Thursday, October 20, 2011

roti sardin 60sen?



assalamualaikum

best an pagi2, sarap roti canai pekena pulak teh tarik...fuhhh..terangkat sei. bila dah makan roti canai ni an aku teringat satu cerita dimana sorang budak nak beli roti canai.cerita ni dulu2 la berlaku.

pada suatu hari..

"along!!!!" mak nye memanggil anak dengan suara yang lantang dari dapur.
"ye mak!!!.." budak tu jawap.
"hmm, along pegi beli roti canai" arah mak..
"berapa keping mak?" soal along.
"beli la dalam 12 keping ke. nah ni duit, baik2 bawak basikal"
"ok mak.."

biase la budak kecik, along berumur dalam 10 11 taun, dalam poket ade duit raya,maklumlah hati tu gembira lagi dapat duit raya,tak la banyak mana tapi boleh la untuk budak kecik. tambah pulak duit mak dia bagi yang cukup2.selepas penat mengayuh basikal.

"assalamualaikum,cik roti kosong ade?"
"waalaikumsalam, ade dik"

terpampang pulak didepan tempat tebar roti "roti sardin dan murtabak ada disini"


"cik,roti sardin ade?"
"ade dik"
"roti sekeping berapa?"
"60sen dik"
"60sen??!!,murahnye roti sardin 60sen" terdetik didalam hati budak kecik tu.
"ok cik, bagi 12 keping"
"ok dik,adik duduk dulu kat kerusi tu"

seronok rasa, confident je budak kecik tu mintak roti sardin 12 keping.abang yang kat kedai tu lak confident buat roti sardin.

15minit kemudian

"ok adik, dah siap"
"berapa ringgit cik?"
"semua sekali 30 ringgit"
"ha????? 30ringgit? sekeping berapa ringgit?"
"RM2.50 dik"
"bukan tadi kata 60sen ke?"
"itu roti kosong dik?"

alangkah luluhnya hati sibudak kecik, terus menggigil budak kecik tu nak kluakan duit, dalam fikirannya hanya memikirkan sama ada duitnya cukup atau tidak. mujur ade duit raya.

"habislah duit raya aku"bisik sibudak kecik

sedih tergambar dari sudut wajah dia.

"hmm takpe la cik, nah RM30"
"ok dik nah roti sardin nye"

budak kecik itu balik dengan perasaan yang amat sedih, apa la yang ingin diberitahu kepada maknya. YaAllah masa tu tuhan je tau..

"Assalamualaikum, mak along dah balik" budak kecik itu masuk dengan muka seakan2 takde ape2 yang berlaku. terus meluru ke dapur dan mencapai pinggan.
"nah mak, along beli roti sardin, 60sen je" budak kecil itu mencapai 2 keping roti sardin dan habiskan dengan kadar segera. bimbang jika ditanya oleh maknya.

hah itu la kisahnya sibudak kecik yang comel membeli roti sardin.


nak tahu kesudahan cerita? ahaks. sebenarnya budak kecik tu adalah aku, bila diingat2 balik, tergelak aku sorang2 tapi apa kan daya itu la antara kenangan semasa aku kecik. kesudahanya aku tak bg tau mak aku, tapi aku rasa dia dah tau yang roti sardin tu takkan la 60sen je tapi dia diamkan je. tapi cerita yang sebenar, sampai sekarang mak aku tak tau..hihihihi...


Sifat-Sifat Mahmudah # Mahabbah



ASSALAMALAIKUM

ape kabar semua? wowkeh korang pernah rasa sayang? atau disayangi? wowkeh kali ini aku akan kongsikan sifat mahmudah yang ke 3 selepas aku kongsikan tentang taubat dan takut kepada Allah. kali ini MAHABBAH.

oke first sekali korang tengok bawah nie.



dah tengok? ok korang tau tak apa alasan mereka yang tidak membantu?
Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

see? dimana nilai2 kasih sayang dalam diri?mereka tak tolong sebab itu. pentingkan diri sendiri hanya kerana kedekut. kedekut la kan kalau mcm tu, sanggup melihat penderitaan orang lain dihadapan mata.

cerita ke2 tentang pelajar 16 tahun yang saggup mengelar anak yang lahir cukup sifat.

see? dimana nilai kemanusiaan dalam diri budak tu? sanggup membunuh anak sendiri hanya kerana ingin lari dari masalah,

usah dihakimi dengan pelbagai tuduhan. sbb takde agama la ape la itu la ini la..
kita pon mungkin akan sebegitu sekiranya kita diduga.

tu diantara kisah2 manusia yang kurangnya dan kadang2 langsung takde nilai kasih sayang dalam diri.

ALLAH adalah tempat untuk kita mengutamakan sifat mahabbah.
apa tu mahabbah?
  • bahasa, adalah saling cinta mencintai
  • tasawuf, mahabbah berarti mencintai Allah dan mengandung arti patuh kepada-Nya dan membenci sikap yang melawan kepada-Nya, mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali Allah SWT serta menyerahkan seluruh diri kepada-Nya.

kasih akan Allah itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

maksudnya: Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(surah Ali Imran ayat 31)

betapa besarnya nikmat yang Allah berikan kepada kita. sifat kasih dan sayang, tanpa kasih sayang tidak akan mewujudkan rasa cinta. SubahanaAllah maha suci Allah menjadikan hambanya dengan sifat mahmudah.

bagai mana mahu menghadirkan sifat mahabbah dalam diri? hanya menjadikan Rasulullah sebagai contoh. banyak tauladan yang ditunjukkan oleh baginda. bukan sekadar jadi kan contoh.tapi ikuti nilai2 kasih sayang yang ditunjukkan.

mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang(berjihad) dan berkorban demi menegakkanya.

rujukan: indahnya hidup bersyariat,telaga biru

Wednesday, October 19, 2011

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET
Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus?xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi.Kat sni aq akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

Ok,First skali kwang p buat air tgkat ali or kopi ker ikot ksukaan kamu lar..Second lak,yg jnis isap rkok tu isap ar luu puas2.Pastu kwang follow step bwah neyh k.Sblum tu pastikan enset kwang tu ckup bateri(full).

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu.
2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.
3. Dalam keadaan off,

- Tekan butang dail (green button)

- Butang bernombor 3

- Tekan butang bintang * (star)

- On handset korang

- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT

- Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.
5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda!

Butang Rahsia Nokia
Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.
Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.
Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.
Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.
Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan #
Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba….

Monday, October 17, 2011

Sifat-Sifat Mahmudah # Takut Akan Allah


Assalamualaikum.

Apa kabar semua? kabare? hehehe semoga sihat hendaknya
okeh korang tentunya inginkan perubahan dan kebaikan yang lebih dalam diri kan??

hari ini insyaAllah aku akan berkongsi serba sedikit SIFAT2 MAHMUDAH(TERPUJI)

mahmudah adalah perbuatan baik dan disukai oleh ALLAH....
bestkan? kalau kita sentiasa buat baik pada Allah?

menurut Imam Al-Ghazali sifat mahmudah ada 10.
aku akan ceritakan sedikit demi sedikit...

kalau sebelum ini aku dah ceritakan tentang (Sifat-Sifat Mahmudah # taubat) maka hari ini aku akan ceritakan serba sedikit tentang sifat mahmudah yang ke 2 yang dinyatakan imam Al-Ghazali iaitu.

::TAKUT AKAN ALLAH::

takut

mengapa Allah meletakkan perasaan takut dalam setiap insan? ade yang takut serangga, takut guruh, takut hantu misalnya dan ade juga yang takut dengan pelbagai objek yang tersendiri. tetapi kadang2 ianya bukan sebab takut, mungkin sebab geli atau fobia yang mmbuatkan diri tu takut.

takut dilemparkan supaya kita tidak mendekati kepada sesuatu, kalau boleh kita taknak terserempak atau terjumpa pon dengan benda yang kita takut tu an. jadi kita elakkan.

namun begitu kita seharusnya takut kepada yang satu. Apabila seseorang Muslim itu mengenal Zat Allah melalui mengenal sifat-sifat-Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah. seperti mana didalam firman Allah

وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالأنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

maksudnya:
Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
(surah al-fathir ayat 28)

haa ini lah antara sifat mahmudah yang perlu kita terapkan, kenapa perlu takut pada Allah? adalah untuk membantu seseorang muslim atau mukmin itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan segala perbuatan yang dimurkai-nya.

cantik kan? Allah melimpahkan rasa takut itu untuk kita tunduk. kalau kat sekolah dulu kita takut dengan cikgu yang garang, kalau kerje sekolah tu tentunya siap dengan kemas, takut punye pasal dengan cikgu, kadang2 meniru, cewah datang sekolah awal, macam rajin, tapi sbb nak meniru kerja sekolah, punya la takut kalau tak siap.sebab kalau tak siap kene lah diri kat luar ke, kene rotan ke, kene diri kat atas kerusi ke, hihihih, takut dulu zaman sekolah. aku pon pernah gak kene.=)


kalau kat rumah pulak takut nak buat silap, takut kene marah ngn mak abah. huh hikmahnya kita akan menjadi anak yang dengar kata anak murid yang berjasa. cantikkan?

cuba kalau Allah tarik sifat takut kita kepada ibu bapa dan guru2 kat sekolah. apa jadi? tak payah fikir sangat, dah ade contoh, maka ade la budak2 yang tumbuk cikgu sendiri, melawan kata ibu bapa..

kalau kita tak takut dengan Allah? hah tu la, perintah Allah semua ditinggalkan, pakai tudung tak serupa pakai tudung, solat pon tidak, tu belum soal perkara2 yang remeh temeh.

YAALLAH KAU LEMPARKANLAH RASA TAKUT KEPADA HAMBAMU SUPAYA TERASA NIKMAT UNTUK BERIBADAH KEPADAMU, SUPAYA HAMBAMU MENJAUHI SIFAT-SIFAT MAZMUMAH DAN SIFAT2 YANG BOLEH MENJAUHKAN HAMBAMU DARI GERBANG SYURGA..
AMIN...

pupuklah rasa takut pada Allah maka akan datang keikhlasan dan semangat untuk beribadah.=)
takutlah kepada Allah sehingga hati kita ni gelisah kalau tak beribadah atau belum menunaikan yang wajib.=)

Thursday, October 13, 2011

manusia Manusia

manusia akan hilang pedoman dan tidak aman jika agama Allah tidak dipegang teguh

Manusia akan kucar kacir apabila Hukum dan undang-undang Allah diketepikan

hanya dengan pegangan Al-Quran dan Sunnah
ANDA!!!!
akan berjaya dunia dan bahagia Akhirat

D I A K A W A N


sape pulak si gadis yang menungang vesapa nie?? nak tau?? jom ikuti pesanan selanjutnya


Assalamualaikum.

‎::hope...aku kuat...insyaAllah..::

insyaAllah apa yang dia inginkan malam ni tercapai...amin...

okeh tujuan aku taip rajin post ni bukan kerana birthday wish, bukan kerana tekejut sebab jumpe dia atau ade tarikkan dari dia...owh tidak sama sekali..post ni adalah kunjung balas lepas dia dah tulis pasal aku kat blog dia.(sini)huh bukan senang nak ade nama kita kat blog dia. susah wow, kira standard2 artis je bila dia dah tulis tu. hihihih..teeetttttt dah jangan melalut..

ni dia

nama yang diberikan Iffi Athirah Zulkefli (betul eah?) salah seorang warganegara malaysia yang berdaftar. hihihihih. pelajar di UiTM Melaka. okeh first time aku jumpe dia masa kat PLKN. dan masa tu aku tak kenal pon dia. tapi perasan la..lepas tu ade pulak FB ni. so aku kenal dia masa kat group plkn..masa tu aku dah tak mcm kat plkn, dah tak garang dah..ahaks...dan kat fb la baru kami kenal. so dah kenal2 sampai la rapat.sejak tu aku tak penah jumpe depan2, nanti2 la iffi eah kita jumpe.. klu ade masa aku g segamat, kalau takde,takdelah ye,=) jangan tunggu aku
..okeh dah.. tu je cita dari aku..

seorang pelajar yang aktif dalam sukan dari dulu lagi, (harapan U ni) peramah, perwatakkan ceria, dan mudah berkawan. =).. kalau nak kenal lagi siapa dia jemput la datang ke Blog dia.=) kat sana juga anda akan memperolehi pelbagai ilmu, InsyaAllah, iffi ni tak lokek ilmu..

dia dah pon habis sem 5(sama macam aku) tak lama lagi dia ade tournament di UiTM segamat (yang ni tak sama) hihihihi
good luck aku ucapkan..
terima kasih jadi kawan aku..=)
terima kasih juga special post tu..=)
good luck untuk result nanti =)

wassalam

p/s: sorry ayat aku tak best mcm ayat ko..hihihi..



Wednesday, October 12, 2011

hati kesal baru datang takut


Assalamualaikum.

mata ini baru rasa ingin terlelap, tapi tiba2 hati terpangil untuk datang meluahkan perasaan dekat blog nie..

sikap kesal dan sedih apabila melihat dan membaca status FB hamba Allah nie...

kO pkai tdung pOwn nan legging nmpk 'lOngkang' . .
sO xperlu kOwt nk pndg aku atas bawah cm kO uh pkai jubah segala ~

*middlefingerakuaseknakternaikjepblewnmpkkO !

kita sering jugak terbaca status2 mcam kat atas nie. midium utama yang dijadikan tempat luahan hati, semestinya FB, berjayakan yahudi punya agenda? mereka tertawa dengan gelagat umat islam yang sering menyalahkan orang lain dan membanggakan dosa diri. aku bukan bertujuan untuk mengata atau menjatuhkan sesiapa. tapi renung2kan lah, apabila kita berbangga dengan dosa yang kita buat, Astagfirullah halazim.. jangan sampai Allah tarik nikmat berbuat amal kebaikan. masa tu korang nak buat baik pon takde feel, takde mood langsung nak buat baik.

nikmat yang aku paling takut jika Allah tarik...nauzubillah.. kita ni hidup sementara

Terjemahan Text Qur'an Ayat
Demi masa. وَالْعَصْرِ 1
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ 2
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 3

hayati ayat diatas. kalau kita nak berjaya didunia dan diakhirat mestilah nasihat menasihati, siapa yang perlu menasihati? sebagai umat islam semua sekali yang bernama muslim itu perlu ingat mengingatkan dan saling nasihat menasihati, apa yang baik kita ambil dan amalkan dan yang silap itu doperbetulkan.

ini tidak pantang yang tegur itu buat salah je terus nak cop yang dia tu jahat, so tak layak nak nasihat orang. NO... semua perlu nasihat menasihati, jika datang kepada kamu seorang hamba Allah yang lemah longlai dan menyuruh anda jauhilah dadah kerana ianya akan merosakkan diri, merosakkan kehidupan. sedangkan yang nasihat tu penagih.. anda patut terima tak? huh kalau tak terima, sebab ape? sebab dia tu penagih? tak layak nak menasihatkan orang lain?

JANGANLAH KAMU MELIHAT SIAPA YANG MENASIHAT TETAPI KAMU LIHATLAH APA YANG DINASIHATKAN...

kadang2 tu aku pon tak faham, mereka ni seolah2 berbangga dengan kesalahan yang dibuat selama nie. datang pula syaitan yang menghasut.." wah bagus" "wah ape la yg tegur ko tu tak elok langsung" tak sedar bahawa diri tu pon silap jugak...

so disini aku ingin menyeru pada diri aku sendiri khasnya dan korang am nya.. apa yang kita ada didunia ni adalah semuanya pinjaman, gunakan sebaiknya apa yang ditegur apa yang di perbetulkan, terimalah dengan hati yang terbuka, niat yang utama itu untuk merubah kearah kebaikan, jangan menjadikan perkara lain sebagai alasan untuk kita berubah. mudah2an kita akan terus berhijrah kearah kebaikan..insyaAllah..amin

.. "kita ni manusia yang tidak sempurna" mmg la kita tidak sempurna, tapi itu bukan sebagai alasan untuk kita terus hanyut kearah yang lebih tidak sempurna..kita punyai peluang maka gunakan sebaiknya

muhasabah diri, kesali setiap kesalahan, maka akan datang takut jiwa dan hati ini kepada Allah...

Tuesday, October 11, 2011

Akhirnya!!!!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah aku dah pon HABIS paper untuk sem 5

SELAMAT TINGGAL SEMESTER 5

SELAMAT TINGGAL..

kali ni agak tak best untuk aku nak update sebab gambar kurang..hmmm..

okeh first sekali awal sem lagi kami dah kehilangan seorang kawan seperjuangan.. sebab nak masuk ke SPA sebagai inspektor kesihatan



dan sem ni kurang experiment lab tapi experiment nye semua berat2..woohoooo penat wow..







semester ni ade 2 lab.. highway engineering dan juga survey... =) dan ade jugak buat dalam bulan puasa...letih wow...letih tapi best..=)



sem ni jugak ade sahabat aku kehilangan ayah tercinta.. dan kami sempat jugak melawat..Alhamdulillah..=)


dan last sekali semestinya aku kene tinggalkan sikuning aku nie...jumpe next sem..=)

Alhamdulillah aku tamatkan sem 5 ni dengan jayanya..sekarang dah dduk rumah dan menanti keputusan kelua..=)

semoga baik2 sahaja


sem depan merupakan final sem dan final year dimana aku sudah menjadi super senior. heheheh..sekejap je rasa dah final sem..terlampau bnyak kenangan untuk dilupakan dan ditinggalkan..

Tuesday, October 04, 2011

Kerana dia bernama MAK


Saiful merupakan seorang pelajar university di Malaysia. Mempunyai keperibadian yang baik budi pekertinya, kadang kala masa lapangnya hanya dihabiskan dengan membaca buku, melayari internet atau bermain alat muzik. Saiful juga sudah ditahun akhir diploma perakaunan di universiti teknologi mara kampus khazanah alam. Saiful bukanlah dikalangan pelajar terbaik bagi fakulti, hanya mempunyai keputusan yang biasa setiap semester. Alhamdulillah itu la kejayaan setelah dikorbankan dengan usaha yang setimpal.

“Anak mak la ni?,hahahaha kelakar la kau ni”

Persoalan yang sentiasa di tujukan kepada Saiful apabila di ceritakan bagaimana hubungan seerat itu deceritakan. Saiful hanya mampu tersenyum apabila ditertawakan oleh rakan-rakan, kerana pelik dengan sikap Saiful. Satu hari mesti sekali pangilan dibuat ke telifon bimbit maknya. Sudah menjadi kebiasaan, walau tiada apa yang perlu dibualkan, cukuplah mendengar suara mak tercinta.


“lah kenapa pelik ke? takkan tak pernah jumpe orang macam aku?”

“tentulah tidak. Hahahahaha”

Saiful kembali membalas sekadar dengan senyuman. Setiap perjalanan akan di laporkan kepada maknya, nak bertolak, dah sampai, mahupun ingin pulang. Seolah-seolah semua benda perlu dilaporkan kepada maknya.

“tak mengapa, aku dah biasa dengan apa yang aku dah buat sekarang, aku rindu kat mak aku kalau aku tak dengar suara dia” . Senyuman terus diukir tanda dia selesa dengan rutin itu.

“kau tak bosan ke buat macam tu? Tak rasa diri tu tak bebas ke?”

“hahahaha!!, satu je perinsip hidup aku yang membuat aku terus jadi macam ni dan mungkin sehingga kahwin pon aku akan terus sebegini. SELAGI AKU BERPELUANG UNTUK MENDEGAR SUARA DIA, SELAGI AKU DAPAT LIHAT SENYUMAN DIA, SELAGI AKU DAPAT MERENUNG MATANYA, SELAGI AKU MASIH DIKURNIAKAN SEORANG INSAN YANG BERNAMA MAK…SELAGI ITU AKU AKAN BERSAMANYA, BIARLAH APA PUN YANG MENJADI PENGHALANG, TAPI DIALAH CINTA HATI PERTAMA AKU, SELAMA-LAMANYA.”

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa