Wednesday, September 29, 2010

aku benci itu juga.....

tah kenape sjak 2 menjak 3 menjak and so on....aku nak tulis aku benci!!!! aku benci !!!! aku benci!!!!! tah ape3 tah....

mesti korang sakit hati an??kalau tengah sedap2 buat kerja, study, tido ke...tiba2 ade bau yang tak menyenangkan langsung la pada aku....lagi3 kalau aku bukak pintu bilik ni ha..sakit hati sakit hidung sakit dado den nie ha...sengal la korang. dah tau nak isap rokok...pegi la bilik air tu..dah alang2 rokok tu ade asap...pegi sekali bagi makan kat jin sane...menyusahkan orang.
haish malam ni mmg nak bg aku naik hangin la korang...agak3 ar...unta...

aku rasa banyak dah usaha kerajaan nak menangani masalah merokok nie. dengan mengharamkan rokok, meletakkan gambar2 yang ngeri untuk dilihat, mengeluarkan iklan3 bg perokok2...mengadakan kempen...tapi bagi aku la semua itu bukan untuk menginsafkan perokok..tapi orang yang tak isap rokok yang mngambil iktibar. tapi ade baiknya....

sesunguhnya rokok ni adalah salah satu strategi yahudi untuk melemahkan musuh islam, kerana melalui rokok, perokok akan mendapat macam3 penyakit.seterusnaya akan lemah fizikal dan mental. jadi senang3 je kalau dia nak serang kita...ish3...sedar la we...mula2 rokok, pastu dadah...haish...(mintak dijauhkan) tapi korang tau tak??orang yang bau asap rokok mempunyai 3 kali ganda risiko penyakit berbanding dengan yang menghisap rokok??? see....ade lagi duduk dekat...ish3....




korang nak ke mati disebabkan rokok? bukan ke dah di kabarkan kepada kamu jangan merosakkan diri sendiri? jadi kenapa hisap rokok? benda yang dah sah haram dalam Islam?
kalau dah hisap,mati nanti? layak ke kita nak ke syurga Allah?

renung2kan la wahai sahabat.

YaAllah kau bukakanlah hati penghisap2 rokok agar berhenti dari mengambilnya YaAllah...

wassalam...

Monday, September 27, 2010

jagalah auratmu wanita

assalamualaikum
Entri kali ini agak sensetif. Apa yang aku nak kongsikan kepada korang smua adalah satu kisah benar, realiti masa kini yang sering kita jumpa di tepi3 jalan masa kita kerja dan masa kita makan dikedai makan. Aku akan terasa bila ada yang sewenang-wenangnya mendedahkan aurat. “Aurat” ianya satu perkara yang sinonim dengan umat islam. Adalah satu kewajipan kepada setiap manusia yang bergelar islam.
“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain haram” (HR. Ath-Thahawi)
”Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
(surah an-nur :ayat 31)
Masalah yang menyebabkan manusia rosak. Kenapa ini berlaku? Mengapa ada kes rogol? Salah siapa?
Sekarang ini aurat bagaikan satu perkara yang mudah. Ramai orang kata pakai tudung, pakai baju lengan panjang, pakai kain/ seluar panjang dah cukup tutup aurat..ya betul..tapi tau kah kita kalau kita pakai pakaian seperti itu tetapi dengan keadaan tak cukup saiz, ketat, mampat, padat, boleh mnyebabkan Nampak susuk badan kita, bak kata ustaz aku dulu baju adik. "Tu bukan tutup aurat tapi bungkus aurat".sekarang nie ada juga orang pakai tudung tapi tak tutup menepati caranya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya.
Dengan membaca ayat diatas.kita boleh faham dengan maksud menutup aurat itu sendiri. Sudah diingatkan kepada kita ramai penghuni neraka adalah perempuan. mahukah anda semua menjadi salah seorang daripadanya?
Bila ditanya. Korang nak masuk syurga atau neraka?
Jawapan yang pastinya adalah syurga.
Tetapi adakah amalan yang kita buat cukup untuk kita mendapat tiket ke syurga?
Renung-renungkan lah.
Kenapa perempuan disuruh menutup ksluruhan angota selain tapak tangan dan muka?
Mesti ada hikmahnya. Salah satu sebabnya untuk menjaga nafsu lelaki. Imaginasi lelaki memang kuat. Aku pon akui semua ni. Jadi jaga lah semua tu.
Banyak lagi hadis2 yang menunjukkan betapa penting nya menjaga aurat.
“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang sendirian?" Nabi Saw menjawab, "Allah lebih berhak (patut) kamu malui." (HR. Bukhari) .
Dan yang ada mempunyai laman2 sosial yang meletakkan gambar-gambar. Ingatlah dosa yang akan kita dapat 24 jam. Kita tidak sedar perkara ni. Sbb ini salah satu cara tipu daya syaitan.
Teguran yang ikhlas ini aku tujukan kepada yang bergelar wanita.
aku doakan anda semua diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah. ubah perkara yang mudah dahulu agar mudah kita mengubah perkara yang sukar. ingatlah sahabat sebelum terlambat.

wassalam

Sunday, September 26, 2010

diSerang virus CB

assalamualaikum.

terasa amat letih badan nie...kpla dah puyeng...(tapi menaip boleh lagi)..bangun pagi tadi..ingatkan aku sorang je yang kene...rupa2nye roomate aku suma kene..YaAllah...tak larat rasa nie..aku teringat nasi minyak yang member aku bawak semalam. dari majlis kahwin lecturer dia. mmg sedap...abis aku belasah nasi tu.hmm tapi mungkin ade la sebb lain kot...bnyak dosa agaknye...semoga dengan sakit yg Allah berikan ini akan lunturlah dosa2 yang aku lakukan sblum ini..Alhamdulillah Allah masih meningati aku. tak mahu aku leka...

sekarang aku beransur pulih..tapi member aku masih lagi tak bngun3..ade sorang tu menangis dalam bilik air...(sakit sangat la tu agaknye)..aku hanya terdiam menyaksikan gelagat mereka....

bila dah kene mcm nie aku teringat mase kecik3 dulu..aku fobia nak makan nasi minyak sampai la umur aku 13 taun.sebab aku dah pernah kene macam nie..aku agak takut nak sakit perut..hihihihih...nthan bila dah besar nie aku terkene lagi...kali ni aku nak fobia??? takkan punye...sebab aku rasa..aku tersalah makan...ape3 pon...nasi minyak sbg penyebab untuk Allah bagi aku sakit nie...adalah untuk mengingatkan aku agar tak terleka...Alhamdulillah...harap aku sembuh cepat....amin...



nasi minyak....mak aku kata kalau makan nasi minyak nie kuah daging,kuah ayam,kuah dal jngn dicampurkan...kalau tak mmg sakit perut...ape3 pon smalam aku makan mmg tak berkuah...hmmm...nasib3...hihihi...

wassalam

Saturday, September 25, 2010

langkah semakin yakin



assalamualaikum
semalam hari jumaat.penghulu segala hari.kelas mula macam biasa.jam 8.aku org first sampai kelas.BEL(bhsa ingres) arini aku blaja mcm mane nak jawap soalan final, Alhamdulillah aku dapat sdikit suntikan semangt masa tu, lpas tu ade pulak kne presentation tentang current issue. aku buat tajuk (pembunuhan) selamat aku tak terpilih untuk bentangkan arini. hihihih..sebenarnye aku tak ckup bahan lagi nak share ngn classmate.agak2 aku kne mnggu depan?...hahahahha

itu untuk first kelas..lpas tu aku ade kelas CSC(komputer program) arini aku blaja function...than aku dapat markah kuiz..yang sedihnye aku punye markah turun...arGHHHHHHH..4 markah je lagi...kenape3?(kurang study kot) ape3 pon aku puas hati skrg.semoga aku tak buat kesilapan nie lagi.lagi pn miss dah tanda dngn pen merah punye la besar....

lepas tu malam aku ade lagi kelas MAT(matemtik) Alhamdulillah miss aja aku elok3 je.(sblum nie elok gak..aku je tak focus)..hihihi...aku dapat semua yang dia ajar...aku rase ni first time sem ni aku pham smua yg dia ajar...Alhamdulillah...semoga aku dapat manfaatkan ilmu ini...

minggu depn akan berdepan dengan minggu kesibukkan...amat3 sibuk agaknye.dalam kesibukkan ni aku dah mula bimbang...YAALLAH kau kuatkan aku dengan ujian ini..adakah pnyakit aku dtg balik??dah mula sakit2 semula....





semoga aku dapat harungi masa ini..dengan 5 test akan aku tempuhi.asgment yang melambak.dan kuiz..ape2pon aku mohon kepada yang mengatur masa, aku menadah tangan kepada Yang menetapkan takdir, YaAllah...bimbing hambamu ini agar aku kuat...

sem ini aku letakkan misi yang amat berbeza dari sem lpas. dan agak tggi..sukar untuk dicapai..tapi akan ku kuatkan agar misi itu tercapai....GO GO GO !!!!!!!!...aku tau aku boleh....sebutir berlian yang sedang digilap.....






wassalam

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa