mungkin ini dinamakan kehidupan, ada warna-warna tersendiri bagi melahirkan perasaan yang pelbagai.dari setuasi, terungkai 1001 wajah. namun siapa yang tahu warna hati orang lain? kita sering mendegar orang mengatakan "tak kenal maka tak cinta". tapi masalahnya ada juga yang kenal tapi buat-buat tak tahu. salah silap orang itu ditutup sebelah mata. itu kah dinamakan cinta jika membiarkan sahabat kita terus terjerumus ke lembah kemaksiatan?
assalamualaikum dan salam satu malaysia. cewah, jika anda suka berjalan2 ke pusat bandar dengan menaiki public transport,berjalan-jalan di shopping complex. apa yang anda perhatikan selain barang yang ingin anda cari? cuba anda perhatikan gelagat manusia disekeliling anda. lebih kurang 90% adalah melayu. kalau di KL dalam 70% la kot. okeh, sekarang anda perhatikan cara pemakaian dan penampilan mereka. aku tergelak terdengar dialog didalam filem melayu "yang penting hati beb" sedangkan pemakaian yang tidak senonoh, tidak menutup aurat. kebisaanya apa yang digambarkan dari luaran itu datang dari hati. hati berkeinginan memakai baju seperti itu ini. hati yang berkehendak makan itu ini.
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
setiap amalan bermula dengan niat.
jika baik niat kita maka yang akan ditayangkan kepada orang ramai adalah baik, jika buruk niat kita maka sebalik nya akan berlaku. apa yang tesemat kerisauan didalam hati adalah, apa nasib yang akan menimpa kita akan datang? jika apa yang ditayangkan oleh para pemuda islam hari ini seperti ini?. "releks la bro, lambat lagi nak tua" "releks la bro, nanti2 belajar lah" "releks la bro, pemimpin sekarang ade lagi" hi hi hi. lucukan? bicara seorang anak muda yang mungkin terlampau selesa dengan nikmat kesenangan hari ini tanpa memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku esok hari.
apa yang dapat kita lihat pada hari ini, pemuda islam dengan pemakaian yang menyakitkan mata mungkin. tak salah untuk kita bergaya untuk kelihatan cantik, Allah sukakannya, tapi biarlah sekadarnya, dan tidak melampau.
hati merupakan pucuk pangkal kepada segala amalan jika kita tidak menjaga hati. tidak menghiasi hati dengan pelbagai hiasan yang cantik2 samalah seperti rumah usang dang buruk. maka tiada siapa yang ingin masuk,kecuali si pengemar kepada buruk dan kotor iaitu iblis dan syaitan. manusia jika tidak diberi makan yang sedap2 tidak dijamah dengan bende yang boleh mngenyangkan maka produktiviti seseorang itu akan berkurang, sama lah seperti hati jika tidak dijamah dengan santapan rohani maka tahap kebersihan hati itu akan kurang maka lahirlah perkara-perkara yang tidak menyenangkan. hati itu ibarat kain putih jika ditopokkan dengan dakwat hitam, maka kotorlah. Al-quran ibarat seperti sabun yang mencuci kotoran didalam hati.
pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki
kalau hati itu bersih.
lagu dari pakcik hijjaz.
ikhlaskan hatimu.
Bagaimana mengikhlaskan niat?
Terdapat beberapa cara dan langkah yang boleh membantu dalam usaha membersihkan hati daripada anasir-anasir yang mencemarkan niat.
1. Mujahadah an-nafs, iaitu usaha gigih yang berterusan melawan nafsu yang terselit di dalam diri sendiri. Seorang ahli sufi yang terkenal waraknya, Sahal at-Tasatturiy (200-283H) pernah ditanya tentang sesuatu yang paling sukar diterima oleh nafsu. Beliau menjawab, ikhlas!
2. Sentiasa bertaqwa kepada Allah.
3. Memahami dan menghayati Kesempurnaan, Kekuasaan, Keagungan, Kekayaan, Pengawasan dan Keluasan kurniaan Allah di samping menginsafi kelemahan, kefaqiran, kehinaan dan ketidak upayaan hamba. Apakah patut kita berharap kepada hamba yang lemah dan membelakangkan Dia yang Maha Kuasa dan Maha Kaya?
4. Banyakkan doa, meminta dan merayu kepada-Nya agar dikurniakan hati yang ikhlas
(يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك)
(يا حي يا قيوم أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين أبدا)
(اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك شيئا أعلمه وأستغفرك مما لا أعلمه)
5. Rahsiakan ibadah dan kebaikan yang dilakukan seboleh mungkin.
6. Mengkritik diri dan menghisabnya dari masa ke masa berkaitan dengan niat.
7. Memerhati akan pantasnya kehidupan dunia dan cepatnya menuju kehancuran, seraya berfikir tentang akhirat, kenikmatan serta kesengsaraan yang tidak berkesudahan.
8. Waspada sentiasa terhadap godaan perasaan kagum kepada diri sendiri, seronok dipuji, suka memimpin dan menonjolkan diri. Perhati dan rawati selalu agar tidak bertapak menjadi penyakit yang sukar diubati.
kita dijadikan tidak sama tapi ada yang dijadikan langsung tidak boleh bersama. kerana kita dijadikan berbeza-beza. Alhamdulillah aku juga ditunjukkan jalan yang sama, terima kasih YaAllah.. samalah berdoa agar kita terus dikurniakan hati yang bersih, hati yang mampu dipenuhi dengan kebenaran. dan jauhkan dari perasaan hasad dengki iri hati kerana ianya akan merosakkan hati. YaAllah semoga hati kami dipenuhi dengan cahaya taufiq dan hidayah mu agar kami dapat terus menuju jalan kebenaran yang kau redhai. tunjukkan kami jalan yang benar seperti mana kau berikan kepada para nabi dan rasulmu. peliharalah hati kami dari kekotoran, peliharalah hati umat islam. penuhkanlah ruang2 kekosongan hati dengan perkara2 bermanfaat.
wassalam