Wednesday, April 20, 2011

FACEBOOK, rakan atau musuh?

Assalamualaikum.

facebook.. sape tak kenal ape itu facebook? atau dalam bahasa melayunya "bukumuka". orang pelik kalau korang takde akaun facebook. bila berjumpe sahabat baru atau kenalan dari tempat kerja atau belajar. orang akan bertanyakan "facebook ko ape? aku nak add" mesti punye. facebook juga sudah seperti satu keperluan setanding handset kereta atau motor...hahahhaa...wajib eak?



apa motif kewujudan facebook?
Facebook helps you connect and share with the people in your life. inilah yang dibawa oleh mereka bagi mengajak anda semua join facebook..its simple but kemudah2an yang diberikan membuatkan pengunanya selesa dengan teknologi sosial.

tapi korang tau apa motif sebenarnya?


ape yang aku nak bincangkan sekarang ni adalah. adakah medium komunikasi yang baru ini rakan atau musuh kita?
aku diberi tahu hukum melayari facebook ini adalah harus dan jika kita jadikan facebook ini sebagai tempat membuat dosa. jatuh hukumya haram.sumber .
(ustaz ahmad syauqi)

baiklah kita kupas sikit demi sikit. apa yang dikatakan harus:
facebook dijadikan sebagai tempat mengisi masa lapang, mencari rakan dan menghubungkan silaturrahim. selain itu sebagai tempat berdakwah atau berkongsi ilmu. ha ...kan cantik tu. kita dapat pahala yang berterusan kalau orang share ilmu yang kita kongsi tu. insyaAllah akan diberkati...amin.


apa yang dikatakan haram:
apabila facebook dijadikan tempat mengutip dosa. menyebarkan fitnah memberi tahu hal yang tiada, mengutuk sesama sendiri, mengumpat mencaci. selain itu gambar2 yang tak menutup aurat diupload di facebook. gambar2 manja gambar yang tidak sempurna. ianya akan menyebabkan dosa berjalan 24 jam.

bijak orang yahudi memperdayakan umat islam untuk membuat dosa? bijak kan?

bijak tak kita kalau kita buat apa yang mmg yahudi inginkan kita lakukan? nope..sunguh tidak bijak.

jadi apa yang perlu anda buat?
kita fikir satu2 kita cek satu2 gambar apa yang kita upload?.
kita cek bahasa yang kita gunakan dalam facebook tu.
adakah kita membuang masa dengan perkara yang sia2?

jom kawan kita tuka balik supaya jadi yang ini.

ayat yang mengigatkan kita pada Allah.

gambar yang menceritakan keindahan ciptaan Allah

masa hanya digunakan untuk cek notification dan perkara yang berfaedah.

kan terbaik!!!!

korang nak tau tak sejak ade facebook ni banyak hubungan antara manusia semakin runtuh..

suami istri bercerai sbb facebook
adik beradik boleh begaduh
psngn kapel boleh putus..

smua kerana jeles. wah patut ke semuanya berlaku. tak patut. bila dah jadi mcm ni siapa yang perlu dipersalahkan?? korang fikir la sendiri.

sesunguhnya tulisan senjata penulis. disebabkan penulisan yang kurang bermoral lah manusia boleh jadi haru biru, kacau bilau. jadi fikir2kanlah kawan kalau korang nak menulis.. pastikan ianya dengan berhikmah dan baik.=)

dan ingatlah jauhilah daripada jarum kufar yang tidak henti menyesatkan kita
kerana kedengkian dan kegelapan hati itu akan menyebabkan ianya tidak pernah padam dan putus asa.

selamat hari rabu

p/s: esok first paper, doakan aku eah.=) korang memang baik.

..wassalam..

4 comments:

Peng Peng said...

tok ngulu...
jwb exam tok ngulu...
blog je kan! :p

Unknown said...

hehhe,..ni antara isi dalam exam aku..kajian nie

sea_lavender said...

isu smakin buah mulut...bgus perkongsian nie~~dalam ikim fm pn sme =)

Unknown said...

same2..dah lama dah obserb bende nie..tapi semuanya makin teruk...sedih..

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa