Thursday, July 21, 2011

sehari Menunggu


Assalamualaikum.

okeh semalam aku g JB. buat apa? aku temankan abah aku medical checkup. okeh Alhamdulillah semuanya oke...keputusan semua baik.=)

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHARU (HSA)

korang rasa2 aku buat ape? aku berada di HSA sepanjang 7jam dari 8pagi -2 petang. buat ape eak?

yeah betul... MENUNGGU aku terus2 menunggu kat situ. lama beb sampai berjangut aku kat situ.tapi takpe.

1. kaunter no giliran
sekejap je. amik no untuk pendaftaran.

2.kaunter pendaftaran
korang nak tau no giliran abah aku dapat? 1640 ni no nye.
pada kaunter tu no yang sedang tertera. 12oo lebih. bapa lama tunggu?? satu jam beb

3. bilik mengambil darah
sekejap jugak.

4. kauntak K (makmal)
kaunter ni untuk menggu result darah kita tadi. no yang dipegang 500..dan masa tu no 200 lebih..hhihihih...

5.bilik heamotologi
kat sini lagi lama. sampai aku sempat tngok drama lagi, dengan layan WANITA HARI INI. hahahhaha... tak memasal.

lama kan?

memang menunggu je aku hari tu..

ade 5 orang yg sempat menarik perhatian aku.

first ade sorang amoi ni dok membebel, muka toksah bg tau la, dah tak mcam orang dah aku tgok, muka masamnya kalah cuka, yang membuatkan aku tergelak ngn abah aku. dia tak reti nak duduk, sampai bukan no dia pon dia datang jugak, terjengah2 kaunter tu, naik rimas gak kadang2, nak je g "nasihat" hahahhaa..

second. abah aku tegur ade seorang gadis nie. sebaya agaknye ngn aku. bila dah tanya2 sat lagi tau la tempatnye, dan memiliki sebuah kedai tudung, huh. muda2 dah ade kedai sendiri. sempat gak tanye sakit ape dtg hospital nie? rupa2nya mak dia dulu ade ketumbuhan dalam kepala otak, sekarang dah 10 tahun...huh aku dgr, rase berderau je..mintak dijauhkan.

third. jumpe wanita india. masa tu dia merungut lambat3. aku pon bukan boleh dgar orang merungut mcm tu. muka masam membebel tak tentu pasal. aku gelak punya...hihihihih. lepas tu minaci tu bukak la cerita, dia datang dari kulai, (aku lagi jauh kluang). datang naik bas ( takleh kata ape sbb aku naik kereta) terus aku pasang telinga, bila tanya sakit ape. dia kata kandungan darah pekat. bahaya ke tak bahaya? huh gila ko. dia bg tau kalau darah pekat ni lagi senang salur darah nak tersumbat, dan dia pernah lumpuh 2 mnggu sebelah badan. meremang bulu roma. tapi aku tabik minaci nie. walaupon jauh naik bas lompat, datang dengan semangat, namun satu je dia kejar, DIA NAK SEMBUH, tiada erti kalah dalam hidup dia. macam2 dia lalui dah. dia biasa sampai hospital pkul 7. pkul brapa dari rumah? kol 6 atau 530 ade agaknye.. terbaik la. aku admire ngn semangat dia..=)

forth aku jumpe dengan pakcik ni masa aku tengok wanita hari ini, dia datang tegur aku nak ajak bebual caranya tapi tiba2 je.." dah nak puasa dah nie" tak bg salam takde intro takde ketuk pintu.. tup2 dah sampai dapur...takpe aku layankan aje. tapi malangnye aku tak dapat nak masuk dengan pakcik tu sebab orang jawa ckap biasa.. kok mana gue nak paham. walau pon gue ade la bau2 jowo.. omong nya sikit2 aja. so aku sedaya dan upaya memahamkan jugak.. haish pakcik2.. tp pakcik tu best. mcm2 keluar cerita.. walaupon cerita dia tak bersangkut paut antara satu cerita ngn cerita yg lain...=) terisi juga masa lapang aku.

fifth. aku tak sempat nak berbual. muka lagi mcm singa nak baham orang, takut aku,. mula2 dia tanye nurs, "bape lama lagi nak tunggu nie? " nurs tu jawab "nanti pakcik ye" lepas tu pakcik tu bla sambil membebel. ntah apa yang dibebelkan. sekali lagi aku pon tergelak...ahaks2.. tak lama lepas tu pakcik tu muncul, " huh lama la tunggu baik g makan dulu, kenyang dah perut" sambil dia sapu2 perutnye. hah.. tadi elok membebel, ilang untuk mencekik rupanya... pakcik2.. terhibur lagi aku..=)


7 jam memang nampak lama, tapi gelagat penghuni hospital tu sendiri membuatkan aku rasa sekejap je. best je aku rasa.. ade la aku dapat 2 3 ilmu dari orang2 kat situ.. jadi motivasi kepada aku..=)

huh.. bila sebut hospital kerajaan je. mesti "lambat". aku ade gak terbaca 10S kat hospital tu dan visi hospital. tapi masih bnyak lagi perlu diperbaiki bagi mencapai semua tu. tapi tak boleh nak salahkan hospital je. sebab dr ramai gak...pesakit pon ramai, takkan dr tu nak buat ala kadar je kan? sepatutnya kita sebagai pelanggan perlu faham dan bersabar. insyaAllah giliran kita pasti tiba.

tapi apa2 pon...mereka adalah satu terapi untuk diri aku.. semoga korang semua cepat sembuh...=)

wassalam

4 comments:

mylin said...

sambil menunggu tu, boleh berkarya...tulislah cerpen ke....buat sajak....kalu x buat kajian n cadangan cmne nk buat perkhidmatan kt spital kjaan jd cepat n ada kualiti...

Unknown said...

hehehhe..saye suka tgok susana, n gelagat manusia sekeliling. ade g asak sye buat kerja...=)..

teacher bonda said...

biasala spital gomen..
orangnya ramai..semestinya tunggu berejam2...
:)

Unknown said...

hehehhe..tu la...tapi tak perlu byar wang yg besar...so nak dapatkan satu bende yg menyngkan kita kene korbankan sesuatu....mana leh sng semua...=)

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa