Wednesday, June 29, 2011

Tiada yang mustahil.SALAM ISRA' MIKRAJ

Assalamualaikum.

27 rajab bersamaan dengan 29 jun 2011. munglin ramai yang tahu 27 rejab tu hari apa. tapi masih ramai je yang lupa.. "hari ni eah 27 rejab?" "arini ea, isra' mikraj?" heh. kalau hari guru, hari kekasih, dan kadang2 hari wesak pun orang ingat. sebab ape?? sebab ade cuti, sebab ramai yang ingatkan so ingat la hari2 yang kadang2 tak penting pon bagi umat islam. bukan korang je.. aku kadang2 pon macam tu. setiap manusia membuat khilaf.

kita sering dibertakan, sering diperdengarkan tentang isra' dan mikraj. bagi mengikuti kisah ini sila klik di blog sahabat aku.. PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ. kali ini aku tak memenuhkan blog ini dengan cerita ini. =)

untuk apa isra' dan mikraj ni? ha ini adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad. tiada yang mustahil bagi Allah mewujudkan setuasi ini, dengan satu malam sahaja Allah telah membawa Nabi Muhammad berjalan bertemu Allah dan menunjukkan bermacam2 keadaan. mungkin tidak pernah terlintas pada sudut pemikiran manusia akan terjadi peristiwa ini. tetapi inilah kekuasaan Allah. tiada yang mustahil bagi Allah.

tujuan utama isra' dan mikraj adalah untuk memfardukan solat, seperti yang terdapat pada hari ini. 55 pada awalnya yang dikurangkan sehingga 5 waktu sehari semalam. cuba anda bayangkan jika ianya tidak dikurangkan?. hmm yang 5 waktu ni pon terkapai2 nak lakukan. ade je yang tertingal apetah lagi 55 waktu solat. lihat pengorbanan Nabi kita yang kasihkan umatnya sehingga berkali2 bertemu Allah untuk mengurangkan waktu solat kepada 5..besarnya cinta nabi kepada kita..Alhamdulillah..

Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk bertemu dengan hari ini. dapat menunaikan dan menjalankan tanggungjawab sebagai islam. yang telah Allah turunkan solat fardu melalui nabi Muhammad sendri. Solat rukun islam yang ke 2 adalah salah satu tiang agama. dan amalan pertama yang dihisab di padang mahsyar. mari kita fikir sejenak, adakah solat kita cukup 5 waktu sehari semalam? dan adakah solat kita berkualiti? simpan jawapan itu dan mari kita sama2 muhasabah diri agar kita menjadi mukmin yang sejati yang taat perintah Allah dan rasul kita..

bersama kita merubah masa depan

Solat yang berkualiti akan melahirkan kehidupan yang sejahtera.

Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica - Isra' Mikraj



..wassalam..

No comments:

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa