Wednesday, October 09, 2013

3 kanak-kanak yang mengubah hati anda.

sedang anda menaiki bas yang kosong, keadaan tenang dan damai dengan hanya ada anda dan pemandu sahaja didalam bas itu. sedang asyik anda melihat pemandangan diluar, bas itu pon berhenti dihadapan hospital besar. naik seorang bapa dan 3 orang anaknya. lelaki itu memilih tempat duduk hadapan dan mengambil tempat dengan lesu. manakala 3 orang anaknya meriuhkan suasana sunyi yang tadinya tenang. mereka berlari lari didalam bas itu, ada pula yang terlompat-lompat diatas kerusi bas. dan salah seorang dari mereka mengejek anda 
" awak gemok awak gemok... weeeeekkkkk", "haishhhh" balas anda, dengan tidak rasa selesa itu anda pon menuju kearah bapa kanak-kanak itu....

(gambar hiasan)

Assalamualaikum. dari apa yang anda baca diatas, apa yang anda fikirkan tentang kanak-kanak itu dan apa yang anda angap kepada bapa kanak-kanak tersebut?

dah lama aku tak update blog nie. bz weh.. Alhamdulillah aku pon dah masuk bulan ke2 untuk semestar ke 5 ni. dan Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk bernafas dan bertemu. =). kembali pada tajuk yang nak aku sampaikan malam nie. ini lebih kepada perkongsian ikhlas untuk kita renungkan bersama.


nilai, kita sering menilai orang dari sudut luaran terlebih dahulu, macam Harith iskandar kata kat dalam lawak ke der yang first. kalau kita tak kenal atau tak ingat nama dia kita mudah untuk panggil "heiiiiii botakkkk", " heyyyy gemokkkk" ha ha ha. itu la org kita kan? kita sering memangil org dengan perkataan yang mungkin dia sendiri tak suka. dan aku nak tanya korang. korang ade tak kawan yang pada mulanye korang angap dia tak mungkin jadi kawan kitadisebabkan perangai mereka yang buat korang kurang senang. pelbagai andaian kita terhadap orang yang baru jumpa atau kenal. yeah, aku pon tak terlepas dari berfikiran macam tu. dan aku rasa itu tak adil bagi kita dan orang lain. tak salah untuk kita menilai orang tetapi perkara yang lebih penting adalah, kita nilai diri kita dulu. 

pada peringkat awalnya baik la kita berfikiran positif terhadap orang lain, supaya kita lebih selesa berkawan dan tidak menghalangkan pergaulan dek kerana fikiran yang bukan2 terhadap kawan kita tu. kenal dulu. ade bro ni cakap kat aku. 
" kawan tanpa sebab, dan jangan lah kita memilih kawan" sebab. kalau kita kawan bersebab, mungkin satu hari nanti kita takkan kawan dengan dia lagi atas alasan sebab itu sudah hilang. berkawan dengan ikhlas, insyaAllah kawan dunia akhirat.

menilai kawan kita seharusnya berbatas. mungkin ada sebab yang dia lakukan untuk kebaikan kita,dan mungkin dia taknak kongsikan. insyaAllah bersangka baiklah dengan apa yang mereka lakukan.selagi dia tak buat salah kat kita.


kalau kita fikir, "eah dia ni tah hape2 la makan comot, makan laju semacam je, gelojoh ke hape?" dan mungkin dah mmg cara dia mcm tu. adapun dia menjengkelkan sekali pon. kalau kita nak tegur, tegur la dengan berhemah. tak salah, tapi jangan lah sampai memalukan dia. kan indah macam tu.=)

mungkin ada juga yang pernah memburukkan tentang orang-orang tertentu kat korang, 
"eh eh. ko tau tak si senah tu dulu kan kuat mencuriiii !!!"
"eh, ko tau tak si sukarjo tu suka kutuk-kutuk belakang"

ha ha ha. kelaka aku orang mcam ni. mungkin si pengkhabar cerita itu tak sedah yg dia pon dah bukak aib sendiri, dia pon suka bawak mulut jugak kat orang. tak ke dia tu tgh kutuk belakang? kan? 

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(Al-Hujrat ayat 13)

kita terimalah seadanya kawan-kawan kita mahu pon baik atau buruk, jika ada silap maafkan dan tegurlah, insyaAllah Allah akan membalas satu hari nanti. =) . kadang-kadang kawan yang kita tak suka tu lah boleh bantu kita masa kita susah, dan belum tentu kawan-kawan yang kita sanjung dan sayang tu boleh ada masa kita perlukan. =)


peringatan ini jugak untuk aku. kita sibuk menilai orang, sebuk memburukkan orang, cuba kita fikir. takkan la takde orang mengata kita? ha ha ha.. mesti ade punye.. conferm. dari sebuk fikir hal orang, masalah orang, baik kita renungkan sejenak masalah kita, muhasabah diri kita, fikir apa yang kita dah buat tu cukup tak untuk kita bawa bekal?

anda terus menuju kearah bapa kanak-kanak itu, dan menegur dia.
" encik, boleh tegur anak encik tak? dari tadi dia kacau saya je. puas dah saya marah" 
" maaf la, saya pon tak tau nak buat ape lagi, sebenarnya mak dia baru je meninggal. maaf la ye kalau deorang menggangu awak" kata si ayah tenang. 

kita mudah berfikir yang tidak-tidak kepada orang lain tanpa kita sedar kita telah melukakan hati orang lain.

semoga kita menjadi mukmin yang sejati.. insyaAllah





2 comments:

apple said...

its been a while since i stop blogging

Azra Safiyya said...

gembira kenal ko. hehhehehhe. mohon jangan kembang lobang idong.

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa