Tuesday, February 22, 2011

ingatkan aku..


kadang2 kita lupa dengan Nya.
kadang2 kita leka dengan dunia.
kita alpa dengan arus kehidupan.
kadang2 kita terlampau mewah
hingga hilang rasa bersyukur.

kita hanya utamakan yang lain dari yang wajib.
bila dah ditimpa dengan masalah, ditimpa bencana,
baru nak ingat Allah, baru nak bertaubat.
tapi aku rasa bersyukur kerana aku masih
diberikan peluang untuk mengingti siapa yang mencipta aku.

Alhamdulillah.

aku bimbang kalau2 aku hilang rasa nikmat untuk berbuat kebaikan.
amalan yang baik sungguh mudah kita lupakan, susah nak mulakan,
amalan buruk sungguh mudah kita buat, susah nak tinggal.
astagfirullah hal azim

YaAllah tangan aku penuh dengan perbuatan dosa,
kdg2 hamba pn tidak layak bg aku.
aku malu ingin meminta perkara yang besar,
kerana amalan aku sendiri tidak seberapa
nak dibandingkan permintaan aku yang besar ini.

tapi apakan daya aku hanya hamba yang selalu
mengharap kepadamu,
mengharapkan keredhaan,
mengharapkan hidayah dan taufikMU.

sesungguhnya aku tidak layak masuk kesyurgamu
namun aku tidak sanggup mengharungi nerakamu
ampunkanlah dosa hambamu YaAllah.

Kau maha pemurah dan penyayang.

Monday, February 21, 2011

PENGARUH WANITA DALAM KEHIDUPAN LELAKI

Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak. Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau. Namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:

“dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”. (Surah al-Baqarah: 35-36).

Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:

“dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Taha: 116-121).

Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut. Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan. Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam. Kata Dr Abu Syahbah:

“Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”.(Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah).

Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita. Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

suami-soleh-isteri-solehah.jpg

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki ‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya. Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:

“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat”. (Surah Yusuf: 28).

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat. Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaid sebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya. Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita. Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atas godaan atau kaid tersebut.

Nabi s.a.w pernah bersabda:

“Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sabda baginda juga:

“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya” (Riwayat Muslim).

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya. Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

Elena Ceausescu

Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa. Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita. Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian. Nabi s.a.w bersabda:

“Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” (Riwayat Muslim).

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:

“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani).

Sabda Nabi s.a.w juga:

“Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” (Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

.

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.


GemilanG

Assalamualaikum.

lama rasenye aku tak menjengah blog nie. banyak sangat keje,test. dengan masalahnye haiya serabut. tapi ape3 pon tetap kne truskan usaha nie.

so. ape yang aku nak ceritakan arini adalah tentang cerita gemilang yang tengah disiarkan di tv3. pada aku cerita nie memang bnyak maksud yang perlu kita fahami, cerita yang menceritakan tentang pengorbanan, kejujuran dan kesusahan untuk menuntut ilmu. lama gak aku tak mengkaji cerita nie. last pon mase form 5. hihihih.

aku rasa cerita ni perlu difahami oleh guru2 malaysia, yang sekarang nie aku dengar ade je cikgu2 yang bermasalah. sbb ape bende tu berlaku? adalah kerana larinya niat dan misi asal seorang guru untuk mendidik dan jugak mengubah nasib bangsa dari kosong hingga berjaya. alangkah bangganya jika dapat melahirkan beratus pelajar yang dapat mengubah nasib agama dan bangsa. aku amat merindukan golongan seperti ini. memang tidak dapat dinafikan banyak je cikgu yang berkaliber, tapi ade jugak cikgu yang tak berkualiti ( payah gak gini) bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.ku rasa cerita gemilang nie akan membukak mata untk kita berubah. ape3 pon cerita nie best. kepada student2 sekarang nie. mari la kita sama2 beringat( sbb aku pn kdg2 lupa gak) betapa bertuahnya kita sekarang tak perlu meredah ladang getah atau sawah bendang, sungai untuk kesekolah. banyak kemudahan sekarang ni berbanding dulu.



aku teringat cerita kawan cikgu aku. (cikgu aku yang cerita) kawan dia meninggal sbb mati lemas nak pergi sekolah. masa tu sampan yang dia naik untuk keseberang tu karam. nauzubillah.
abah aku pulak dulu terpaksa berjalan kaki nak g sekolah yg jauhnye berbelas KM. kita? alangkah mewahnya kita hari ini.

tadi sempat jugak aku terjah blog2 kawan2 aku. bnyak yang menceritakan tentang hukum dalam islam. ade yg simple dan ade yang masalah besar. Alhamdulillah bgus usaha korang tu. tapi ingt gak kawan2 dalam kita nak berkongsikan sesuatu. pastikan hukum atau hadis yang ingin kita sampaikan tu melalui sumber yg betul. kerana bimbang ianya satu fakta yang diputar belitkan oleh musuh islam agar menimbulkan was2 dalam diri seorang islam, kerana was2 itu bisikan syaitan. kdang2 perkara yang mudah disusah2kan. ingat jarum2 musuh ada dimana2. waspada daripada ditusuk jarum kufar, agar iman kita terpelihara. insyaAllah.

oke hari nie aku nak berkongsi satu laman kepunyaan bekas mufti perlis (DR MAZA). banyak ilmu yang dapat kita perolehi dengan ajran islam yang mudah kita praktikan didalam hidup. semoga kita menjadi mukmin yang lebih berkualiti dan dipelihara jalannya oleh Allah. insyaAllah.

minta teguran jika kesilapan terdapat dalam fakta atau pendapat yang aku berikan.=)

semoga menjadi insan yang gemilang dunia dan akhirat

::wassalam::

Wednesday, February 16, 2011

SUPER BIKE


Assalamualaikum..

korang minat motor besar?

tadi pkul 9 kalau korang tengok la...360.
cerita arini pasal motor berkuasa tinggi. memiliki moto berkuasa tinggi memang impian aku. aku minat bunyi dia sebenarnye. superbike ade bunyinya tersendiri. kalau ade dengar je mmg aku cari..terbakar je rasa jiwa ini..( nantilah, satu hari nnt aku nak naik jugak moto tu). lagi2 bila kat higway mmg memanaskan...

kenapa aku minat sangat? tapi kadang2 ade je org ckp. " buat ape beli moto mahal2 ni? ujan bsah jugak" hehehhee..kdang2 aku yekan je. tapi bila dah minat.. lantak pi la apa depa nak kata..

ni spyderbike, aku baru tgok tadi kat 360. ade rupenye. bekenan pulak...



yang ni pulak aku idam2kan..hmmm





lepas ni aku dah ade duit banyak punyeeee...aku nak amik B full. lepas tu beli sebijik. korang tggu kat highway eah...hihihihi.

heheh. semoga semangat aku tggi nak mengejar impian ini.. baru la ade motivasi nak blja betul2. yang penting kita jngn palingkan niat yg utama HANYALAH KERANA ALLAH.. insyaAllah semuanya senang dan mudah.

"jika anda kejar dunia maka akhirat akan meningalkan kita
jika kita kejar akhirat maka dunia akan datang kepada kita"

::wassalam::




SeLaMat Hari Lahir my sis....

Assalamualaikum..

hari ini aku ingin menceritakan kepada anda semua...

pada hari ini merupakan ulang tahun kelahiran adik perempuan aku yang ke 18...(dah tua rupanya angah).

dikesempatan ini along nak mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke 18.
semoga panjang umur
murah rezeki
dimudahkan urusan hidup.
diringankan diri untuk beribadat
dikuatkan iman
diteguhkan pendirian
dan menjadi anak yang solehah
semoga menjadi insan yang berguna pada agama dan negara.





anak yang ke2 dari kami. hmm..lepas ni dia dah mula keluar dari kluang (insyaAllah) sebab dia tengah tunggu result spm..(semoga dapat keputusan yang cemerlang), dia tak kerja, duduk rumah je masak, kemas rumah( bibik terhormat) hihihi...

yang sebenonye aku terlupa birthday dia arini. sampai la aku dapat mesej "kalau along nak call rumah bg tau, bia angah call, sbb free" ha mase ni la aku teringat...hihih..sory la dik...semoga ceria2 selalu.. jangan hampakan orang yang mengharpkn kejayaan pada kita..

"percaya pada kekuatan diri agar kelemahan diri menjadikan kita lebih yakin untuk meneruskan jalan yang berliku"

::wassalam::

Sunday, February 13, 2011

testing 1,2,3


assalamualaikum.

bila tengah hari mesti korang pening kan?
nak masak ape, ke nak makan kat lua je.. kalau kat lua kat mana?

ha mcam tu la aku sllunya, arini pulak aku teringin nak makan ayam masak lemak cili api.
wah apokononyo jang tibo2 jo nak makan lomak cili api nie.hehehhe...

tugas pertama, bangun je aku terus pegi kedai beli bahan2nya. lada kecik, bawang kecik, bawang putih,ayam, santan dan lain2. sayur pulak aku amik kobis..balik je aku masak la. sediakan bahan2. lepas tu campak2 je la.jadi la nie...
.
.
.
.
.


ting...jadilah ayam masak lomak cili api..



ting sayur kobis goreng....

sekarang ni dah dalam perut. tak boleh nak mintak lagi..hihihih...

tq kepada angah, bg resepi.

::wassalam::

Saturday, February 12, 2011

TANGGUNGJAWAB KITA

assalamualaikum.

hari ini hari sabtu, niat nak mandi sungai tadi pagi..sat lagi tertido lepas subuh smpai la pkul 11...hahhaha.biase lah an dah penat sangat. semalam ade buat lab ade kelas, lpas tu ade meeting dengan PA. lpas tu ade meeting trip. bz tak aku??? ni baru siket we. banyak lagi yang kene buat.

hmm. aritu aku ade la tengok WHI( wanita hari ini) wanita ke aku???(memang tak la we) ade Align Centrepulak dia cerita pasal tahi lalat.(kalau korang tengok la) dia kata kalau ade tahi lalat kat belakang badan dia memikul beban yang banyak. lantas aku berpaling ke belakang suruh kawan aku tengok. ternyata ade kat belakang aku. ape maksudnye tu?? memang la ianya satu ramalan atau tanda2 dan kepercayaan orang cina. tapi kita amik sebagai satu motivasi. supaya kita lebih maju lepas ni.

memang tak dinafikan bahawa seorang insan pasti ade beban atau tangungjawab yang perlu dipikul. banyak la..tangugjawab seoarang islam, tangungjawab seorang ketua, tangungjawab seorang lelaki, perempuan, ibu , ayah, masyarakat. banyakkan tangungjawab kita. tapi betul2 ke kita pikul tangungjawab itu sebenar2nye? lets say kita seorang ketua atau pemimpin. as a muslim kita perlulah menjadi pemimpin yang adil pemimpin yang mengamalkan cara kepimpinan islam, kepimpinan yang bersih tanpa ada unsur rasuah atau "politik kotor". sebab apa? kerana seorang pemimpin atau ketua akan ditanya, "apa yang kau lakukan untuk islam sepanjang kepimpinan kau?" aku rindukan pemimpin seperti itu...

jadi ape tanggungjawab anda? fikirkanlah, muhasabah diri kita, adakah kita lakukan?" aku pon kadang2 kantoi gak. tapi kita berusaha untuk memikul tggungjawab itu sebaiknya agar mudah urusan akhirt kelak.

tiba2 aku teringat aku lupa nak measure berat xperiment semalam, astgfirullah, tgungjawab seorang student aku lupekan. harap2 ianya ok. aku nak g kira hari isnin nnt.



hadapi dengan senyuman

semalam gak sayang aku dah sampai. sampai gak kau kat jengka nie eak. hihihi...kini dia akan bersama aku untuk menuntut ilmu dan jalan2. si kuning harap kau boleh berjasa pada aku..



assgment dah bertimbun lagi untuk mnggu depan ade 3 lab report. so ape yg perlu aku buat? buat keje la..hehhe.



penuhi kekosongan ini dengan perkara yang bermanfaat.



kali ni aku tinggalkan korang dengan lagu ni By: nubhan- aku atau dia

Balik kelas cari makan.



assalamualaikum.

apa kabar orang kampung??

gendang gendut tali kecapi. kenyang perut suka hati.
bila membicarakan tentang kenyang. pasti pelbagai mkanan yang tergambar dalam kepala hotak anda kan?

makanan sampingan yang aku suka makan...hmm aku sbnarnye tak minat mknan2 yang mahal2 (kdg2 boleh la nak masuk) aku suka mkan kuih. kuih ape? aku paling suke karipap sardin. ntah la. kalau ade makcik naik moto lalu. "pit,pit...pit...pit...pit....." aku mesti bekejar tahan makcik tu atau pon adik aku yang jadi mangsa menahan makcik tu. sekali bei mesti 2 3 henget untuk aku sorang je..muahahahaa..( melantak ke?) tak kot.. aku suka makan tu.. lepas tu aku suka makan pulut pangang.. paling best pulut panggang mersing kat tanjung, ( org mersing post ke jengke boleh?) hihihih...aku suke sangat. n ade sejarah dan kenangan yg tersndri. ha mmg kuih ni yg sllu aku cari.. first choice la kiranya...






pelik an??aku mmg llki mlyu terakhir, mngekalkn tradisi lma..hihihih

pernah datang muo??(muar) mesti tau pasal mee bandung an? thts my fevret la we. kalau balik an msti aku belasah satu. tapi satu je,,, aku tak boleh dgn seafood ni. tapi mee bandung ni aku bantai je..dah sedap an. tapi aku mmg suke sangat. pernah sekali sidia masakkan untuk aku mee bandung ...terimas3,,,sedap2.. hmm..bila diingat mase skrag nie aku nak balik johor je makan. sbb aku dah tak bape nak percaya nak makan kat luar dari johor. aku pernah mintak kat terganu aritu.. kene gelak ngn mak aku. sbb aku rase pon mee bandung tu manis..(apakah?) haiya, menyesal aku mintak. lepas3 tu aku dah tak mintak lagi mee bandung kat luar dari johor.

sedap nye..terliur aku...

tadi aku ade meeting, tapi panas je dengan somone nie..haish..sabar je la...

::wassalam::

Monday, February 07, 2011

keperluan atau kehendak??



assalamualaikum..
korang mesti pernah diberikan peluang untuk memilih kan?

antara kehendak dan keprluan, mana yang korang dahulukan?

kita sebagai manusia memrlukan kemudahan untuk hidup. jadi dalam dunia ni macam2 benda ade. macam2 teknologi, iPad, ferrari, rumah banglo, jet pejuang. mcm2 kan? kalau boleh macam2 kita nak. dan bila dah dapat ade je yang merasakan bende tu tak berharga, itu yang taknak, memiliki kerana kehendak nafsu, bila dah membazir jadi la sahabat syaitan. (itu yang taknak tu)

materialistic ke? kalau kita nak pilih barang yang mahal2, barang2 yang kadang2 bende tu takde pon takpe.. hmm ape pendapat korang? tapi bagi aku kita beli barang semua tu kenelah utamakan keperluan, kalau rasa2 mampu memenuhi kehendak, tak salah untuk kita memilikinya, asalkan kita jaga dan tidak membazir dengan apa yang ada tu.

kalau korang diberikan pilihan nak beli kereta...hehehhe.. ni best nie.




satria neo. dan





fairlady


rasa2 korang nak pilih mana? kalau aku lah, aku pilih fairlady nie. hehehe. sape taknak kan pilih yang terbaik. tapi kalau dah tak mampu satria neo tu pon jadi. itu namanye mengutamakan keperluan dari kehendak. tak salah kalau kita nak beli yang mahal terus tapi berkira2 lah kalau mampu, amik la, kalau tak, jangan. payah korang nanti.

kalau tak ape guna orang buat kereta mahal2 kalau takde orang beli kan? janji ingatlah!!! sekaya mana kita, sebanyak mana barang mewah yang kita ada. setinggi mana pangkat. yang berkuasa hanyalah Allah. kita ni sangat kerdil jika dibandingkan. jadi jangan lah bongkak janganlah lupa diamana tempat kita dulu, dari mana kita keluar. apa yang kita kejar didunia ni barang2 yang korang nak sangat tu. hanyalah satu nikmat yang Allah utuskan ke dunia. ape yang ade didunia ni hanya "satu" nikmat. kalau kat syurga lagi banyak.taknak ke? so sama2 kita kejar.

keperluan atau kehendak? fikirlah dahulu sebelum membuat keputusan. bukan pada barangan sahaja, tapi untuk kehidupan kita, istgharah, mengharapkan keredhaan dan petunjuk hidayah Allah. insyaAllah kita tidak akan menyesal untuk membuat pilihan.

tadi aku baru je dilantik sebagai ketua exco multimedia.(takde exco lain ke yang aku boleh pgg?) inilah kepercayaan orang kepada kita( bukan nak mnunjuk) hehhee..nak bg tau je.. Alhamdulillah tugas ni akan ku pikul dengan amanah, insyaAllah.doakan aku.



gambar: pakcik google

::wassalam::

Sunday, February 06, 2011

Selamat Sampai


Assalamualaikum

Hari ni aku balik semula ke rumah ke2 aku di jengka pahang. aku bangun pagi lepas tu terus je kemas2 nak balik. tiket aku jam 11.30. aku naik bas nie...
.
.
.
.


aku naik lambat sebab ramai sangat orang, duduk belakang, sampai je kat petronas ayer hitam, aku kene naik bas lain " kenapa tiba2 naik bas lain" panas je an kene tunggu lama nak tunggu bas lain. "rupe-rupanya bas yang aku naik tu takde permit" agak la aku risau kalau jadi ape2 je an?. tapi tu la, nasib baik dia tuka. okeh. lepas tu aku naik bas yang dah ganti, aku baru perasan junior skolah aku ade. so aku dduk belakang sekali jugak, berbual la dengan kawan aku tu. sampai je area nak masuk " sempadan melaka" tiba2 ade kereta sondol belakang bas.( agak terkejut aku betul2 dia hentam belakang tempat aku duduk) sempat gak aku jengah belakang rupenye 3 kreta, citra, viva, persona.agak teruk kerete deorang.(kalau naik bas yang takde permit tadi?) aku pon tak tau la. lama gak kat situ dalam 15 minit bas pon gerak sbb ade orang lain nak uruskan(kalau tak aku nak sampai pkul brapa?)

lepas dah masuk negeri 9 je dah mula jam. sabar je la sampai ke KL kot jam nye. agak laju bas tu gerak. lepas tol je laju dah bas tu gerak. sampai nak masuk bukit jalil pon jam lagi. sabar je.. ramai orang kat bukit jalil, tak pernah aku nampak orang ramai macam tu sekali( jakun an?)ahahha. lepas tu aku ke LRT (ramai org gak) sampai nak masuk LRT aku tak smpat nak melangkah,org tolak..bediri la aku sampai kat BTS.

sampai je kat pekeliling aku turun tangga.(pelik) mana bas smua? aku ingtkan tutup. tapi ramai je orang. (buat tak tau je) aku solat dulu. lepas tu jumpe kawan aku. dia kata."bas yang jam 5.30 pon tak sampai lagi" walla aku tiket kol 6.30 gerak pkul berapa?. rupanya bas banyak sangkut kat KARAK highway. lepas 1 jam lebih, baru aku naik bas. lalu kat karak highway, rupa2nya jam dari plaza tol karak. ramai yang tersadai keretanya kat tepi jalan. sampai jalan nak ke pahang dah jadi 1. sbb nak lagi satu dibuka kearah KL. first time aku tengok jam seteruk ini. takut gak aku. tapi pakcik yg bawak metrobus ni releks je.
.



macam2 dugaan aku arini. ape2 pon Alhamdulillah aku dah pon sampai jengka sekarang. nak mula kelas esok pagi. kerje dah settle. Alhamdulillah.

penat aku hari ni.

::wassalam::

Jalan Sakan

Assalamualaikum.

jom jalan2..hehehhe..
tajuk arini tak bermakna aku jalan kat sakan..hehhe.(tak lawak).

aku bangun awal pagi nie. aku smpat tido stgh jam je lepas subuh. lpas tu digegarkan oleh adik aku yang kecik skli(yg besar tu).. mak suruh pegi pasar tani. baru aku nak lelap balik(nak tambah 2 3 minit) bunyik mesej pulak. rupe2nye dari sidia..hehhehe..aku balas lpas tu bangun. dengan tak mandi, aku terus sarung bju sejuk dengan slua 3 quarter aku tu. pegi la aku dengan keadaan ke'blur'an+ngntuk. sampai aku pon tak tau nak beli ape mase tu.. adik aku je yang beli.cume yang aku ingat nak beli mknn kucing..lpas tu aku balik.

dalam pkul 11 aku dan ditemani kawan aku, munir. pegi terjah bandar kluang dengan niat nak cari mask la tapi. memandangkan bandar kluang tu mejoritinya yang berkulit putih yang berniaga. maka banyak lagi kedai yang tutup. adoi..kat mane aku nak cari. tapi takpe la bnyak lg tempat aku boleh cari.(niat nak cari mask terbatal). lepas tu aku jalan2 la tengok ape yang ade kat kluang tu.lepas tu aku jumpe kawan2 sekolah t6 aku. yang sedang bekerja (smntra tggu dapat result stpm ngn spm) aku sempat jumpe huda,halimaton, azeha, n ramai lagi.bgus2 kerja rajin2 ya korang. lpas zohor aku balik.

dah sampai kat rumah aku pon siap2 solat. aku pon terjah rumah mak andak aku. baru dapat sepupu baru..(ye ye yeye) aku pon pegi beli donat ngn roti sardin. sampai je rumah tu aku pon masuk n letak kuih tu kat situ. dengan sepantas kilat nye spupu aku menyambar dan bawak kedapur kuih tu. sambil tu aku tengok la baby baru tu..

ni dia baby tu...
.
.
.
.
.
.


eah silap......sory2
ni abg dia nama dia syauqi. misai dia nak perli aku agaknye..

ok bawah lagi.
.
.
.

ha ni dia comel ke idok puteri makdak aku? macam aku mse kecik(teringat mase zaman muda2) tiba2
nama dia blom di ketahui. maka aku pon suggest nor aqlina( dia kata pelik) or nor aqlini(sedap siket) ntah la..ape3 pon cepat2 la bg name ye..ehhehe..

dah balik rumah aku pon tunggu asar. lpas tu aku grak terjah felda ulu belitong. kali ni aku drive, dengan ditemani munir dan intan. gerak la aku kesana. dah sampai kat belitong ni aku bg tau la kat 2 sahabat aku ni. mana skolah aku dlu, mana tmpat aku main gelonsor mase skolah rendah.mana tempat aku jatuh kolam basah kuyup.(sempat lagi)..
yang sebenonye aku datang belitong ni pon nak tengok baby gak. baby sape? ha..itu yang kita nak tau nie.. okeh.. aku sampai dalam pkul 5 lbih slow je aku bawak. sampai2 je aku jumpe la...
.
.
.


ni cikgu aku mase skolah menengah dlu. hehhee..anak dia la yang aku nak tengok.cikgu ni dah pindah pasir gudang, sbb ikut suami dia.. tapi kampung dia kat belitong..
.
.
.
.

ha ni anak dia. nama dia adriana qaisara (betul tak eja nye cikgu?) dilahirkan pada 28.12.2010. nyenyak dia tido.hehhehe. Alhamdulillah 2 insan dilahirkan di dunia ini dgn selamat.

lepas tu aku berbual ngn cikgu, lama dah tak jumpe an. abis smua nama clasmate aku dia tanye kat mana sekarang. Alhamdulillah semua ok2. lpas cerita punye cerita jam pon dah 6 libeh. aku pon balik. semoga cikgu cepat sihat ye.

lepas aku tengok 2 baby arini, tak sabo2 nak ade baby sendri (gatal) hahaha.. tapi belajar bg habis dlu. simpan duit bagi banyak. baru boleh..

dah sampai rumah je aku baru teringat, "aku dah kene balik" aiseh. lpas maghrib je aku kemas2 la barang aku. macam biasa dengan kawan baik aku yang memuatkan barang2 nak balik..
.
.

bag ni la yg aku angkat. tu yang tough badan aku(cewah).
dan lepas kemas ni baru la aku on9. aku balik ni la aku rasa aku ni rajin nak buat keje.
smua aku sentuh kecuali calculus. takde mood nak study. so naik ni aku cuma sibuk dengan report. 8 report aku nak kne hantar. best an? aku berbangga menjadi student kejuruteraan awam. semoga aku makin rajin lpas nie.

hm aku rasa cuti ni sekejap je abis. rasa mcm baru semalam aku balik. cuti ni pon aku tak sempat nak jumpe sidia.aku pon tak rase dia nak jumpe aku mase nie. sbb bz kot. takpela lain kali ye.

esok aku balik sorang lagi sbb kawan aku tak jadi naik bas. so sblah aku kosong. esok aku akan berlepas pada jam 11.30 pg.

tadi aku dapat tau adik kawan aku xcident. tangan & kaki kiri kanan patah. leher retak, pendaarahan dalam otak. sekarang di hospital sultanah aminah JB. tak sedarkan diri. semoga semuanya ok..i hope so.

baru ni aku dapat call dari UiTM katenye pengarah nak jumpe selasa nie..=)

oke aku tinggalkan korang dengan video nie..

best dia nie. tengok la.. jemput3.aku jumpe mase terjah blog member aku.



::wassalam::



Friday, February 04, 2011

KUCING

Assalamualaikum

minat kucing?




ha ni nak habaq mai kat hampa semua.(koya kedah pulak aku)
dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesisFelis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, lepas tu mungkin dijinakkan. kucing nie dia bela untuk jaga simpanan bijirin dari tikus makan. hm lama betul kucing nie dah bermusuh dengan tikus.hehhe. dan sekarang kucing merupakan haiwan belaan yang paling terkenal sekali..
mejoriti ade kucing.kan2?

::Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

"Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),"

[Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].


::Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.

Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

::Diriwayatkan dari Dawud bin

Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing,

[Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

bestkan ade kucing. aku mmg suke kat kucing dan dah banyak kucing yang aku bela.setiap kali aku gementar ke hape ke aku tengok kucing nnt datang releks.

sekarang ni pon aku ade kucing putih. mata dia sebelah biru sebelah coklat. pelik aku. n semalam aku baru perasan kucing aku nie tak makan ayam.haiya. tapi kacang kuda dia makan.aku ingat nak masukkan gambar kucing aku tu..tapi dia tido la pulak..lain kali la ye..hihih







::wassalam::






Happy Birthday!!!!




Assalamualaikum

ape kabar semua?

semalam birthday adik aku yg comel.. yang ke 11. senang nak ingat umur dia sebab sama dengan tahun..pagi2 lagi abah aku dah tanya nak celebrate kat mana. adik aku tu mintak pizza. hm tak penah orang celebrate dengan roti canai ke nasi lemak ke. eak? ape2 pon lepas pegi jemputan, aku pon pegi pizza hut. lepas dah duduk tu, mcm biase ar amik oder. dekat meja sebelah ade pulak 3 orang tamil yang sedang berbicara. punye la kuat(pening kepala aku) lepas tu adik aku dengan slumber badaknye boleh sound dia sruh senyap. berani gile. lepas tu 3 budak hitam tu pon senyap. tergelak aku masa tu(dalam hati je). lepas tu baru la aman dunia.

kepada birthday boy. selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa diberkati insyaAllah. semoga cepat besar. dan berjaya dalam pelajaran. amin.


selamat hari lahir adikku...love U..=)


tadi baru je aku lekat kan sticker kat motor..dan tanggalkan sticker P..


selamat tinggal P..kepada yang tak dapat P dan yang masih P..bersabar la ye masa anda akan tiba nnt...hihihih..memandulah dengan berhati2 dan jadi lah pemandu yang bijak..=)


ha... nie dia sentuhan pakar (cewah), aku berpuas hati dengan hasil kerja aku nie walaupon ade yang tak lawa siket.(tapi ok la dari takde) =P. pkul 11 tadi aku start tampal. lepas ni dia dah tak dduk T6 dah..sedih nye aku. jumpe lagi my love...

P/s. yang sayang tak semestinya dimiliki kan? kdg2 kita kene lepaskan apa yang kita sayang. dan aku terima kalau yang kita sayang tu takde lagi dengan kita. YaAllah kuatkan hambamu. =)..


::wassalam::

Tuesday, February 01, 2011

ni la dia

assalamualaikum

ni hasil kerja yang tak seberapa. aku takde idea nak buat lagi elok...hmm..






sebelum ni ejaan salah..hihihi..takde yg nak betulkan...

::wassalam::




BERJAGA DAN BERJALAN




Assalamualaikum.

penah tengok banjir? ade yang pernah ade yang tak. aku pulak tak penah tengok live. hihihi kesian sungguh..takpe...ade yang best pulak dengan banjir. mby sbb deorang tak rasa mcm mana penatnye menjadi mangsa bnajir, nak kemas nak pindah nak ape lagi...?? mcm2 la..arini aku tengok berita kebnyakkan tempat yg banjir tu ade kawan aku..hmm harap2 mereka tak terlibat. Semoga dikuatkan bagi menghadapi dugaan. bila dah banjir ni macam2lah dugaan nye. macm2 ragamnye. dan ramai la pulak yang mengerakkan jenteranya bagi membantu orang dalam kesusahan.

aku pulak, lepas abah aku balik dari Yassinan kat rumah arwah, dia nak pegi tenang amik kereta. aku pon sepantas kilat mengajukan pertanyaan simple pimple.hihih.."nak ikut boleh?"..abah aku pulak bg green light aku pon tuka seluar sarung sweater than capai topi. bergerak la kami ke tenang dengan tenang. ade tow truck ikut skli nak amik kereta. actually kereta takleh gerak sbb minyak tak naik. so pkul 11malam tadi kami gerak ke Labis. n sampai rumah balik dalam pkul 4pagi. Alhamdulillah semuanya selamat. pengalaman baru aku arini. hihih.. sepanjang perjalanan kereta berderet ade yang mmg diletakkan ditempat yg lebih tggi dan ade yang tersadai kat tepi jalan tak kurang pulak yang terbabas. tu la namanye dugaan an? kat mana2 pon boleh jadi.

lepas dah sampai kat sini abah pulak dapat mesej dari pejabat umno dilantik serta merta sebagai pengerusi bilik gerakkan banjir. hmm kesian abah aku penat tapi ape nak buat tanggung jawab. mujur abah aku balik. abg2 yg kat pejabat tu tak balik we. standby oncall je nak anta bantuan kepada semua saluran. total bg daerah kluang saje dah 10 ribu lebih dan jalan ke kahang dah terputus dan bilik gerakkan dah pon di buka 24 jam itu yang abah bg tau tadi.kesian kan deorang?. tapi ape2 pon semoga mangsa2 banjir di kluang dikuatkan semangat untuk menghadapi tarbiah dari Allah nie. jambatan gantung kat kluang pon dah dihanyutkan lagi.. bape kali tuka tu..


ni bukan sungai tapi jalan yang dinaiki air


ni pulak jambatan yang dihanyutkan tu...hmmm


mangsa banjir yang suka main air..hihihih
nak tengok lagi banyak? klik disini sumber: sirloinskipper
::wassalam::

wassalam.


anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa