Saturday, October 16, 2010

Cinta yangku inginkan



assalamualaikum....

cinta...mungkin bila dikaitkan dengan cinta, akan terlintas difikiran korang, makwa pakwa tu sume. sesunguhnya apa yang dikatakan cinta adalah perasaan yang yang lahir dari hati seseorang, menyayangi seseorang yang lain. cinta merupakan anugerah Allah kepada setiap makhluk. sesunguhnya cinta itu juga merupakan makhluk Allah. Allah berhak mengambil dan memberi rasa cinta. tanpa rasa cinta mungkin anak akan membunuh ibunya sendiri, pengikut akan menindas pemimpin sendri, manusia akan berbunuh sesama sendiri, dan yang paling jelas hamba tidak mengenal siapa penciptanya.
rasa cinta merupakan cara untuk kita mengenal Allah, lebih dekat dengan pencipta. rasa cinta membuatkan kita kenal rasul kita, rasa cinta membuatkan kita berasa nikmat untuk mengerjakan solat, rasa cinta membuatkan kita rindu dengan mati dalam keadaan syahid. tapi bagaimana pula rasa cinta kepada Allah? adakah anda semua rasa anda pencinta yang setia.

"Barangsiapa mengutamakan kecintaan Allah atas kecintaan manusia maka Allah akan melindungi dari beban ganguan manusia"hadis riwayat (ad-Dailami)
dari hadis ini kita dapat memahami bahawa Allah akan menjaga kita, sesunguhnya Allah merupakan kekasih yang paling agung. kerana Allah sahaja yang memahami kita, mngthui apa yang kita inginkan.. tetapi sudah cukupkah amalan kita untuk kita mnjadi kekasihnya?
"paling kuat tali hubungan keimanan ialah cinta kerana Allah dan benci kerana Allah" hadis riwayat (ath-Thabrani)

sesunguhnya kita harus la mengejar cinta Allah untuk kita bhagia didunia dan akhirat. wahai sahabat. sedarlah. aku mengingtkan diri dan sahabat semua. kita kejar apa yang diperintahkan.
niat yang murni itu akan membuatkan kita berjaya kelak..insyaAllah
cinta sesama manusia, merupakan satu cabang perasaan cinta yang dianugerahkan Allah. seseorang itu tidak boleh memaksa untuk orang mencintai dirinya. namun yang bermain pada fikiran sekarang. mengapa seseorang itu memikirkan kelayakkannya untuk dicintai? perkara ini memang penting....tetapi jika soal kelayakkan ini disebabkan perangai kita, cara kita yang kurang elok. adkah itu lebih baik kita ubah sedangkan kita sudah menyedari perkara ini. seseorang yang betul2 mencintai kekasihnya adalah dengan cara menolong dan membimbing kejalan Allah. adakah seseorang itu sayang jika mengajak kearah kemungkaran?? adakah itu sayang jika memberikan dosa kepada kekasihnya? adakah itu sayang jika sangup mencampakkan kekasihnya kedalam neraka? cintakah itu?... tepuk dada tanya iman... sesunguhnya niat menjadi langkah pertama untuk membentuk seseorang itu. dengan rasa cinta ini akanku bimbing dan mngajak kepada kebaikan.
mungkin kata2 ini akan membicarakan soal hati dan perasaan. namun aku juga manusia biasa yang sering membuat khilaf tetapi jika aku tidak layak untuk dirinya, mungkin itu ketentuan Allah. mungkin diri aku tidak kuat untuk mngubah dia...

YaAllah kuatkan hati hambamu ini. indahkan hatiku ini YaAllah. damaikan hatiku ini YaAllah. jika ini dugaan bagiku, kau ganjarkan dengan kejayaan kelak, kau kuatkan keimananku. kerana aku lebih takutkanMu. aku lebih cinta kepadaMu. mungkin aku lalai selama ini dengan nikmat yang Kau berikan. dan membuatkan hati ini leka sejenak. YaAllah anugerahkanlah kepadaku seorang insan yang mendekatkan diriku kepada Mu. seorang insan yang melahirkan anak yang soleh. seorang insan yang boleh pimpin aku ke syurgamu....


wassalam

3 comments:

MR. SYAH said...

cinta itu besar nikmatnya..
tapi cinta yg agung itu hanya untuk Allah..
cinta kepada manusia cumalah pelengkap kehidupan manusia..

Anonymous said...

betul tu.. tp ada sesetengah mnusia yang trlalu mncintai seseorg sampai terleka, lupa lalu membelakangi cinta nya kpd Allah... sbb tu la ramai manusia skrg brpisah sbb ptus cinta dan trlalu cinta.. bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, pertemuan tu adalah untuk perpisahan.. tapi bila cinta tu cinta yg hakiki, biar pn berpisah, pasti tetap akan brtemu kmbali..

Nur Atikah Abd Rahim cahaya murni said...

tkot dgr soal cinta

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa