Thursday, November 03, 2011

Senang je nak kenal orang johor atau bukan..

assalamualaikum...jumpe lagi arini...korang tau tak orang johor pon ade treade mark yg tersendiri?dan ada cara untuk mengenali anak jati johor tanpa bertanyakan asal mereka....hah..cuba korang baca aritkle yg dah aku copy dari blog senior aku...ahaks...jom belajar...


1) Manusia Johor kebanyakkan ayat mereka akan diakhiri dengan 'ekk'. Contoh, "ini kau punye ekk?", "macam mana nak buat ni ekk?", "uit, nama kau sape ek?" dan etc.


2) Manusia Johor merujuk kepada Johor Bahru sebagai Johor dan tidak JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, ia bermaksud Johor Bahru (JB), bandar dan bukan Johor, negeri ini. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh: beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? Jadi, jika dia sudah berada di Johor, tak kira di daerah mana - jika penduduk tempatan kata nak pergi Johor, ia bermakna nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, "Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Atau lebih teruk lagi, jangan memandai nak tambah 'ekk' dengan soalan itu.


3) Manusia Johor menyebut Muar sebagai MUOR. (Kena juih bibir sikit) Malah korang melafazkan semua yang berakhir dengan "AR" sebagai "OR" Contoh: Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR? Slipper, SLIPPOR? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (Ular), pagor (Pagar) dan lain-lain.


4) Manusia Johor walau dia seorang yang pendiam pun, kalau sekali dia buat lawak, boleh gelak sampai guling-guling beb. Manusia Johor senang diajak berborak, bergurau sebab sikap humor yang ada dalam diri. Hampir semua manusia Johor pandai loyer buruk, tak kira la bandar atau luar bandar.


5) Manusia Johor ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, pasti pernah ada endut atau busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat: Haa ... kau dah ada endut yer? Kau pergi berendut kat mana? Orang berendut dia pun nak berendut. Endut ialah teman lelaki atau teman wanita. Berendut tu macam pergi dating la.. hah hah hah.


6) Kat Johor femes otak-otak, gula tarik, gula kandy, sagun. Tapi dah jarang dapat gula tarik. Best woo, boleh tarik panjang-panjang.


7) Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Rasanye Sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapura, Sebab itulah pengaruh barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. Jadi, tak heranlah kalau Kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash dan sebagainya. Boleh pakai ke teori ni?


8) Kenduri kawin ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan bahawa cita rasa istimewa.Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Kedua-dua kulit dan isi. Biasanya orang buat telur pindang ni untuk majlis khas, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, kita boleh tahu kelas sosial rumah tuan - biasanya orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni Sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam. Oleh itu menggunakan kos yang tinggi.


9) Manusia Johor baju simpan dalam GEROBOK. Tidur pakai GEBOR. Tidur atas LECA. Jotos bermaksud luku. Contoh, "aku jotos pale ko kang"


10) Manusia Johor boleh dapat siaran daripada Singapura. Aku pun suka layan tv singapore sebab dorg tayang movie best-best..hah hah hah. Kekadang manusia Johor dapat juga channel daari seberang, contoh RCTV, SCTV.


11) Manusia Johor semua cantik-cantik dan kacak-kacak..ok! ini aku tambah..tapi benar!..keh keh keh


p/s> orang Johor open minded, tak kesah la korang ni dari negeri mana, loghat korang pekat ke, kitaorang still akan get together dengan korang. dan Johor adalah kawasan yang selamat untuk dikunjungi.

13 comments:

Unknown said...

im johorean ;) suke bce nih

Unknown said...

hihihih....suke ye???

aman said...

proud to be JOHOREAN beb ! haha~

Anonymous said...

x masal ko tulis..T.T

Unknown said...

@aman ??? sape yg mnymr jadi aku tu?? hahaha..bngga2

Unknown said...

@ anonymous nape sedih??ni bukan aku yg tulis...aku pon tak tau sapa yg tulis..aku amik kat blog senior...hehehe..saja nak share

nas said...

like...

nas said...

like...

Anonymous said...

ada lagi la . orang johor suka cakap 'anu / ano'
contoh : pensel nak jatuh . nak mintak tolong betolkan kedudukan pensel tu 'weyh tolong ano kan pensel tu'

sonatasalju said...

ok not bad,,bg kat org negeri lain bace,,cnfirm pahtu kite sume market,,,tutama pmpuan,,,,saham naik cikit,,agagaaggaaaaaaaaa

mieza said...

i'm proud to be johorean..
hehe..

Anonymous said...

Aku suke yg no 4.. hehee.. mcm tahu2 je!.

Unknown said...

Tapi aku tak pernah la sebot perkataan bola tu kepada bolor. Sebab tak pernah dengor pun orang sebot bola tu bolor

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa