Assalamualaikum
anda semua sihat? dah tido? ( kalau tgh tido apekehe bace blog ni)
bangun pagi je macam biasa aku mandi lepas tu g kelas. laju tak laju jugak la aku bawak. cecah 110km/hr aku bawak pagi tadi. lepas masa balik tu aku sakit perut so aku pulas la banyak siket. so lebih kurang sama la yang mcam diatas tu. ade jugak yang ngekor aku dari belakang, masa aku dah lepas simpang, aku toleh belakang. sempat la jugak aku perasan 2 moto. 22 kawan aku. aku pon pulas lagi terus balik rumah. dah sampai rumah. setelah tercapai semua cita2 aku pon ngadap laptop. ade pulak call dari kawan aku. tengah berdekah2 gelak.
tiba2
" we...we ...we...we... man ko g beli la ayam" amin dalam keadaan kelam kabut.
" aku dah pilih dah ayam tadi, tiba2 je ain call" tambah amin
"kenapa ko nie?" aku pon tanye la
"syah xcident we"
"kat mana? ko bia betul? dia follow belakang aku je tadi molek je"
"kat simpang tiga nak masuk bandar jengka" jawab amin
aku pon masuk bilik. sarung seluar, sarung baju aku tu. capai kunci. kunci pintu pagar. aku pon pecut g balik tempat tadi. rupa2 nya tempat yang aku toleh kebalakang tadi.
see, dalam masa delay 3,5 saat tu macam2 boleh terjadi. kawan aku syah dalam longkang duduk nye, yang si erry terbang ke atas rumput. akibat hentakan kuat dengan tembok jalan kaki syah patah belah kiri. lepas tu aku pon bergegas ke hospital la. ape lagi. sampai kol 2 gak la kitorang tggu kat sana. penuh tempat kecemasan tu ngn geng2 aku je.hi hi hi. masa tu la aku baru tahu cerita sebenar.
rupa2nya dia geram asit dia je yang kene tinggal, dia nak jugak rasa duduk kat depan. tapi ternyata nasib dia hari ini kurang elok. maka Allah turunkan dugaan ni pada dia.
kau kuat syah sebab tu Allah uji kau mcam nie.=) sempat gak aku berseloroh dengan dia tadi masa kat hospital.
"tu la kau slow sangat ko amik corner". senyum je dia. hihihi paham la kot ape yang aku maksudkan.
kalau nak tau, dia baru bawak moto tu pergi UiTM. n hari pertama dia bawak moto dia tu jauh, n aku la orang yang tampal stiker uitm kat moto dia.
kini dia terpaksa dipindahkan ke hospital besar Temerloh.sekarang kaki dia hanya di sokong oleh pembalut besi, ramai sangat orang nak buat pembedahan. mungkin hari isnin ni baru dapat menjalankan pembedahan. patah dibawah lutut, dua tempat patahnya. tadi aku sempat melawat kat hospital tu nampak kaki dia besar dari biasa. tapi dia senyap je la. hanya ditemani oleh abang tercinta.=)
SEMOGA CEPAT SEMBUH SYAH, ANGAP INI SATU UJIAN DARI ALLAH. NAMPAK NYA KO LAGI KUAT DARI AKU. BERSABARLAH DALAM BERSABAR. n_n
aku nak amik iktibar dari kejadian tadi. aku pon slalu gak bawak laju. bukan ape. laju tu boleh, tapi biar lah bertempat . kan? so berhati2 dijalan raya.
sesungguhnya malang pastinya busuk, tetapi lagi malang sebab ianya tak pernah dapat dihidu.
.wassalam.
No comments:
Post a Comment