Monday, June 20, 2011

Kenangan untuk bulan ini...=)

PERINGATAN!!!! Sesiapa yang tidak biasa membaca entry yang gede atau panjang sila baca tajuk sahaja…=)

Terdengar deruman exzos JLJ 1550 jam 745 pagi. Aku menghidupkan enjin untuk dipanaskan, lantas aku bersiap dan memikul “mountain bag 55liter”.

“Amin anta aku sat, dah pkul berapa dah ni”.

“mu gerok pkul bape?”soal Amin..

“aku gerak kol 8 dari UiTM rasanya.”

“Jom”.

Sesudah sampai ke UiTM

“Man ko pon pergi jugak ke?” Nizam menyambut aku dengan satu soalan, seakan-akan pelik dengan kedatangan aku.

“kenapa, tak boleh ke? aku balik la macam nie.”

“eah tak,tak,tak. Aku gurau je lah”

Memories of the month

Ha...amacam aku nye intro?

Ok, saudara dan saudari. Assalamualaikum. Niat hati nak jadikan ini sebuah cerpen tapi rasa macam malas nak berbahasa lak. Tapi takpa aku akan ceritakan apa yang aku buat sepanjang 4 hari yang aku hilang. Korang pon mesti rindu an n tertanya-tanya aku pegi mana kan? (nak muntoh)…

Aku join kursus. Best!!!! Tu yang aku nak ungkapkan..

Lpas aku dah sampai uitm tu ade sorang je kawan yang aku kenal. Yang lain sume macam tak pernah jumpe. Hahahaha. Than dah beberapa minit baru la datang sorang2 geng aku. Lego siket dado den nie ha. Berolak dari UiTM Jengka Pahang menuju ke Alor Gajah Melaka. Mengambil masa 6 jam. Alhamdulillah aku pon sampai dengan environment yang membuatkan aku lagi xcited nak memulakan program selama 4 hari 3 malam ni. Kedatangan kami disambut oleh bunyi kereta api yang ade sesetengah kawan aku yang agak teruja melihat landasan kereta api dan kereta api secara live, atau bahasa yang lebih mudah ialah JAKUN…hik hik hik. Suasana yang amat menenangkan. Aku rasa macam lagi ceruk dari UiTM jengka..yang aku dengar bunyi kereta api je.. tupon 1 hari 4 kali. Alhamdulillah aku deberikan peluang untuk merasai nikmat Allah seperti ini.

Dah sampai tu macam biasa la. Semestinya pendaftaran peserta. Kami dibekalkan satu fail berwarna biru gelap, lawa. Hi hi hi. Lepas tu macam biasa lah akitiviti ke2 adalah taklimat program,memperkenalkan fesi, bagi tau peraturan kem. Macam biasa la an. Huh.. masa tu mata tuhan je tau.. bosa dah mato den nak bulatkan ni ha. Lepas tu aku nyanyi2. Last sekali perlantikan penghulu dan sewaktu dengan nye..aku tak payah risau kali ni sebab deorang bukan kenal aku pon. Ha ha ha..so ade peluang untuk aku passive..=)

Aktiviti disambung waktu malam dengan ceramah 1. Aku taknak ulas ni. Lepas tu aku pon tido.

Bangun subuh pon aku lambat 5.30 baru aku bangun lepas tu dengan tak mandi. Just gosok gigi je, siap2 aku pon pegi surau. Tengok2 aku sorang je baru dating. Yang lain semua juru latih. Aku duduk kat belakang pak saad sebab dia tengah baca zikir munajat. So aku follow la kat belakang dia. Tak lama tu dia bagi mic. Perh taknak terkejut lak aku. Hamek kau dengan mata nak taknak je bukak aku pon sambung dengan tengah mamai tu aku rasa ade yang aku baca salah. Serius mengantuk tahap gaban masa tu. Lepas tu pak brahim sruh aku azan, aku pon pas kat orang lain mic tu. Sbb semalam aku dah azan.

Lepas dah abis sume ade LDK ade la permainan siket kami dilayan macam budak tadika..aku rasa muda masa tu. Yek ar aku an tak penah sekolah tadika an. So aku tak penah rasa. Lepas tu dia bentuk kumpulan. Dalam kepala otak aku ni dah ade 1 soalan yang tengah bermain.. siapa agaknya ahli kumpulan aku? Aku pon redah je la. Alhamdulillah dapat la aku ngn kawan aku faiz. Ade geng. Masa tu malas lagi nak berkenalan ngn yang lain. Sebab aku ni lambat siket nak panas. Ahaks. So mula2 tu mmg Nampak mcam sombong siket. Tugasan pertama macam biasa bagi nama,sorakan,logo,slogan kumpulan. Dengan tangan yang agak pengkor ni aku pon diberi peluang melukis logo. Tah hape3 aku lukis. Ahaks. Dah abis sume kene presentation. Tension aku..

Lepas solat zohor pulak aku masuk dalam bilik LDK 5. Ahli kumpulan 11 orang tiba2 fesi yang masuk tut ah dari ceruk mana tah datang. Sebab aku pon tau sape fesi aku. Dia masuk mmg psycho gila. Aku buat dono je. Tanye jam la hape la, bukak kipas la. Tak lama tu baru lah member aku pangil yang betul punye. Ustaz Nazri. Ade yang kata dia ni imam muda pertama. Sampai siap tanye lagi ngn fesi lain, nak kepastian. Hahahah. Dan bermula la sesi takruf. Masa tu la baru aku kenal dengan ahli kumpulan aku n masa tu baru aku start enjin nak panas.

Aku

Syafaat

Faiz

Ain

Sue

Nadia

Aini

Amy

Ecah

Hus

Yati

Ha ni semua ahli kumpulan aku dibawah payung “Anak watan” kami berdiri. Yeah korang

memang terbaik !!!!!

Masa ni la kami berkenalan dengan lebih rapat. Best, best , best

Lepas asar pulak aku dapat merasa main repelling. Aku pon pernah main dulu. Mula2 skali masa aku darjah 4. Hahaha..ni dapat lagi.=). sampai ade yang main 2 kali..panas je mata aku tengok..

Lepas isyak pulak aku masuk lagi dalam bilik LDK5 tu dan sambung lagi perbincangan tadi.=)

Esok nye aku bangun subuh dah awal.=) roll call pagi tu mengingatkan aku masa kat PLKN. Hahaha.. dah lama aku tinggal.dulu aku yang menerima laporan dan rasa mcam nak bawak kalkulator je masa tu nak kira anak buah. Tapi masa hari tu aku just tengok dan mengelakkan orang. Ahaks (jahat gila) sakit perut aku.

Lepas tu pulak kami diberikan peluang untuk berkongsi ilmu dan ada pengalaman baru aku dapat pagi tu. Yang nip on aku taknak ulas. Tapi memang best la..

petang tu pulak ade aktiviti main tutup2 mata. First kene cari kasut dalam keadaan mata tertutup. Second kene cari semut lak an. Tapi ade orang guide. Dan last sekali kene jalan tutup mata dalam kumpulan lak. Ha ni aku nak cerita. (padahal dari tadi dok bercerita) dalam group aku tu tinggal aku sorang je lelaki yang ditutup mata 2 lagi mata terbukak. Sorang sbb nak lead ketorang n sorang lagi penghianat bangsa. Aku redha+redah. Tak sempat satu minit aku nye tali pegangan dah kene potong. Hampeh, ringan je. Aku pon malas nak gerak kang kalau gerak mau aku langar tiang masuk longkang sume. So aku duduk. Tak lama tu nama aku kene pangil. Peduli ape aku. MEMANG TAK LA AKU NAK PEGI. Tak lama tu suara makin kuat. Aku lak kesian. Kang sat lagi kumpulan aku yang pangil mau kesian.. aku dah tergelak2 dah masa tu rupanya betul deorang.. kesian. Lepas aku dah datang tu tak percaya lak an. Puas aku jawab soalan deorang tanye. Kenangan manis la, cita2 la. Nasib baik last2 percaya. Kalau tak aku diam je. Tak lama tu ade yang menyocok2 kat pinggag aku geram gila. Kene sekali ngn aku..ahaks. last2 rupanya fesi yang aku bagi tu..SORRY YE!!!..=).. tapi serius aku tak suka cara dia.lain kali nak buat macam tu asingkan lelaki ngn perempuan ye. Sebab tak elok.=) namun iktibarnya tetap ada dalam sudut yang positive aku cari.=)

petang tu lak ade poco2 dan tarian istimewa dari pak muda. Comel pak muda masa tu.

malam tu pulak ade soalan2 kuiz dan kumpulan aku dapat highest. TAHNIAH!!!!

LAST DAY.

Masa tidak ku bazirkan. Dalam hati rasa sedih gak.=(. Kami diberi peluang meneroka hutan Percha Alor Gajah. Memang best. Pengalaman dalam hutan tu, aku asit langgar sarang labah2, memang Nampak no aku lalu tempat orang tak penah lalu. Kami hanya ditemnkan oleh arrow kuning je.ala2 besar handset 3310. Ade gak team member aku yang jatuh. Tapi tahniah anda tetap ade semangat nak meneruskan. “kalau nak travel tempat2 macam tu perlu berjalan dengan berhati2 cekap perhati kawasan”=). Ade yang muntah lah. Ha yang t upon aku ucapkan tahniah kerana nak teruskan. “bila kita penat, rasa nak muntah, muntah je sampai habis, muntah tu muntah asid yang terkandung dalam perut yang akan meringankan badan dan mengaktifkan tenaga kita”. Than yang lain tu ade la aku share pasal batu kat sana. From my observation, Speaking siket he he he, banyak outcrop yang ade kat situ. Unic, aku first time jumpe tempat macam tu Alhamdulillah. Aku rasa satu hari nnt aku nak buat kajian lebih lagi.boleh an?.aku nak share lagi bnyak pasal batu kat situ dengan deorang, tapi takut kata aku banyak sangat mulut nye nanti. .hihihi. aku pon baru sedar aku tak berapa nak tengok yang rendah2. Sbb arrow yang dia tampal rendah kebanyakannya aku tak Nampak. See. Allah dah jadikan semuanya sempurna jika kita bersatu. Terima kasih la yang dah tegur aku “jangan lupa nak tengok tempat2 rendah” hihi hi.. tapi hutan tu serius SUBHANALLAH lawa… dan ini la aktiviti terakhir aku kat sana.

Penutup

Aku paling tak suka perasaan perpisahan. Namun apakan daya itu dah jadi lumrah hidup. Dan aku harap our friendship not stop here. Sebak aku rasa masa tu.=) tapi semangat perlu diteruskan.HUH.

Terima kasih kepada ustaz yang dah memberikan kuliah subuh dan banyak input dan ilmu yang aku dapatkan dari ustaz lagi2 air penawar tu aku akan try.=) terima kasih

Terima kasih jugak kepada. Pn mastura, kak long, pak muda, pak nasir, pak brahim, dan pak saad. Salute for them…hiak…

Makan lak 6 kali sehari, walaupon takde horlick an. Aku redah je. Janji den konyang porut ni ha..3 pinggan aku bantai nasi minyak last day tu aku suka dalca. lupa nak ucap terima kasih. Tak lupa jugak kucing yang sedia menanti aku habis makan.. jumpe lagi kucing.=)

Last sekali kepada semua peserta2 dari UiTM Pahang yang SPORTING. Aku senyum je sepanjang program tu. Khasnya ahli kumpulan aku sendiri. ANAK WATAN..aku akan ingat korang sampai bila2… tak lupa kepada safwan yang dah bagi aku peluang nie. Kalau kau tak bgi aku gantikan kau. Aku takdapat pengalaman nie.=).

ALHAMDULILLAH aku bersyukur. Dan semoga perpisahan ini menjadi perpisahan yang diberkati dan satu titik kenangan dan penaik semangat untuk kita. Sesunguhnya Allah merancangkan yang terbaik untuk kita dan kita pemegang pen hanya ditugaskan untuk mengerakkan pen itu menulis jalan yang benar.

Aku akan merindui HUTAN PERCHA ALOR GAJAH. akan kusematkan kenangan.kalau nak dengar suara aku tggu aku buat album eah.=).

::Wassalam::

2 comments:

NaDya Ishak said...

hahahaha...
gler lawak...
tp sweeetttttt..
bgga de nme aq..
huhu..
pe2 pn,,jgn lupe pndg yg rendah2 jgk ye..
btw,,thanks utk sgala info psal batu yg ko share time kmbara tu..hehe,.
SEMANGAT ANAK WATAN....!!!!
yepppiiii!!!

ARAJ said...

awat xcited sangat nie..ahahha

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa