Assalamualaikum..
didalam kehidupan seorang manusia pastinya ada teman. semakin ramai maka wujudnya komuniti atau persatuan. ada juga kumpulan-kumpulan yang tidak langsung atau kumpulan2 yang diwujudkan. apabila satu organisasi atau kumpulan ini ditubuhkan maka perlu ada seorang ketua. walaupun kadang kala kumpulan nak berjalan2 ke bandar atau shoping kompleks maka akan ada seorang ketua secara tidak langsung memudahkan pergerakkan mahupon untuk menyatakan sesuatu keputusan..
kumpulan tanpa ketua samalah ertinya kapal tanpa nakhoda atau kereta tanpa stereng. amat sukar untuk memandu kearah satu tujuan. Ya sungguh sukar bukan, untuk mengerakkanya?
dalam memilih ketua kita perlulah menitik beratkan ciri-ciri yang baik agar kereta yang dipandu itu mudah bergerak tanpa ada masalah. sukar untuk kita memilih ketua yang baik jika kita tidak mengenalinya. dan kadang2 sifat2 kepipimpinan ini sengaja disorokkan supaya seseorang itu tidak dipilah menjadi ketua.
ciri-ciri yang baik dari seorang ketua ini tentulah dari akhlak dan budinya dan yg utama si ketua perlulah mempunyai sifat2 kepimpinan seperti mudah membuat keputusan yang cepat, mudah memberikan idea2 yang membangun, dan lain2. yang utama ketua memiliki sifat keberanian untuk menegur dan mengubah untuk kebaikan suatu organisasi.
tentu sekali kita sudah mempunyai pengalaman dalam berurusan secara berkumpulan. pastinya anda juga pernah mempunyai pengalaman ketua yang tidak buat apa2. yang hanya tahu mengarah, hanya gah dan menunjuk2 jika ada yang diperhatikan. he he he.. tentunya anda marah bukan? untuk menjadi ketua ini bukan mudah jika kita tidak mengetahui kenapa kita menjadi ketua.
sebagai ketua dia perlulah faham tugas seorang ketua itu sendiri, selain itu ketua perlu lah tahu segala urusan dan mengenali orang dibawahnya dan mudah berkomunikasi dengan org lain. ini tidak anak buah sendiri tidak kenal bila ditanya itu ini ketua sendiri pon tak tahu nak jawap apa. kan susah.
ketua juga tentunya melalui perlantikan dan pastinya akan timbul sedikit masalah jika orang yang dilantik itu ada sesetengah tidak setuju. namun kita perlulah bersikap positif, cari kebaikan ketua itu dan bandingkan dengan calon2 yang lain supaya kita tidak tersilap pilih. jangan kerana calon ketua itu rakan kita, kita akan tutup semua salah dia dan tutup semua kebaikan calon2 yang lain, amat tidak profesional. jadilah orang yang bertanggungjawab. dan jangan hanya mengutuk didalam suatu organisasi itu orang kata "tin kosong" hanya berbunyi je lebih tapi ape pon takde.
sebagai ketua juga kita haruslah beringat apabila kita sudah dicalonkan sebagai ketua maka akan ada musuh kita. jangan sentiasa selesa dengan pujian sehinggakan sedikit pun tidak ambil peduli dengan keburukan yg kita ada, pastinya ada yang membangkang, mana teguran yang baik kita ambil dan ubah.. jangan cepat melenting releks dan tenang dengan tugas kita sebagai ketua.
Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya.
Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang
suami pemimpin
dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri
pemimpin dan
bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan)
bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas
penggunaan harta ayahnya. (HR. Bukhari dan Muslim)
contoh ketua dan pemimpin yang paling TERBAIK!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tentunya Nabi Muhammad.. dan ramai lagi tokoh2 pemimpin islam yang dapat kita contohi..