Thursday, May 27, 2010

perjalanan . , . 2 . , .

"solleh...solleh...bangun..bangun....hesh tido tak ingat dunia... ko mimpi ape malam tadi?. abis laptop aku ko tekan eah..dah bangu solat subuh sana". solleh dengan lemah longlai menuju ke bilik air yang berdekatan.

selepas selesai solat subuh rahman dan solleh bersiap-siap untuk meneruskan perjalananya ke Kuala Lumpur.
"Man. kita nak g mane dulu ni?"
"hm.. macam ni solleh.tadi aku tanya nana. de kate nanti dari UKM kta berhenti bandar tasik selatan, and than kita naik LrT sampai hang tuah."
"owh.nanti aku bg tau zati. kita g sarapan dulu lah man".
"okeh aku nak g kat restoran murtabak singapura la we, aku nak test".Rahman memberikan cadangan sambil memakai kasut. Solleh hanya menunggu di pintu pagar, tidak sabar ingin bertemu buat kali ke 2.

selepas selesai sarapan pagi, mereka pergi terminal yang sama.kali ini mereka menuju ke KL.
selepas hampir 15 minit perjalanan, mereka tiba di stesen bandar tasik selatan.
"solleh ko bg tau makwe ko, kita dah sampai dah kat sini".
"aku dah mesj dia man, dia dalam perjalanan, nanti dah sampai sini dia tuka baju dulu, maklumlah budak KUIS". mereka tergelak sambil memasukkan kad ke dalam mesin.
hujan turun dengan lebatnya. tiba-tiba rahman mendapat pangilan.

"assalamualaikum"
"waalaikumsalam"
"aman, orang tak dapat klua lagi la kat sini hujan lebat"
"ok takpe-takpe slow-slow ye, ketorg tunggu kat stesen hang tuah nanti"
"ok". Rahman mematikan telifonya dan duduk disebelah solleh yang tak habis-habis mengadap telifon bimbitnya.
"Man, deorang dah sampai dah, dia tngh beli tiket"
"okeh solleh, kita tnggu kat sini je la, kalau de turun sebelah sane kita pegi sane"
"man, tu dia, dia pegi sebelah sane"
"ok jom".
setelah sampai di stesen hang tuah. Rahman, solleh, zati, ikin, tirah dan yana melangkah keluar dari LRT.

"we, tunggu kat sini jap, kita tunggu ana". Rahman mendail no yang tertera di telifonya.
"hello, assalamualaikum"
"waalaikumslam"
"aman dah sampai dah nie, awak kat mane?"
"hehehehe ana kat maktab lagi, baru nak kelua"
"heehh suka an, hm takpe2. cepat siket kitorang tggu ni".

sambil menunggu mereka menunggu dengan macam-macam cara. ade yang menari, poco-poco la, senam la, hah tu la yana.
"we yana, ko dah kenape?. nak poco2 lak kat sini". rahman menegur.
"boring tau tak, takde aktiviti, tggu ana ko lama sangat"
"sabar2 ya, nak aktiviti eah? jom buat xplorece." rahman memberikan pendapat agar mase untuk menunggu dapat diisi dengan perkara yang bermanfaat.
"we kalau aku gerak ts tadi dah macam-macam aku beli tau tak" sampuk tirah.manakala ikin hanya mampu terenyum sahaja. solleh dan zati tak tau kemana ia menghilang.

hujan renyai turun membasahkan jalan2 dikota raya.
jam menunjukan pkul 11.30 pg, akhinya kelibat Farhana telah ditemui.
"ha pegi sane dlu, jumpa tu kawan lame awak, jejak kasih eah..hahhaha". Rahman memberi peluang 2 sahabat yang dah lame tak bertemu untuk melepaskan rindu dulu.

"lamanya tak jumpa kau zati. makin tembam"
"alah kau pon same nana, naik pipi tu, ha yang ni member aku, tirah, yana, ikin....korang yang ni pulak nana."

"dah,dah,dah jom gerak dulu nanti ujan makin lebat pulak" sampuk Rahman. seterusnya mereka melangkahkan kaki ke Time square (TS).Solleh hanya berkepit dengan si zati.yana,tirah dan ikin hanya bertiga. dan rahman dan fahana berjalan dibawah payung berwarna biru.

tempat pertama mereka tuju adalah bowling centre. 15 minit awal farhana dan rahman hanya menunggu rakan mereka yang lain kerana gerak terlalu pantas. macam-macam yang dibualnya.
mana kala solleh dan zati pergi membeli sedikit barang. dan yang lain hanya meninjau2 sekitar TS.

"Hello solleh,ko kat mane? ko nak main bowling ke taknak?"
"jap man aku dah nak naik dah nie"
"ok cepat siket"

tak lama kemudian mereka berjumpa dan bermulalah perlawanan persahabatan. cewah.
Selepas tamat game deorang, masing2 kelaparan, mula-mula nak cari KFC, skali penuh sudah. jadi mereka makan di tingkat atas. Rahman dan Farhana ditingalkan sendrian. manakala yang lain makan bersama. Solleh diapit 4 orang gadis kuis. Alhamdulillah.
selesai makan mereka pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor.

"Man lpas ni aku nak pergi lowyat la, nanti ko tunjukkan eah jalanye"
"Okeh"
selepas sampai di sana, seperti biasa farhana dan rahman hanya membiarkan mereka, lalu turun ke tingkat bawah skali dan duduk dimeja untuk meneruskan perbualan.

selepas tak begitu lama perbualan yang tak beapa nak romentik mereka diganggu dengan deringan ditelifon rahman.
"Hello man, ko kat mane?"
"hello ha, aku kat tingkat bawah skali. ko nampak tak atm maybank?"
"nampak..nampak"
"ha kau terus pastu pandang kanan nanti trus ko nampak aku"
"ok man"

air di meja sudah pon habis yang lagi 3 orang tu tak muncul2. diorang beli laptop agaknye.
beberapa minit kemudian baru lah nampak 3 batang hidung tu....macam2 bentuk ade.

"zati kat sini kat mane boleh solat?" tanya yana gelisah.
"ntah la aku pon tak tau, kat mane boleh nana?"
"aku tak pnah solat kat sini, kita pergi masjid la, dekat je kat sini, rahman dah penah pergi kat situ"
"okeh aku ikut je, ko tirah? ikin?"
"ok" yana menganguk tanda setuju.

dalam perjalanan menuju ke masijd berdekatan stesen hang tuah.

"perh, ramainye orang beratur"rahman tekejut melihat barisan yang panjang daripada kaunter tiket LRT.
" tak tau lah aman, maybe nak pergi dataran merdeka kot"

"weh korang tu masjidnya, pegi la..."
"okeh"

"aman sambil tunggu deorang baik kita beratur dulu nnt bila pulak dapat balik ni karang, nanti ana balik dulu tau, sebab ana ade meting ngn lecturr malam nie"
"hm...ok la kalau gitu nanti kita jumpa kat T6 je la ye"

jam menunjukan tepat 7.40 malam. farhana sudah pon pulang ke maktab.
"we perut aku dah lapar nie, nak makan kat mana a??" tirah tba-tiba bebunyi.
"nanti la kat bandar tasik selatan"
"okeh2". setibanya di stesen bandar tasik selatan.
"pakcik kat erea2 sini mane boleh makan?" yana, ikin dan tira, serentak bertanyakan soalan kepada polis yang bertugas di kaunter tiket lrt.
"kat sungai besi boleh dik, kat situ bnyak kdai makan, tiket lrt ni boleh sampai sane, 1.70 kan??"
"haah, ok terima kasih pakcik" mereka hanya menganguk kerana paham dengan arahan itu. selepas itu mereka pergi ke sungai besi untuk menjamu selera, selepas banyak cerita dan lawak bangang yg dikeluarkan, mereka kembali semula di bandar tasik selatan.

selepas budak2 kuis menukarkan pakaiannya, mereka membeli tiket ktm menuju arah masing2.
inilah saat terakhir untuk mereka bertemu. bnyak sekali ilmu yg mereka dapat. macam2 lah.

perpisahan antara 2 kasih berhenti di ktm...

"ok la ni last day kita jumpa. harap2 kita jumpa lain kali, assalamualaikum"
rahman dengan muka slumbernye bla begitu saja. sambil zati dan solleh berumah mukanya. meleleh airmata zati, berat rasanya untuk mningalkan solleh.

"dah la solleh lain kali kita jumpa lagi we, dah jangan sedih2. ni kita jalan pulak dari sini sampai rumah makcik aku"

"ok man"




1 comment:

nurulizzati said...

hurmm bace balik post ni mlm2 ni wt ati sayu lak .. hahaha nway thnx again .. jd rindu lak kat yana ekin trah .. pasni xpt jmpe g dh dyorng .. solleh ! xmo nakal2 (solleh bce ke) hahaha hanx again rahman =)

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa