Assalamualaikum.
entry kali ini sebagai satu perkongsian, untuk memberikan kesedaran dan membuatkan kita terfikir sejenak. diharap pada sesiapa yang terasa dengan entry ini aku memohon ribuan ampun dan maaf. dunia bermula dengan ilmu seorang GURU tetapi ilmu sahaja yang tak penting tanpa penghormatan dari seorang student.
........................................................................................................................
DULU
kalau cikgu marah kat sekolah. tak siap keje sekolah ke, ponteng kelas ke, takut nak ngadu kat mak ayah. sebab kalau ngadu mesti kene marah balik, tak pon kene bantai.
SEKARANG
cikgu marah kat sekolah, student ngadu kat mak ayah, esoknye mesti mak ayah datang sekolah marah balik cikgu, kadang2 ade yang datang sekolah bawak parang,
MUNGKIN NANTI
cikgu kat sekolah marah student, blom sempat student mengadu kat mak ayah. cikgu dah kne serang terus.
........................................................................................................................
DULU
cikgu kalau masuk kelas membebel, kerja rumah tak siap, kerja sekolah tak siap, kelas tak bersih, masuk kelas lambat, ujian tak lulus, yang student senyap je, terima seadanya kesilapan.
SEKARANG
cikgu masuk kelas membebel, student pon membebel, sama2 membebel. ade je nak melawan, tak terima apa yang dia salah.
MUNGKIN NANTI
cikgu masuk kelas senyap je.. yang membebelnye student.
........................................................................................................................
DULU
cikgu datang sekolah naik basikal atau naik moto, student pulak jalan kaki atau naik bas.
SEKARANG
cikgu naik kereta atau naik moto. yang si student pulak ade yang naik moto dan naik kereta.
MUNGKIN NANTI
student akan naik kenderaan yang lagi mahal dari cikgu2 kat sekolah
........................................................................................................................
DULU
cikgu kat perhimpunan senyap je. marah kalau student bising.
SEKARANG
cikgu pon ade yang bising masa perhimpunan. sohseh2...
MUNGKIN NANTI
cikgu lagi bising dari student.
........................................................................................................................
DULU
kat kantin cikgu ngn student makan asing. segan nak makan sama2 ngn cikgu
SEKARANG
dah ade student makan tempat cikgu.
MUNGKIN NANTI
tiada lagi tempat makan yang berbeza bagi cikgu dan student
........................................................................................................................
Aku berdoa agar perkara "MUNGKIN NANTI" tidak akan berlaku. betapa pentingnya keberkatan seorang cikgu. tetapi jika ini berlaku, dimana lagi keberkatannya. macam mana nak melahirkan insan yeng cemerlang yang akan menjalankan hukum ALLAH dimuka bumi ini? jika pemulanya sudah rosak.? kepada sang pelajar HORMATILAH GURU ANDA..ingat betapa bodohnya anda jika anda menghormati guru, maka keberkatan itu ada.insyaAllah akan berjaya kelak. sepandai mana pon anda, jika tiada keberkatan, tiada ketenangnan walaupon anda berjaya. =)
yang paling penting MAK is POWER. syurga anda dibawah telapak kaki mak. =)
LOVE U MAK.
wassalam
3 comments:
awesome. yes. definitely mybe.
hmm..awak cikgu yg akan datang..yg akan mmbntuk anak murid yg berguna....hehehe...
sama-sama la kita berdoa supaya perkara MUNGKIN NANTI tu takkan berlaku.
Post a Comment