assalamualaikum
best an pagi2, sarap roti canai pekena pulak teh tarik...fuhhh..terangkat sei. bila dah makan roti canai ni an aku teringat satu cerita dimana sorang budak nak beli roti canai.cerita ni dulu2 la berlaku.
pada suatu hari..
"along!!!!" mak nye memanggil anak dengan suara yang lantang dari dapur.
"ye mak!!!.." budak tu jawap.
"hmm, along pegi beli roti canai" arah mak..
"berapa keping mak?" soal along.
"beli la dalam 12 keping ke. nah ni duit, baik2 bawak basikal"
"ok mak.."
biase la budak kecik, along berumur dalam 10 11 taun, dalam poket ade duit raya,maklumlah hati tu gembira lagi dapat duit raya,tak la banyak mana tapi boleh la untuk budak kecik. tambah pulak duit mak dia bagi yang cukup2.selepas penat mengayuh basikal.
"assalamualaikum,cik roti kosong ade?"
"waalaikumsalam, ade dik"
terpampang pulak didepan tempat tebar roti "roti sardin dan murtabak ada disini"
"cik,roti sardin ade?"
"ade dik"
"roti sekeping berapa?"
"60sen dik"
"60sen??!!,murahnye roti sardin 60sen" terdetik didalam hati budak kecik tu.
"ok cik, bagi 12 keping"
"ok dik,adik duduk dulu kat kerusi tu"
seronok rasa, confident je budak kecik tu mintak roti sardin 12 keping.abang yang kat kedai tu lak confident buat roti sardin.
15minit kemudian
"ok adik, dah siap"
"berapa ringgit cik?"
"semua sekali 30 ringgit"
"ha????? 30ringgit? sekeping berapa ringgit?"
"RM2.50 dik"
"bukan tadi kata 60sen ke?"
"itu roti kosong dik?"
alangkah luluhnya hati sibudak kecik, terus menggigil budak kecik tu nak kluakan duit, dalam fikirannya hanya memikirkan sama ada duitnya cukup atau tidak. mujur ade duit raya.
"habislah duit raya aku"bisik sibudak kecik
sedih tergambar dari sudut wajah dia.
"hmm takpe la cik, nah RM30"
"ok dik nah roti sardin nye"
budak kecik itu balik dengan perasaan yang amat sedih, apa la yang ingin diberitahu kepada maknya. YaAllah masa tu tuhan je tau..
"Assalamualaikum, mak along dah balik" budak kecik itu masuk dengan muka seakan2 takde ape2 yang berlaku. terus meluru ke dapur dan mencapai pinggan.
"nah mak, along beli roti sardin, 60sen je" budak kecil itu mencapai 2 keping roti sardin dan habiskan dengan kadar segera. bimbang jika ditanya oleh maknya.
hah itu la kisahnya sibudak kecik yang comel membeli roti sardin.
nak tahu kesudahan cerita? ahaks. sebenarnya budak kecik tu adalah aku, bila diingat2 balik, tergelak aku sorang2 tapi apa kan daya itu la antara kenangan semasa aku kecik. kesudahanya aku tak bg tau mak aku, tapi aku rasa dia dah tau yang roti sardin tu takkan la 60sen je tapi dia diamkan je. tapi cerita yang sebenar, sampai sekarang mak aku tak tau..hihihihi...