Monday, August 08, 2011

KIBARKAN jika anda berbangga



Assalamualaikum

bulan puasa tahun ni jatuh pada bulan kemerdekaan. Alhamdulillah..insyaAllah keberkatan tu ada..

disini saya sebagai anak merdeka. hehehhe ingin menegaskan bahawa negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54. huh...lama kan?

tapi apa yang aku perasan. semakin lama kita merdeka semakin pudar semangat kemerdekaan tu. hilang sudah aura dan suasana kemerdekaan. kenapa eak? jangan sampai merdeka hanya sekadar laungan sahaja. hilang sudah semangat kita. kemana perginya?

aku ingat lagi masa kecik2 dulu. aku suka kira bendera dekat kereta orang, nak kira sampai tak terkira, penat kot. comel je masa tu siap bergaduh ngn sepupu aku sebab kira salah. hehehhee..tapi sekarang? aku cuba nak mengenang kembali masa aku kecik. nak mengira la kononnya. boleh dikatakan mengantuk aku nak tunggu kereta yang ada bendera. T_T kita semakin leka. aku rindukan semangat tu we..serius aku sedih.

dulu pon aku pernah masuk pertandingan basikal berhias. dengan jalur gemilang, 2 taun berturut2 aku menang we. hihihi bukan tu aku nak bangga kan..tapi semangat. masa aku kecik aku suka nak kibarkan bendera.sampailah sekarang. bukan susah, bendera pon tak sampai 10ringgit. takkan bendera pon nak harap kerajaan bagi kot? kita sepatutnya ade perasaan bangga menjadi rakyat malaysia. ade yang kata
"cukuplah sekadar dalam hati je nak semnagat, tak payah nak tunjuk" hihihih kelaka la korang. tapi kalau nak tgok bola ke boleh pulak pakai baju MU, chelsea ke.. kenapa nak kibarkan bendera kita pon nak malu?

ade jugak yang bagus nye kibar bendera sampai lah hancur bendera tu.. korang nak tak pakai baju koyak? taknak an? hihih..keleka la sapa yang buat macam tu.


"KIBARKANLAH JALUR GEMILANG JIKA ANDA BANGGAKANYA."

aku dah kibarkan depan rumah, anda pula macam mana?

wassalam



1 comment:

ezzu said...

semangat btol ko nie...bgus2..jiwa mcm nie lh perlu ada dlm diri seseorg kn...hehehe

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa