Sunday, June 12, 2011

Cinta Si Insomnia..


Hasif berguling-guling di atas katilnya. Sekejap dia mengiring, sekejap dia meniarap, sekejap menelentang. Posisi tidurnya telah diubah banyak kali. Dia juga sudah menguap ribuan kali namun matanya masih juga tidak mahu dikatup rapat.
Bosan tidak dapat tidur, dia bangun keluar dari biliknya. Sunyi dan sepi tanpa kedengaran suara langsung. Manusia-manusia kampusnya sudah hanyut dibuai mimpi indah-indah kecuali dia. Dia sendiri buntu, apa yang perlu dilakukannya. Telefon selularnya dikeluarkan dari kocek, hajatnya ingin menelefon Liyana tapi dia teragak-agak. Bimbang menganggu tidur buah hatinya itu. Niatnya dibatalkan.
Dia masuk semula kebilik lalu menghidupkan computer ribanya. Senarai filem-filem yang baru di download memenuhi skrin laptopnya. Kesemuanya telah habis ditonton.
Celcom Broadband milik Rahman diambil lalu disuakan kelaptopnya. Facebook menjadi tempat persinggahannya. Asyik melayari laman itu, akhirnya dia terlena dihadapan laptopnya.
“Asip, bangun! Dah subuh ni,” syah mengejutkan temannya itu. Laptop Hasif baru sahaja kehabisan bateri. Rahman tersadar sambil terpinga-pinga
“suara siapa yang bising-bising ni” syah mengaruk sambil mengejut hasif.
“hasif kau kata nak pergi perpustakaan.dah pukul berapa dah ni” hasif yang lebih sayangkan bantal daripada belajar terus melelapkan mata. Rahman bangun dan terus mengerjakan solat subuh.
Pabila matahari menunjukan cahaya ,Shah dan Rahman memulakan ulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan hanya tingal dua hari lagi, sementara hasif masih bermain bowling didalam mimpinya.
Tiba-tiba shah melemparkan soalan kepada Rahman.
“pukul berapa hasif tidur?” “tak tau lah aku sebab aku tidur awal semalam, lepas abis tengok GTO aku terus tidur” Rahman menjawab dengan panjang lebar.
Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.suara hasif mengejutkan kami yang sedang menelaah
“we jom pergi makan, perut aku dah main kuda kepang dah nie”
“pergi la mandi dulu kalau ye pon perut tu dah lapar, air liur basi meleleh lagi tu”.hasif bingkas bangun dan mencapai tuala coklatnya serta baldi yang penuh dengan peralatan mandi. Selepas semuanya selesai, mereka bersiap untuk makan tengah hari di dewan makan.masing-masing keluar bilik tanpa memikirkan ape yang akan berlaku nanti.
“shah ko bayarkan dulu ea, aku belum ambil duit lagi. Mesin ATM meragam pula, ade ke patut duit RM50 je yang boleh keluarkan, aku nak ambil RM10”. Shah menganguk tanda setuju, mereka meneruskan perjalanan yang tak seberapa jauh itu.
Selpas solat zohor mereka meneruskan kerja-kerja menuntut ilmu sehingga jam 6 petang. Rahman membuka laptop sambil bertanya
“shah kau ade cerita korea baru ?” bosan Rahman tergambar dimuka
Shah terus mengambil hard disk didalam bagnya lalu memberikan kepada sahabatnya itu, lalu duduk sambil menatap skrin laptop yang dipasang.
“man kita tengok GTO nak?, aku tak tengok lagi, tak sempat nak layan cerita tu”
“bukan kau dah tgok ke? Sampai episod berapa?” Rahman bertanya dengan semangatnya.
“hehehe, sampai episode 4, kau?”
“sama la ngan aku, jom kita sambung la, nak?”
“ok jom” shah bangun dari kerusi lalu duduk disebelah Rahman sambil menatap skrin laptop sahabatnya itu. Manakalah Hasif hilang kemana. Biasanya waktu macam ni dia dah pon mengadap laptopnya untuk melayari enternet.
“tuk,,tuk,tuk..assalamualaikum, bang nasi lemak bang”seorang pelajar yang menjual nasi lemak mengagngu focus dua sahabat yang sedang menonton cerita korea tu tadi.
“waalaikumsalam, takpa…takpa…kitorang dah kenyang dah” Shah menjawap. Tidak lama kemudian muncul Hasif yang sedang bertuala.
“Kau ke mana Hasif?” tegur Rahman.
“aku ade masalah siket.hehehe, laptop aku ada orang guna?aku nak online la”Tanya hasif seakan-akan risau.
“takda, kau guna la, aku dah malas nak online la, kat facebook tu balik-balik buat sakit hati aku je.”jawap Rahman geram.
“buah hati kau kene kacau lagi ke?” soal Syah.
“haah, aku risau kadang-kadang,takut dia berubah hati”jawap Rahman ringkas.
"kalau ade jodoh, ko mati hidup semula pon,dia tetap milik kau" syah menyedapkan hati kawannya seakan-akan hilang semangat.
Hasif hanya tergaru-tergaru sambil memasukkan kata laluan Facebooknye.
Peperiksaan akan bermula 2 hari lagi. 3 sahabat itu terus mengulangkaji pelajaran sehingalah kertas yang terakhir. Sebelum peperiksaan kertas terakhir ada sesuatu yang berlaku, Hasif terlepas cerita sesuatu sehingga rakanya terkejut.
“Bila masa kau dengan dia Hasif?”Tanya syah.
“Apa?….apa?...apa yang kau cakap nie?”selindung hasif seakan-akan ada sesuatu yang dirahsiakan.
“kau jangan buat-buat tak tahu pulak hasif, patut la kau dah jarang nak study dengan kami” tambah Rahman, membuatkan Hasif gelisah seakan-akan rahsianya bakal dibocorkan oleh dua sahabatnya.
Hasif hanya tunduk mendiamkan diri.
“Kalau kau belum sedia nak cerita, takpe lah kau simpan dulu, tiba masanya nanti kau bagi tahu kami kalau kau dah sedia ye hasif” pujuk Rahman bagi menenangkan sahabatnya yang sedang bingung.
Hari selasa di kampus ni merupakan hari terakhir bagi peperiksaan semester ini 3 sahabat itu sudah memasuki dewan serbaguna bagi mencurahkan segala ilmu yang telah mereka kumpul selama ini. 3 jam kemudian Syah dan Rahman keluar setelah tamat peperiksaan. Kecerianan terpancar dari muka budak muda itu. Jauh pula dengan Hasif, seolah-olah hampa dengan usahanya selama ini.
“Hasif macam mana soalan tadi?, Kau boleh buat tak?”tegur Syah sambil menepuk bahu sahabatnya.
“ hancur…hancur..hancur!!!” jawap hasif.
“apa yang hancurnye Hasif?” tambah Rahman.
“aku tak boleh jawap soalan tadi tu, sia-sia je aku belajar”jawap hasif seolah-olah tiada sinar harapan baginya.
Setelah itu Hasif mula menceritakan segalanya kepada dua sahabat itu apa yang dia lakukan selama minggu ulangkaji. Hasif hanya menghabiskan masa dengan kekasihnya. Sehinggakan tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran. Sangup bangun malam semata-mata ingin berbual kosong dengan kekasihnya. Belah malam pula hanya menghabiskan masa dan duit untuk belanja kekasih hatinya.
“kau tak boleh buat begitu hasif, pelajaran jangan diabaikan sampai kau jadi macam ni”nasihat Syah sambil menenagkna sahabatnya.
“sekarang baru aku sedar Rahman, Syah. Aku baru tahu apa yang lagi penting, lagi pon perempuan tu tak jujur dengan aku. Aku baru Nampak dia dengan lelaki lain malam tadi,ni dia mesej kat aku nak mintak putus, dia kata aku terlampau baik untuk dia” luah hasif sambil menitiskan air mata.
"kenapa perempuan taknak yang baik untuk dia ye? kalau aku lah dah dapat yang terbaik, aku jaga,"Rahman menambah seolah-olah mempunyai pengalaman yang sama.
“Kau dah tahu silap kau kan? Jadi betulkan. Jangan sampai kau jadi insan yang lemah disebabkan satu kesilapan . Allah masih member peluang kepada insan yang buat kesilapan, jangan kau tutupkan pintu itu hanya kerana, kau tak boleh terima ketentuan ini, kami ada dibelakang bagi semangat pada kau, Allah menduga kita hanya dengan dua sebab, pertama kerana Allah ingin menghapuskan dosa-dosa kita dan yang ke dua kerana Allah ingin meninggikan darjat keimanan kita. Dan ingatlah wahai sahabat, Allah menguji hambanya setimpal dengan kekuatan kita, bermakna kita mampu mengharungi dugaan itu" tambah rahman.
"aku setuju, oleh kerana kau dah banyak sangat cakap, rahman. dan kau hasif dah bnyak sangat menangis, korang mesti dah banyak kurang air, apa kata aku belanja minum"Syah menceriakan suasana.
"JOM".


rahman's artworks

selepas disemak dan dibaca oleh cikgu Miszalin(cikgu bm aku masa pmr)aku dapat
82%
tinggi la tu...lepas ni kene tingkatkan lagi bahasa..=)

wassalam.=)

26 comments:

Nur Atikah Abd Rahim cahaya murni said...

good moral of the story....terbaik man....

Unknown said...

sama2...ni cerita pertama yang aku hasilkan..tapi yg mula2 tu ade kawan aku yang buat..than aku sambung

Nur Atikah Abd Rahim cahaya murni said...

oh ok lh 2...berkongsi idea...good job...

Unknown said...

hehehhe..biase la...

iffizulkefli said...

cerita yg menarik dan berpengajaran...is that real story???nice..hehe

Unknown said...

heheh.terima kasih...hehe...cerita ni 50/50...ade real ade yg rekaan semata2..watak betul..=)

MR. SYAH said...

thumbs up man!!! :P

Unknown said...

terima kasih shah kacak..=P

Nu_Izz said...

awesome !!! nice meh . reality ke dok ni . hehehe xpe laa . . anggap itu sebgai pengajaran . kalo dah ade yg kita sayang sepatot nye jd kn nye sumber inspirasi kita untuk berjaya =)

Unknown said...

hehehe..itu dia..=)...ni ade siket yg real...yg lain menipu blako

iffizulkefli said...

owhh cmtuh..tpi cternyerk besh..ko leh wat cerpen.haha

Unknown said...

hehehe..best eah??terimas3...takde keje an...ni la aku try buat nie..=)

mylin said...

aiii.....dah mula menulis cerpen pulakkk...teringat dulu siap kene cubit2 sbb malas nk mengarang....tapi tahniah....awk ada bakat dah sekarang...cerita pun ada mesej...cuma ada sikit2 je kesalahan bahasa...n sedikit kekurangan yg boleh dimurnikan....ni cerita kisah benar ke????

Nu_Izz said...

hahaha cerpen ni nice buat kalo ikot penglmn kite . ngeh3 pasni ko tulis bnyk2 g yee =)

Unknown said...

@cikgu...terima kasih cikgu...A2 tu pon ok la...mcam spm saye..hihihi..lama dah tak menulis bahasa melayu ni...cerita ni karut mengarut je..sekadar renungan...takde kne mngena dgn yg hidup atau mati..tapi latar tempat masa dan latar belakang semua dari yg nyata..=)

Unknown said...

@zati...takde pnglaman pon...=P

iffizulkefli said...

heheh ko wat lgi cter..gtau aku..leh aku bace lgi.hehe

Unknown said...

hehehe..okeh2...=)

Maizan said...

along , terbEK Lah along , boleh buat ovel. hehe ~

Unknown said...

along tak berbakat nak buat novel..hihih

Apple said...

bm aku setakat dapat c je..hahahah..... tapi bm je la...aku buat esei pun pongkang...haha

Unknown said...

hihihi..takpe..jnji boleh cakap bahasa melayu...tak gitu?..

M's said...

Apa ni Abg Rahman? Kutuk perempuan. Terasa saya, sebagai kaum Hawa. Teehee ^^
Best best! Suka. TWO THUMBS UP!

Hazwanie said...

good job buddy,, hehe,, InsyaAllah aku msih lg trplihara dr lalai spt itu..:) Aku aggp tue 1 peringtn utk ak.. Thanx a lot buddy.. :)

NurQairunnisa said...

hanya mmpu tersenyum.haha

Unknown said...

terima kasih semua..=)..

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa