cakap ngn lu gila berbunga2 hati aku tadi. ahaks. gedik, kalah perempuan aku rasa. cerita yang berkisahkan pengorbanan didalam sesebuah keluarga. banyak iktibar yang boleh kita ambil dari cerita ni. tapi ade jugak yang tak bagus dalam cerita ni.=) sbb tu aku malas nak bagi bintang. so sesiapa yang belom tengok. boleh la dapatkan cerita ini dari aku.. ade yang member2 tak pernah tgok pon boleh melekat depan skrin laptop, nak tgok sampai habis. mulut tak habis2 mngutuk si yuvone (tah btul ke tak namanye aku eja).


ape2 pon aku rasa cerita ini mesti ada peminat tersendiri, sebab ade je yg post kat fb. kadang2 nak tergelak pon ade baca deorang punya status n komen2. pada aku cukup lah ianya sekadar sebuah cerita.=).. yang penting jangan abaikan yang wajib. berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah. hanya apabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah.=)

pagi tadi jugak aku ade buat kajian trafik or lalu lintas dijalan utama temerloh-jengka. jalan besar.. ade 2 kajian..yang first kene kira bape banyak kenderaan yang lalu kat jalan tu. lepas tu kira kelajuan kenderaan. sepanjang 50m. kereta yang paling laju dicatatkan dijalan itu adalah. kereta satria kelabu. 1.91 saat dalam jarak 50m. laju dia bawak. duduk la aku kat tepi jalan tu dengan berjaket oren. macam2 gaya aku tengok member2 aku.ade yg dduk bersila. dduk cangkung, bertenggek pon ade,(yg ni dah lain) ahaks.

tapi yang paling best nye kajian yang aku jalankan ni memerlukan pergerakkan untuk memberi sign kat kawan dalam jarak 50m. angkat tangan tanda aku dah sedia kira masa. yang best nye bila aku angkat tangan, ade yang balas balik, ade yang senyum, ade yang hon, ade yang bagi lampu, ade yang balas balik angkat tangan, hi hi hi. tak sangka aku kat tepi jalan pon ramai peminat. so takde lah bosan sangat, sebab ade hiburan dijalan raya, dengan gelagat pemandu2 kat situ, TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA sebab memberikan kerjasama. orang jengka mmg comel2 sebab mejoriti aku tgok penumpang didalam kereta tu sepasang warga tua. memang COMEL.. 1 jam aku duduk kat tepi jalan tu menjalankan kajian. dan sekarang dah dapat hasilnya. . .

sesungguhnya bukan senang nak jadi senang. tapi tak payah nak jadi susah. so kita berusaha, kita perlulah melalui pelbagai dugaan dan onak duri untuk memastikan kita pemilik kejayaan yang sejati. namun jika sekadar berjaya dengan membelakangkan Allah. setinggi mana pon anda maka kejayaan itu hanyalah sia2.

. . .wassalam. . .

Thursday, June 23, 2011

segala-galanya

hati gelora

hati sengsara

hati gundah

hati gulana

hati resah

jiwa kacau

sakit hati

makan hati

jauh hati

haru biru

hati meracau

serabut

jika ini yang anda rasakan sekarang.

perbanyakkan istghfar.

selawat keatas nabi

berzikir

ringangkan lidah kita dengan lafaz yang bermakna

daripada kita melafazkan perkataan2 yang tidak berfaedah

Allah dah berikan pilihan dan kita hanya memilih yang mana baik dan buruk.

teruskan perjalanan

sesungguhnya Allah yang memberikan ketenangan hati.

percayalah hanya pada Allah kita mengharapkan pertolongan.

wassalam


Wednesday, June 22, 2011

Perginya seorang sahabat.

Assalamualaikum.

Huh hari ni aku takde kelas pagi. So membuta je aku. Reload tido sebelum ni. Hi hi hi. Hari ni aku kehilangan seorang lagi sahabat perjuangan

Mohd Fahmi B Dait.

Kenapa dengan dia sebenar nya? Pada awalnya aku tak percaya dia pergi. Namun apakan daya mungkin sudah ini takdirnya. Allah merancangkan yang lebih baik untuk dia. Seorang yang periang dan banyak cakap,ceria, ramai kenalan, sampai aku sendiri pon tak tahu kawan dia ramai mana. Classmate aku dari part 1 lagi. Ingat lagi masa mula2 dia datang kelas first day kat UiTM ni. Aku tgok dia pon tak percaya dia akan jadi kawan aku satu hari nanti. Tapi serius kelaka. Tapi semua tu tinggal kenangan sekarang dia akan meninggalkan kami warga EC1105I. insyaAllah aku akan ingat kau sampai bila2.

INSPEKTOR KESIHATAN.

Semoga kau akan Berjaya dengan kerjaya baru. Dia ditawarkan melalui SPA. Yup bukan berhenti untuk terus mengalah, tapi berhenti dengan harapan yang baru. Mungkin bidang jurutera bukan jalan untuk dia, ada hikmah pertemuan ini. Dia kata mula daftar 1.7.2011, so bulan depan la. Bertempat di Sungai Buluh. Bersebelahan dengan hospital Sungai Buluh. Yang aku tau inspector kesihatan ni orang yang sembur2 nyamuk, buat survey kat rumah2 orang bagi ceramah kesihatan. Ha ha ha. Kadang2 tu nak tergelak bayangkan dia macam tu. Tapi siapa tahu kan? Allah yang menetukan kejayaan dia.=). Malam tadi kitorang buat sedikit last minit jamuan dekat KFC. Walla makan nak sedap je. Tapi serius sebak dia nak pergi. Yang member perempuan pon semua datang, ade yang sangup ponteng kelas nak jumpa buat kali terakhir.


Lepas tu kami pon lepak kat depan rumah. Kol 12 kelua lagi minum. Hahahah aku rasa kol 3lebih baru aku tido. Kuang3.

terimalah sebuah lagu dari brothers. selamat berjuang


=)

wassalam


Monday, June 20, 2011

Kenangan untuk bulan ini...=)

PERINGATAN!!!! Sesiapa yang tidak biasa membaca entry yang gede atau panjang sila baca tajuk sahaja…=)

Terdengar deruman exzos JLJ 1550 jam 745 pagi. Aku menghidupkan enjin untuk dipanaskan, lantas aku bersiap dan memikul “mountain bag 55liter”.

“Amin anta aku sat, dah pkul berapa dah ni”.

“mu gerok pkul bape?”soal Amin..

“aku gerak kol 8 dari UiTM rasanya.”

“Jom”.

Sesudah sampai ke UiTM

“Man ko pon pergi jugak ke?” Nizam menyambut aku dengan satu soalan, seakan-akan pelik dengan kedatangan aku.

“kenapa, tak boleh ke? aku balik la macam nie.”

“eah tak,tak,tak. Aku gurau je lah”

Memories of the month

Ha...amacam aku nye intro?

Ok, saudara dan saudari. Assalamualaikum. Niat hati nak jadikan ini sebuah cerpen tapi rasa macam malas nak berbahasa lak. Tapi takpa aku akan ceritakan apa yang aku buat sepanjang 4 hari yang aku hilang. Korang pon mesti rindu an n tertanya-tanya aku pegi mana kan? (nak muntoh)…

Aku join kursus. Best!!!! Tu yang aku nak ungkapkan..

Lpas aku dah sampai uitm tu ade sorang je kawan yang aku kenal. Yang lain sume macam tak pernah jumpe. Hahahaha. Than dah beberapa minit baru la datang sorang2 geng aku. Lego siket dado den nie ha. Berolak dari UiTM Jengka Pahang menuju ke Alor Gajah Melaka. Mengambil masa 6 jam. Alhamdulillah aku pon sampai dengan environment yang membuatkan aku lagi xcited nak memulakan program selama 4 hari 3 malam ni. Kedatangan kami disambut oleh bunyi kereta api yang ade sesetengah kawan aku yang agak teruja melihat landasan kereta api dan kereta api secara live, atau bahasa yang lebih mudah ialah JAKUN…hik hik hik. Suasana yang amat menenangkan. Aku rasa macam lagi ceruk dari UiTM jengka..yang aku dengar bunyi kereta api je.. tupon 1 hari 4 kali. Alhamdulillah aku deberikan peluang untuk merasai nikmat Allah seperti ini.

Dah sampai tu macam biasa la. Semestinya pendaftaran peserta. Kami dibekalkan satu fail berwarna biru gelap, lawa. Hi hi hi. Lepas tu macam biasa lah akitiviti ke2 adalah taklimat program,memperkenalkan fesi, bagi tau peraturan kem. Macam biasa la an. Huh.. masa tu mata tuhan je tau.. bosa dah mato den nak bulatkan ni ha. Lepas tu aku nyanyi2. Last sekali perlantikan penghulu dan sewaktu dengan nye..aku tak payah risau kali ni sebab deorang bukan kenal aku pon. Ha ha ha..so ade peluang untuk aku passive..=)

Aktiviti disambung waktu malam dengan ceramah 1. Aku taknak ulas ni. Lepas tu aku pon tido.

Bangun subuh pon aku lambat 5.30 baru aku bangun lepas tu dengan tak mandi. Just gosok gigi je, siap2 aku pon pegi surau. Tengok2 aku sorang je baru dating. Yang lain semua juru latih. Aku duduk kat belakang pak saad sebab dia tengah baca zikir munajat. So aku follow la kat belakang dia. Tak lama tu dia bagi mic. Perh taknak terkejut lak aku. Hamek kau dengan mata nak taknak je bukak aku pon sambung dengan tengah mamai tu aku rasa ade yang aku baca salah. Serius mengantuk tahap gaban masa tu. Lepas tu pak brahim sruh aku azan, aku pon pas kat orang lain mic tu. Sbb semalam aku dah azan.

Lepas dah abis sume ade LDK ade la permainan siket kami dilayan macam budak tadika..aku rasa muda masa tu. Yek ar aku an tak penah sekolah tadika an. So aku tak penah rasa. Lepas tu dia bentuk kumpulan. Dalam kepala otak aku ni dah ade 1 soalan yang tengah bermain.. siapa agaknya ahli kumpulan aku? Aku pon redah je la. Alhamdulillah dapat la aku ngn kawan aku faiz. Ade geng. Masa tu malas lagi nak berkenalan ngn yang lain. Sebab aku ni lambat siket nak panas. Ahaks. So mula2 tu mmg Nampak mcam sombong siket. Tugasan pertama macam biasa bagi nama,sorakan,logo,slogan kumpulan. Dengan tangan yang agak pengkor ni aku pon diberi peluang melukis logo. Tah hape3 aku lukis. Ahaks. Dah abis sume kene presentation. Tension aku..

Lepas solat zohor pulak aku masuk dalam bilik LDK 5. Ahli kumpulan 11 orang tiba2 fesi yang masuk tut ah dari ceruk mana tah datang. Sebab aku pon tau sape fesi aku. Dia masuk mmg psycho gila. Aku buat dono je. Tanye jam la hape la, bukak kipas la. Tak lama tu baru lah member aku pangil yang betul punye. Ustaz Nazri. Ade yang kata dia ni imam muda pertama. Sampai siap tanye lagi ngn fesi lain, nak kepastian. Hahahah. Dan bermula la sesi takruf. Masa tu la baru aku kenal dengan ahli kumpulan aku n masa tu baru aku start enjin nak panas.

Aku

Syafaat

Faiz

Ain

Sue

Nadia

Aini

Amy

Ecah

Hus

Yati

Ha ni semua ahli kumpulan aku dibawah payung “Anak watan” kami berdiri. Yeah korang

memang terbaik !!!!!

Masa ni la kami berkenalan dengan lebih rapat. Best, best , best

Lepas asar pulak aku dapat merasa main repelling. Aku pon pernah main dulu. Mula2 skali masa aku darjah 4. Hahaha..ni dapat lagi.=). sampai ade yang main 2 kali..panas je mata aku tengok..

Lepas isyak pulak aku masuk lagi dalam bilik LDK5 tu dan sambung lagi perbincangan tadi.=)

Esok nye aku bangun subuh dah awal.=) roll call pagi tu mengingatkan aku masa kat PLKN. Hahaha.. dah lama aku tinggal.dulu aku yang menerima laporan dan rasa mcam nak bawak kalkulator je masa tu nak kira anak buah. Tapi masa hari tu aku just tengok dan mengelakkan orang. Ahaks (jahat gila) sakit perut aku.

Lepas tu pulak kami diberikan peluang untuk berkongsi ilmu dan ada pengalaman baru aku dapat pagi tu. Yang nip on aku taknak ulas. Tapi memang best la..

petang tu pulak ade aktiviti main tutup2 mata. First kene cari kasut dalam keadaan mata tertutup. Second kene cari semut lak an. Tapi ade orang guide. Dan last sekali kene jalan tutup mata dalam kumpulan lak. Ha ni aku nak cerita. (padahal dari tadi dok bercerita) dalam group aku tu tinggal aku sorang je lelaki yang ditutup mata 2 lagi mata terbukak. Sorang sbb nak lead ketorang n sorang lagi penghianat bangsa. Aku redha+redah. Tak sempat satu minit aku nye tali pegangan dah kene potong. Hampeh, ringan je. Aku pon malas nak gerak kang kalau gerak mau aku langar tiang masuk longkang sume. So aku duduk. Tak lama tu nama aku kene pangil. Peduli ape aku. MEMANG TAK LA AKU NAK PEGI. Tak lama tu suara makin kuat. Aku lak kesian. Kang sat lagi kumpulan aku yang pangil mau kesian.. aku dah tergelak2 dah masa tu rupanya betul deorang.. kesian. Lepas aku dah datang tu tak percaya lak an. Puas aku jawab soalan deorang tanye. Kenangan manis la, cita2 la. Nasib baik last2 percaya. Kalau tak aku diam je. Tak lama tu ade yang menyocok2 kat pinggag aku geram gila. Kene sekali ngn aku..ahaks. last2 rupanya fesi yang aku bagi tu..SORRY YE!!!..=).. tapi serius aku tak suka cara dia.lain kali nak buat macam tu asingkan lelaki ngn perempuan ye. Sebab tak elok.=) namun iktibarnya tetap ada dalam sudut yang positive aku cari.=)

petang tu lak ade poco2 dan tarian istimewa dari pak muda. Comel pak muda masa tu.

malam tu pulak ade soalan2 kuiz dan kumpulan aku dapat highest. TAHNIAH!!!!

LAST DAY.

Masa tidak ku bazirkan. Dalam hati rasa sedih gak.=(. Kami diberi peluang meneroka hutan Percha Alor Gajah. Memang best. Pengalaman dalam hutan tu, aku asit langgar sarang labah2, memang Nampak no aku lalu tempat orang tak penah lalu. Kami hanya ditemnkan oleh arrow kuning je.ala2 besar handset 3310. Ade gak team member aku yang jatuh. Tapi tahniah anda tetap ade semangat nak meneruskan. “kalau nak travel tempat2 macam tu perlu berjalan dengan berhati2 cekap perhati kawasan”=). Ade yang muntah lah. Ha yang t upon aku ucapkan tahniah kerana nak teruskan. “bila kita penat, rasa nak muntah, muntah je sampai habis, muntah tu muntah asid yang terkandung dalam perut yang akan meringankan badan dan mengaktifkan tenaga kita”. Than yang lain tu ade la aku share pasal batu kat sana. From my observation, Speaking siket he he he, banyak outcrop yang ade kat situ. Unic, aku first time jumpe tempat macam tu Alhamdulillah. Aku rasa satu hari nnt aku nak buat kajian lebih lagi.boleh an?.aku nak share lagi bnyak pasal batu kat situ dengan deorang, tapi takut kata aku banyak sangat mulut nye nanti. .hihihi. aku pon baru sedar aku tak berapa nak tengok yang rendah2. Sbb arrow yang dia tampal rendah kebanyakannya aku tak Nampak. See. Allah dah jadikan semuanya sempurna jika kita bersatu. Terima kasih la yang dah tegur aku “jangan lupa nak tengok tempat2 rendah” hihi hi.. tapi hutan tu serius SUBHANALLAH lawa… dan ini la aktiviti terakhir aku kat sana.

Penutup

Aku paling tak suka perasaan perpisahan. Namun apakan daya itu dah jadi lumrah hidup. Dan aku harap our friendship not stop here. Sebak aku rasa masa tu.=) tapi semangat perlu diteruskan.HUH.

Terima kasih kepada ustaz yang dah memberikan kuliah subuh dan banyak input dan ilmu yang aku dapatkan dari ustaz lagi2 air penawar tu aku akan try.=) terima kasih

Terima kasih jugak kepada. Pn mastura, kak long, pak muda, pak nasir, pak brahim, dan pak saad. Salute for them…hiak…

Makan lak 6 kali sehari, walaupon takde horlick an. Aku redah je. Janji den konyang porut ni ha..3 pinggan aku bantai nasi minyak last day tu aku suka dalca. lupa nak ucap terima kasih. Tak lupa jugak kucing yang sedia menanti aku habis makan.. jumpe lagi kucing.=)

Last sekali kepada semua peserta2 dari UiTM Pahang yang SPORTING. Aku senyum je sepanjang program tu. Khasnya ahli kumpulan aku sendiri. ANAK WATAN..aku akan ingat korang sampai bila2… tak lupa kepada safwan yang dah bagi aku peluang nie. Kalau kau tak bgi aku gantikan kau. Aku takdapat pengalaman nie.=).

ALHAMDULILLAH aku bersyukur. Dan semoga perpisahan ini menjadi perpisahan yang diberkati dan satu titik kenangan dan penaik semangat untuk kita. Sesunguhnya Allah merancangkan yang terbaik untuk kita dan kita pemegang pen hanya ditugaskan untuk mengerakkan pen itu menulis jalan yang benar.

Aku akan merindui HUTAN PERCHA ALOR GAJAH. akan kusematkan kenangan.kalau nak dengar suara aku tggu aku buat album eah.=).

::Wassalam::

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI BAPA







Assalamualaikum..

ape kabau sume?? Alhamdulillah aku sihat je buat masa ni..=)...

SELAMAT HARI ABAH

aku kat rumah tak pangil bapa,,aku pangil abah....

firstly aku nak...


hiak...


sir...yes....sir


second aku nak


bersyujur.....Alhamdulillah aku masih dikurniakan seorang lelaki bernama abah. LOVE U


third aku nak


mengucapkan infinity terima kasih sebab dah membesarkan along sesempurna ini..jerit payah yang abah lalui untuk membesarkan along selama ni tak dapatku balas walau selautan emas along ganjarkan kembali....

terima kasih sebab besarkan along dari saiz yang macam ni...


sampai sebesar ni..

buat masa ni...ni la besarnya...=)

forth

aku nak ucapkan sekali lagi
SELAMAT HARI ABAH!!!!!!!

along anak abah dan abah,abah along sampai bila-bila....

lagu ni untuk abah....=)



wassalam


Tuesday, June 14, 2011

Apa yang bermain dalam fikiran anda??

Assalamualaikum

sesunguhnya kali ini amatlah berat jari jemariku untuk menekan butang2 di papan kekunci ini. tapi satu kesedaran memangil untuk aku buat dan taip cerita berikutnya ini...

seperti yang aku pernah bagi tau di entry dulu bahawa kejayaan pasti akan datang tapi cepat atau lambat yang membezekannya...kan?

SO

orang tua2 dah cakap kita tak selalu diatas kerana satu hari nanti kita pasti akan dibawah..
yang dah berjaya sekarang dah selesa dah berduit sendiri dah mampu tangung diri (kononnye) belum tentu satu hari nanti anda dapat sara diri untuk suami/isteri dan anak2...ha..sebab apa aku cakap macam nie? dalam pemerhatian aku ada je orang2 yang terlampau selesa, macam rezeki ni turun mmg untuk dia...jangan macam tu..sebab aku cakap ade bukti...

yeah..buktinya adalah

ikuti kisah ini..

Ken karpman merupakan seorang eksekutif di Amerika syarikat, dan mempunyai pendapatan sebanyak 750,000USD setahun lebih kurang RM 2,250,000.00 dan mempunyai rumah 4000 kaki persegi. per mewah tu..kalau korang la an masa ni huh.. kejayaan yang payah nak dapat kan? tapi nak tau tak? Ken sekarang bekerja sebagai penghantar pizza di florida dengan pendapatan 7.50USD satu jam. aha ha...mcam mana boleh macam ni jadinya? see? Allah berhak mengambil harta yang amat besar itu dengan sekelip mata..

korang nak tau tak kenapa Ken sampai macam tu sekali jadinya?

sebenarnya dia diantara golongan yang kehilangan pekerjaan. akibat dari krisis ekonomi. dia tak ada simpanan BOROS....hutang kad kredit sehingga mencecah 100000USD..wow...banyak tu..ini lah akibat kerana terlampau yakin dengan kebolehan diri sehingga lupa siapa yang memberikan kebolahan itu...

sekarang anda dimana?

ha ha ha ha ha...aku gelak dulu, manusia selalunya alpa, manusia sering terlupa..mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengungkapkan..."MELAYU MUDAH LUPA"

pada aku "MEMANG BETUL PON" hmm

korang kene ingat!!! semua hartawan,dermawan,angkasawan,sukarelawan,wartawan,chefwan yang berjaya sekarang ni dilahirkan terus berjaya, tapi mereka bermula dari bawah mereka belajar,mencuba dan berusaha untuk berjaya.. kita mmg dah dilahirkan sebagai juara dari berjuta sperma..kenapa tidak untuk kali ke2? ke3? dan seterusnya? tentunya boleh kan??

jadi

BERUSAHA

ANDA BOLEH

MALAYSIA BOLEH

ISLAM BOLEH

WE ARE THE BEST(<--yg ni pengetua aku cakap masa skolah dlu..)

keh

wassalam

Sunday, June 12, 2011

Cinta Si Insomnia..


Hasif berguling-guling di atas katilnya. Sekejap dia mengiring, sekejap dia meniarap, sekejap menelentang. Posisi tidurnya telah diubah banyak kali. Dia juga sudah menguap ribuan kali namun matanya masih juga tidak mahu dikatup rapat.
Bosan tidak dapat tidur, dia bangun keluar dari biliknya. Sunyi dan sepi tanpa kedengaran suara langsung. Manusia-manusia kampusnya sudah hanyut dibuai mimpi indah-indah kecuali dia. Dia sendiri buntu, apa yang perlu dilakukannya. Telefon selularnya dikeluarkan dari kocek, hajatnya ingin menelefon Liyana tapi dia teragak-agak. Bimbang menganggu tidur buah hatinya itu. Niatnya dibatalkan.
Dia masuk semula kebilik lalu menghidupkan computer ribanya. Senarai filem-filem yang baru di download memenuhi skrin laptopnya. Kesemuanya telah habis ditonton.
Celcom Broadband milik Rahman diambil lalu disuakan kelaptopnya. Facebook menjadi tempat persinggahannya. Asyik melayari laman itu, akhirnya dia terlena dihadapan laptopnya.
“Asip, bangun! Dah subuh ni,” syah mengejutkan temannya itu. Laptop Hasif baru sahaja kehabisan bateri. Rahman tersadar sambil terpinga-pinga
“suara siapa yang bising-bising ni” syah mengaruk sambil mengejut hasif.
“hasif kau kata nak pergi perpustakaan.dah pukul berapa dah ni” hasif yang lebih sayangkan bantal daripada belajar terus melelapkan mata. Rahman bangun dan terus mengerjakan solat subuh.
Pabila matahari menunjukan cahaya ,Shah dan Rahman memulakan ulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan hanya tingal dua hari lagi, sementara hasif masih bermain bowling didalam mimpinya.
Tiba-tiba shah melemparkan soalan kepada Rahman.
“pukul berapa hasif tidur?” “tak tau lah aku sebab aku tidur awal semalam, lepas abis tengok GTO aku terus tidur” Rahman menjawab dengan panjang lebar.
Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.suara hasif mengejutkan kami yang sedang menelaah
“we jom pergi makan, perut aku dah main kuda kepang dah nie”
“pergi la mandi dulu kalau ye pon perut tu dah lapar, air liur basi meleleh lagi tu”.hasif bingkas bangun dan mencapai tuala coklatnya serta baldi yang penuh dengan peralatan mandi. Selepas semuanya selesai, mereka bersiap untuk makan tengah hari di dewan makan.masing-masing keluar bilik tanpa memikirkan ape yang akan berlaku nanti.
“shah ko bayarkan dulu ea, aku belum ambil duit lagi. Mesin ATM meragam pula, ade ke patut duit RM50 je yang boleh keluarkan, aku nak ambil RM10”. Shah menganguk tanda setuju, mereka meneruskan perjalanan yang tak seberapa jauh itu.
Selpas solat zohor mereka meneruskan kerja-kerja menuntut ilmu sehingga jam 6 petang. Rahman membuka laptop sambil bertanya
“shah kau ade cerita korea baru ?” bosan Rahman tergambar dimuka
Shah terus mengambil hard disk didalam bagnya lalu memberikan kepada sahabatnya itu, lalu duduk sambil menatap skrin laptop yang dipasang.
“man kita tengok GTO nak?, aku tak tengok lagi, tak sempat nak layan cerita tu”
“bukan kau dah tgok ke? Sampai episod berapa?” Rahman bertanya dengan semangatnya.
“hehehe, sampai episode 4, kau?”
“sama la ngan aku, jom kita sambung la, nak?”
“ok jom” shah bangun dari kerusi lalu duduk disebelah Rahman sambil menatap skrin laptop sahabatnya itu. Manakalah Hasif hilang kemana. Biasanya waktu macam ni dia dah pon mengadap laptopnya untuk melayari enternet.
“tuk,,tuk,tuk..assalamualaikum, bang nasi lemak bang”seorang pelajar yang menjual nasi lemak mengagngu focus dua sahabat yang sedang menonton cerita korea tu tadi.
“waalaikumsalam, takpa…takpa…kitorang dah kenyang dah” Shah menjawap. Tidak lama kemudian muncul Hasif yang sedang bertuala.
“Kau ke mana Hasif?” tegur Rahman.
“aku ade masalah siket.hehehe, laptop aku ada orang guna?aku nak online la”Tanya hasif seakan-akan risau.
“takda, kau guna la, aku dah malas nak online la, kat facebook tu balik-balik buat sakit hati aku je.”jawap Rahman geram.
“buah hati kau kene kacau lagi ke?” soal Syah.
“haah, aku risau kadang-kadang,takut dia berubah hati”jawap Rahman ringkas.
"kalau ade jodoh, ko mati hidup semula pon,dia tetap milik kau" syah menyedapkan hati kawannya seakan-akan hilang semangat.
Hasif hanya tergaru-tergaru sambil memasukkan kata laluan Facebooknye.
Peperiksaan akan bermula 2 hari lagi. 3 sahabat itu terus mengulangkaji pelajaran sehingalah kertas yang terakhir. Sebelum peperiksaan kertas terakhir ada sesuatu yang berlaku, Hasif terlepas cerita sesuatu sehingga rakanya terkejut.
“Bila masa kau dengan dia Hasif?”Tanya syah.
“Apa?….apa?...apa yang kau cakap nie?”selindung hasif seakan-akan ada sesuatu yang dirahsiakan.
“kau jangan buat-buat tak tahu pulak hasif, patut la kau dah jarang nak study dengan kami” tambah Rahman, membuatkan Hasif gelisah seakan-akan rahsianya bakal dibocorkan oleh dua sahabatnya.
Hasif hanya tunduk mendiamkan diri.
“Kalau kau belum sedia nak cerita, takpe lah kau simpan dulu, tiba masanya nanti kau bagi tahu kami kalau kau dah sedia ye hasif” pujuk Rahman bagi menenangkan sahabatnya yang sedang bingung.
Hari selasa di kampus ni merupakan hari terakhir bagi peperiksaan semester ini 3 sahabat itu sudah memasuki dewan serbaguna bagi mencurahkan segala ilmu yang telah mereka kumpul selama ini. 3 jam kemudian Syah dan Rahman keluar setelah tamat peperiksaan. Kecerianan terpancar dari muka budak muda itu. Jauh pula dengan Hasif, seolah-olah hampa dengan usahanya selama ini.
“Hasif macam mana soalan tadi?, Kau boleh buat tak?”tegur Syah sambil menepuk bahu sahabatnya.
“ hancur…hancur..hancur!!!” jawap hasif.
“apa yang hancurnye Hasif?” tambah Rahman.
“aku tak boleh jawap soalan tadi tu, sia-sia je aku belajar”jawap hasif seolah-olah tiada sinar harapan baginya.
Setelah itu Hasif mula menceritakan segalanya kepada dua sahabat itu apa yang dia lakukan selama minggu ulangkaji. Hasif hanya menghabiskan masa dengan kekasihnya. Sehinggakan tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran. Sangup bangun malam semata-mata ingin berbual kosong dengan kekasihnya. Belah malam pula hanya menghabiskan masa dan duit untuk belanja kekasih hatinya.
“kau tak boleh buat begitu hasif, pelajaran jangan diabaikan sampai kau jadi macam ni”nasihat Syah sambil menenagkna sahabatnya.
“sekarang baru aku sedar Rahman, Syah. Aku baru tahu apa yang lagi penting, lagi pon perempuan tu tak jujur dengan aku. Aku baru Nampak dia dengan lelaki lain malam tadi,ni dia mesej kat aku nak mintak putus, dia kata aku terlampau baik untuk dia” luah hasif sambil menitiskan air mata.
"kenapa perempuan taknak yang baik untuk dia ye? kalau aku lah dah dapat yang terbaik, aku jaga,"Rahman menambah seolah-olah mempunyai pengalaman yang sama.
“Kau dah tahu silap kau kan? Jadi betulkan. Jangan sampai kau jadi insan yang lemah disebabkan satu kesilapan . Allah masih member peluang kepada insan yang buat kesilapan, jangan kau tutupkan pintu itu hanya kerana, kau tak boleh terima ketentuan ini, kami ada dibelakang bagi semangat pada kau, Allah menduga kita hanya dengan dua sebab, pertama kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kita dan yang ke dua kerana Allah ingin meninggikan darjat keimanan kita. Dan ingatlah wahai sahabat, Allah menguji hambanya setimpal dengan kekuatan kita, bermakna kita mampu mengharungi dugaan itu" tambah rahman.
"aku setuju, oleh kerana kau dah banyak sangat cakap, rahman. dan kau hasif dah bnyak sangat menangis, korang mesti dah banyak kurang air, apa kata aku belanja minum"Syah menceriakan suasana.
"JOM".


rahman's artworks

selepas disemak dan dibaca oleh cikgu Miszalin(cikgu bm aku masa pmr)aku dapat
82%
tinggi la tu...lepas ni kene tingkatkan lagi bahasa..=)

wassalam.=)

Thursday, June 09, 2011

kau masih ade peluang lagi



Assalamualaikum

Kejayaan mesti korang nak sangat merasai kejayaan kan?? kejayaan yang mcam mana tu??

sama ada

anda mahu berjaya dalam bisnes dadah

atau

berjaya dalam bisnes kedai makan?

sama ada

berjaya buat ibu bapa anda sedih

atau

berjaya buat ibu bapa anda tersenyum lebar.

kejayaan boleh ditafsirkan dalam pelbagai sudut.

kejayaan positive dan kejayaan negative

ramai yang inginkan kejayaan tapi masih lagi kabur untuk kejalan itu..

fikirkan lah anda dimana


dalam aku terus diatas masih ada yang dibawah.. sebak rasa, bila ada yang inginkan kejayaan tapi masih tidak diberi peluang, masih lagi terkapai2 mencari kejayaan..

berbeza dengan manusia yang mudah diberikan kejayaan tanpa didatangkan dengan dugaan...best kan?

tapi pada aku la an...bila kita berjaya selepas menempuhi onak duri ranjau sume an...lagi bermakna, lagi best, lagi puas berbanding orang yang dapat kejayaan terus...

Alhamdulillah..tu la, Allah mencipta kita dengan pelbagai jalan..jalan yang berliku dengan usaha yang lebih, pasti akan sampai ke penghujungnya....



SEMOGA ANDA AKAN MENDAPAT KEJAYAAN YANG DIINGINKAN...
berdoalah dan usaha lah....

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang lalim,

jangan pernah mengeluh dengan apa yang ditakdirkan untuk anda.. sebaliknya teruslah berusaha kerana Allah itu maha adil, maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. dan insyaAllah Allah akan berikan,, cuma cepat atau lambat je..=)



malam ni sempat gak aku melantak atas ni..hehehe... mulut rasa nak mengunyah je.

dah melantak yang manis, kene balancekan dengan yang neutral...baru selamat dan sihat..=)


sempat lak..amik gambar ni,, korang nampak moto warna ape??


mana kasut aku???

saja bg soalan cepu mas...

ok sebelum korang tutup blog aku ni, try la dengar lagi ni..=)


wassalam

Monday, June 06, 2011

tak tau nak letak tajuk ape

Assalamualaikum

Ape kabo sume?

Alhamdulillah semuanya dengan berkat Allah, aku masih disini.. terima kasih Allah kerana mengingatkan aku. TERIMA KASIH

so start to basic balik..barkan itu kubukukan didalam kitap purba dan sebagai rujukan ketika aku kesusahan. terima kasih memberi pengalaman ni pada aku..


ni gambar aku masa aku 2 tahun, mata je yang kekal sama..tetap bulat..hihi..(mana ade 4 segi)
Alhamdulillah aku dah besar sekarang ni...masih diberikan peluang untuk benafas, masih diberi peluang untuk melihat wajah bonda dan ayahanda. masih diberikan peluang menjalinkan persaudaraan...

hmmm...aku ada lagu untuk anda semua...

dengarlah

FAR-EAST & NASIR WAHAB-

MELAKAR CINTA DI PINTU SYURGA



aku ingin menuyusun jari kemaafan, diatas salah dan silap, termakan dan terminum, terambil sengaja atau tidak sengaja, maafkan aku.

..wassalam..

12 Cara Untuk Mengetahui Kamu MencintaiSeseorang...

assalamualaikum.. ha arini agak jambu siket..aku guna colour pink untuk entry ini... keh selamat membaca


12 Cara Untuk Mengetahui Kamu MencintaiSeseorang...


12:
Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.



11:
Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.


10:
Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.


9:
Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.


8:
Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...


6:
Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.


5:
Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.


4:
Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.


3:
Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.


2:
Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.


1:
Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.


BUATLAH HAJAT KAMU SEKARANG. KAMU TAU APA YANG KAMU PALING INGINKAN.....

semoga anda akan ditemukan dengan jodoh yang sesuai..dan utamakan agama dari segalanya,

janganlah pikat wanita dengan harta dunia, pikatlah dengan agama dan akhlak kita. insyaAllah ianya akan kekal. cinta hingga ke syurga...

wassalam

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa