Assalamualaikum
aku mulakan perkonsian hari ini dengan satu kisah benar diantara wartawan dan paderi kristian.
watawan: mengapakah Umat islam ditindas pada hari ini?
paderi: ini kerana mereka tak bersatu macam umat2 sebelum ini.
wartawan: ada harapankah untuk umat islam bersatu?
paderi: ye masih ada.
wartawan: bila?
paderi: 100 tahun 200 tahun dan mungkin 1000 tahun lagi?
wartawan: apa tanda2 umat islam ini akan bersatu
paderi: bila solat subuh dimasjid ramainya seperti solat jumaat.itu yang kami amat takut.
faham tak kawan? kerana lidi sebatang tidak dapat menandingi segengam lidi. cuba korang try.
sekarang ni dalam apa bidang yang umat islam ni bersatu?
fikir
fikir
fikir
fikir
takde kawan..takde..sedangkan solat maghrib di masjid pon saf ade 2 3 je yang penuh.nampak? korang nampak kan?
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
maksudnya:Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.(al-fatihah, ayat 5.)
dari keratan ayat ni kita boleh nampak betapa Allah menitik beratkan islam tu bersatu. Allah nyatakan "kami" sbgai tanda ramai. bukan "aku" untuk seorang.
Allah pun sudah berjaji Umat islam tidak akan berjaya jika tidak bersatu.
see...kita pon sedia maklum kesan bersatunya umat islam.
umat islam dapat menewaskan musuh didalam perang badar dengan hanya jumlah tentera yang kecil berbanding jumlah tentera pihak musuh.ketika itu dibulan ramadhan.
degan kepintaran Sultan Muhammad Al-fateh ianya dapat menyatukan umat islam dan menawan
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul
dengan kehebatan Salahuddin Al-Ayubi sehingga barat mengagumi kehabatnya yang dapat mengalahkan tentera salib ketika berumur 19 tahun yang dapat menyatukan umat islam yang sedang jatuh.
buktinya Allah telah gambarkan daripada pemimpin2 terdahulu. mengapa kita tidak pernah mengambil sebagai iktibar? kenapa ?
zaman sekarang ni kawan, kita tak perlu nak bersatu untuk berperang.. kita hanya bersatu untuk keamanan..walau pon dah duduk di negara yang sedia aman ni. masih ada lagi masalah antara kita..pergaduhan perebutan kuasa. ia menyebabkan perpecahan antara kita.
dinegara kita sendiri dah nampak perpecahan dalam bangsa melayu. parti bergaduh degn parti politik yang lain. bukan sekadar pihak atasan tetapi penyokong pon bergaduh.. apa yang mereka mahukan sebenarnya?
sedangkan Allah melarang kita sebagai umat islam mencaci menghina agama lain. sebab mereka juga angap yang agama islam ni salah. jadi kita perlu tunjukkan sikap yang mulia bagi menarik minat untuk memeluk islam.
tapi sekarang apa yang telah terjadi? parti politik di malaysia bergaduh sesama sendri. ini ke yang perlu dijadikan contoh untuk orang bukan islam yang sentiasa memerhatikan kerenah dan telatah kita? fikirkan lagi
akibat perpecahan kita tidak akan menikmati kehidupan dengan aman. kita tidak dapat tanah gaza dimiliki umat islam.
sedih kita lihat umat islam bergaduh sesama sendiri. apa guna OIC kat dunia ni? sekiranya tidak membela nasib umat islam dn menyatukan kita semua?
kita rewind balik apa yang paderi tu kata. kita akan bersatu dalam masa 1000 tahun mungkin. kita amat memerlukan pemimpin seperti Salahuddin Al-Ayubi & Sultan Muhammad Al-fateh yang menjadikan Rasulullah sebagai idola dalam kehidupan.
marilah kawan2 kita bersatu bukan atas nama negeri, negara atau bangsa. tapi kita bersatu atas nama Islam seluruh dunia, agar tiada pihak lain yang berani menindas agama yang suci ini.
lagi satu sikap yang perlu kita kikis sekarang. jangan bersikap suka menjatuhkan dan mencari kesalahan orang lain. kadangkala perubahan seseorang akan tebantut jika kita sering memandang rendah dan memerli.
JANGAN!!!!!!
kita perlu sokong perubahan itu. sokong pembaharuan kawan2 kita atau orang lain. selagi ianya memberikan kesann positive, siapa tahu dia akan menjadi pemimpin akan datang yang akan perpandukan Al-Quran dan As-sunnah.
dan jangan cepat melenting dengan keputusan kerajaan anda jika harga naik.=)
bandingkan negara yang lebih miskin dan ekonominya rendah.
maka akan datang syukur pada diri kita. ucapkan Alhamdulillah kerana anda tidak perlu mendapatkan beras sambil membawa senjata dan senapang ditangan.
anda tidak perlu di periksa semasa nak masuk shoping kompleks
dan anda tidak perlu memakai baju perisai ketika ke kelas atau ke tempat kerja.
ucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur kita pada Allah.
cuba hayati lirik lagu dibawah ni.
bersatu
by:raihan
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Buangkan yang keruh ambillah yang jernih
Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan
Menjadi harapan untukku menyaksikan
Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Yang berat sama dipikul
Yang ringan dijinjing sama
Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat
Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat
Lupakanlah segala persengketaan
Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )
Kerna orang beriman itu bersaudara
Saling bertolong bantu berkasih mesra
Agar generasi kita di masa hadapan
Bangga dengan apa yang kita wariskan
klik disini untuk melihat kepetahan bakal pemimpin. insyaAllah orang seperti ini amat diperluan untuk agama kita.
ingat kawan"KERANA LIDI SEBATANG" tak dapat menandinggi "LIDI SEGENGGAM"
::wassalam::
6 comments:
sekarang umat Islam bnyak bersatu padu untuk melakukan bnda yang xsepatut nya .. nak di comparekn umat Islam yg bersatu padu untuk tegak kn agama Islam sngt lah sedikit kuantitinya .. ini sebab umat Islam sekrng tewas dengn nikmat yg Allah telah kuriniakn .. mereka ramai lalai .. mereka dah salahgunakan kesenangn yg Allah berikn kepada kita .. kita jngn mudah terpedaya .. kita kne kembali semula kepada diri kita yg asal . hidup kita bukan untuk bersenang lenang . tp untuk menjadi khalifah di bumi Allah .. untuk menjadi da'ie di di bumi Allah yg barakah .. hamba, khalifah dan da'ie .. itulah tanggungjawab kita ..
terima kasih diatas perkongisan itu..=)
=) apa2 yg ada share lg lh ye =)
wowkeh...=)
~terima kasih share ya..:) ~~
sama2...=)
Post a Comment