Tuesday, January 04, 2011

Dugaan yang tidak disangka

Assalamualaikum..

Dugaan? cubaan? rintangan?

Semua itu datang kepada kita untuk apa?

arini dah start kelas hari yang ke2. tapi hanya calculus je yg aku dah belajar.yang lain mnggu depan baru nak mula..so kelas balik cepat..dugaan sem ni nak kene berjalan dari depan ke fakulti. punye la jauh. mau kurus aku nanti..tapi untuk mendapatkan ilmu.aku tak kesah walaupn kadang3 mengeluh pon ade gak.huh..

tadi cube timing bape jarak masa kitorang bejalan. hahhaa..mane la tau lambat..so kene la langkah lagi besar.. tapi aku takde masalah untuk itu..jalan laju...ahahha..

arini gak aku ditimpa masalah rumah...hampeh la rumah yg aku sewa nie..haish...tapi esok pagi kitorg dah sepakat ramai...(dgn housemate) nak cari rumah lain..krang doakan eah kami dapat rumah yg lebih selamat dan selesa.=).

dugaan yang aku terima ni insyaAllah aku akan jadikan iktibar. aku taknak la jadi tuan rumah macam tu. cekik darah student.

kenapa kita ditimpakan dengan dugaan, rintangan dan cubaan??
( tanye lagi eak?) hihihi

dugaan itu datang dari Allah untuk hambanya. dan dugaan yang diberikan hanyalah kepada hambanya yang sedia menerima dan sangup menghadapinya. jika kita ditimpa dugaan ini adalh kerana kita boleh menyelesaikannya. ingatlah Allah masih lagi mengigati kita. ini bermakna Allah masih sayang kepada kita.

dugaan juga ditimpakan kepada kita juga untuk menaikkan taraf iman kita untuk menguji tahap keimanan seseorang hamba. selain itu dugaan ini juga dapat menghapuskan dosa2 kita. insyaAllah. YaAllah semoga hambamu kuat menghadapinya agar tercapai tujuan hidup ini. hambamu sangat memerlukanmu, sangat lemah untuk melebihimu, Kau tahu apa yang ku inginkan. bantulah dalam urusan hidup agar menjadi lebih mudah.

sedang 2 orang memancing di sungai, sorang darinya sering dapat ikan, dan sorang lagi sebalinya, maka malaikat bertanyakan kepda Allah. mengapa Kau buat sedemikian rupa? maka Allah menjawab. "salahkah aku ingin menguji orang itu dengan kesusahan untuk aku ganjarkan kejayaan yang lebih baik? dan aku biarkan orang dapat ikan yang banyak"

wahai manusaia ingatlah jangan pernah menyalahkan takdir. jangan pernah mengalah. dan sering mencari hikmah jika ditimpa kesusahan. semoga sahabat semua kuat untuk menghadapi dugaan yang lebih selepas ini.

esok kene bangun lagi awal..so kejut aku eah..=)

kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. sekiranya ada ilmu yang aku sampaikan "salah" harap diperbetulkan...

wassalam.

No comments:

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa