Saturday, March 31, 2012

KaU KaWan Kau SahaBat

Assalamualaikum salam khazanah alam salam 1 Malaysia.

3 tahun bukann lah tempoh masa yang lama. sukar untuk diungkapkan dengan kata2 mahu pon tulisan. bnyak kenangan we =) 


Aku takkan lupa masa first class dulu dekat makmal fizik nak tunggu sir Nash yang tak datang. Kita punya ayat setiap kali kelas “15 minit lecturer tak sampai kita balik”
Aku takkan lupa.bila kita bawak kereta secara reverse. paling bengong sekali…
Aku takkan lupa.kita main game motoGP satu rumah sampai tak tido malam.
Aku takkan lupa kita BBQ nak idupkan api rembat minyak moto Syah.
Aku takkan lupa kita pegi makan sama2 walau pon susah nak gerak kalau diajak.
Aku takkan lupa kita berbuka puasa ramai2 pernah nasi tak masak,nasi tak cukup,nasi lupa nak tekan,yang penting beras MERBOK…=)
Aku takkan lupa lauk kegemaran kita kalau kita masak. “ikan masak merah” aka sardin.
Aku takkan lupa kita mandi kolam kat tekam, mandi kat Gambang water park,masa tu group kita je ade semua tempat kita g sampai tempat kanak2 pon kita masuk.wahhh haven
Aku takkan lupa selekoh syah lepas kita balik kelas highway. Syah xcident.
Aku takleh lupa bawak moto laju2 sebab kita klua rumah pkul 7.58 sedangkan kelas jam 8 pagi.
Aku takkan lupa lepas abis paper concrete design yg takleh nak jawap tu, ade pulak roadblock dan kene saman sebab tak pasang side mirror.
Aku takkan lupa kita dah sampai kelas, baru dapat mesej “kelas arini batal =)” geram rasa.
Aku takkan lupa kita kalau masuk kelas mesti berebut tempat duduk,bukan nak dduk depan tapi belakang.
Aku takkan lupa pagi2 kita berebut nak masuk bilik air, sakit ati bila orang mandi lama.
Aku takkan lupa bahasa dan loghat korang walaupon pada awalnya aku agak blur dan tertanya maksud ini dan itu.
Aku takkan lupa saat kita nak exam sibuk study (kononye la) tapi sempat lagi nak main2.
Aku takkan lupa kita berbalas komen kat fb walaupon dduk sebelah2.
Aku takkan lupa mencari semangat saat kita terjatuh sama2
Aku takkan lupa saat kene repeat paper kimia,masuk kelas junior, malu sei…(takpe pengalaman)
Aku takkan lupa kita dapat no3 bola tampar walaupn kita hanya kalah sekali..
Aku takkan lupa kita pergi makan pizza hut kat temerloh hanya kerana tangan aku bau pizza.
Aku takkan lupa saat kita kene tengking dengan “akak rumah sewa yang budiman” sbb kita nak pindah dari rumah yang tunggu masa nak roboh tu.
Aku takkan lupa pengalaman cari rumah sewa.
Aku takkan lupa bahan kawan sendiri lagi2 time member ganu cakap “KL”
Aku takkan lupa malam bulan puasa kat kuantan sampai aku pening2 kepala.
Aku takkan lupa ade yang menangis datang bilik aku malam2 buta sampai tertido2 .=)
Aku takkan lupa saat raikan birthday member, ade yg nak muntah, ade yg kene kejar sbb ingatkan pencuri.
Aku takkan lupa gelak besar sebab kawan kita masuk longkang sebab kene tending.
Aku takkan lupa kawan kita ade yang benjol langar tiang kat shah alam sbb balas mesej…kedegang!!!
Aku takkan lupa kita siapkan report experiment sampai tak tido malam,sampai penat nak membetulkan yang salah.
Aku takkan lupa kita buat lab walaupon kotor,walaupon panas terik,walaupon angkat bende berat,walaupon kene ulang balik sebab salah, tapi seronok weh..serius.
Aku takleh lupa ade kawan macam korang suma
Aku takkan lupa yang seluruh pelusuk jengka ni kita cari kedai makan, semua kedai kita try.
Aku takkan lupa try nak elak bayar duit sewa.walaupon akhirnya kene bayar jugak.=)
Aku takkan lupa bila sorang2 keluar dating, aku hanya dduk rumah jep. =)
Aku takkan lupa kita karoke sama2 walau pon tau suara kita mmg tak lepas nak masuk AF.
Aku takkan lupa masa korang datang rumah aku. (sampai gak korang kat kluang)
Aku takkan lupa ade orang datang rumah, ingat kan kita ada bawak masuk perempuan, (serius sadis)
Aku takkan lupa ade kawan kita yang merajuk sampai orang Tanya tak jawap.
Aku takkan lupa kita pergi site visit kat taman Negara jerantut, naik jambatan gantung, naik sampan panjang,main perang air, masuk gua(serius banyak kelawar).buat ungun api sambil dengar ceramah dari ustaz M.Zul. balik semua keracunan makanan.
Aku takkan lupa masuk site kat UMP Pekan, pegi pulak dengan part 6.pengalam masuk site yang besar.BESt
Aku takkan lupa masa kita pegi site kat jambatan ke2 pulau pinang. Naik bot g tengah laut tgok jambatan.aku lak kene pangil dengan senior engineer. Serius pengalaman best.malam makan besar kat batu maung. =)
Aku takkan lupa saat kita belajar sama2 kat kelas, telan jugak ilmu yang lecturer bagi walaupon tak paham sepatah habuk,walaupon ngantuk yang amat,walaupon bosan.
Aku takkan lupa kita buat “hubungan ukhwah” masa test atau kuis. Mengharapkan lecturer yang jaga, lecturer yg best.lagi best kalau technician yg jaga.=)
Aku takkan lupa semua pengalaman tu.aku takkan lupa kawan2 aku.aku takkan lupa lecturer2 aku.aku takkan lupa UiTM,aku takkan lupa Jengka.
Walaupon sebak hati ini nak meninggalkan korang tapi hati merelakan. Demi perjuangan.
Adat pertemuan kita pasti ada perpisahan. 



UiTM dah mengajar aku erti kehidupan seorang mahasiswa.
UiTM dah mengajar aku erti persahabatan 
UiTM dah mengajar aku erti susahnya hidup berdikari
UiTM dah membuatkan berat aku bertambah..hihihihih

UiTM semoga kita bertemu lagi bulan 9 nnt...=) 

2 comments:

asyraf oppa said...

haha..nsb aku nanges je x smpt nk ttdo

Abdul Rahman said...

hehehe...takpe aku ingt kisah itu..ahaks

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa