Thursday, March 31, 2011

Selamat Pengantin baru


Assalamualaikum...

Abdullah Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallambersabda pada kami: "Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu." Muttafaq Alaihi.

sesunguhnye post ini amat lah terlambat aku post...sory ye sory..
salah satu sbb nye nak tggu gambar mse hari tu...sekarang dah dapat barulah boleh nak post..baru ade semangat siket...hehehe

2 minggu lepas dah majlis nie. aku balik hari khamis. lepas kelas building service je aku cabut balik kluang.. naik bas pkul 12 30. sampai je KL aku sempat tengok HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA tayangan pertama dekat the mines.. BEST... ade org belanja LAGI BEST!!!!
pkul 6 aku bertolak ke kluang.

aku balik dengan jiran aku..kebetulan dia pon nak join gak...sampai rumah dalam pkul 9 lebih...=)
majlis akad nikah dilangsungkan di Masjid ulu penggeli. lepas solat jumaat...



ni lah dia pengantin lelaki, pakcik bongsu belah mak.. dan majlis terakhir dalam adik beradik mak aku.. kalau ikutkan lepas nie cucu pertama akan menyusul. sape lagi kalau bukan aku??. sedia2. tapi lama lagi la..kejar kerjaya dulu.. takkan nak bagi anak org makan pasir je kan...(mentang2 amik civil) kuang3...



ha ni pulak makcik aku dah..dulu dia ni ustazah kat sekolah agama, pernah gak aja aku berzanji. sebelum pakcik aku, aku dah jumpe dulu.. hehehehe...


Alhamdulillah ni selepas diijab kabulkan.. Alhamdulillah dengan sekali lafaz mereka berdua disatukan dengan sah..Tahniah..





ni hero pakcik aku.. org lain sebok tgok orang akad nikah. dia sebok nak berkenalan dengan orang... peramah dia nie..hihih



proses bersalaman..


ni keluarga belah lelaki.. tak ramai yg nak bergambar. semua lari...hehehhe...ni diantara la..


yang nie pulak kawan+jiran aku. dengan dia la aku balik..dah macam bapak org dah..sejibik je muka...



ha yang senyum lebar ni aku la...bawak sirih junjung beb.. tugas besar nie..hehehehe

kami bergerak ke rumah pengantin selepas akad nikah untuk memberikan buah tangan..(tuka hantaran)..

jom
.
.

ni 3 dara pinggitan bawak hantaran.. hehehe. senyum je..


mana satu pengantin??? ha jangan silap pulak.. sebenarnye ni la tujuan aku balik. sampai cabut kelas. mujur ari jumaat smua kelas batal...hehehhe.. sebab diminta untuk jadi pengapit pakcik aku...=)


kat rumah bersanggar..aku tak sempat nak duduk. sempat teguk air je. deorang dah pangil nak berarak...




dah sampai depan rumah, ade pulak tol. ni tengah berunding la ni. tak nampak poket aku nak rebeh tu? penuh dengan duit tol la tu.... nasib bek la dia tak suruh bende pelik3. silat ke hape ke...


hah.. hamik kau. bederau aku kene kerumun..." Hamik kau.. bapak ramai.. ni kat tepi je nie..ade separuh lagi... mujur cukup..dah macam artis dah..."abg2 nak sain...abg!!!!" cepat bang"
hahaha..terkoya la pulak..=)



semoga berkekalan ke anak cucu cicit piut. (yeke) hentam saja la...



ni sebahagian yang datang..yang lain dah turun pegi tggu nak makan...cepat sangat.




jom kita makan pulak....lepas tu kameraman dah penat nak amik gambar..=)

sabtu lepas majlis di rumah lelaki..aku tak dapat balik sebab ade majlis n test. so tak dapat nak kerja sama2 ngn sepupu2 kat sana...

Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.

kepada yang diluar sana yang masih berkemampuan. tak berkahwin lagi.. cari2 lah ye..kerana pernikahan melengkapkan separuh dari iman...insyaAllah...

SELAMAT PENGANTIN BARU....



Monday, March 28, 2011

terpaku seketika

assalamualaikum.

dalam aku membuang masa kat facebook. tetiba aku tertengok org post video silat. so macam biase aku pon klik play la...tiba3 aku rasa mcam aku penah tau ini tempat dan situasi didalam video tu.

sah ni video silat cimande asli. ade 5 org dan salah seorangnye aku. wah macam tak percaya. seingt aku persembahan ni masa aku form 2. agak lama, takpercaya aku dapat tengok balik...tapi sape yang rakam tu aku tak tau..

dah alang3 aku crita la siket silat nie. Oke.

silat ni berasal dari indonesia yang dibawa ke malaysia sebagai salah satu seni mempertahankan diri. tok guru aku berasal dari muar dan mendapat didikan dari sana. silat ni ada langkah2 yang tertentu dan unik, kerana kesenian dan bunga yang pelbagai. dan gaya kesenian itu terpulang kepada pemainnya dan diatur oleh gerak yang sama. 2 haiwan sebagai sumber iaitu harimau dan monyet. aku lebih kepada harimau..=) ganas la konon...hehhehe

aku mula join group ni sbgai batch pertama ditempat aku. dan aku diantara 5 pertama. 3 lagi kawan aku dan sorang lagi adik lelaki aku.. hm aku belajar smpai la form5. dan persembahan yang pertama aku buat di bandar kluang. second aku buat persembahan masa hari kemerdekaan. depan YB..hihihih...

dah lama rasenye aku tinggal. silat pengantin je la yg ok..yg lain dah sumbang rasenye..lama tak practice..

oke ni ha video tu...selamat menonton..=)


Sunday, March 27, 2011

SELANGKAH KE UiTM

Assalamualaikum

tajuk yg agak best. (yeke??) selangkah ke uitm nie bukan ditujukan pada aku. sbb aku rase aku punye langkah dah beribu2 agak2 dah berjuta rasenye. oke tajuk kali ni aku ambil dari nama program yang berjalan selama 2 hari di universiti uitm pahang kampus khazanah alam.

program ini bertujuan menarik minat pelajar lepasan SPM,STPM dan penganggur untuk melangkah masuk untuk study di UiTM.



Ape yang ada disini?

okeh. pelbagai booth dibuka kepada semua pengunjung.
yang mengambil bahagian.

Fakulti kejuruteraan awam
fakulti perakaunan
fakulti sains komputer
fakulti perladangan
fakulti sains sukan
fakulti sains gunaan
fakulti pengurusan pejabat
kelab memanah UiTM pahang.
dan macam2 lagi (malas nak taip bnyak2)

kalau nak tau lebih bnyak lagi dtg ke UiTM pahang kampus khazanah alam

tugas biasa aku.


so pagi2 lagi aku dah kelam kabut sbb kesiangan. mujur sempat sampai.
aku gak diantara yang mem promote fakulti kejuruteraan awam. so rugi kalau sapa yang tak datang. sebab aku ade kat sana. oke semalam aku bertugas dari pkul 8 sampai 530 petang. memang best. pengalaman jumpe dengan student lpasan spm yang xited nak masuk U. bila deorang tnye pon dgn pnglan abg. perh rasa mmg mcm tua.. hahhhaha.. tapi takpe.

kalau dulu aku dduk di tempat deorang yang terpinga2 tak tau hala tuju. kini aku pulak tlong bg tau deorang ape yang patut kita buat lpas spm nie. hala tuju hidup, ape itu diploma, ape tu degree ape tu master, berapa lama kita belajar, ape peluang pekerjaan. totaly yang datang akan bertanyakan soalan " civil engineering ni ape?" ni diantara soalan yang paling penat skali aku nak jawap. nak tau jawapannya? dtg la ke uitm jengka.

masih ade satu hari lagi, jangan lepaskan peluang untuk hadir kesini. first korang bawak IC lpas tu masuk ke kaunter dan buat pendaftaran. lepas tu anda akan disaring dengan memasukan keputusan spm. lepas tu keluarlah apa yang koran boleh amik kat uitm nie. tapi ingt!! kalau tanda pangkah kat kejuruteraan awam, tidak bermakna anda tak boleh dtg ke booth ketorg. kat sana ade macam2, so datang je. amik sedikit ilmu dari kami.=)

semalam mase aku nak balik ade la makcik nie belari2 masuk pusat pameran, aku pon tegur la.
" kenapa makcik?"
" kata tutup pkul 6? skrg bru pkul brapa"makcik tu jwp
" takpe makcik esok ade lagi, bukan harini je"
"yeke? tapi makcik dari kuantan nie"makcik tu jwp lagi.
"oke takpe3 kaunter ade lagi yg bukak makcik masuk je"
kesian beb makcik tu, punye la semangat nak dtg. yg aku geram anak dia kat belakang slumber badak je. tu la eak pengorbanan seorang ibu yg tiada tolok bandingnye. jauh tu kuantan dengan jengka. 2 jam ade. terbaikla makcik!!!

ape2pon nntkan esok hari terakhir.

::wassalam::

Friday, March 25, 2011

Aiming to be Forensic engineering






Assalamualaikum

lama dah agaknye aku tak menjengah blog nie eak..hm banyak kerja dan tugasan yang perlu aku lakukan..

hm saje je bagi tajuk dalam bahasa ingeris tu. tapi aku tetap cerita dalam bahasa Melayu. "bahasa jiwa bangsa" cewah.

okeh ape tu forensic engineer? kejuruteraan forensik. sebelum2 ni ade orang tanye. awak nnt nak keje ape dah masuk kejuruteraan awam nie? "saya nak ambik forensik" cop. bukan forensik tengok3 mayat tu eah. tapi ni forensik yang lain.


amacam ade gaye? hehhehe. jom

okeh ape tu kejuruteraan awam? oke ianya adalah untuk menyiasat bahan struktur atau banguanan yang dah rosak, runtuh, retak atau pon tidak selamat. forensik juga untuk melihat sama ada bagunan tu selamat ke untuk kita duduki? oke dia akan menyiasat kenapa kerosakan itu berlaku. dia akan kaji apa bahan yang dia guna. dan lepas dia tau ape yang menyebabkan kerosakan atau kruntuhan bgunan tu. dia akan bg cadangan kepada kontraktor ape yang patut dilakukan untuk meng "upgrade" bangunan tu supaya selamat diduduki. dia juga akan jadi seperti dr. memang best. aku gak diberitahu tak ramai yg ceburi bidang nie. jadi permintaan untuk bidang amatlah tinggi.

oke kalau doktor ade nie.

ni alat untuk cek orang. duk dak duk dak. cek jantung ke ape ke.

kala kejuruteraan forensik ade nie.



ha ni nama nye pundit test machine. ni untuk cek bgunan tu. sihat ke tak sihat. so forensik akan cek. ade satu lagi alat.

ni pulak rebound hammer. ianya untuk cek kekuatan batu atau konkrit tu. boleh tahan ke tidak.




ha ni pakcik tgh cek dinding ni selamat ke tidak. sama ade tahan untuk beban yang tinggi atau tidak.


ha ni pulak khusyuk cik saleh tu cek. ni pon pakai rebound hammer jugak. ni tgh cek knapa jejambat ni boleh runtuh. okeh..


hm sedih kan bila bnyak bangunan yang runtuh dan rosak. ini adalah kerana kelemahan manusia. tak lari jugak runtuh nye bgunan atau binaan adalah kerana manusia yang tidak bertangung jawab yang mengamalkan rasuah dan tidak jujur dalam menjalankan tugas sebagai jurutera.

ni lah serba sedikit pengenalan atau ilmu yang aku ada untuk dikongsikan. kalau ade maklumat dan kekurangan bg tau la ye...

doakan jugak aku supaya tercapai impian nie. boleh aku cek rumah korang nnt. selamat ke tak selamat..hihihih.

::wassalam::

Thursday, March 03, 2011

Hasil kerja last minit.


Assalamualaikum.

Dalam kehidupan kita ni memang tak sah kalau takde kerja atau tugasan kan?

Mau yg formal atau pon tidak formal.

Apa yang aku nak sentuh hari ini adalah sikap kita yang suka buat kerja last minit. Letih tu, letih. Sem ni banyak pulak kerja aku. Lab report macam2 lah. Dengan testnye. Tapi masalahnye kenapa kita perlu buat kerja last minit. Banyak keburukannya lah aku rasa.

Keburukan

Badan dan kepala otak penat

Kualiti kerja berkurang

Tak sempat nak cover semua chapter (kalau exam)

Buat kerja tergesa2.

Kalau tak tau buat tak sempat nak refer lecturer.

Tak boleh nak cek kerja tu.

Menyusahkan orang lain.

Kene beratur panjang (kalau kat kedai2)

Kebaikan

Aku rase takde kebaikan buat kerja lambat nie.

See.. korang pon Nampak. Tapi kenapa buat lagi? Ntah la aku pon tak tau. Sbb aku pon jenis yg mcm ni. Study last minit,buat keje last minit. Haish…

Tadi masa aku gunting rambut sempat jugak bualkan topik nie. Aku mula bukak crita.

Biasanya kalau kat kedai gunting rambut nie pakcik tu kata musim2 cuti mmg siket lah, orang buat dono je rambut panjang ke pendek ke. Nanti tengok la kalau dah nak sekolah. Pakcik tu pon takde rehat. Berduyun nak gunting rambut. Bila lambat marah. Tak pernah pulak nak salahkan diri sendri “sapa suruh tak pegi awal” esok nak sekolah arini baru potong.

Aku pon mencelah. Semua nak last2 minit. Pakcik tu pon tambah.

buat kerja last2 minit ni dah jadi budaya bangsa melayu kita sendiri bila dah lambat mula nak marah3. Ni la bangsa kita. Agak2 bila nak berakhir budaya last minit untuk orang melayu nie?

tgok klu dah ramai2 mcm ni...tak sangup aku

gambar by: pakcik google

Sekarang nip on korang mesti tengok an? Berita (pembayaran saman) apa jadi? Dah nak tarikh tutup baru nak serbu, baru nak bayar, baru nak cek, bila dah penuh suruh bukak kaunter tambahan, kalau lambat macam biasalah “marah”. Tak pernah nak salahkan diri sendri. Bila dah tau akibatnya masih lagi buat kan? Aku pon nak nasihat diri aku sendiri ubah la ubah. Jangan la jadi mcm nie. Try slow2 kita buat kerja tu bagi awal. Takde la sakit. Takde la serabut ,tak bolok.

Arini aku buat rambut baru…hehhehhe…takde botak2 dah…=)

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa