Tuesday, October 04, 2011

Kerana dia bernama MAK


Saiful merupakan seorang pelajar university di Malaysia. Mempunyai keperibadian yang baik budi pekertinya, kadang kala masa lapangnya hanya dihabiskan dengan membaca buku, melayari internet atau bermain alat muzik. Saiful juga sudah ditahun akhir diploma perakaunan di universiti teknologi mara kampus khazanah alam. Saiful bukanlah dikalangan pelajar terbaik bagi fakulti, hanya mempunyai keputusan yang biasa setiap semester. Alhamdulillah itu la kejayaan setelah dikorbankan dengan usaha yang setimpal.

“Anak mak la ni?,hahahaha kelakar la kau ni”

Persoalan yang sentiasa di tujukan kepada Saiful apabila di ceritakan bagaimana hubungan seerat itu deceritakan. Saiful hanya mampu tersenyum apabila ditertawakan oleh rakan-rakan, kerana pelik dengan sikap Saiful. Satu hari mesti sekali pangilan dibuat ke telifon bimbit maknya. Sudah menjadi kebiasaan, walau tiada apa yang perlu dibualkan, cukuplah mendengar suara mak tercinta.


“lah kenapa pelik ke? takkan tak pernah jumpe orang macam aku?”

“tentulah tidak. Hahahahaha”

Saiful kembali membalas sekadar dengan senyuman. Setiap perjalanan akan di laporkan kepada maknya, nak bertolak, dah sampai, mahupun ingin pulang. Seolah-seolah semua benda perlu dilaporkan kepada maknya.

“tak mengapa, aku dah biasa dengan apa yang aku dah buat sekarang, aku rindu kat mak aku kalau aku tak dengar suara dia” . Senyuman terus diukir tanda dia selesa dengan rutin itu.

“kau tak bosan ke buat macam tu? Tak rasa diri tu tak bebas ke?”

“hahahaha!!, satu je perinsip hidup aku yang membuat aku terus jadi macam ni dan mungkin sehingga kahwin pon aku akan terus sebegini. SELAGI AKU BERPELUANG UNTUK MENDEGAR SUARA DIA, SELAGI AKU DAPAT LIHAT SENYUMAN DIA, SELAGI AKU DAPAT MERENUNG MATANYA, SELAGI AKU MASIH DIKURNIAKAN SEORANG INSAN YANG BERNAMA MAK…SELAGI ITU AKU AKAN BERSAMANYA, BIARLAH APA PUN YANG MENJADI PENGHALANG, TAPI DIALAH CINTA HATI PERTAMA AKU, SELAMA-LAMANYA.”

No comments:

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa