Tuesday, February 22, 2011

ingatkan aku..


kadang2 kita lupa dengan Nya.
kadang2 kita leka dengan dunia.
kita alpa dengan arus kehidupan.
kadang2 kita terlampau mewah
hingga hilang rasa bersyukur.

kita hanya utamakan yang lain dari yang wajib.
bila dah ditimpa dengan masalah, ditimpa bencana,
baru nak ingat Allah, baru nak bertaubat.
tapi aku rasa bersyukur kerana aku masih
diberikan peluang untuk mengingti siapa yang mencipta aku.

Alhamdulillah.

aku bimbang kalau2 aku hilang rasa nikmat untuk berbuat kebaikan.
amalan yang baik sungguh mudah kita lupakan, susah nak mulakan,
amalan buruk sungguh mudah kita buat, susah nak tinggal.
astagfirullah hal azim

YaAllah tangan aku penuh dengan perbuatan dosa,
kdg2 hamba pn tidak layak bg aku.
aku malu ingin meminta perkara yang besar,
kerana amalan aku sendiri tidak seberapa
nak dibandingkan permintaan aku yang besar ini.

tapi apakan daya aku hanya hamba yang selalu
mengharap kepadamu,
mengharapkan keredhaan,
mengharapkan hidayah dan taufikMU.

sesungguhnya aku tidak layak masuk kesyurgamu
namun aku tidak sanggup mengharungi nerakamu
ampunkanlah dosa hambamu YaAllah.

Kau maha pemurah dan penyayang.

No comments:

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa