Monday, February 21, 2011

GemilanG

Assalamualaikum.

lama rasenye aku tak menjengah blog nie. banyak sangat keje,test. dengan masalahnye haiya serabut. tapi ape3 pon tetap kne truskan usaha nie.

so. ape yang aku nak ceritakan arini adalah tentang cerita gemilang yang tengah disiarkan di tv3. pada aku cerita nie memang bnyak maksud yang perlu kita fahami, cerita yang menceritakan tentang pengorbanan, kejujuran dan kesusahan untuk menuntut ilmu. lama gak aku tak mengkaji cerita nie. last pon mase form 5. hihihih.

aku rasa cerita ni perlu difahami oleh guru2 malaysia, yang sekarang nie aku dengar ade je cikgu2 yang bermasalah. sbb ape bende tu berlaku? adalah kerana larinya niat dan misi asal seorang guru untuk mendidik dan jugak mengubah nasib bangsa dari kosong hingga berjaya. alangkah bangganya jika dapat melahirkan beratus pelajar yang dapat mengubah nasib agama dan bangsa. aku amat merindukan golongan seperti ini. memang tidak dapat dinafikan banyak je cikgu yang berkaliber, tapi ade jugak cikgu yang tak berkualiti ( payah gak gini) bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.ku rasa cerita gemilang nie akan membukak mata untk kita berubah. ape3 pon cerita nie best. kepada student2 sekarang nie. mari la kita sama2 beringat( sbb aku pn kdg2 lupa gak) betapa bertuahnya kita sekarang tak perlu meredah ladang getah atau sawah bendang, sungai untuk kesekolah. banyak kemudahan sekarang ni berbanding dulu.



aku teringat cerita kawan cikgu aku. (cikgu aku yang cerita) kawan dia meninggal sbb mati lemas nak pergi sekolah. masa tu sampan yang dia naik untuk keseberang tu karam. nauzubillah.
abah aku pulak dulu terpaksa berjalan kaki nak g sekolah yg jauhnye berbelas KM. kita? alangkah mewahnya kita hari ini.

tadi sempat jugak aku terjah blog2 kawan2 aku. bnyak yang menceritakan tentang hukum dalam islam. ade yg simple dan ade yang masalah besar. Alhamdulillah bgus usaha korang tu. tapi ingt gak kawan2 dalam kita nak berkongsikan sesuatu. pastikan hukum atau hadis yang ingin kita sampaikan tu melalui sumber yg betul. kerana bimbang ianya satu fakta yang diputar belitkan oleh musuh islam agar menimbulkan was2 dalam diri seorang islam, kerana was2 itu bisikan syaitan. kdang2 perkara yang mudah disusah2kan. ingat jarum2 musuh ada dimana2. waspada daripada ditusuk jarum kufar, agar iman kita terpelihara. insyaAllah.

oke hari nie aku nak berkongsi satu laman kepunyaan bekas mufti perlis (DR MAZA). banyak ilmu yang dapat kita perolehi dengan ajran islam yang mudah kita praktikan didalam hidup. semoga kita menjadi mukmin yang lebih berkualiti dan dipelihara jalannya oleh Allah. insyaAllah.

minta teguran jika kesilapan terdapat dalam fakta atau pendapat yang aku berikan.=)

semoga menjadi insan yang gemilang dunia dan akhirat

::wassalam::

No comments:

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa