Saturday, November 19, 2011

untuk yg ke 200

assalamualaikum 

entry yg ke 200 takde apa yang di kongsikan... =)

kau aku,aizat cover by aku.


pastiku bisa,6cent cover by aku jugak ahaks

oke aku dah pon sampai ke jengka, untuk mnruskan perjuangan.=)
tak sdp jngn complain..sbb mmg tak sedap pon..=)

Saturday, November 12, 2011

Malaysia Boleh....




Konti njen negara berarak masuk
pada majlis pembukaan di Stadium Gelora Sriwijaya, malam tadi.
Konti njen negara berarak masuk pada majlis pembukaan di Stadium Gelora Sriwijaya, malam tadi.
Atlit negara turun buru 45 emas hari ke-2

HARI ini adalah detik terbaik untuk atlit Malaysia tampil mengotakan janji ketika 45 pingat emas menjadi rebutan di dua lokasi - Jakarta dan Palembang dengan acara seperti karate, olahraga, renang dan menembak menjadi sandaran utama kontinjen negara. 

Di Jakarta, atlit negara akan memburu 19 emas dipertandingkan pada hari kedua manakala 26 menjadi tumpuan di Palembang ketika bersaing menentang 10 negara jiran lain termasuk tuan rumah, Indonesia.
Di Kolam Renang Jakabaring, ratu renang negara Khoo Cai Lin dilihat berpotensi menyumbang emas menerusi 200m gaya bebas wanita dan 4x100m rampaian wanita bersama Christina Loh, Marellyn Lammert dan Chan Kah Yan.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel, Nur Suryani Taibi dan Nur Ayuni Farhana Abdul Halim turut menjadi tumpuan sebagai penyumbang emas dalam acara menembak 50m air rifle 3 position wanita dengan atlit karate, Jamalliah Jamaluddin disebut prospek besar menyumbang emas pertama kontinjen negara. 

Dalam acara olahraga, pemegang rekod kebangsaan lontar peluru lelaki, Adi Alifuddin Hussin dan atlit 3,000m larian berhalangan wanita, Melinder Kaur dilabel bakal menuai pingat menerusi disiplin masing-masing. 


sumber (berita harian,12.11.2011)


Alhamdulillah dengan segak berpakaian baju melayu dan baju kurung atlit malaysia masuk ke stadium yang akan menjadi saksi perjuangan mereka...=) 


aku bukan minat sangat sukan nie tapi kalau ada pemain kita insyaAllah akan aku tgok..=) 


semoga berjaya semua..MALAYSIA BOLEH...walau ade suara2 sumbang,hiraukan mereka..=)



Thursday, November 10, 2011

tips nak buat entry dan ber"blogging"

assalamualaikum

PERHATIAN!!!!
jangan lupa baca ayat terakhir sebelum anda meningalkan blog ini..

okeh sekarang aku akan kongsikan beberapa tips untuk anda



  1. JANGAN SESEKALI UPDATE TIME TAKDE PERASAAN. sebabnya masa2 macam ni la enty anda akan terabur tak tau ujung tak tau pangkal, mula la dah mengarut sana sini.(mcm yg sllu aku buat) ahaks.
  2. JANGAN SESEKALI UPDATE BLOG TIME TAKDE IDEA. hmm tak payah la nak gatal2 update blog kalau takde idea, hah amik la nnt tajuk nye lain isinye lain lepastu mula la nak merungut, ARGHHHHHH AKU TAKDE IDEA!!!!! ni yg tak best nie...ahahha aku pon nak menjerit sama.
  3. JANGAN MENAIP KATA KESAT DAN LETAK GAMBAR TAK SENONOH. huh agak tidak sopan disini. mmg la tu blog korang hah nnt mula la..."suke ati la blog aku, bukan blog korang" kuang3. mmg la tapi kan itu bahan bacaan orang agak tidak selesa la..=) bukan ke kita kaya dengan bahasa2 yang indah lagi mempersonakan?
  4. JANGAN MENAIP TERLALU PANJANG DAN BERJELA. huh sungguh memenatkan, kalau dah taip panjang2 standard novel dan drama bersiri endon. kebiasaanye aku pon akan baca separuh, tu pon kalau rajin la, ahaks
  5. LETAK GAMBAR YANG SESUAI DENGAN CERITA ANDA. ahahhaha ni cerita beria pasal pemain bola sepak, kononye bangga jadi rakyat malaysia, letaknye gambar orang perah susu kambing, gambar bendera bangladesh. ape ce...biar la rasional, ahaks..
  6. SENTIASA BERINGAT DENGAN PERKATAAN ANDA. hmm jaga tahap kebebasan bersuara, tak payah la dok mngata bgsa2 lain yg boleh menimbulkan isu perkauman, ataupon isu2 yang menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri, jaga jugak ayat2 kita agar tidak tersilap dan tersalah.
  7. GUNAKAN BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI.ahahhaha takde la faham sangat bahasa yg aku sllu pamerkan, tapi ok la.=)kalau tak faham tu jngn marah ha.=)
  8. IKHLASKAN HATI ANDA. yelah kita terdedah dengan dunia tanpa sepadan nie jadi semua kehendak masing2 terpulang sama ada dia nak baca atau tidak.jangan sedih la pulak kalau blog anda takde orang nak baca=) blogging hanya sekadar suka2 dan berkongsi...
  9. BUAT KAJIAN SEBELUM POST. selidik dulu apa2 fakta yg nak post, sama ada betul atau tidak,agar tidak tersilap nnt, takde la orang marah atau menimbulkan bnyak tanda2 tanya, lagi2 tentang hukum dalam islam dan hadis2.hujah2 tu kene tepat dan mudah difahami....ha baru cantik
itu la serba sedikit pendapat yang diilhamkan dari Allah..=)

KEPADA yg baca, terima kasih bnyak2, kalau ade kesilapan agar dibetulkan.=)
KEPADA yg xbaca, terima kasih kerana mengunjung blog nie.=)


wassalam

Saturday, November 05, 2011

salam aidil adha

selamat hari raya aidil adha aku ucapkan kepada semua umat islam di malaysia khasnya, umat islam seluruh dunia amnya, dan tak lupa juga kepada pembaca setia blog ini(ade ke?) hihihii

tak kesah la apa yang dikorbankan esok hari, biarlah niatnya nawaitu kita hanya kerana Allah, bukan kerana ingin menunjuk2 yang kita ni ade duit boleh korban itu ini atau pon hanya kerana ingin mencari nama.
Qurban itu diambil dari perkataan Qarib yg bermakna "dekat"
insyaAllah dengan amalan kita dan pengorbanan akan mendekatkan diri kita pada Allah. =)

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

salam aidil adha.

n_n

Friday, November 04, 2011

soal dan jawab, baca dan senyum...=)

assalamualaikum....

oke ni permintaan dari junior aku Kabira Omar.

de suruh aku buat yang kat bawah ni..

dan anda juga mungkin menjadi mangsa seterusnya.

jawab dan tanya balik..mudah kan?

first sekali korang kene korang kene pahamkan ini...

RULES!
• No tag back !
• You must post these rules
• Go to their page and tell them you have tagged him/her
• You have to choose 11 people to tag and link them on the post
• Each person must post 11 things about themselves in their journal
• Answer the question the tagger set for you in their post. And create new eleven question for the people you tagged to answer

oke aku dlu.

11 perkara tentang saya.
  1. saya lelaki
  2. saya anak mak dengan abah
  3. saya 20 taun
  4. saya beragama islam
  5. tak suka keganasan
  6. suka buat lawak
  7. tak suka makanan laut(takleh makan)
  8. suka bermain muzik
  9. tak suka nyusahkan orang
  10. suka duduk sorang2
  11. tak suka merokok...=) katakan TIDAK pada rokok
jawap lak soalan

1. korang suke makan ape?
makan mee bandung..johor je..tmpat lain takde..
2. warna ape yang korang suke?
aku suka warna PUTIH
3. tempat melancong yang korang nak pegi
Makkah al-mukarramah insyaAllah amin
4. cita cita masa sekolah rendah dulu ape?
dulu nak jadi askar,cikgu,peniaga
5. korang suke tak tengok blog ni?
tak tau la sebab baru tau ko ade blog..ahahahha
6. kat mana tempat korang belajar sekarang?
sekarang belajar di UiTM Jengka kampus khazanah alam..dihatiku..=)
7. sudi tak kawan dengan i? kenapa?
sudi sebab ko gila..ahahhaa..takde sebab untuk untuk menjadi musuh..=)
8. suka tak kawan banyak cakap?
tengok masa, kalau tengah boring tu ok la..klau tengah serius pon nak bercakap, mau nak kene penampo
9. bile mase korang penah jatuh cinta?
masa kecik2 lagi dah jatuh cinta.ahaks
10. binatang kesukaan korang?
suka anjing. tapi pasal takleh pegang, KUCING la...comel
11. gajet yang korang paling nakkan sangat2!
ape2 la dari product apple..betul2 aku nak..=) keje nt aku keja..

ni soalan untuk korang pulak
  1. perdana menteri pertama?
  2. siapa idola anda?kenapa?
  3. siapa orang pertama yang anda cari kalau ada masalah?
  4. kereta kegemaran anda?
  5. impian anda?
  6. kalau anda diberi peluang untuk mnjadi PM, apa yang akan anda ubah dalam negara?
  7. suka tak singgah kat blog nie?
  8. suka tengok boboiBoy???kenapa?
  9. kenangan manis masa zaman sekolah,nyatakan 1
  10. nak tak menawan gunung everest??? kenapa?
  11. apa pesanan untuk tuan punya blog ni..?.=)
oke tag 11 orang
  1. syahrafi
  2. erry
  3. asyraf
  4. my buddy wanie
  5. iffi
  6. syima
  7. izzati
  8. makcik izati
  9. syika
  10. munir
  11. n my sister...Syhuhadah
okeh ini antara yang aku pilih...tahniah aku ucapkan..cewah...tapi kalau taknak buat pon takpe..tak dapat hadiah pon..=) k selamat menjawab

hanya itu yang mampu membuat aku tersenyum....






Assalamualaikum..

Alhamdulillah debaran sudah pon terhenti...walau apa pon keputusannya aku redha...

dan Allah berikan yang terbaik untuk aku..=) semua lulus...walaupon pointer aku turun...aku tak kesah..bukan itu yg aku target...apa2 pon terima kasih kerana memberkikan aku peluang ini.

terima kasih ALLAH




ni result aku????Alhamdulillah =) aku terima seadanya




terima kasih kawan2 yg dah wish...=) walau stkt tau lulus je kan...tapi itu dah memadai..=)

terima kasih jugak kepada lecturer2 yang sudi menanda kertas aku yang tah hape3 tu..=)

insyaAllah langkah semakin selesa untuk aku ke sem akhir...diharap lepas ini lebih baik...YaAllah bantu hambamu ini....

kepada rakan2 yang tak dapat lagi..harap bersabar..dan rakan2 yang tak dapat apa yg dikehendaki....bersabarlah..ada hikmah disebalik ketentuan itu...

wassalam

Thursday, November 03, 2011

kehangatan penuh debaran.


assalamualaikum

4.11.2011

ade apa kat tarikh diatas nie???

kehangatan malam anugerah skrin pon tak macam nie beb. aku tak amik kesah pon.. tapi tarikh tu adalah tarikh keramat.

TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UiTM



bukan ade ape3 bagi korang pon kan? tapi ini hari penentuan aku.. sem 5 punya keputusan.
doakan aku mendapat keputusan yang baik..=) jika keputusan yang tidak seberapa, mintak ditabahkan hati ini agar menerima segala ketentuan..

Senang je nak kenal orang johor atau bukan..

assalamualaikum...jumpe lagi arini...korang tau tak orang johor pon ade treade mark yg tersendiri?dan ada cara untuk mengenali anak jati johor tanpa bertanyakan asal mereka....hah..cuba korang baca aritkle yg dah aku copy dari blog senior aku...ahaks...jom belajar...


1) Manusia Johor kebanyakkan ayat mereka akan diakhiri dengan 'ekk'. Contoh, "ini kau punye ekk?", "macam mana nak buat ni ekk?", "uit, nama kau sape ek?" dan etc.


2) Manusia Johor merujuk kepada Johor Bahru sebagai Johor dan tidak JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, ia bermaksud Johor Bahru (JB), bandar dan bukan Johor, negeri ini. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Bahru seperti di Masai-chusettes umpamanya. Contoh: beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? Jadi, jika dia sudah berada di Johor, tak kira di daerah mana - jika penduduk tempatan kata nak pergi Johor, ia bermakna nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok berkata, "Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Atau lebih teruk lagi, jangan memandai nak tambah 'ekk' dengan soalan itu.


3) Manusia Johor menyebut Muar sebagai MUOR. (Kena juih bibir sikit) Malah korang melafazkan semua yang berakhir dengan "AR" sebagai "OR" Contoh: Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok). besar, BESOR? Slipper, SLIPPOR? Aku tergelak. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (Ular), pagor (Pagar) dan lain-lain.


4) Manusia Johor walau dia seorang yang pendiam pun, kalau sekali dia buat lawak, boleh gelak sampai guling-guling beb. Manusia Johor senang diajak berborak, bergurau sebab sikap humor yang ada dalam diri. Hampir semua manusia Johor pandai loyer buruk, tak kira la bandar atau luar bandar.


5) Manusia Johor ada ENDUT. Kalau tak pernah berendut, pasti pernah ada endut atau busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat: Haa ... kau dah ada endut yer? Kau pergi berendut kat mana? Orang berendut dia pun nak berendut. Endut ialah teman lelaki atau teman wanita. Berendut tu macam pergi dating la.. hah hah hah.


6) Kat Johor femes otak-otak, gula tarik, gula kandy, sagun. Tapi dah jarang dapat gula tarik. Best woo, boleh tarik panjang-panjang.


7) Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Rasanye Sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapura, Sebab itulah pengaruh barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. Jadi, tak heranlah kalau Kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash dan sebagainya. Boleh pakai ke teori ni?


8) Kenduri kawin ada Telur Pindang Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan bahawa cita rasa istimewa.Lepas rebus, telur akan berwarna coklat. Kedua-dua kulit dan isi. Biasanya orang buat telur pindang ni untuk majlis khas, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, kita boleh tahu kelas sosial rumah tuan - biasanya orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni Sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam. Oleh itu menggunakan kos yang tinggi.


9) Manusia Johor baju simpan dalam GEROBOK. Tidur pakai GEBOR. Tidur atas LECA. Jotos bermaksud luku. Contoh, "aku jotos pale ko kang"


10) Manusia Johor boleh dapat siaran daripada Singapura. Aku pun suka layan tv singapore sebab dorg tayang movie best-best..hah hah hah. Kekadang manusia Johor dapat juga channel daari seberang, contoh RCTV, SCTV.


11) Manusia Johor semua cantik-cantik dan kacak-kacak..ok! ini aku tambah..tapi benar!..keh keh keh


p/s> orang Johor open minded, tak kesah la korang ni dari negeri mana, loghat korang pekat ke, kitaorang still akan get together dengan korang. dan Johor adalah kawasan yang selamat untuk dikunjungi.

Wednesday, November 02, 2011

majlis makan malam

assalamualaikum

hush dah lama rasa aku tak hupdate ye....ok semalam aku telah menghadiri majlis Malam anugerah juara antara juara. heheheh aku mewakili MT Alumni SMK Bandar T6...

kira ok la majlis de,..dinner..makan nasi goreng, sate, daging kambing bakar,...kenyang gak la...=)

aku mula2 datang pakai sempoi je,jeans ngn t-shirt..sat lagi kene balik, tuka kemeja...adeh..nasib bek la rumah dekat...=) so kami pon datang lambat..hmmm
kenal sapa?? ha najwa latif...aku takde gambar ngn de...so yg tu adik aku dan cikgu aku..=)
ha ni aku dengn cikgu kimia,cikgu fizik...=)
cikgu +math...lama tak jumpe de..=)
ha tu cikgu2 lelaki, dari kiri cikgu BM,cikgu sukan,aku,cikgu LK,cikgu BIO dan 2 orang kawan aku..=)

cikgu kimia..=)

dah lama aku tak berbual dengan cikgu2 kat SMK Bandar T6 nie...=)
walaupon ade gak cikgu2 baru tapi masih ramai cikgu2 lama...

terima kasih menjemput kami untuk makan malam nie...=)

tu je aku nak cita..=)

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa