Tuesday, May 17, 2011

Peluang masih ada untuk Anda



Assalamualaikum.
penat baru balik dari berjalan hari ini...bru nak update blog.

Alhamdulillah, semalam hari guru, sempat jugak aku menunjuk muka datang skolah tu. ramai gak cikgu2 baru. tapi otai2 masih ada lagi. so aku tak berapa nak segan sangat la nak memeriahkan lagi hari guru tu. kami ade la bagi kek satu kilo...oke la tu buat syarat...pada cikgu maknanye lagi besar jika dibandingkan dengan nilainya.



dalam kesibukan cikgu menyambut hari mereka. aku diberikan tugasan. Alhamdulillah aku pon suka dan terima tawaran tu..


aku diminta menguruskan satu program bintang yang terdiri dari pelajar smk bandar t6 tingkatan 1,2 dan 3.


pada mulanya agak happy dan gembir (sama je). lepas tu cikgu baru cakap student yang mengikuti program tu adalah semua student yang bermasalah...aku pon ape lagi.. WAH APA NIE?????? means yang ade masalah disiplin. skolah lambat, ponteng, melawan ckap cikgu, isap rokok, degil dan masalah belajar.

tapi aku terima dengan mengangap ini satu cabaran untuk aku. terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku berkongsi ilmu dan menyelami masalah mereka dengan lebih dekat lagi.



program tu mula jam 4 petang. aku datang tepat. yg ade ade 3 orang peserta je. WAH??? ape nak jadi ni? awal2 dah terima dugaan macam ni. takpe aku tggu sampai ckup semua datang. than ade yang datang dengan mcm2 pakaian. dalam hati aku "mmg btul2 masalh deorang ni"


lepas solat asar aku mula program, ditemani 4 sahabat aku sendiri. aku mula kan dengan pengenalan dan sedikit permainan masa tu baru lah aku sedar dah tua jugak aku sbb aku kenalkan diri aku dengan abang man. hihihi dan pangil deorang adik2. mcm biasa la.aku tak biasa berhadapan dengan budak yg degil dan bermasalah ni, jadi cara menarik perhatian kene ada kelainan dari budak yg bijak dan dengar cakap. Alhamdulillah sambutan dan aku menerima feedback yg positive. terima kasih Allah kerana membantu aku rapat dengan adik2 tu. lepas tu aku bagi kepada 5 kumpulan dan aku ambik budak yg paling bnyak cakap sekali. yang bnyak ckap kene lawan dengan aku yg bnyak cakap jugak ye..hehehehe




misi aku bagi kumpulan ni nak wujudkan lagi hubungan lebih rapat dengan mereka dan cuba memahami dan mengetahui kenapa mereka jadi macam ni. selepas beberapa minit aku berkongsi kejayaan aku dan tanya impian deorang. kebanyakkan nye tak mempunyai impian yang besar. tak seperti rakan2 lain ingin menjadi orang yg berjaya dengan kerjaya dan dalam hidup. sedih aku dengan keinginan mereka. kesian masih ada lagi bangsa yang berfikiran mcam ni.




::nak sambung belajar di KOLEJ bukan U.

::inginkan kereta2 biasa

::belajar ditahap biasa

::belajar kurang dari stgh jam dan ade yang tak blaja langsung dirumah

::sering kene kacau

::kurang keyakinan diri
::kurang ilmu agama

::mejoriti ade yg langsung tak sembahyang





adik2 semua kelas apa?


::mereka semua kelas hujung



kenapa minat sangat kelas hujung ni?


::sebab malas belajar


::belajar tak pandai


:: dan ade yg jujur (alhamdulillah) best masuk kelas hujung sebab selalu tak belajar



kenapa adik cakap macam tu?


::klu masuk kelas depan cikgu asit mengajar je, tak berhenti2


::serius je takde main2 langsung.


p/s: kadang2 betul gak ckp adik2 ni. lain orang lain cara. menuntut ilmu pon kena ade keikhlasan dan keseronokan dalam mencarinya.


pernah ponteng kelas?


::hmm selalu gak la..boring la dduk kelas dengan cikgu.




kenapa jawapan sebegitu rupa yang perlu keluar dari murid disekolah? dimanakah silapnya?




kesimpulan yang aku boleh buat, kurangnya didikan dan amalan yang istiqamah agama islam dalam diri mnybbkan perkara ini berlaku. disamping masalah2 dalaman dan persekitaran.


lepas aku sedar masalah ni aku pon mula la ceramah. Alhamdulillah ade tindakbalas yg positive. aku bersyukur sangat. dan aku bg tau deorang. "Boleh tak janji ngn abang lepas ni abang cuti sem lagi sekali, abang nak jumpa adik2 kat Masjid" dengan nada yang penuh yakin deorang jawap Boleh insyaAllah. SEMOGA ADIK2 ABANG TUNAIKAN JANJI TU. YA ALLAH BERI MEREKA HIDAYAH DAN KEKUATAN UNTUK MENJADI INSAN YANG BERGUNA.



lepas tu aku dah abis ckp, deorang sndri buat request nak aku bercerita. GEMBIRA WE...aku pon cerita la pasal si patung yang berubah jadi manusia. khusyuk deorang dengar.



lepas dah berkumpul semua sekali ,aku pon tambah lagi beberapa permainan untuk mengisi masa yang tingal.


jam pkul 6.45 perkara yang buat aku sebak. "ok adik2 slot dengan abang pon dah tamat" deorang balas dengan "alllaaaaaaaaaaaaaa" (maksudnye ape yek?) =P


aku pon menutup dan insyaAllah akan jumpa lagi adik2 dilain waktu.


deorang membuatkan aku rindu nak menjadi seorang pendidik. walaupon landasan aku sekarang bukan kearah itu. GOOD LUCK ADIK2



"pada aku mereka bukanlah bermasalah disekolah. tapi kenakalan dan kurang perhatian yang menyebabkan deorang jadi macam tu. aku sedar walau pon sehari aku dengan mereka. tapi aku masih nampak lagi sinar kejayaan untuk adik2 ni".


ingatan aku kepada cikgu2, jangan gelarkan mereka dengan "BUDAK BERMASALAH" tukarkan pangilan itu dengan "BUDAK HARAPAN" inysaAllah ianya menjadi doa pada kita dan orang lain. untuk gerak pertama untuk mengubah bangsa yang menjadi harapan ini untuk berjaya. aku akan rindukan korang.. jumpa lain kali ye...=)




wassalam

4 comments:

Nu_Izz said...

lain orang lain cara nya . . kena pada caranya okeh la . . . btw , kena kaji dr sume aspek . . sape yg bersalah , mengapa ?? sume pihak kena main peranan . . but ko dah wt yg terbaik n berjaya tarik dyong sket demi sket =) yaww . . congratez . mase prgrm ni pkcik solleh ade ke ?

Unknown said...

yezza...mmg satu pnglaman yg menarik..tak saba2 untuk program strusnya..=)...hm malas nak cakap..huh

Nu_Izz said...

ni program berantai lh ni eak .. best nye .. erkk asal ngn dy ? ade mslh ke ngn dy ?

Unknown said...

hahha...tak berantai la...tapi sllunye dijemput untuk program2 yg mcm nie...

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa