Tuesday, January 18, 2011

Ape Nak jAdi budak masa kini?


Assalamualaikum..

ape korang rase kalau ade budak kecik yang petah berkata2?

apa yang korang rasa budak kecik dah pandai mencarut?

ape korang rase kalau dengar budak kecik ejek2 korang?

hmmm..tapi korang mesti kate.."alah budak kecik..buat ape nak dilayan kan?"

bukan dari sudut itu yang perlu kita lihat. tetapi kita perlu memikirkan dari sudut yang jarang orang fikirkan. cuba fikirkan sejenak. adakah itu generasi yang akan menaikan agama islam nanti??

ada 2 situasi yang aku baru kena.. semalam dan hari ini.

semalam aku macam biasa, beriadah petang2. memandangkan kelas abis awal. so boleh la nak beriadah. aku pon main bola tampar (bukan tere sangat pon). kat situ gak ade budak3 kecik yang main bola, ade yang main badminton( nak ganti misbun). kadang2 tu aku perhati je gelagat budak2 kecik kat situ. dia punye bahasa ( nauzubillah) mmg agak tidak sesuai untuk dikeluarkan dari mulut budak kecik seperti itu. dengan perangainye..kurang hajaqqq.. aku kadang3 geram jugak. nak tolong kita ambikkan bola. tapi tak reti sabo+bajet.. panas je aku..nak je aku sepak bola tu kat kepala dia.. (sabar2, cool.)lepas tu aku dah mals nak layan..lantak la bola dia pegi mana pon..


tengah hari tadi aku nak pegi makan. masa on the way nak pegi dewan makan. lalu la kat tadika perpaduan UiTM nie. aku terserempak ade budak kecik nie tengah ejek student UiTM. " abang gemuk, dah la gemuk buncit pulak tu," macm3 lagi la yang dia keluarkan. yang budak tu gelak je..haish. kawan aku pon penah kena. masa lalu kat situ ade budak ejek " a..a.. abang pendek". kesian kawan aku.

tapi bila fikir balik patut ke budak tadika, budak kecik lagi, boleh mengeluarkan perkataan2 seperti itu? aku kadang2 sedih. aku faham. aku pon pernah kecik.bukan aku ni baik sangat. tapi aku tak pernah mencarut, tak pernah nak marah2 orang yang lebih besar. memang tak berani. terima kasih pada mak ngn abah yang didik along macm nie. hm tapi budak zaman sekarang senang je keluarkan pekataan yang pelik2, mencarut, merapu. haish sedih3. mane yang boleh aku nasihat tu. aku nasihat. kadg2 dapat gak starlight kat dahi tu. berani la mencarut depan aku.

melentur buluh dari rebungnye. kita sebagai abang, akak, dan bakal jadi bapak , jadi ibu. didik la anak2. jangan mudah sangant nak mencarut. kerana mulut badan binasa. satu je perkara yang mudah untuk mengeluarkan perktaan2 yang baik dari mulut. didik dengan Islam. didik dengan Al-Quran. nasihatlah adik2 kita, nasihat la anak2 kita. nasihat jugak kanak2 yang tak tahu supaya dia tahu patut ke dia sebut perkataan tu.

aku jugak nak tegur kepada guru2 bakal2 guru. tugas kita mmg mendidik. tapi perilaku kita perlu lah baik..didik akhlak kita agar murid anda mengikut akhlak yang mulia yang dicontohkan dari kita. guru akan membentuk beribu anak yang akan memajukan Islam kelak.. jadi.
renung2kan lah kawan.


p/s baru edit.heheheh. tah anak sape aku amik jadikan model...

wassalam..

2 comments:

MR. SYAH said...

aku pun sedih gak.. sian erry.. rasa nak tampar jer..

Mohd Saifuddin Ishak said...

alaa.. ejek jer balik.. haha.. ape sush..
along, warm reminder, kalu nk edit gmbr, kalu nk publish, kene dedicated gmbr tue kat source dia.. tkt kene saman. tp kalu xnk publish.. bantai jer..

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa