Tuesday, May 25, 2010

Perjalanan . , .


"Solleh ko tolong pegangkan tiket ni, tangan ku dah penuh dah nie,hehehe" Rahman memberikan tiket bas kepada Solleh, sambil dia sedang mengemaskan bag yang akan dibawanya ke Kuala Lumpur.

“Man aku nie baru pertama kali datang KL sorang nie ko tolong aku eah”

“insyaAllah aku boleh tolong, takpe ade petunjuk arah lagi sorang kat KL tu tengah tunggu aku”

Perjalanan selama 3 jam dilalui tampa sebarang aktiviti pon. Mereka sampai pada jam 12.30 di Bukit Jalil.

“Man aku nak cari tandas ni” “kau ingat, kau sorang je? Aku pon same nie, sejuk tau”

“ Man, lepas nie kita nak naik ape? Nak pergi rumah makcik kau macam mane? Kau nak pergi mana ni?” soalan yg bertubi-tubi ditanyakan kepada Rahman yang seakan-akan sedang mencari sesuatu. Solleh tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan perjalanan.

“sabarlah solleh aku tak boleh pikir selagi perut aku ni tak tenang, kita cari tandas dulu” Solleh menganguk tanda setuju. Selepas selesai sahaja membuangkan segala-galanya mereka mengambil LRT dari bukit Jalil untuk ke Stesen Bandaraya. Seterusnya menunggu makcik Rahman untuk bermalam di rumahnya.

Setelah selesai solat isyak di rumah, mereka merancang perjalanan untuk keesokan harinya. Jam menunjukan 12 tengah malam.mereka tidur tak sedarkan diri.

“Man..Man… bangun….solat subuh, lpas tu kita terus gerak ke KTM UKM.” Bingkas Rahman bangun dan mencapai tuala untuk mandi.

Seterusnya meraka menunggu bas dihadapan ILPKN. Kelihatan Bas mini biru kuning menghampiri mereka.

“Solleh ko tanye la bas ni nak pergi mane ye. Lepas tu kau bayarkan sekali”

“ala kau ni bab tanye-tanye ni semua suruh aku”.

“we aku segan la dengan pakcik bas tu”

“ ok lah”. Pada pagi itu mereka meneruskan perjalanan untuk ke Kolej Universiti islam antarabangsa Selangor(KUIS). setibanya di KTM banggi.

“ adik nak pergi mana dik?” kedengaran suara seorang pemuda bertanyakan soalan kepada Rahman.

“ kami nak pergi ke KUIS, boleh?” lantas enjin kereta dihidupkan, Rahman dan Solleh terus menaiki kereta iswara berwarna hitam. Kelihatan seorang penumpang berkulit hitam yang ingin ketempat yang sama.

15 minit kemudian….

“berapa ringgit bang?” “3 ringgit dik”. tiga keping duit yang berwarna biru dikeluarkan daripada dompet yang berwarna putih. Mereka sudah pon sampai di KUIS.

“Solleh kau masuk dulu lah, aku tengok muka pakcik tu nak ketat je”. Solleh pon memulakan langkah menuju pintu pagar. Perasaanya bercamur baur, maklumlah tidak sabar untuk berjumpa buah hatinya yang sekian lama terpisah dik jarak yang jauh.

“we kat sini tak bolleh pakai topi ke?, takde yang pakai topi pon”. Rahman seperti tidak senang sambil dia membuka topi dan menyimpannye didalam bag berwana hitam merah.

“ Solleh, mane buah hati kau nie? Berjanggut aku tunggu kat sini, dah la macam artis, semua nak tengok kita”.

“tak tahu lah”. Jawab Solleh ringkas.

“we aku balik dulu la ye. Nanti aku datang balik”. Sempat lagi Rahman bergurau tatkala mata pelajar disitu tidak putus memandang mereka berdua, bagaikan ada sesuatu yang pelik. Solleh hanya bertenang duduk di meja makan sambil menantikan Zati yang masih tidak muncul.

“we, tak lawak”. Tiba-tiba satu suara memecahkan kesunyian, Solleh terlihat gadis berpakaian merah jambu menegur kawanya.

“ Rahman..Rahman.. tu Zati, lawa la dia arini”. Solleh terkejut melihat kekasihnya. Maklumla pertama kali bertemu.

“yela kau, macam la selalu jumpa, kalau lawa pon buah hati kau, bukan buah hati aku”.

“Assalamualaikum”. “ Waalaikumsalam”.

“Lama ke tunggu kat sini?. Kita makan dulu jom, sementara nak menunggu 2 orang lagi rakan saya”

“Ha elok la tu, den ni pantang donga orang kato nak makan, jom”. tanpa segan silu rahman bangun dan menuju salah satu kedai makan berdekatan.

“ Ha, Rahman dah pergi tu, awak nak makan ape pulak Solleh?”

“ape-ape aje” jawab Solleh ringkas.

Kelihatan dua orang rakan zati datang membawa pingan menuju tempat mereka. Hana dan Mira, mereka hanya tersenyum memandang Solleh dan Rahman. Si Rahman tidak memandang apa-apa melainkan hanya makanannya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku disitu. Selepas selesai makan, mereka berlima hanya menghabiskan masa untuk berbual di salah satu kedai makan.

“ Rahman. Nanti awak nak sembahyang jumaat kat mana?”

“hm.. Kat mana lagi masjid yang ada selain KUIS?”

“hihihi..kat KUIS je la yang ada, kat mane lagi.”

“usah ditanya kalau begitu” Rahman dan Solleh memberikan bag mereka kepada zati untuk di jaga, sementara mereka solat jumaat.

setelah selesai solat Jumaat. Rahman dan Solleh keluar dan mendapati Zati dan Yana sedang menunggu di belakang masjid.

"zati.. ambil la bag ni. cuak aku tengok dia pandang aku lain macam je. mungkin dia marah" yana menghulurkan bag Rahman kepada zati.

" dia tak kesah kot".

Selepas berjumpa dengan beberapa lagi sahabat zati. Rahman dan Solleh keluar untuk kembali kerumah.

“Man..lepas aku jumpa dia, aku rase tenang je, macam masalah kitorg dah hilang, sejuk je hati aku sekarang”

“ha bagusla tu, lepas ni tak payah aku sebok-sebok nak dengar kau gaduh-gaduh”. “ ha tu train dah sampai. Jom”.

1 comment:

nurulizzati said...

dekat setahun dh post ni .. hee .. dlu xreti nak komen .. skng dh reti nk komen lah kn.. thanx la ats sush payah kalian dtg ke sini .. thanx jugak kt awak rahman coz boleh minggle ngn kwn2 sye .. =) sory la .. pak guard kuis mang poyo .. suume orng dy nak pndng .. hee tp ape yg xleh saye lupe asal lalu kt msjud msti teringt dialog awka ngn solleh kate "eh dak kuis g solat jumaat lmbt ke?dak uitm kol 12 lbeh dah pnuh msjid" adoii malu giler mase tuh .. haha nway thanx yaa =)

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa