Monday, September 26, 2011
baru tau erti penyesalan
Friday, September 23, 2011
INGATLAH
“ SubhanaAllah, cantik ciptaan Allah, tapi dapatkah aku melihat kecantikan ini lagi nanti? Adakah aku dapat merasai nikmat ini lagi?”. pelbagai soalan yang lalu lalang dibenak fikiran Arif. “rindunya aku pada sungai Allah sungai-sungai disyurga Allah, SubhanaAllah”. Merasakan gentar pada diri memikirkan amalan yang selama ini tak seberapa. Arif memikirkan keadaan didunia yang seolah-olah menengelamkan akhirat, solat yang celam-celum, al-quran tidak dijadikan sahabat, zikir tidak dijadikan lagu hiburan hati.
“YaAllah, apakah diri ini diterima nanti?” persoalan terus menerjah minda anak muda itu. Malu rasanya dengan pencipta tatkala hanya mencari ketika ditimpa masalah dilupkan bila sudah senang dengan nikmat dunia, “YaAllah aku lalai YaAllah”. Malu rasa merindui Syurga Allah jika dibandingkan dengan amalan yang dilakukan. Terasa amat tidak berbaloi dengan apa yang dikutip sebagai bekalan untuk menjadi tiket masuk ke Syurga Allah. Malu rasanya bila mintak yang macam-macam dari Allah sedangkan apa yang diperintahkan oleh Allah tidak dilakukan sebaiknya.
Langkah anak muda itu semakin lemah. Arif meneruskan perjalanan meningalakan anak sungai itu tadi. Kelihatan anak kecil lari berkejaran antara satu sama lain, ada yang mengayuh basikal tidak kurang pula yang hanya duduk ditepi tangga memerhatikan rakan-rakan sebaya menghiburkan hati. Arif tidak ketinggalan mengingti masa kecil dulu, pernah bermain guli, gasing, ada juga panjat pokok, kononnya ingin membuat rumah diatas pokok. Terukir senyuman anak muda itu mengenang kembali masa kecil bagai ingin mengundur masa, untuk menjadi kecil comel kembali.
Sekali lagi persoalan ditimbulkan didalam hati,
“Adakah aku menjadi anak yang baik kepada kedua orang tua aku? ”
“ adakah layak aku digelar anak solleh, sedangkan hati ibu disakiti hati si ayah dilukai".
“adakah selesa aku didunia dan diakhirat, tatkala mengingkar kata-kata ibu, menghiraukan larangan ayah?”.
"yaAllah, aku banyak membuat khilaf kepada kedua ibubapaku". "aku masih tidak cukup untuk menjadi eset mereka lagi, sebagai penambah saham pahala mereka". malunya
Hati anak muda itu semakin resah dan gundah pabila soalan-soalan itu masih lagi tidak terjawab.langkah demi langkah meningalkan si anak kecil sedang bermain, namun semakin bertambah persaoalan diminda. Melintas si gadis desa dihadapan mencuri perhatian Arif. Astaghfirullahhalazim, mungkin aku terlupa sesuatu yang satu hari aku perlu berkahwin. “duit tak ada, kerja pon belum tentu, tetap teringin nak berkahwin, lupakan sahaja la arif” sekali lagi terukir sedikit senyuman dibibir Arif. Makin bertambah persoalan diminda, namun yang dihiraukan sekarang adalah persoalan tadi.
HAYYAALASSOLAAAAAH!!!! Tatkala laungan azan memangil si pemuda. Langkahnya terhenti pabila terlihat sekumpulan remaja yang jauh lebih muda dari arif, berjalan sekelompok menuju Masjid Nur Iman, “Alhamdulillah ada juga pemuda seperti mereka mengisi saf-saf dimasjid ini”. Kalau dulu mungkin perlu mengajak mereka yang muda untuk ke masjid, kadang-kadang perlu dimarah, itu pon belum tentu mereka datang, Alhamdulillah semoga Allah memberikan lebih ramai lagi hidayah kepada mereka untuk menuju ke rumah Allah. Arif terus melangkah menuju pintu masuk Masjid, lengan baju dan seluar dilipat. Kepala paip dipulas, satu persatu anggota wuduk dibasahkan dari muka ke kaki sebagai syarat sah solat nanti.
“assalamualaikumwarahmatullah, assalamualaikumwarahmatulla”.
Arif duduk seketika sambil memikirkan apa yang ingin dilakukan seterusnya. “haaahhhhhhhh” arif berasa lega. “Alhamdulillah, solat pon dah buat, so sambung jalan balik”. Selipar disarung rapi, dan kaki meneruskan langkah sepi.
“Krinnnnnggggggg…..krinnnggggggggg” telifon bimbit arif berbunyi.
“Assalamualaikum, Along balik sekejap mak suruh beli air, abah nak ke pekan sekejap”
“Baik abah, Along balik ni”
Preeeeeeeeeeeeetttttt!!!!!!!!!!!!!!!!! Preeeeeeeeeeeetttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!
Deruman motor menyedarkan Arif dari khayalan, tak sedar air mata jernih mengalir dipipi,sayu wajah anak muda itu dan meneruskan langkah ke tempat yang sudah dirancang selepas solat tadi. Para remaja bermotosikal itu berlalu, dan sekali lagi Arif berbisik. “Alhamdulillah aku tidak diajar seperti itu, semoga mereka diberikan hidayah untuk berubah, menjadi orang yang berguna”. Langkah demi langkah meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju, kini laluan yang agak bersemak dipilih sebagai laluan.
Kini sudah tiba di tempat yang dituju, lalu sepemuda membersihkan kawasan persekitaran dari rumput dan lalang agar kelihatan bersih, “ Mak, along datang ni mak, Abah, Along datang ni abah” sekali lagi mengalir air mata sebak menatap pusara ayah dan bonda, Al-Fatihah dihadiahkan dari Arif sambil tangan terus bekerja merentap rumput-rumput yang mula memanjang.
“YaAllah, Ya Rahman Ya Rahim, Kau peliharalah ibubapaku YaAllah, Kau luaskanlah Pusara mereka YaAllah, kau kasihanilah mereka YaAllah. Kau rahmatilah kedua ibubapa kami yaAllah, Kau berikan ganjaran syurga kepada mereka YaAllah, Kau jauhkanlah mereka dari seksa kubur YaAllah, kau jauhkanlah Neraka untuk mereka yaAllah, kau berikanlah kesenagan dan kebahagian diAkhirat YaAllah. Amin,amin amin yarabbal alamin.
Langit bermandikan cahaya jingga, burung berterbangan menuju ke sarang, hari malam sedang mengambil tempat mengantikan siang. Langkah anak muda mula menuju ke teratak yang menjadi tempat kenangan bersemadi.
rahman's artwork
wassalam