Saturday, July 30, 2011

peperiksaan




Assalamualaikum.

siapa tak tau dengan peperiksaan. semuanya pernah mengambil peperiksaan disekolah mahu pon ditempat kerja.

tapi didalam sudut benak fikiran ini pernah jugak mencetuskan prasangka. kadang2 peperiksaan ini tidak adil. kenapa ye?

pernah tak terfikir, masa exam macam2 boleh terjadi, paling senang, SAKIT

huh.. aku dah penah kena, dan baru kene. tengah test tadi, pening kepala yang amat sangat. dan tiba2 formula dalam kepala bercelaru tak ingat satu apa. lalu aku gunakan pepatah melayu " malu bertanya, sesat jalan" huh aku tnye orang belakang aku, rumus yg aku guna tu btul ke tak.. nsib bek satu je salah. sempat betul kan.

kan? ade gak kadang2 yang tak dapat nak amik peperiksaan langsung. contohnye mcam kawan aku sorang ni kemalangan. apa nasib dia? kita pon tak tau an? kesian beb. ini test, mungkin kita boleh ambil lain kali. tapi macam mana pulak peperiksaan yang besar? SPM,PMR,UPSR, Final exam untuk U? pasti ini menjejaskan pointer bukan? masalah2. walau sepandai mana pon anda, jika ini terjadi tika itu, maka tiada maknanya. adil ke mcam tu?

pada aku konsep peperiksaan di Malaysia ni nak tengok sama ada kita dapat uruskan masa atau tidak dengan kepantasan menyelesaikan masalah. pengurusan diri untuk persediaan menjawab soalan. mungkin kita tak sama cara seperti negara jepon yang tak mengunakan konsep peperiksaan. tapi kita mempunyai cara tersendiri.



tapi tak mustahil kadang2 ade yang pandai sekadar diatas kertas sahaja, bila suruh buat kerja, Hampeh, maka kualiti tak semestinya datang dari satu sumber.

ape3 pon undang2 atau sistem yang dibawa oleh manusia pasti ada baik buruknya, pada aku semua ketetapan tu sudah di susun oleh Allah untuk makhluknya, kalau sakit masa peperiksaan tu ada hikmahnya, kalau tak berjaya pasti ada sebabnya kalau tertido pon pasti ada maknanya. jadi jangan pernah kita bersikap negative pada takdir Allah yang telah mengaturkan perjalan untuk umatnya.=) bersangka baik dengan jalan Allah. maka tidak la kita mengeluh.=)

wassalam

Saturday, July 23, 2011

SELAMAT BERPUASA

Assalamualaikum
Alhamdulillah syaban bakal melabuhkan tirai, pintu Ramadhan akan dibuka selebarnya



semoga dibulan ramadhan ini, kita diberikan kekuatan dan kesegaran dan juga rasa nikmat untuk melakukan amal ibadah dengan lebih tawadu' dan istiqamah. jangan biarkan kehangatan ramadhan itu di awal puasa sahaja.. marilah kita menghidupkan ke semua hari ramadhan itu sehingga kita boleh meraikan kemenangan degan sebenar2nya.




esok aku pon nak balik.. tiket dah ade...bas je belom naik..=) okeh.. jumpa kawan2 kat Jengka.. Kluang..aku tinggalkan ko sekejap.=)

wassalam

Thursday, July 21, 2011

sehari Menunggu


Assalamualaikum.

okeh semalam aku g JB. buat apa? aku temankan abah aku medical checkup. okeh Alhamdulillah semuanya oke...keputusan semua baik.=)

HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHARU (HSA)

korang rasa2 aku buat ape? aku berada di HSA sepanjang 7jam dari 8pagi -2 petang. buat ape eak?

yeah betul... MENUNGGU aku terus2 menunggu kat situ. lama beb sampai berjangut aku kat situ.tapi takpe.

1. kaunter no giliran
sekejap je. amik no untuk pendaftaran.

2.kaunter pendaftaran
korang nak tau no giliran abah aku dapat? 1640 ni no nye.
pada kaunter tu no yang sedang tertera. 12oo lebih. bapa lama tunggu?? satu jam beb

3. bilik mengambil darah
sekejap jugak.

4. kauntak K (makmal)
kaunter ni untuk menggu result darah kita tadi. no yang dipegang 500..dan masa tu no 200 lebih..hhihihih...

5.bilik heamotologi
kat sini lagi lama. sampai aku sempat tngok drama lagi, dengan layan WANITA HARI INI. hahahhaha... tak memasal.

lama kan?

memang menunggu je aku hari tu..

ade 5 orang yg sempat menarik perhatian aku.

first ade sorang amoi ni dok membebel, muka toksah bg tau la, dah tak mcam orang dah aku tgok, muka masamnya kalah cuka, yang membuatkan aku tergelak ngn abah aku. dia tak reti nak duduk, sampai bukan no dia pon dia datang jugak, terjengah2 kaunter tu, naik rimas gak kadang2, nak je g "nasihat" hahahhaa..

second. abah aku tegur ade seorang gadis nie. sebaya agaknye ngn aku. bila dah tanya2 sat lagi tau la tempatnye, dan memiliki sebuah kedai tudung, huh. muda2 dah ade kedai sendiri. sempat gak tanye sakit ape dtg hospital nie? rupa2nya mak dia dulu ade ketumbuhan dalam kepala otak, sekarang dah 10 tahun...huh aku dgr, rase berderau je..mintak dijauhkan.

third. jumpe wanita india. masa tu dia merungut lambat3. aku pon bukan boleh dgar orang merungut mcm tu. muka masam membebel tak tentu pasal. aku gelak punya...hihihihih. lepas tu minaci tu bukak la cerita, dia datang dari kulai, (aku lagi jauh kluang). datang naik bas ( takleh kata ape sbb aku naik kereta) terus aku pasang telinga, bila tanya sakit ape. dia kata kandungan darah pekat. bahaya ke tak bahaya? huh gila ko. dia bg tau kalau darah pekat ni lagi senang salur darah nak tersumbat, dan dia pernah lumpuh 2 mnggu sebelah badan. meremang bulu roma. tapi aku tabik minaci nie. walaupon jauh naik bas lompat, datang dengan semangat, namun satu je dia kejar, DIA NAK SEMBUH, tiada erti kalah dalam hidup dia. macam2 dia lalui dah. dia biasa sampai hospital pkul 7. pkul brapa dari rumah? kol 6 atau 530 ade agaknye.. terbaik la. aku admire ngn semangat dia..=)

forth aku jumpe dengan pakcik ni masa aku tengok wanita hari ini, dia datang tegur aku nak ajak bebual caranya tapi tiba2 je.." dah nak puasa dah nie" tak bg salam takde intro takde ketuk pintu.. tup2 dah sampai dapur...takpe aku layankan aje. tapi malangnye aku tak dapat nak masuk dengan pakcik tu sebab orang jawa ckap biasa.. kok mana gue nak paham. walau pon gue ade la bau2 jowo.. omong nya sikit2 aja. so aku sedaya dan upaya memahamkan jugak.. haish pakcik2.. tp pakcik tu best. mcm2 keluar cerita.. walaupon cerita dia tak bersangkut paut antara satu cerita ngn cerita yg lain...=) terisi juga masa lapang aku.

fifth. aku tak sempat nak berbual. muka lagi mcm singa nak baham orang, takut aku,. mula2 dia tanye nurs, "bape lama lagi nak tunggu nie? " nurs tu jawab "nanti pakcik ye" lepas tu pakcik tu bla sambil membebel. ntah apa yang dibebelkan. sekali lagi aku pon tergelak...ahaks2.. tak lama lepas tu pakcik tu muncul, " huh lama la tunggu baik g makan dulu, kenyang dah perut" sambil dia sapu2 perutnye. hah.. tadi elok membebel, ilang untuk mencekik rupanya... pakcik2.. terhibur lagi aku..=)


7 jam memang nampak lama, tapi gelagat penghuni hospital tu sendiri membuatkan aku rasa sekejap je. best je aku rasa.. ade la aku dapat 2 3 ilmu dari orang2 kat situ.. jadi motivasi kepada aku..=)

huh.. bila sebut hospital kerajaan je. mesti "lambat". aku ade gak terbaca 10S kat hospital tu dan visi hospital. tapi masih bnyak lagi perlu diperbaiki bagi mencapai semua tu. tapi tak boleh nak salahkan hospital je. sebab dr ramai gak...pesakit pon ramai, takkan dr tu nak buat ala kadar je kan? sepatutnya kita sebagai pelanggan perlu faham dan bersabar. insyaAllah giliran kita pasti tiba.

tapi apa2 pon...mereka adalah satu terapi untuk diri aku.. semoga korang semua cepat sembuh...=)

wassalam

Wednesday, July 20, 2011

tutorial: macam mane nak buat Banner Blog.



Assalamualaikum

ape kabo? lama dah aku tak jengah blog ni kan?

okeh atas permintaan daripada kawan aku sorang ni, dia nak belajar macam mana buat banner blog, hah ini dia aku nak turunkan ilmu, tak perlu betapa di gunung.
simple mimple pimple
so

..selamat belajar..

mula2 bukak dulu adobe photoshop

seperti yang dibawah ni aku gunakan Adobe Photoshop CS4
tapi takpe, tak banyak beza pon dengan yang lain.=)



gambar 1. klik pada butang "File" lepas tu klik "new" akan keluar macam diatas ni.
aku suggestkan saiz
1. width :12.667 inches
2. height : 5
3. resolution: 300

dan pastikan Background contents : transparent

lepas tu tekan "OK"




lepas tu akan kelua macam diatas. nak masukkan tulisan tekan icon "T" di sebelah kiri skrin.

lepas tu akan keluar macam kat atas nie (abaikan tulisan kat situ) =)


klik pada petak tu dan taip lah sesuka hati anda.korang edit la bentuk,saiz n warna dia. sesuka hati anda.jika mahukan mood atau effect pada tulisan, sila right klik pada sebelah kanan skrin (atas layer pilihan). akan keluar seperti diatas. pilih "blending option"

lepas tu akan keluar macam kat atas nie ha. macam2 ade so try sendiri. (takde tuto untuk ini)
atau pon follow mcm kat atas nie..=)




dah edit-edit, jadi la contoh yang macam kat atas ni. yang simple mimple pimple ni.

dah puas hati? dah taknak edit lagi?

kita save


lepas tu tekan "File"..."Save As"...keluar macam kat atas ni... tekan kat format "GIF"

lepas tu tekan "OK" "OK" "OK"

..dah selesai jadi la macam bawah nie..


okeh sekian saja dari ajaran yang tidak seberapa ni. nak tau lebih lanjut sila tinggalkan pertanyaan anda pada ruangan comment atau yang kenal aku leh la kacau..=)

.wassalam.

testing




Monday, July 18, 2011

BANGUNAN TERTINGGI (1 BATU) SAPE NAK MASUK?


Assalamualaikum.

ape kabo? lama tak jengah. okeh sekarang ni aku nak share satu info yang penting dan agak kene mngene ngn bidang aku. sama ada kita nak bangga atau tidak? lu pikir la sendiri.. honestly aku sedih dengan projek ni...

jom baca info by SEGALANYA DISINI

Hari ini Keluarga Diraja Saudi telah mengumumkan rancangan untuk membina sebuah menara tertinggi di dunia - yang mempunyai ketinggian luar biasa, setinggi 1 batu.

Kingdom Tower di Arab Saudi akan mepunyai ketinggian 1.6km (1 batu) selepas siap dan di dalamnya terdiri dari hotel, pejabat, apartmen mewah dan pusat membeli-belah.

Struktur ini akan dua kali lebih tinggi dari bangunan pencakar langit tertinggi di dunia ketika ini, Khalifa Burj di Dubai, dan LIMA kali dari bangunan tertinggi di Inggeris, The Shard.


Kingdom Tower akan melepasi langit. Bangunan berharga £12 bilioan ini akan terdiri daripada hotel, pejabat, apartmen mewah dan pusat membeli-belah.

Ia akan memakan masa 12 minit untuk tiba ke puncak bangunan bernilai £ 12 billion ini dengan eskalator.

Perbelanjaan pembinaan bangunan ini akan dibiayai oleh Kerajaan Saudi milik syarikat Kingdom Holding Company (KHC)- yang merupakan syarikat terbesar di dalam negara.

KHC turut memiliki saham di Apple, McDonald's dan Amazon, telah mengupah syarikat Amerika Adrian Smith + Gordon Gill Architecture yang terlibat dalam pembinaan menara Burj Khalifa.



Luas: Sebuah model menara yang bernilai £12 billion. Pengunjung boleh sampai ke puncak dengan menggunakan eskalator.

Pakar bangunan tinggi Emaar, yang turut membangunkan Burj, difahamkan telah memenangi kontrak untuk membina Kingdom Tower, yang akan dibina di luar bandar pelabuhan Laut Merah Jeddah sebagai pusat bandar bagi 80,000 penduduk baru.

Namun pengumuman tersebut telah dikritik dengan seorang ahli perekabentuk yang menggambarkan idea 'menara tinggi'itu sebagai 'sia-sia'.

Rory Olcayto, wakil editor The Arkitek Journal, berkata: "Perlumbaan untuk membina bangunan pencakar langit tertinggi adalah sangat sia-sia - di mana anda akan berhenti?


"Ramai orang Inggeris yang tahu bagaimana melakukan projek-projek ini, menunjukkan betapa pentingnya arkitek Inggeris di pentas dunia.


"Tapi bangunan ini kehilangan arah, dan ia merupakan simbol dari kaedah berfikir yang kolot.


"Ini jauh lebih baik untuk melihat sesuatu seperti 3D China Central Television Headquarters di Beijing daripada menaiki menara tinggi."


Struktur bangunan ini akan dua kali lebih tinggi dari bangunan pencakar langit tertinggi di dunia ketika ini, Burj Khalifa di Dubai.

apa pendapat anda??

Tuesday, July 12, 2011

Malang pastinya Busuk

Assalamualaikum

anda semua sihat? dah tido? ( kalau tgh tido apekehe bace blog ni)

bangun pagi je macam biasa aku mandi lepas tu g kelas. laju tak laju jugak la aku bawak. cecah 110km/hr aku bawak pagi tadi. lepas masa balik tu aku sakit perut so aku pulas la banyak siket. so lebih kurang sama la yang mcam diatas tu. ade jugak yang ngekor aku dari belakang, masa aku dah lepas simpang, aku toleh belakang. sempat la jugak aku perasan 2 moto. 22 kawan aku. aku pon pulas lagi terus balik rumah. dah sampai rumah. setelah tercapai semua cita2 aku pon ngadap laptop. ade pulak call dari kawan aku. tengah berdekah2 gelak.

tiba2

" we...we ...we...we... man ko g beli la ayam" amin dalam keadaan kelam kabut.
" aku dah pilih dah ayam tadi, tiba2 je ain call" tambah amin
"kenapa ko nie?" aku pon tanye la
"syah xcident we"
"kat mana? ko bia betul? dia follow belakang aku je tadi molek je"
"kat simpang tiga nak masuk bandar jengka" jawab amin

aku pon masuk bilik. sarung seluar, sarung baju aku tu. capai kunci. kunci pintu pagar. aku pon pecut g balik tempat tadi. rupa2 nya tempat yang aku toleh kebalakang tadi.

see, dalam masa delay 3,5 saat tu macam2 boleh terjadi. kawan aku syah dalam longkang duduk nye, yang si erry terbang ke atas rumput. akibat hentakan kuat dengan tembok jalan kaki syah patah belah kiri. lepas tu aku pon bergegas ke hospital la. ape lagi. sampai kol 2 gak la kitorang tggu kat sana. penuh tempat kecemasan tu ngn geng2 aku je.hi hi hi. masa tu la aku baru tahu cerita sebenar.

rupa2nya dia geram asit dia je yang kene tinggal, dia nak jugak rasa duduk kat depan. tapi ternyata nasib dia hari ini kurang elok. maka Allah turunkan dugaan ni pada dia.

kau kuat syah sebab tu Allah uji kau mcam nie.=) sempat gak aku berseloroh dengan dia tadi masa kat hospital.
"tu la kau slow sangat ko amik corner". senyum je dia. hihihi paham la kot ape yang aku maksudkan.

kalau nak tau, dia baru bawak moto tu pergi UiTM. n hari pertama dia bawak moto dia tu jauh, n aku la orang yang tampal stiker uitm kat moto dia.

kini dia terpaksa dipindahkan ke hospital besar Temerloh.sekarang kaki dia hanya di sokong oleh pembalut besi, ramai sangat orang nak buat pembedahan. mungkin hari isnin ni baru dapat menjalankan pembedahan. patah dibawah lutut, dua tempat patahnya. tadi aku sempat melawat kat hospital tu nampak kaki dia besar dari biasa. tapi dia senyap je la. hanya ditemani oleh abang tercinta.=)


SEMOGA CEPAT SEMBUH SYAH, ANGAP INI SATU UJIAN DARI ALLAH. NAMPAK NYA KO LAGI KUAT DARI AKU. BERSABARLAH DALAM BERSABAR. n_n

aku nak amik iktibar dari kejadian tadi. aku pon slalu gak bawak laju. bukan ape. laju tu boleh, tapi biar lah bertempat . kan? so berhati2 dijalan raya.

sesungguhnya malang pastinya busuk, tetapi lagi malang sebab ianya tak pernah dapat dihidu.

.wassalam.

Monday, July 11, 2011

jom balik





nak gambar yang lebih jelas. klik pada gambar

hati dah ade kat rumah, awalnye aku nak bali. 3 hari lagi..=)

jom balik



hati dah ade kat rumah, awalnye aku nak bali. 3 hari lagi..=)

Sunday, July 10, 2011

kita tak sama

mungkin ini dinamakan kehidupan, ada warna-warna tersendiri bagi melahirkan perasaan yang pelbagai.dari setuasi, terungkai 1001 wajah. namun siapa yang tahu warna hati orang lain? kita sering mendegar orang mengatakan "tak kenal maka tak cinta". tapi masalahnya ada juga yang kenal tapi buat-buat tak tahu. salah silap orang itu ditutup sebelah mata. itu kah dinamakan cinta jika membiarkan sahabat kita terus terjerumus ke lembah kemaksiatan?


assalamualaikum dan salam satu malaysia. cewah, jika anda suka berjalan2 ke pusat bandar dengan menaiki public transport,berjalan-jalan di shopping complex. apa yang anda perhatikan selain barang yang ingin anda cari? cuba anda perhatikan gelagat manusia disekeliling anda. lebih kurang 90% adalah melayu. kalau di KL dalam 70% la kot. okeh, sekarang anda perhatikan cara pemakaian dan penampilan mereka. aku tergelak terdengar dialog didalam filem melayu "yang penting hati beb" sedangkan pemakaian yang tidak senonoh, tidak menutup aurat. kebisaanya apa yang digambarkan dari luaran itu datang dari hati. hati berkeinginan memakai baju seperti itu ini. hati yang berkehendak makan itu ini.



إِنَّمَا الْأَعْمَالُ ‏ ‏بِالنِّيَّاتِ

setiap amalan bermula dengan niat.


jika baik niat kita maka yang akan ditayangkan kepada orang ramai adalah baik, jika buruk niat kita maka sebalik nya akan berlaku. apa yang tesemat kerisauan didalam hati adalah, apa nasib yang akan menimpa kita akan datang? jika apa yang ditayangkan oleh para pemuda islam hari ini seperti ini?. "releks la bro, lambat lagi nak tua" "releks la bro, nanti2 belajar lah" "releks la bro, pemimpin sekarang ade lagi" hi hi hi. lucukan? bicara seorang anak muda yang mungkin terlampau selesa dengan nikmat kesenangan hari ini tanpa memikirkan sebarang kemungkinan yang akan berlaku esok hari.


apa yang dapat kita lihat pada hari ini, pemuda islam dengan pemakaian yang menyakitkan mata mungkin. tak salah untuk kita bergaya untuk kelihatan cantik, Allah sukakannya, tapi biarlah sekadarnya, dan tidak melampau.


hati merupakan pucuk pangkal kepada segala amalan jika kita tidak menjaga hati. tidak menghiasi hati dengan pelbagai hiasan yang cantik2 samalah seperti rumah usang dang buruk. maka tiada siapa yang ingin masuk,kecuali si pengemar kepada buruk dan kotor iaitu iblis dan syaitan. manusia jika tidak diberi makan yang sedap2 tidak dijamah dengan bende yang boleh mngenyangkan maka produktiviti seseorang itu akan berkurang, sama lah seperti hati jika tidak dijamah dengan santapan rohani maka tahap kebersihan hati itu akan kurang maka lahirlah perkara-perkara yang tidak menyenangkan. hati itu ibarat kain putih jika ditopokkan dengan dakwat hitam, maka kotorlah. Al-quran ibarat seperti sabun yang mencuci kotoran didalam hati.


pandangan mata selalu menipu

pandangan akal selalu tersalah

pandangan nafsu selalu melulu

pandangan hati itu yang hakiki

kalau hati itu bersih.


lagu dari pakcik hijjaz.


ikhlaskan hatimu.


Bagaimana mengikhlaskan niat?


Terdapat beberapa cara dan langkah yang boleh membantu dalam usaha membersihkan hati daripada anasir-anasir yang mencemarkan niat.


1. Mujahadah an-nafs, iaitu usaha gigih yang berterusan melawan nafsu yang terselit di dalam diri sendiri. Seorang ahli sufi yang terkenal waraknya, Sahal at-Tasatturiy (200-283H) pernah ditanya tentang sesuatu yang paling sukar diterima oleh nafsu. Beliau menjawab, ikhlas!


2. Sentiasa bertaqwa kepada Allah.


3. Memahami dan menghayati Kesempurnaan, Kekuasaan, Keagungan, Kekayaan, Pengawasan dan Keluasan kurniaan Allah di samping menginsafi kelemahan, kefaqiran, kehinaan dan ketidak upayaan hamba. Apakah patut kita berharap kepada hamba yang lemah dan membelakangkan Dia yang Maha Kuasa dan Maha Kaya?



4. Banyakkan doa, meminta dan merayu kepada-Nya agar dikurniakan hati yang ikhlas

(يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك)

(يا حي يا قيوم أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين أبدا)

(اللهم إني أعوذ بك أن أشرك بك شيئا أعلمه وأستغفرك مما لا أعلمه)



5. Rahsiakan ibadah dan kebaikan yang dilakukan seboleh mungkin.


6. Mengkritik diri dan menghisabnya dari masa ke masa berkaitan dengan niat.


7. Memerhati akan pantasnya kehidupan dunia dan cepatnya menuju kehancuran, seraya berfikir tentang akhirat, kenikmatan serta kesengsaraan yang tidak berkesudahan.


8. Waspada sentiasa terhadap godaan perasaan kagum kepada diri sendiri, seronok dipuji, suka memimpin dan menonjolkan diri. Perhati dan rawati selalu agar tidak bertapak menjadi penyakit yang sukar diubati.




kita dijadikan tidak sama tapi ada yang dijadikan langsung tidak boleh bersama. kerana kita dijadikan berbeza-beza. Alhamdulillah aku juga ditunjukkan jalan yang sama, terima kasih YaAllah.. samalah berdoa agar kita terus dikurniakan hati yang bersih, hati yang mampu dipenuhi dengan kebenaran. dan jauhkan dari perasaan hasad dengki iri hati kerana ianya akan merosakkan hati. YaAllah semoga hati kami dipenuhi dengan cahaya taufiq dan hidayah mu agar kami dapat terus menuju jalan kebenaran yang kau redhai. tunjukkan kami jalan yang benar seperti mana kau berikan kepada para nabi dan rasulmu. peliharalah hati kami dari kekotoran, peliharalah hati umat islam. penuhkanlah ruang2 kekosongan hati dengan perkara2 bermanfaat.


wassalam

Wednesday, July 06, 2011

dimanakah kita esok hari?

assalamualaikum.

cuba anda fikirkan sejenak. apa yang berlaku hari ini? keadaan bangsa kita? keadaan negara kita? keadaan tempat kita. hari ini aku ingin membawa diri ini dan diri anda melihat apa yang dah jadi sekarang, yang dulu nya mungkin tidak diambil peduli kesan itu dalam kehidupan.

tidak

kita masih ada masa lagi untuk teruskan usaha dan bersatu.


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


kehidupan.

anda mahukan kehidupan yang sempurna bukan? cuba anda bayangkan anda berada di negara yang bergolak cuma untuk satu hari?.

pastikan terlintas, " buat apa aku nak pegi sana sedangkan negara aku sendiri aman". =)

lagu "anak kecil main api" membuatkan aku lebih bimbang degan negera sendiri berbanding negara orang.

USAH DITANYA APA NEGARA BERIKAN KEPADA KITA. tanyalah diri anda APAKAH SUMBANGAN DIRI KITA KEPADA NEGARA?

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

mungkin lagu ini ditujukan pada pemerintahan dulu. tapi cuba kita relate kan dengan zaman sekarang. "bumi dipijak milik orang" bangsa melayu, tanah melayu hak orang melayu. tapi sedarkah anda? tanah melayu, sedikit demi sedikit dikikis, dirampas, di ambil, oleh bangsa lain dari kita? hmm zibuk dengan tanah sendiri "janji aku ada tanah" buat apa nak sibuk dengan tanah orang? tepuk dada tanya minda.

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

harta kekayaan yang kita miliki. hak pribumi, hak orang melayu, hak2 yang kita miliki, kelebihan yang kita ada. kini tergadai sedikit demi sedikit, apa yang kita miliki kini diambil sedikit demi sedikit. apa hak kita?. tanah melayu ini sendiri hak kita, quota pendidikan, kini universiti dan sekolah hak orang melayu, mrsm contohnya, diambil sedikit demi sedikit. kenapa ini berlaku? akibat perpecahan diantara bangsa kita. Melayu akan sinonim dengan islam. maka Allah telah menyatakan tidakkan akan berjaya bagi bangsa yang berpecah belah."akibat sengketa diantara kita" "cinta lenyap diarus zaman". lihat lah sekarang bangsa kita sendiri yang membuat rusuhan, bangsa kita sendiri yang bikin kecoh. "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka"

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

kalau dulunya hasil kekayaan kita diambil oleh penjajah. kini ekonomi negara kita dipelopori oleh bangsa lain. kawan2. tak mustahil kita akan mengemis dinegara sendiri jika kita tidak ambil iktibaer dengan apa yang berlaku. kita tidak dapat menjangkakan apa yang berlaku nanti. tapi kita perlu berhati2, bersedia disetiap kemungkinan yang mendatang.

mungkin esok tidak lagi anda melihat kanak-kanak kecil bermain bola di tengah padang.
mungkin esok tidak lagi anda melihat pelajar-pelajar berbaju sekolah menuntut ilmu
mungkin esok tidak lagi anda melihat para remaja menjalankan aktiviti yang sihat
mungkin esok tidak lagi anda melihat mahasiswa memakai jubah dan topi petak
mungkin esok tidak lagi anda melihat para petani dan nelayan mengeluarkan hasil
mungkin esok tidak lagi anda melihat sang ibu menyusukan anaknya dengan aman

mengapa perlu kita lenyapkan kesenangan dan kemudahan yang kita capai selama ini?
kalau dulu gelang dan rantai emas menjadi taruhan untuk mengamankan negara ini.
apa lagi yang perlu dijadkan taruhan bagi memastikan negara kita terus bergerak maju kehadapan?

cukuplah wahai bangsaku, cukuplah berpaling, cukuplah membina tembok diri yang mementingkan diri sendiri, cukuplah berselindung disebalik dinding "tidak kesah". ayuh kita pecahkan, dan bersatu atas satu nama "ISLAM" bagi memastikan kita terus memiliki keamanan.

"YaAllah, ampunilah kami, sesungguhnya selama ini kami leka dengan nikmatmu, sesungguhnya kami lalai dengan dunia ini, YaAllah bantulah kami, satukan kami, berikan kekuatan kepada kami, berikan ketenangan dan keamanan kepada kami, YaAllah kau berikanlah rasa cinta kami kepada negara, kau elakkan kami dari perpecahan, berikanlah kekuatan kepada pemimpin2 kami, berikanlah kebijaksanaan kepada mereka, agar dapat mentadbir dan menjaga negara ini mengkut kehendakMu YaAllah"

wassalam

Friday, July 01, 2011

SUKA dalam DUKA...Sedikit dalam Banyak


Assalamualikum


ape?? ape?? ape?? tajuk yang amat pelik sekali.=). ape yang suka dukanya? ape yang sikit banyak nye?..

Allhamdulillah minggu ini tamat pembelajaran. pagi tadi aku buat kajian di persimpangan. hah

korang mesti nak tahu kan? macam mana trafik light tu di bina. kenapa tak semua simpang ade traffic light? hah..ini la yang aku dok mengira pagi tadi. kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. mewakili satu simpang jalan.. kerja pertama aku dengan mengukur jalan sepanjang 73m untuk mengambil bacaan setiap kereta.


aku pernah tengok bendealah ni masa kecik2..naik kereta. nampak ade orang main kat tepi jalan. dibenak fikiran kanak2 hanya mengatakan "main2 kat tepi jalan" bila dah besar siket tersemat didalam hati satu hari nnt aku nak try pegang bende tu. then sekarang apa yang dulunya mungkin mustahil. "DAH AKU RASA". simple je bende ni rupanya. alat mengukur jalan. sapa tau an? he he he he. mungkin ada kanak yang nampak aku ukur jalan pakai alat ni. terlintas perkara yang dulunya aku lalui. he he he..comel je.=)

ni merupakan lab terakhir aku bagi subjek HIGHWAY ENGINEERING bagi sem ni. aku nak cerita pasal tadi. aku dapat jalan straight, nak kira masa untuk berapa lama kereta tu berhenti dipersimpangan. tapi malang nye yang lalu kat simpang aku jaga ni banyak, tapi takde yang pergi terus. kereta tu akan ke kiri atau ke kanan. huh 15 minit aku tggu. lepas tu technician suruh member aku jaga di simpang kanan. tapi lepas dah tuka simpang ke kanan, banyak pulak yang pergi terus. huh kesabaran diuji disini... SABAR SABAR. total yang aku dapat bacaan hanyalah 6 buah kereta selama 1 jam. amat la berbeza dengan group2 lain. ade yang 16, 13 and 14. tapi takpe la siket je nnt group aku buat kiraan nnt.=) tapi ini la lab terakhir.. Alhamdulillah selesai sudah..=)

traffic light akan dibina jika masa kereta berhenti melebihi masa2 tertentu yang akan menyebabkan jalan jam atau persimpangan itu merupakan pertemuan 2 jalan utama.=)hah kalau setakat simpang depan rumah korang tu tak payah la nak traffic2 light bagai.. buat rugi je.=) so pengajaran hari ini. bagi la signal di simpang. aku mmg sakit hati tadi...tak reti nak bagi signal. aku dah kira masa tengok2 dia pusing tang lain.. =)

oke jom aku tunjuk first lab aku..


ini dia..skid-resistance method. alat ini untuk menguji tahap geseran permukaan jalan. ianya akan diambil bacaan sebelum jalan baru di buat. kalau dah licin, baru jalan itu akan di tuka baru. ha. so masa ni aku buat kat 3 permukaan. kat concrete, jalan kasar dan jalan licin. so nampak la bezanya.=)

lab yang ke2 dan seterusnya pulak kami dibawa keluar UiTM..(site visit)



yang ni adalah spot-speed meter. atau korang lebih familiar dengan speed trap. ni la yang kami jalankan pada minggu ke-2. dimana kami menjadi polis sebentar. menangkap kelajuan kenderaan yang lalu lalang. hihih ade kereta yang jauh laju..bila dah sampai dekat boleh lak slow..nampak sangat hipokrit. hahahhaha.. takut bona kene samannya..ini adalah untuk mengkaji sama ada sesuai atau tidak saiz jalan yang sedia ada. atau perlu ditambah ke 2 lane 3 lane atau 10 lane.=).


yang ni pulak noise meter. alat ni mengira tahap pencemaran bunyi di tepi jalan. ini juga perlu diambil kira bagi mengurangkan ganguan2 penduduk di tepi jalan.mungkin jarak jalan dengan kediaman terlalu dekat so kita kaji agar jalan tidak rapat sangat ngan jalan. dan juga mengelakkan orang keluar bawak kayu suruh senyap lalu tepi umah deorang.. hihihihi.. kadang2 kita tak terfikir, tapi ini yang perlu ada.=)

minggu ke 3 pulak kami dibawa dijalan utama TEMERLOH-JERANTUT.

disini kami dibekalkan dengan stopwatch untuk mengira kadar kelajuan masa sepanjang 30m. paling laju yang group aku dapat recordkan selama 1.91 saat/30m.. laju gila dia bawak. satria kelabu. yang paling slow 6. somthing aku lupa dah.lori trela . ni jugak aku pernah cerita dalam n3 yang lepas.=) cari la sendiri.


alat ni pulak bukan untuk berzikir, tapi alat nak kira kenderaan yang lalu lalang depan jalan. so siapa yang lalu kat sini masa group aku ada. so data nye kami simpan.=)

minggu ke 4. last lab tu aku dah cerita kat atas sekali.


now baru aku bali semuala pada tajuk..hihiihihih..

aku suka dengan pembatalan kelas. kelas aku yang banyak2 tu just tingal satu kelas untuk satu hari..so aku ade 5 kelas minggu ini. bahagia nya hidup.. yang duka pulak an. ketorang kene ganti kelas2 yang takde tu. huh banyak gila kot.. mmg ni lagi bz aku..silap2 boleh demam..

sikit dalam banyak. heh kelas mmg la sikit.. tapi kerja mak oi banyak gila...aga berbaloi la kan? takkan nak dduk senang lenang je kat rumah nie..baik balik kampung je..=) so ini la kami kene terima...yeah.tapi ade je yang rabu sampai jumaat takde klas. so peluang tu la nak balik rumah. lepas tu mula la tulis status kat facebook.."home sweet home" "kat rumah,kawan2 kat U tu blaja rajin2 ye"..hampeh (aku pon rajin gak buat macm tu) hihihih keh.sok tak jadi program PROMCESS tu..so dianjakkan pada hari ahad.. aku tak dapat pegi sbb kene ke shah alam untuk majlis yang lain.=).

so jadual aku diubah. perjalanan aku esok petang diawalkan.=) boleh la jalan2 kat KL dulu.

okeh adiosa amigos... jumpa lagi minggu depan dengan cerita yang baru..=)

wassalam

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa