Wednesday, August 17, 2011

SAYANG...



luka yang sukar untuk diubati adalah luka dihati
sakit yang sukar dikurangkan apabila hilangya insan yang disayangi
perit yang perlu dilalui adalah bila kita tidak lagi bersama dengan insan yang kita sayang.

heh...siapa "SAYANG" di dalam fikiranmu?

tanya iman anda..siapa?

ingat kawan, jika hari ini "sayang" kamu sudah diambil oleh insan lain atau diambil untuk kembali bertemu yang Esa. maka itu adalah satu tarbiah hati untuk anda. kerana satu hari nanti, lagi besar yang anda miliki, akan hilang sekelip mata.

dugaan itu satu ujian seorang insan yang melalui jambatan menuju akhirat. sama ada penghujungnya baik atau buruk? dalam perjalanan yang singkat ini anda perlu tentukan sama ada anda sudah bersedia atau belum untuk sampai ke penghujung. ingat kawan. masa sudah suntuk. dunia semakin tua dan nazak. kita tiada masa untuk leka lagi..

tapi jangan lupa untuk ajak kawan2 sekali untuk buat kebaikan. jangan pulun sorang je pahala sedangkan kawan kita masih bergelumang dengan perkara yang tidak elok... moh kita...

wassalam.

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa