Sunday, January 30, 2011

::bUmiku dibasahi hujan::


assalamualaikum

hari ke2 aku kat rumah. hujan masih lagi lebat. pagi2 aku bangun aku pergi kedai lepas tu aku beli la ape2 yang patut lepas tu aku beli majalah solusi.


tajuknya "Tanpa Akhlak Rosak ibadah"
banyak ilmu yang boleh kita dapat dari buku nie. mengajar mcm mana nak khusyuk dalam solat, pengurusan akhlak dan macam2 lagi. aku pon tak abis lagi. penulisnya dikalangan orang2 yang terkenal.dapatkan dipasaran...=)

lepas tu belah petang ujan makin lebat. tiba2 adik aku jerit dari dapur air masuk.. hmm aku pon kaji macm mne air boleh masuk.(cewah) aku tengok air bertakung. laluan air ade satu je. lepas tu aku pon ape lagi
aku ketuk tembok rumah sebelah. buat lubang.hihihihi..mujur dia tak marah..lepas tu aku pasang salur pakai kepingan aluminum terus ke longkang..mujur cepat, rumah aku dah tak naik air.


malam ni dah kurang..tapi masih lagi gerimis. insyaAllah rezeki Allah. bila hujan lebat ni adalah salah satu masa yang mustajab untuk berdoa.

wassalam.


Saturday, January 29, 2011

Hujan mengiringi pemergiannya.

Assalamualaikum.

ape kabar semua?
harap sihat je ye.
arini ari pertama aku kat rumah. baru balik dari U.
arini gak ade majlis kahwin kat rumah kawan aku merangkap jiran sebelah rumah.(tapi aku tak jumpe pon kawan aku tadi)
aku pegi saing abah lepas tu jumpe la orang2 kat sini. ayat biase yang orang tanye. " baru balik ke? lama cuti? balik bila? sampai bila? soalan yang wajib aku jawab setiap kali aku balik. hehhehe..(bajet terkenal an?) kuang3.

lepas aku makan je aku dengar orang riuh..rupa2nya bilal rahim pengsan.aku sempat jumpe dia tapi dia tak tegur aku tak macam hari3 biasa. cik rahim yang dikenali ramai dengan pangilan bilal rahim agak ceria, suka menghiburkan dikala majlis2 keramaian cik rahim memang best. lepas dia pengsan tu cepat2 anta hospital. maybe dia penat sebab dia jugak tukang masak tempat aku( sedap dia masak).aku pon dengar semalam petang dia pengsan jugak.

tak lama lepas tu aku balik dan sempat guling2 depan tv. lepas tu ade call, adik aku yang angkat. "innalillah" itu yang keluar dari mulut adik aku. " bialal rahim dah meningal". alangkah terkejutnye aku mase tu. dia tengah sehat2 tadi bebual dgn orang macam biasa. dan dalam kurang dari 1 jam dia dah pergi tinggalkan kami semua. aku rasa kehilangannya. hilangnya seorang yang baik hati, suaranya yang mengejutkan aku ketika subuh, sedap suara dia. aku tulis blog nie sbb aku kenal dia dan dia pon kenal aku selalu tegur kalau selisih. tapi hari ni tak mcm biasa aku tak sempat nak berbual dengan dia dan dia tak tanya soalan biasa kalau aku balik. Allahyarham sudah pon selamat dikebumikan petang tadi. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. pemergiannya senang..
::semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman::
::Al-fatihah::

sebelum dia meningalkan kami dia sempat hiburkan kami dengan lagu nie...

wassalam.

Monday, January 24, 2011

sebok kembali...

Assalamualaikum.
ape kaba semua?
hm ape yang anda buat hari ini? baik ke buruk?
okeh arini dah masuk minggu yang ke 4 aku berada di UiTM nie. kerja pon semakin banyak semakin mencabar. kerje bertimbun2 (bukan tanguh ye) memang dah banyak. nampaknye kene susun jadual baik punye. hm sem ni jugak aku terima satu tugasan, setiap part 4 dia akan handle dinner fakulti so aku diberi tugasan bahagian persiapan tempat & multimedia. hahahha..agak berat tugaasan tu. tema sem ni "masquerade, Royal blue & purple" hmm lepas aku dengar tema tu aku dah mula pk ape yang patut aku buat..hmmm korang ade idea? aku kene disgn mcm2. tapi aku langsung takde idea untuk tema nie. sebab aku masih lagi kabur mcm mane konsep tema nie.. ade yang kata ala2 ingres lama. ade yang kata macam diraja. ade yang kata ape2 pon boleh hmm aku pon masih lagi fikir. aku kene fikir untuk buat gimik untuk dinner nie. ketorang punye Gen ade 9 kelas so.. perlu la menunjukkan hasil 9 kelas.


ni hasil sentuhan 15minit. sebelum aku tido..pening2..
lepas ni kalau ade lagi aku akan upload...hm esok malam dah meting dah..nak tgok hasil kerja...

malam tadi aku celebrate classmate aku punye birthday. aku pulak takde mood.. lpas makan aku terus keluar. sory ye kawan. tapi aku tengok semuanya happy la. ade lak yang sponser kek. bgus betul.

oke ckup la setakat ini..k

::wassalam::

Alhamdulillah tingal 5 lab report je yg perlu aku buat..kerja lain aku dah siap...hehhehe....

Tuesday, January 18, 2011

rakan ke 50

Assalamualaikum..

tahniah2



aku dah pegi blog dia. banyak ilmu yang anda boleh dapat dari situ.
terima kasih kepada owner blog nie sbb sudi mem"follow" blog yang tidak seberapa ini..

wassalam..

Ape Nak jAdi budak masa kini?


Assalamualaikum..

ape korang rase kalau ade budak kecik yang petah berkata2?

apa yang korang rasa budak kecik dah pandai mencarut?

ape korang rase kalau dengar budak kecik ejek2 korang?

hmmm..tapi korang mesti kate.."alah budak kecik..buat ape nak dilayan kan?"

bukan dari sudut itu yang perlu kita lihat. tetapi kita perlu memikirkan dari sudut yang jarang orang fikirkan. cuba fikirkan sejenak. adakah itu generasi yang akan menaikan agama islam nanti??

ada 2 situasi yang aku baru kena.. semalam dan hari ini.

semalam aku macam biasa, beriadah petang2. memandangkan kelas abis awal. so boleh la nak beriadah. aku pon main bola tampar (bukan tere sangat pon). kat situ gak ade budak3 kecik yang main bola, ade yang main badminton( nak ganti misbun). kadang2 tu aku perhati je gelagat budak2 kecik kat situ. dia punye bahasa ( nauzubillah) mmg agak tidak sesuai untuk dikeluarkan dari mulut budak kecik seperti itu. dengan perangainye..kurang hajaqqq.. aku kadang3 geram jugak. nak tolong kita ambikkan bola. tapi tak reti sabo+bajet.. panas je aku..nak je aku sepak bola tu kat kepala dia.. (sabar2, cool.)lepas tu aku dah mals nak layan..lantak la bola dia pegi mana pon..


tengah hari tadi aku nak pegi makan. masa on the way nak pegi dewan makan. lalu la kat tadika perpaduan UiTM nie. aku terserempak ade budak kecik nie tengah ejek student UiTM. " abang gemuk, dah la gemuk buncit pulak tu," macm3 lagi la yang dia keluarkan. yang budak tu gelak je..haish. kawan aku pon penah kena. masa lalu kat situ ade budak ejek " a..a.. abang pendek". kesian kawan aku.

tapi bila fikir balik patut ke budak tadika, budak kecik lagi, boleh mengeluarkan perkataan2 seperti itu? aku kadang2 sedih. aku faham. aku pon pernah kecik.bukan aku ni baik sangat. tapi aku tak pernah mencarut, tak pernah nak marah2 orang yang lebih besar. memang tak berani. terima kasih pada mak ngn abah yang didik along macm nie. hm tapi budak zaman sekarang senang je keluarkan pekataan yang pelik2, mencarut, merapu. haish sedih3. mane yang boleh aku nasihat tu. aku nasihat. kadg2 dapat gak starlight kat dahi tu. berani la mencarut depan aku.

melentur buluh dari rebungnye. kita sebagai abang, akak, dan bakal jadi bapak , jadi ibu. didik la anak2. jangan mudah sangant nak mencarut. kerana mulut badan binasa. satu je perkara yang mudah untuk mengeluarkan perktaan2 yang baik dari mulut. didik dengan Islam. didik dengan Al-Quran. nasihatlah adik2 kita, nasihat la anak2 kita. nasihat jugak kanak2 yang tak tahu supaya dia tahu patut ke dia sebut perkataan tu.

aku jugak nak tegur kepada guru2 bakal2 guru. tugas kita mmg mendidik. tapi perilaku kita perlu lah baik..didik akhlak kita agar murid anda mengikut akhlak yang mulia yang dicontohkan dari kita. guru akan membentuk beribu anak yang akan memajukan Islam kelak.. jadi.
renung2kan lah kawan.


p/s baru edit.heheheh. tah anak sape aku amik jadikan model...

wassalam..

Thursday, January 13, 2011

Cuaca Sejuk, Aku Panas

assalamualaikum

dah masuk 2 minggu aku kat U nie...lame tu..macam2 dah yang jadi..jumaat aritu aku ditimpa musibah. kene demam panas. lepak aku.satu bende tak leh buat...tapi semalam aku dah elok dah pon. Alhamdulillah..ade yg bagi semangat kat aku. terima kasih.macam2 sidia suruh buat..suruh ini suruh itu...hehheheh..telinga aku pulak bedesing je panas, tak tau la kenapa..hmmm



housemate aku pon demam saing aku. dia lagi terik..banyak kali jumpe Dr untuk mendapatkan rawatan. n kelmarin timbul bintik2 merah. lepas di cek, dia disyaki kene demam denggi.. (nauzubillah). Alhamdulillah aku tak terkena..

sepanjang semnggu lebih aku kat U nie.macam2 dah yg jadi. yang geli hati yang sedih yang masam yang panas. semua dah aku terima, pengalamn duduk luar pulak. baru merasai kepayahan nak duduk luar..huh..mcm2 dugaan yang aku terima. berurusan dengan orang diluar( selama ni bapak aku je yang uruskan.) tapi bagus gak ni salah satu persiapan untuk berkeluarga...kene bersedia..hehehhee..penerimaan orang kat taman yang aku duduk tu pulak ok la..pakcik2 kat sini semua senyum je.. bertegur la senang cita..hehhehe...dak dibandingkan tmpat lain..aku nak tegur pon takut..muke masam..

kelas dah mula. kerja pon dah banyak..FB aku tutup..(jngn tanye kenapa) hati terluka..hmm...

sekarang ni pulak aku tengah tggu nak masuk makmal..untuk buat kajian...pasal kekuatan bangunan...best2..=)

demam dah ok..petang ni aku nak join main bola tampar..=)

wassalam..

Wednesday, January 05, 2011

Akhirnya

assalamualaikum.

macam mana hidup anda hari ini??

Alhamdulillah aku sihat dan gembira sangat arini..aku dah pon dapat rumah baru..segala2nya lebih baik dari yang sebelum ni. petang tadi lepas balik kelas pkul 4.jumpe dengan orang uitm. lpas tu dia terus setuju lpas tengok kitorg yg handsome3 nie...hehhe..(takde la sangat). dia terus bawak kami ke rumah yang dimaksudkan. alangkah terkejutnya aku dapat rumah yang tak pernah disangka2..
cukup lengkap..kalau korang nak tau..kami pon dapat kereta BMW.. perh tekejut jugak mula2 tapi ape nak buat dah rezeki..hihihi..(sebenarnye mmg dah ade dpan rumah, takleh gerak pon) kuang3..

ape3 pon aku memang bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan ni..Alhamdulillah..ni la hikmahnya.

wassalam

Tuesday, January 04, 2011

Dugaan yang tidak disangka

Assalamualaikum..

Dugaan? cubaan? rintangan?

Semua itu datang kepada kita untuk apa?

arini dah start kelas hari yang ke2. tapi hanya calculus je yg aku dah belajar.yang lain mnggu depan baru nak mula..so kelas balik cepat..dugaan sem ni nak kene berjalan dari depan ke fakulti. punye la jauh. mau kurus aku nanti..tapi untuk mendapatkan ilmu.aku tak kesah walaupn kadang3 mengeluh pon ade gak.huh..

tadi cube timing bape jarak masa kitorang bejalan. hahhaa..mane la tau lambat..so kene la langkah lagi besar.. tapi aku takde masalah untuk itu..jalan laju...ahahha..

arini gak aku ditimpa masalah rumah...hampeh la rumah yg aku sewa nie..haish...tapi esok pagi kitorg dah sepakat ramai...(dgn housemate) nak cari rumah lain..krang doakan eah kami dapat rumah yg lebih selamat dan selesa.=).

dugaan yang aku terima ni insyaAllah aku akan jadikan iktibar. aku taknak la jadi tuan rumah macam tu. cekik darah student.

kenapa kita ditimpakan dengan dugaan, rintangan dan cubaan??
( tanye lagi eak?) hihihi

dugaan itu datang dari Allah untuk hambanya. dan dugaan yang diberikan hanyalah kepada hambanya yang sedia menerima dan sangup menghadapinya. jika kita ditimpa dugaan ini adalh kerana kita boleh menyelesaikannya. ingatlah Allah masih lagi mengigati kita. ini bermakna Allah masih sayang kepada kita.

dugaan juga ditimpakan kepada kita juga untuk menaikkan taraf iman kita untuk menguji tahap keimanan seseorang hamba. selain itu dugaan ini juga dapat menghapuskan dosa2 kita. insyaAllah. YaAllah semoga hambamu kuat menghadapinya agar tercapai tujuan hidup ini. hambamu sangat memerlukanmu, sangat lemah untuk melebihimu, Kau tahu apa yang ku inginkan. bantulah dalam urusan hidup agar menjadi lebih mudah.

sedang 2 orang memancing di sungai, sorang darinya sering dapat ikan, dan sorang lagi sebalinya, maka malaikat bertanyakan kepda Allah. mengapa Kau buat sedemikian rupa? maka Allah menjawab. "salahkah aku ingin menguji orang itu dengan kesusahan untuk aku ganjarkan kejayaan yang lebih baik? dan aku biarkan orang dapat ikan yang banyak"

wahai manusaia ingatlah jangan pernah menyalahkan takdir. jangan pernah mengalah. dan sering mencari hikmah jika ditimpa kesusahan. semoga sahabat semua kuat untuk menghadapi dugaan yang lebih selepas ini.

esok kene bangun lagi awal..so kejut aku eah..=)

kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. sekiranya ada ilmu yang aku sampaikan "salah" harap diperbetulkan...

wassalam.

Saturday, January 01, 2011

Aku sakit lagi..



Assalamualaikum.

penah sakit kepala???
mesti pernah kan?
aku dah kene balik U esok..so kene la kemas2..lepas kemas aku tringt gambar2 kat laptop lama...so aku cari la..aku klik satu per satu folder yg ade..

lepas tu aku jumpe folder gambar kem motivasi 2008..masa tu aku form5.
aku tgok la video..paham2 je lah kalau dah tak profesional tu..amik gambar gegel...gegar sana gegar sini. kepala org tah kat mane3...tapi aku tengok la jugak..

tiba2 aku dah pening kepala...mata aku mula kabur..ish takleh jadi..so aku berhenti tngok...oke siket..tapi mabuk tak ilang..nak muntah aku..pening3..sampai sekarang nie..yaAllah..sakitnye tuhan je yg tahu...



sekarang nie dah oke..tadi aku g blog member aku..jumpe gambar nie..

aku teringat roomate aku...sebab dia minat sangat kat pelakon nie..
..Al-Fatihah..
..kepada..
::muhd syukri b ali::
..semoga dia aman disana..

..lepas tu tadi aku tengok berita pelakon ni..
..faizal yusuf..


..Al-Fatihah..

..begitu mudah Allah mengambil mereka dari kita kan? kunfayakun..
sesungguhnya Allah berhak berbuat demikian.kerana semuanya milik Allah
dah masuk tahun baru ni ingatlah sahabat umur pon dah bertambah ini bermakna ajal semakin dekat dengan kita..

bersedia untuk bekalan nanti

..aku pon nak balik esok..doakan aku selamat ye kawan2..

wassalam

anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa