Thursday, October 20, 2011

Sifat-Sifat Mahmudah # Mahabbah



ASSALAMALAIKUM

ape kabar semua? wowkeh korang pernah rasa sayang? atau disayangi? wowkeh kali ini aku akan kongsikan sifat mahmudah yang ke 3 selepas aku kongsikan tentang taubat dan takut kepada Allah. kali ini MAHABBAH.

oke first sekali korang tengok bawah nie.



dah tengok? ok korang tau tak apa alasan mereka yang tidak membantu?
Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

see? dimana nilai2 kasih sayang dalam diri?mereka tak tolong sebab itu. pentingkan diri sendiri hanya kerana kedekut. kedekut la kan kalau mcm tu, sanggup melihat penderitaan orang lain dihadapan mata.

cerita ke2 tentang pelajar 16 tahun yang saggup mengelar anak yang lahir cukup sifat.

see? dimana nilai kemanusiaan dalam diri budak tu? sanggup membunuh anak sendiri hanya kerana ingin lari dari masalah,

usah dihakimi dengan pelbagai tuduhan. sbb takde agama la ape la itu la ini la..
kita pon mungkin akan sebegitu sekiranya kita diduga.

tu diantara kisah2 manusia yang kurangnya dan kadang2 langsung takde nilai kasih sayang dalam diri.

ALLAH adalah tempat untuk kita mengutamakan sifat mahabbah.
apa tu mahabbah?
  • bahasa, adalah saling cinta mencintai
  • tasawuf, mahabbah berarti mencintai Allah dan mengandung arti patuh kepada-Nya dan membenci sikap yang melawan kepada-Nya, mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali Allah SWT serta menyerahkan seluruh diri kepada-Nya.

kasih akan Allah itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

maksudnya: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(surah Ali Imran ayat 31)

betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita. sifat kasih dan sayang, tanpa kasih sayang tidak akan mewujudkan rasa cinta. SubahanaAllah maha suci Allah menjadikan hambanya dengan sifat mahmudah.

bagai mana mahu menghadirkan sifat mahabbah dalam diri? hanya menjadikan Rasulullah sebagai contoh. banyak tauladan yang ditunjukkan oleh baginda. bukan sekadar jadi kan contoh.tapi ikuti nilai2 kasih sayang yang ditunjukkan.

mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang(berjihad) dan berkorban demi menegakkanya.

rujukan: indahnya hidup bersyariat,telaga biru

No comments:

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa