Friday, May 29, 2009

Sirah: Kecacatan tak halang Amar untuk berjihad

__ Sirah: Kecacatan tak halang Amar untuk berjihad

AMAR bin Jamooh adalah seorang lelaki yang tempang dan mempunyai
empat anak lelaki yang sentiasa menemani Rasulullah dalam beberapa
peperangan mengembangkan agama Islam.
Ketika Perang Uhud meletus, Amar teringin hendak menyertai peperangan
itu.

Beberapa penduduk memberitahunya bahawa beliau dikecualikan daripada
menyertai perang disebabkan kecacatannya.

Beliau menjawab: "Khabar itu sungguh menyedihkan kerana anak-anakku
yang sentiasa menemani Rasulullah dapat masuk syurga, namun aku pula
ketinggalan di belakang."

Isteri Amar juga mahu beliau turut berjuang di medan perang dan gugur
sebagai seorang syahid supaya dia memperoleh penghormatan menjadi
janda kepada seorang pejuang Islam yang gugur syahid.

Beliau mendesak Amar dengan berkata: "Aku tidak percaya bahawa mereka
melarang kamu daripada menyertai perjuangan itu.

"Nampaknya suamiku Amar, kamu takut hendak pergi menyertai
pertempuran itu."

Mendengar desakan itu, Amar melengkapkan dirinya dengan senjata dan
memohon kepada Allah sambil berdoa menghadap kiblat seraya
berkata: "Ya Allah, janganlah biarkan diri aku ini kembali kepada
keluarga aku."

Kemudian Amar menemui Rasulullah dan berkata: "Sesungguhnya aku ini
selalu mencintai akan gugur syahid di medan pertempuran tetapi
saudara Islam yang lain melarang aku daripada menyertai peperangan.

"Wahai Rasulullah, aku tidak dapat menahan lagi keinginan hatiku ini.
Izinkan aku menyertai peperangan itu. Aku dapat berjalan di syurga
bersama kaki aku yang tempang ini."

Lalu Rasulullah bersabda: "Amar, kamu mempunyai sesuatu sebab. Oleh
itu tidak menjadi halangan sekiranya kamu tinggal di belakang".

Amar tetap mendesak Rasulullah dan melihat kepada keinginannya yang
begitu mendalam itu terhadap syahid maka Baginda pun membenarkan
beliau menyertai peperangan itu.

Abu Takhak menerangkan: "Aku melihat Amar berjuang. Beliau berjalan
dengan kakinya yang tempang seraya berteriak: `Demi Allah! Aku ini
amat mencintai syurga.

"Seorang daripada anaknya mengikuti beliau. Maka kedua-dua beranak
itupun berjuanglah sehingga mereka gugur syahid dalam peperangan itu."

Isteri Amar datang untuk mengambil mayat suami dan anaknya.

Apabila mayat itu diletakkan di atas unta. Unta berkenaan enggan
berdiri. Walaupun dipaksa dengan pukulan sebat yang tersangat pedih,
unta itu tidak mahu pergi ke Madinah sebaliknya asyik memandang jauh
ke arah Uhud dari masa ke semasa.

Apabila Rasulullah diberitahu peristiwa itu maka baginda
bersabda: "Sesungguhnya unta itu diperintahkan berlaku demikian,
adakah Amar pernah berkata sesuatu sepeninggalan beliau dari
rumahnya?"

Lantas isterinya memberitahu Rasulullah bahawa sebelum Amar
meninggalkan rumah, beliau mengadap kiblat sambil berdoa: "Ya Allah,
janganlah biarkan aku ini kembali kepada keluarga aku."

Maka Rasulullah menjawab: "Inilah sebabnya unta ini enggan pulang ke
rumahnya."

Lihatlah betapa mendalamnya keinginan Amar hendak gugur di jalan
Allah. Oleh sebab itu sahabat mencapai darjat ketinggian di sisi
Allah.._,_.___

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

No comments:

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa