Saturday, May 28, 2011

mungkin ini.

saat jantung berdetak
tika nafas masih dihembus
seluruh keringat masih dikerahkan
tatkala fikiran dihimpit kerisauan

soal hati tidak bisa ditanya
tentang perasaan yang tidak dikhabarkan
dimasa jiwa dirobek kuat
oleh kerana seorang pecinta

ya. aku masih lemah
ya. aku masih terkapai
tidak bermakna aku
tiada perasaan

dibalik senyuman kusembunyikan kesakitan
dibalik girang ku teruskan perjalanan
walau racun yang kau berikan
ku telan sakit penderitaan

remuk hati dilangar kekusutan
punah semua impian
beribu janji kau patrikan
dimungkiri kerana satu penipuan

aku rasa ditipu
aku rasa dihina
aku rasa dipermainkan
aku rasa dilupakan

bagai digelakkan dibalik tabir hitam
berjuta persoalan cuba dileraikan

adakah ini kau angap percobaan?
ternyata kau silap memilih mangsa
bukan rupa dan harta yang kuharapkan
cukup sekadar sebutir kilauan kejujuran

wassalam

Friday, May 27, 2011

Adik YanG RajiN


Assalamualaikum..

ha kan aku kata aku nak update lagi tadi.. dan kali ni giliran adik aku. dia ni pon baru dalam dunia blogger ni. aku kenal abg dia, nsem orang nye...boleh la kalau korang nak kenal...ahahhaha

anak ke2 dari 6 adik beradik. seorang yang rajin.. dah tu je takleh puji lebih2.

dia baru abis SPM dan dapat result dah pon

TAHNIAH!!!!!!!!!!! sebab berjaya.

insyaAllah akan melanjutkan pelajaran di POLITEKNIK KULIM KEDAH... tuuuuuuuuuu diaaaaa...nun jauh disana. nak kalahkan abg dia la tu.. insyaAllah akhir tahun ni dia daftar..

Along doakan angah berjaya kat sana. =)

cita2 dia nak jadi chef.. nak masak2 la an...senang nnt abg dia kalau ade majlis, pangil dia je. tapi sekarang ni dia amik dalam bidang AKAUNTENSI kat kedah nun...nak ikut pakcik dia..

::GOOD LUCK::


senyum je dia...keh ini blog dia..selamat menjelajah ke alam sayu..


wassalam

mira si budak kecik...


.Assalamualaikum.

ape kabo sume? cewah mcam lama je tak jumpe.padahal baru tadi aku update blog..=)

kali ni sesi mempromote blog lepas ni ade 2 lagi n3 yang sama yang bakal menyusul. aku mulakan dengan si mira ni dulu dah lama dah dia mintak...(macam market sangat je blog aku ni) kuang3.. sory ye dik..

sekarang dia form 4, dia ni la yang kenalkan aku dengan pakcik frieandster n makcik myspace. kalau tak aku buta kot bende tu sume.. =) advance budak kecik dulu..

dia kata cita2 nak jadi doktor pakar sakit puan. tapi sekarang dia masuk kelas LK (lukisan kejuruteraan) mmg tak la an nak jadi doktor. kira nak ikut jejak aku gak nie..cewah. (hampeh)

ape2 pon aku doakan dia berjaya didunia dan bahagia diakhirat. semoga menjadi insan yang berguna pada kluarga masyarkat dan agama Allah..

taun depan nak SPM dah dia..so GOOD LUCK.

ops lupa.. mesti korang nak tau aku kenal dia mcm mana an? sbb gap umur jauh. =) (ade ke nak baca blog aku)

aku kenal dia masa dia form 1 dia satu group ngn aku masa kem kepimpinan pengawas. dia selalu la gak kene buli ngn aku, SORRY lagi sekali..hehehe...

panjang lak aku meleter.. ok ni blog dia. boleh la jenguk2 blog yang agak jiwang...ahahha.. klik



ni ha empunya badan..

selamat melawat ke blog beliau..=)

k

::wassalam::

SELAMAT HARI POLIS




Assalamualaikum.

aku rasa dah lambat kot aku nak post entry ni..tapi takpa..semangat nieh.

25 Mac yang lalu merupakan hari polis yang ke 204.

lama dah kan mereka mengawal keamanan negara kita?

jadi hari POLIS ni untuk mengenang jasa mereka yang bersedia setiap masa untuk menjalankan tugas menjaga ketenteraman Negara tercinta, Malaysia.

walaupon kadang2 ade jugak yang marah kat polis nie kan..(aku pon same je) hahah. tapi mereka amat lah penting...aku paling suka polis buat road block dekat jalan nak tangkap mat2 rempit. aku slalu la gak follow 999 tu....cayalah....hihih

jadi

TERIMA KASIH PAK POLISI

aku ingt lagi bila ada Hari polis ni, aku diantara yang akan mengambil bahagian dalam perbarisan. rasa tak best sebab kene berdiri tegak lebih dari 3 jam (penat kot) tapi yang best nye kita dikenakan pakaian yang segak dan smart. (segak ke aku ?) ahaha..dan juga kita dapat tengok macam2 pertunjukan anjing polis,kenderaan polis, pergaduhan dan perbarisan senjata dan majlis protokol badan beruniform. bukan senang nak dapat, cube korang masuk puteri islam dlu...mmg tak la nak berbaris ni..hihih...ape2 pon memang menjadi kenangan tu semua...


ni gambar terakhir aku berpakaian mcam ni.aku dulu tak gila kamera, so ni la satu2 nya gambar aku masa kawad kaki dulu.. masa ni aku nak kawad kaki peringkat daerah. dan pasukan aku dapat no-3..=) tahniah2...hihihi...rindu beb nak pakai baju ni lagi.

jika diberikan peluang aku nak sarung uniform tentera.. =) itu yang aku idamkan dari dulu. so tunggu je la satu hari nanti.sama ada dapat atau tak..=)

bersempena dengan hari polis ni jugak aku nak nasihat kat pak polisi yang tidak amanah dan berperangai buruk di luar sana.. anda lah contoh kepada orang awam..jadi ubah dan jadilah polis yang bertangungjawab untuk agama bangsa negara dan yang penting demi Allah..=)

..SEMOGA POLIS TERUS CEMERLANG MENJALANKAN TUGAS..


sekarang ni aku dah selesaikan masalah kunci moto hilang kat dalam rumah, bukan sebab bersepah. tapi sebab lupa letak kat mana...(bukan sama ke??) ahahha

angry bird jaga kunci moto, garang an?

k..

wassalam


Thursday, May 26, 2011

Kluang


Assalamualaikum




dengan bantuan kawan aku ni...terhasilnya bawah ni...=)


gitaris. adik aku, dia ni mula terjebak dalam main2 muzik ni taun lepas tapi nampaknya dia dah kalahkan aku...huhuhu...takleh jadi...aku kene belajar lagi ni....hihih..

kali ni aku nak kongsikan siket tempat aku tinggal....KLUANG.. aku anak jati kluang walaupon aku dilahirkan kat kota tinggi. hihih...

nama kluang diambil dari salah satu gunung yang berada di daerah ini..bentuknya seakan2 sayap kluang. kluang juga adalah salah satu tempat bersejarah dan di kelilingi daerah2 di johor. so kluang ni ade ditengah2 negeri johor.kluang diwujugkan seawal tahun 1910...lama tu...

nak tahu lebih lanjut pasal kluang ni...sila klik DISINI

bawah ni aku ade sertakan beberapa gambar dan suasana kat kluang nie..=)





::wassalam::

Wednesday, May 25, 2011

TERIMA KASIH



Assalamualaikum

malam ni kerja aku terbantut gara2 dah kluar result. dan Alhamdulillah aku pon dah tau... tak perlu la korang tau eah... sebab aku pon taknak bagi tau... namun begitu perasaan ini tidak dapat degambarkan dengan kata2.... GEMBIRA SERONOK HAPPY SUKA selama ni usaha aku tak sia2. dan dengan berkat doa ibu bapa yang tak pernah putus.. mengharapkan yang terbaik dari aku...walaupon keputusan ni tak cemerlang tapi bagi aku aku dah usaha dan ini usaha aku. dan ini la kejayaan aku. agak jatuh dari sem lepas..target pon tak mengena. tapi ALHAMDULILLAH semua Allah izinkan lulus..kepada rakan2 yang tak berjaya, teruskan ye...jangan kata tidak untuk kejayaan selepas ini...masih lagi ada peluang untuk kamu berjaya...kepada yang berjaya TAHNIAH!!!!!!!!!!!!!!!!!.....tahniah juga kepada aku. kerana berjaya... keep it up next sem.. u can do it rahman... SMILE...=)



terima kasih kepada lecturer dan kawan2 yang bg semngt dan beri tunjuk ajar.
TERIMA KASIH

::wassalam::


Tuesday, May 24, 2011

NUR KASIH

assalamualaikum

semalam ari ahad, schoolmate aku ajak aku pergi tengok wayang..aku pon ikut la.. saje je an nak meluangkan masa untuk tengok NUR KASIH.. tak pernah lak aku tgok cerita2 cinta ni. tapi kawan aku nak tgok sangat, aku pon nak tau la mcm mana ceritanya, ape yangbest. dah 1/2 jam masuk tgok cerita tu aku dah rasa boring dah..kesian kawan2 perempuan aku yang takleh nak feeling lebih. sebab aku rasa ade gak yang kelakar cerita ni. pling best masa adik arab tu pakai spect. TERBAIK...kepada kawan2 yang blom tengok. pegi la tengok.

ade pulak aku jumpe makcik tu, dia tanya kat mana nak beli tiket wayang, umur de around 50 lebih kot...hihihi betul la orang tu kata sampai makcik2 yang tak pernah tgok wayang pon akan pegi tengok wayang...hihih..best makcik tu..=)




penat dduk lama, try kene urut sat.


dah penat2 mesti la isi perut..=)


tapi kawan2 dalam kita bersuka ria,masih ada insan yang menderita, aku kesian kat sahabat2 kita yang menjadi mangsa tanah runtuh. itulah dugaan Allah kepada mereka, semoga yang tercedera disembuhkan dan yang tak tercedera dikuatkan hati,

seterusnya marilah kita sedekahkan Al-fatihah kepada sahabat2 yang pergi dahulu sebelum kita..

AL-FATIHAH

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kalangan syuhada itu ada lima 'yakni' orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad).


gambar anak2 yatim mangsa tragedi anak yatim darul taqwa. gmbr sebelum kejadian tanah runtuh berlaku

semoga mereka dinaikan darjat keimanan, dan yang pergi ditempatkan diantara orang2 beriman dan bertakwa. insyaAllah.

::wassalam::


Friday, May 20, 2011

kawan baik aku dah balik!!!!



assalamualaikum

alhamdulillah masa lepas aku siap kerja tadi aku dapat call dari chipsoft, de kata laptop aku dah siap. jadi lepas solat jumaat directly proportional aku pegi amik kawan baik aku kat kedai. sebenarnya dah lama dah laptop aku ni ade masalah skrin. ntah la mcam mana aku buat boleh bergaris2 kat skrin aku..

tadi aku datang je tengok2 berbalut dah...stiker yg aku buat pon dah takde...mula2 tu perh sedihnye la..tapi dah tgok dia punya hasilnya..ok la siket. dia tukar totally baru semua.=)




tgok ni sparuh baru separuh buruk..=)

mmg puas hati skrin de..=)... harga skrin ni rm500 tekejut aku dengar. tapi aku dapat free..=) (ada warranty care pack)....

wassalam

Jalan mana yang kau pilih?

assalamualaikum

ketika pak kasim berjalan2 di tepi sawah sambil memakai payung pink dan memagang plastik berisi kuih pulut panggang tiba2 ade pulak la jalan yang bercabang tiga lepas tu ade papan tanda






kat papan tanda tu dah terang2 tulis jalan yang sesat dan jalan yang betul...pak kasim duduk termangu sambil berfikir sejenak dua jenak dan berjenak2. boleh tolong pak kasim tunjuk jalan tak??kalau korang la jadi pak kasim tu an. korang nak pilih jalan yang mana???

fikir


fikir


fikir


fikir


jalan sesat dalam islam adalah salah satu jalan yang membawa kerosakan kepada umat sekalian alam. namun adakah kita cukup ilmu didada untuk tidak terpesong dari jalan yang nyata ini?

kalau kita drive kereta atau ikut orang , bila salah jalan atau tersalah masuk simpang, kita dah serabut sampai ade yang naik angin salahkan sapa2 yg boleh ,salhkan jkr la,majlis pembandaran la.. tapi kenapa kita terpesong atau silap jalan dalam islam kita payah nak jadi mcm tu?tak pulak salahkan diri sendiri, alasannye "alah siket je, dosa pon dapat siket, bleh taubat"

dosa walaupon siket pasti dibalas, kawan

itu lah manusia..
ajaran sesat ini telah lama bertapak didunia ni, dari sebelum dan selepas kedatangan Nabi Muhammad lagi sudah ada yang mengaku sebagai rasul. katanya mendapat utusan melalui mimpi dan lain2.

ajaran sesat ini juga datang dengan pelbagai bentuk dan nama yang digunakan. ada yang mempunyai asas dari ajaran islam dan mengolah beberapa cara hidup atau syarak. dan ade juga yang mencipta agama sendri dengan mengunakan nama2 islam.

walau apa pon nama dan cara yg berkaitan dengan islam, siket atau banyak. ianya tetap ajaran sesat, yang dibawa oleh seorang individu yang mengasaskan ajaran tersebut. sesunguhnya ajaran sesat ini membawa kesan yang amat mendalam kepada penganut dan nama islam.

kenapa masih ade lagi umat islam yang terjebak dengan ajaran sesat?


::taksub kepada pengasas
::agama islam yang cetek
::inginkan kelainan
::menuntut dan memahami islam degan cara yang salah
::ikut kawan
::ikut orang2 yang dipercayai contohnye ustazah atau ustaz2 yang turut terjebak
::inginkan cara hidup yang lebih mudah

dalam setiap diri manusia pasti ade keinginan untuk berubah dan ingin mendalami ajaran islam yang boleh membawa ke syurga. dalam masa itu lah ajaran sesat ini datang terlebih dahulu dari agama islam yang sebenar dan kurangnya ilmu dalam diri itu akan menyebabkan individu itu boleh tersesat dan terjebak dalam ajaran sesat ini.

::yang paling penting sekali tidak dapat hidayah dari Allah.

macam mana nak membendung?

::pelajari dan memahami islam dengan sebenar2nya.
::mewujudkan akta2 untuk ajara sesat
::mewujudkan pusat2 pemulihan akidah untuk orang yg sesat
::berdoa kepada Allah agar tidak dipesongkan akidah dan ajaran islam.



ade jugak yang terlampau mengikut adat dan keprcayaan orang melayu sehingga tidak dapat dielakkan. itu pon boleh dikategorikan sebagai ajaran sesat.

insyaAllah, marilah kita sama2 berdoa agar kita tidak terpesong dari agama lain atau ajaran lain dan jika diuji mint dikuatkan hati dan kecekalan jiwa agar kita dapat berthan dengan agama yang satu ini.. ISLAM THE BEST WAY EVER ..

::wassalam::

jadi cikgu lagi


assalamualaikum

semalam aku solleh dan munir bergerak ke sk lktp belitong untuk mengajar teknik bermain petanque kepada murid pendidikan khas sk lktp belitong.. mak aku sendiri yang menjemput kami semua.. so takde la boing dduk umah sana an.. kami begerak pada jam 745pagi. sempat jugak la kami main. aku vs solleh. 7 mata untuk aku dan 3 mata untuk solleh. so sape menang? hihihih..munir tak sempat nak main sbb mak aku dah pangil naik atas makan mee kari..bawah ni aku ade upload beberapa gamba...enjoy the pic...=)




















mereka ni ade pertandingan pada bulan julai ni.. harap2 ilmu yang kami berikan akan korang guna nanti. good luck ya adik2.. harumkan nama bekas sekolah abang ni ha...=)


yang ni pulak kenapa??????? petang3 lepas aku abis semua kerja, saja nak lepak kat luar ade la sekali jiran2 aku duduk bersama untuk merapatkan silaturahim. TIBA2 ade asap berkepul2 klua.






::wassalam::

Thursday, May 19, 2011

MASAK lagi...



Assalamualaikum

berkuat kuasa mulai tadi aku masak dirumah ...wah dah mcam suri rumah la pulak. saje je nak test power..yg sbnarnye mak aku sruh goreng je ayam nie lepas tu aku buat macam2.. tekejut mereka2 yang balik...sapa masak??

sampai bertambah adik2 aku makan.. seronok je rasa deorang makan dengan seleranya..hihihi..lagi semangat aku nak masak esok..=)







ayam masak merah. ni la hasilnya lepas aku main campak2 (bajet macam chef je)



sayur kobis goreng. yang ni lagi aku lenjan je masak...nasib bek jadi...banyak gak aku msak. tapi licin semua adik aku makan...selonok selonok selonok

esok nak masak ape pulak eak??? fikir3..hehhehe....ape?? nak tempah? ha boleh la hubungi saya ye...hihih..=P

wassalam

JALAN2 cari MAKAN

Assalamualaikum

semalam masa sarapan pagi abah aku tanya

"long ko ade program kat sekolah hari ni??"
"takde abah..kenapa??"
"abah ingat nak pegi jalan2"
"pegi mana2 ??"
"pegi la mana2, sruh adik2 siap, makan tengah hari kat muar jom"
"orite"

dalam pkul 10 kami bertolak pergi ke Muar. semata2 nak makan tengah hari..hihihih.
sampai je muar terus pegi parit jawa nak makan asam pedas kat tepi laut...hihihih



mane perasan aku amik gambar...masing2 khusyuk...







sedap2




sambal belacan ngn timun(aku mmg tak usik la)




licin tak sempat nak amik ikan tu masih tak berusik..(sebona nye lupa nak klua kamera) hihih..(lapo punye pasal)


on the way balik je singah kat rumah atok aku. lepas tu aku lelap jap. bangun2 ade pulak mee hoon.. makan lagi aku masa tu...hihihi

tak lama tu adik aku potongkan buah jambu batu. makan lagi. tak berhenti masa nak blik pulak ade yang mengait kelapa muda...ha kali ni aku tak makan (full)

sampai balik rumah dalam pukul 6 lebih. huh..memang makan sambil jalan2 sakan aku aritu...

dah tu je aku nak cita..=)

wassalam

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa