Monday, August 01, 2011

syarat sah PUASA.




assalamualaikum.

jom kita buat sedikit ulang kaji, supaya puasa kita diterima hendaknya.

PUASA
Bahasa: menahan diri
Syarak: menahan diri dari lapar dan dahaga, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari

Syarat Wajib Puasa
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal/Waras
  4. Mampu/tidak uzur
Syarat Sah Puasa
  1. Orang islam
  2. Baligh
  3. Berakal-tidak sah kalau orang itu gila atau kanak-kanak belum mumaiyiz
  4. Suci daripada Haid dan Nifas
  5. Dalam waktu yang dibolehkan puasa,iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Rukun Puasa
  1. Berniat puasa di malam hari "sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardu ramadhan tahun ini kerana Allah"
  2. menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Sunat Puasa
  1. makan sahur serta melambatkannya
  2. menyegerakan berbuka
  3. berbuka dengan manisan. kurma atau air manis
  4. menjamu orang yang berbuka puasa
  5. memperbanyakkan ibadah dan berbuat baik

Perkara yang membatalkan Puasa


  1. makan dan minum dengan sengaja
  2. muntah dengan sengaja
  3. bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  4. keluar darah nifas dan haid
  5. Gila
  6. Pitam/pingsan/mabuk sepanjang hari
  7. merokok pada siang hari
  8. murtad
  9. memasukkan sesuatu didalam rongga terbuka
  10. berbuka sebelum waktunya dengan niat dia memang nak berbuka.
Mereka yan diizinkan berbuka
  1. orang yang sakit
  2. orang bekerja sebagai buruh
  3. orang yang didalam musafir
  4. orang tua yang sudah lemah
  5. wanita yang hamil dan menyusukan anak

sumber: solusi 34 edisi khas ramadhan

semoga puasa kita diberkati dan diterima olehNya...insyaAllah..selamat mengulang kaji...=)

terimalah lagu...Kemuliaan ramadhan dari unic dan inteam



wassalam

2 comments:

iffizulkefli said...

hehe terima kasih kongsi...:)

ARAJ said...

sama3..=)

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa