Monday, September 26, 2011

baru tau erti penyesalan

setuasi 1

bayangkan anda dalam keadaan tidak selesa pada kawasan perut dan tempat yang terdekat yang perlu dituju adalah.. "TANDAS AWAM".. pintu diterjah satu persatu... kelihatan satu tandas kosong...anda masuk dan...tiba2!!! kepala paip yang menjadi satu2nya sumber air anda sudah rosak. dan terpampang.."CARILAH TANDAS LAIN, KEPALA PAIP KAT SINI ROSAK"




okeh mungkin setuasi 1 diatas agak kotor bunyinya..kita pindah ke setuasi 2

setuasi 2.

anda amatlah dahaga masa tu, dan tempat yang terdekat ketika itu adalah mesin air. kelihatan gambar air tin diluar mesin itu amat melegakan kalau diminum. anda pergi kesitu dengan satu tujuan, hanya untuk memiliki satu tin air yang dapat menghilangkan dahaga.. tiba2!!!.. terpampang pada mesin itu. "HARAP MAAF. MESIN INI ADE MASALAH SIKET, SO CARI TEMPAT LAIN KALAU NAK CARI AIR"


mungkin anda tidak haus masa nie. jom kita ke setuasi ke 3

setuasi 3.

anda sedang menuju ke tempat yang penting dengan menaiki kereta. dan tiba2 enjin kereta anda tidak dapat berfungsi, lalu mati ditengah jalan. anda juga sudah kesuntukan masa untuk ke tempat yang dituju, kebetulan semua telifon bimbit yang anda miliki sudah habis beteri sebab gayut lama sangat lupa nak cas balik. anda ternampak public phone. disebabkan anda nak cepat, anda perlu berlari untuk mendapatkannya..sesudah sampai dihadapan public phone tu...terpampang "HARAP MAAF TELIFON YANG ANDA INGIN GUNA TIADA DALAM PERKHIDMATAN, SILA DATANG LAIN KALI..PEACE.."



amacam?

agak2 korang hangin tak dengan tandas yang rosak, mesin yang tak berfungsi dan public phone yang tergendala tu? dan korang hangin tak kalau mesin tu rosak sebab orang2 yang tidak bertanggungjawab merosakkan alat2 diatas?tentunye kan? tapi kadang2 anda terfikir tak kita sendiri pon ade buat bende2 macam tu yang boleh mnyumbang kepada kerosakkan...

" ala aku ketuk siket je pon, takkan la boleh rosak"
ye mmg la siket, tapi kalau 20 orang macam ko buat bende yang sama, tak lama2 rosak bende tu?

"ala aku ketuk sebab mana tau boleh berfungsi ke lepas tu."
ahaks.. cuba kalau masa tengah exam kan, tiba2 korang lupa rumus. lepas tu cara nak ingat balik orang hantukkan kepala kat meja. hantuk la kuat2 mana tau boleh ingat lagi ke....

kadang2 kita tak sedar yang bende2 macam tu amat penting bagi kita satu hari nanti.. tolonglah jaga harta benda awam, kerana ianya amanah kita bersama, ini tak, kerajaan belanja duit lebih siket pada fasiliti dan kemudahan awam, membebel, membazir lah ape lah, tapi bila nak guna, mesin rosak, dimarah jugak, kenapa rosak bagai. manusia2..

so tu lah. korang fikirlah mana yang baik mana yang buruk..mana yang teruk tu ditegurlah, kalau nampak ade yang merosakkan tu, tegur sesama kita, jaga amanah kita. kalau kemudahan2 kat malaysia ni sempurna, bukan untuk orang lain, kita jugak akan mengunakanya. mungkin bukan sekarang, tapi satu hari kita akan diuji dengan perkara yang macam nie, so fikir2kanlah untuk kebaikan kita bersama.=)

6 comments:

MR. SYAH said...

betul tu aku setuju.. kalau aku ketuk kau agak2 kau boleh kembali pada asal tak? aku tengok kau dah tak macam kau dah.. asyik bergayut jer.. hahaha..

ARAJ said...

hahaha...berubah tak semestinya rosak dan punah...agak2 kalau aku ketuk kaki ko ilang tak besi?? ahahahha

MR. SYAH said...

of courselah tak hilang... hahah..

ARAJ said...

ha..tau pon...kuang3

diana said...

kalau boleh tegur tak de nya jadi gitu..
masalah nya orang malaysia ni pantang kena tegur..
tegur sikit lagi jahanam benda tu dikerjakan nya..

ARAJ said...

yup...orang skng ni kene reverse psychology

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa