Friday, August 19, 2011

10 malam terakhir



surah Al.Qadr

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ 1
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ 2
Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ 3
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ 4
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ 5


SubhanaAllah surah diatas telah pun menerangkan betapa besarnya rahmat dan kurniaan Allah,

malam lailatul qadar, malam dimana para malaikat turun mendoakan umat yang bangun mencari keredhaan Allah...


untungkan kita?? umat nabi muhammad je yang dikurniakan keistimewaan ini. Alhamdulillah.. tapi berapa kerat je yang mengejarnya?

yang lain banyak menyibukkan diri dengan persiapan raya, buat kuih raya, bakar lemang, kemas rumah, tidak kurang yang hanya tidur melelapkan mata.


tak rugi ke? bagaikan duit yang jatuh dari langit tidak kita kutip...hosh...rugi wow...tapi kenapa taknak kejar?


tanda2 berlakunya malam lailatul qadar. malamnya yang sunyi sepi, sekiranya kita beribadat seperti ada yang melihat kerana malaikat duduk disekeliling kita mengaminkan doa kita, paginya kelihatan mendung kerana dilitupi sayap para malaikat yang naik ke atas.


kenepa dirahsiakan malam lailatul qadar?

hmm, ini adalah kerana mengasuh diri mencari malam penuh keberkatan ini melipat kali ganda amalan, selain tu dapat memenuhkan dan mengimarahkan 10 malam terakhir ni dengan amal ibadat. lagi satu kalau diberitahu, senang la orang bgun satu malam je buat amal ibadat an? =)


jom kawan. aku nak mengajak diri aku dan kawan2 semua memenuhkan malam2 terakhir ini dengan ibadah, dan mengadakan amalan dari biasa, kita kutip pahala dah rahmat yang telah Allah turunkan....1000bulan punya amalan beb, taknak ke?? kita pon belum tentu hidup lama tu..moh kita....rahman2 bangun ye malam nie...buat amal ye?? =)


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:


Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "


10 malam terakhir, marilah kita beramal, dan angap seperti ini kali terakhir bertemu dengan bulan suci ramadhan....siapa tau kan?


wassalam

No comments:

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa