Sunday, May 30, 2010
AmpAng....
Keajaiban Azan
Saturday, May 29, 2010
Taqwa
Hamba Allah yang bertaqwa itu adalah mereka yang menunaikan kewajipan dan meninggalkan larangannya.
Sekiranya mereka mati dalam keadaan tersebut nescaya mereka terpelihara dari azab neraka dan akan terus dimasukan ke dalam syurga .
BuMiKu dibasahi
Thursday, May 27, 2010
sakit....
perjalanan . , . 2 . , .
Tuesday, May 25, 2010
Tambah UmuR
4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita
: Ingatlah wahai kaum laki-laki...
Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT(surah At-tahrim-ayat 6):-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.
Perjalanan . , .
"Solleh ko tolong pegangkan tiket ni, tangan ku dah penuh dah nie,hehehe" Rahman memberikan tiket bas kepada Solleh, sambil dia sedang mengemaskan bag yang akan dibawanya ke Kuala Lumpur.
“Man aku nie baru pertama kali datang KL sorang nie ko tolong aku eah”
“insyaAllah aku boleh tolong, takpe ade petunjuk arah lagi sorang kat KL tu tengah tunggu aku”
Perjalanan selama 3 jam dilalui tampa sebarang aktiviti pon. Mereka sampai pada jam 12.30 di Bukit Jalil.
“Man aku nak cari tandas ni” “kau ingat, kau sorang je? Aku pon same nie, sejuk tau”
“ Man, lepas nie kita nak naik ape? Nak pergi rumah makcik kau macam mane? Kau nak pergi mana ni?” soalan yg bertubi-tubi ditanyakan kepada Rahman yang seakan-akan sedang mencari sesuatu. Solleh tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan perjalanan.
“sabarlah solleh aku tak boleh pikir selagi perut aku ni tak tenang, kita cari tandas dulu” Solleh menganguk tanda setuju. Selepas selesai sahaja membuangkan segala-galanya mereka mengambil LRT dari bukit Jalil untuk ke Stesen Bandaraya. Seterusnya menunggu makcik Rahman untuk bermalam di rumahnya.
Setelah selesai solat isyak di rumah, mereka merancang perjalanan untuk keesokan harinya. Jam menunjukan 12 tengah malam.mereka tidur tak sedarkan diri.
“Man..Man… bangun….solat subuh, lpas tu kita terus gerak ke KTM UKM.” Bingkas Rahman bangun dan mencapai tuala untuk mandi.
Seterusnya meraka menunggu bas dihadapan ILPKN. Kelihatan Bas mini biru kuning menghampiri mereka.
“Solleh ko tanye la bas ni nak pergi mane ye. Lepas tu kau bayarkan sekali”
“ala kau ni bab tanye-tanye ni semua suruh aku”.
“we aku segan la dengan pakcik bas tu”
“ ok lah”. Pada pagi itu mereka meneruskan perjalanan untuk ke Kolej Universiti islam antarabangsa Selangor(KUIS). setibanya di KTM banggi.
“ adik nak pergi mana dik?” kedengaran suara seorang pemuda bertanyakan soalan kepada Rahman.
“ kami nak pergi ke KUIS, boleh?” lantas enjin kereta dihidupkan, Rahman dan Solleh terus menaiki kereta iswara berwarna hitam. Kelihatan seorang penumpang berkulit hitam yang ingin ketempat yang sama.
15 minit kemudian….
“berapa ringgit bang?” “3 ringgit dik”. tiga keping duit yang berwarna biru dikeluarkan daripada dompet yang berwarna putih. Mereka sudah pon sampai di KUIS.
“Solleh kau masuk dulu lah, aku tengok muka pakcik tu nak ketat je”. Solleh pon memulakan langkah menuju pintu pagar. Perasaanya bercamur baur, maklumlah tidak sabar untuk berjumpa buah hatinya yang sekian lama terpisah dik jarak yang jauh.
“we kat sini tak bolleh pakai topi ke?, takde yang pakai topi pon”. Rahman seperti tidak senang sambil dia membuka topi dan menyimpannye didalam bag berwana hitam merah.
“ Solleh, mane buah hati kau nie? Berjanggut aku tunggu kat sini, dah la macam artis, semua nak tengok kita”.
“tak tahu lah”. Jawab Solleh ringkas.
“we aku balik dulu la ye. Nanti aku datang balik”. Sempat lagi Rahman bergurau tatkala mata pelajar disitu tidak putus memandang mereka berdua, bagaikan ada sesuatu yang pelik. Solleh hanya bertenang duduk di meja makan sambil menantikan Zati yang masih tidak muncul.
“we, tak lawak”. Tiba-tiba satu suara memecahkan kesunyian, Solleh terlihat gadis berpakaian merah jambu menegur kawanya.
“ Rahman..Rahman.. tu Zati, lawa la dia arini”. Solleh terkejut melihat kekasihnya. Maklumla pertama kali bertemu.
“yela kau, macam la selalu jumpa, kalau lawa pon buah hati kau, bukan buah hati aku”.
“Assalamualaikum”. “ Waalaikumsalam”.
“Lama ke tunggu kat sini?. Kita makan dulu jom, sementara nak menunggu 2 orang lagi rakan saya”
“Ha elok la tu, den ni pantang donga orang kato nak makan, jom”. tanpa segan silu rahman bangun dan menuju salah satu kedai makan berdekatan.
“ Ha, Rahman dah pergi tu, awak nak makan ape pulak Solleh?”
“ape-ape aje” jawab Solleh ringkas.
Kelihatan dua orang rakan zati datang membawa pingan menuju tempat mereka. Hana dan Mira, mereka hanya tersenyum memandang Solleh dan Rahman. Si Rahman tidak memandang apa-apa melainkan hanya makanannya. Seolah-olah tiada apa yang berlaku disitu. Selepas selesai makan, mereka berlima hanya menghabiskan masa untuk berbual di salah satu kedai makan.
“ Rahman. Nanti awak nak sembahyang jumaat kat mana?”
“hm.. Kat mana lagi masjid yang ada selain KUIS?”
“hihihi..kat KUIS je la yang ada, kat mane lagi.”
“usah ditanya kalau begitu” Rahman dan Solleh memberikan bag mereka kepada zati untuk di jaga, sementara mereka solat jumaat.
setelah selesai solat Jumaat. Rahman dan Solleh keluar dan mendapati Zati dan Yana sedang menunggu di belakang masjid.
"zati.. ambil la bag ni. cuak aku tengok dia pandang aku lain macam je. mungkin dia marah" yana menghulurkan bag Rahman kepada zati.
" dia tak kesah kot".
Selepas berjumpa dengan beberapa lagi sahabat zati. Rahman dan Solleh keluar untuk kembali kerumah.
“Man..lepas aku jumpa dia, aku rase tenang je, macam masalah kitorg dah hilang, sejuk je hati aku sekarang”
“ha bagusla tu, lepas ni tak payah aku sebok-sebok nak dengar kau gaduh-gaduh”. “ ha tu train dah sampai. Jom”.
Sunday, May 16, 2010
malam.....
lpas maghrib tadi dah siap ape2 yg patut....aku men game jap....tak sampai 15 minit aku dah berhnti.aku ni bukan boleh men game lame2, cepat boring.
so lepas je isyak, aku pon capai kunci moto yg disangkutkan di dinding.
"mak along nak pegi rumah solleh".
"ok". mak aku membalas sambil matanye mengadap komputar riba. Aku klua menghidupkan moto kuningku yg mantol tu. broooommmm...haaaaaahh lega aku dapat klua selepas skian lama hujan menghalang perjlannku.tapi Alhamdulillah,hujan rahmat tu
"Assalamualaikum.....solleh.."sambil aku mematikan enjen moto.sempat lagi aku melihat gelagat kucing putih yg sedang bermain di tepi jalan, sementara solleh menunjukkan wajahnye...
"Hoi!!"..sergah solleh."ha nak ape malam2 buta nie?" ceh padahal baru pkul brapa.
"we jom g ngeteh, aku lapar la pulak".aku mengajak de makan kat lua...
"ok tggu jap aku nak mandi"
moto kuning aku dihidupkan sekali lagi....kali nie aku nak g ngetah...sampai la aku ngn solleh kat kedai cik rozi,
ketika aku nak tarik kerusi, untuk aku duduk. tiba2 aku terjumpa member aku.lama gak tak jumpe dia.
"we azwa sini ar...awat duduk sorang je tu...."aku memangil Azwa untuk duduk satu meja.
"we sebenarnye aku tak boleh masuk rumah nie we, aku tak tau mak aku g mana, dah jadi macam ape dah aku nie" azwa tiba2 meluahkan isi hatinye..habis dia cerita kami pon gelak..ape yg kelaka aku pon tak tau.
tiba2 de sruh aku belanja.takde maknenye.time2 macam nie aku tgh kedekut lagi dia mintak.ku seluk beg kecil ku. 10 ringgit je yg ade.masak aku kalau btul2 de suruh bayar.
broommm...honda wave putih pon berhenti kat belakang aku.
azwa pon bersuara."ha tu pon kawan aku, aku takde member, so aku ajak la dia tmankan aku"
dalam hati aku.."alhamdulillah, tak payah aku risau nak belanja, hahhhaha"
selepas dia melangkah pergi. hasan pun tiba untuk menambah lagi jumlah idea utuk berborak.
macam2 yg kami ceritakan.tentang sekolah,belajar,kawan, n macam2. jam menunjukkan 10.30 mlm. selepas aku bayar aku pon hantar solleh.dan terus pulang.
hah malam yg diisi begitu saja.. balik je aku trus on9...menanti si dia jika turut on9.
tiba2 dia muncul....sukenye hatiku.....n sampai skarng..dia masih ade..tak tido2..nak kacau lagi, aku takut....hahaha..bukan ape...de ade kelas esok....
hah...
assalamualaikum
Saturday, May 15, 2010
SeLaMaT HaRi GuRu........
guru ni sbnarnye tungak utama dalam mmbntuk insan akan dtg????
mereka akan mencorak bgaimana kehidupan generasi akan dtg......
16 mei..tarikh keramat...sebut je 16 mei...org tau owh tu hari guru....
dikesempatan ini aku ingin mngucapakn selamat hari guru kepada semua cikgu,guru,ustazah,ustaz,teacher,lecturer di Malaysia.
terutamanya yg telah mendidik aku nie ha...dari tak tau ape3 tentang pelajaran..
first skali tentulah cikgu yg amat aku sygi...yg telah mendidik aku dari mula aku mngis..knal ape mak? ape itu abah?? mngjar aku tanpa penat..tahan je ngn kerenah aku....
cikgu yang paling aku hormati Harlina Bt Abdul Karim......mak aku sndri...
strusnye Abah Aku Abd Jalal b Isnen...mereka ni cikgu,sifu aku untuk berjaya
keh stusnye aku nak ucapkan cikgu yg mngjar aku kat sekolah..
dsbbkan aku tak pnah ade tadika so aku darjah 1 3 kali...hehhehe
kat sk lktp belitong....yg aku ingt je la eah
mak aku sndri, Cikgu Harlina(drjah 1, mase tu aku 5 taun)
cikgu Rafidah (drjh 1, mase tu aku 6 taun)
cikgu Noresah (gru klas darjah 1)
cikgu Maslizawati(drjh 2 & 3)
cikgu nizam(drjh 4) ingt lagi de marah aku...wahahhah
cikgu Zaiton(drjh 5)
dan cikgu3 lain..maaf ramai sngt...hihih
pastu darjah 6 aku pindah skolah
sk bandar t6
cikgu Ismadi(gru kelas drgh 6)
ha yg ni pon ramai
cikgu Sabariah,Cikgu Rohani, Cikgu Norazlin, ustazah Hafizah
pastu aku dah beso siket je la
aku skolah kat
SMK Bandar T6
Cikgu Jariah(tg 1)
Cikgu Shahrulbariah(tg 2)
cikgu Saref(tg 3)
cikgu Herdawati(tg4)
cikgu Asyeeq ( tg 5)
taklupe juga skolah agama
Ustazah Fatimah ( fardu ain) skng nie tak tau de kat mane....
Ustazah Rahila(darjah 1)
ha yg ni aku lupa ape tah name ustazah tu mase aku darjah 2..ok takpe
ustazah Anita (darjah 3)
ustazah Zuraidah( darjah 4)
ustazah Azmah (darjah 5)
ustaz Salleh (darjah 6)
ustaz Mazihan,uztazah Zaidah, ustazah Syarifah, Ustazah Zainon.....
last skali kpada Lecturer aku kat UiTM jengka Pahang....
Selamat hari Guru Kepada semua yg pernah mnjadi guru
tak kesah la kpda rakan3 ke adik ke....yg penting yg pernah mngjar...so dia adalah cikgu..
kpada bakal2 cikgu....Nur Farhana ye.....jd la pendidik yg berjaya mlahirkan sorg insan bukan sorg setan.....
Ilmu yg telah kau curahkan akan ku gunakan untuk mmbntuk diri mnjadi seorg insan yg berguna..aku memeohon restu dan berkat cikgu3 untuk aku lebih berjaya...untuk aku tabah mengharungi segala onak dan duri...
dirimu umpama lilin yg sngup membakar diri untuk mnerangi kegelapan
akan kubalas jasamu dgn ku buat kau tersenyum dgn kejayaan anak didikmu......
SELAMAT HARI GURU....
AyAm oH aYam
Pemuda: Bang..abang tak apa-apa ke?
Samad: Ha.. ha... ha... !
Pemuda: Bang, kenapa bang?
Samad: Hahaha.. budoh punya ayam, engkau nak lari ke mana?Alamatnya kan ada pada aku! Hahahahaa..