Saturday, September 26, 2009

MaLang TaK BeRbAu

KENDERAAN??????? ADA APE PADA KENDERAAN????????



kali ini aku nak memenuhkan blog aku ni dengan satu kisah benar...yg memang benar........


dalam korg sume tngah beraya...aku pon nak pergi raya gak...so perjalanan bermula dari rumah aku kat T6....menuju ke mersing,untuk pergi rumah maklong aku....kami bertolak pada jam 5 lebih....hihihihi....perjalanan bermula dengan biasa..takde ape3 yg berlaku...biasalah bila dah jauh siket berjalan kan????aku pon baru nak melelapkan mata..tiba-tiba!!!!!!


van yang dipandu abah aku de langgar dari bahagian belakang...lalu terbabas ke bahu jalan...dan terlanggar tembok kecil...aku tersadar,dan memastikan fmliy aku dalam keadaan baik,...sdngkan aku sndiri terasa sakit krana terhantuk....tapi aku tak kesah...aku kluar...dan mendapati sorang budak cina skolah mngah datang ngn slumbernye yang hanya cakap..."soly,soly,soly"...entah knape. aku tiba2 berani untuk marah org macm tu skali....Tp Alhamdulillah hanya van je yang masuk hospital...kami sekeluarga takde ape3....nak tengok ape yg berlaku????



check this out!!!!




kesan break.....
skng nie kita tngok ape yg trjd pd kta yg langgar kami

peh, tak sakit ati ke?????klu ikutkan ati aku nak hntak2 je kreta de....
Tapi takpe...tu la taik lembu berbau, malang tak berbau..so dikesempatan ini aku nak mengucapkan Ribuan terima kasih diatas sape3 yang berhenti dan menyumbangkan pertolongan...saya berharap kpada semua yang nak memandu pk la klu nak memandu..jngn disebabkan ksalahan anda orng lain yang menangungnye......
dengan ini rasmilah pada tahun ini kitorg pn join sekali ops sikap 2009....
"sesungguhnya setiap ujian yang berlaku ada hikmahnya.itu jelas membuktikan Allah mengasihimu setiap masa,diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan, hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya."
semoga kita tergolong didalamnya.....amin






Tuesday, September 22, 2009

Hari RaYa Bersama KeLuarGa


Selamat Hari Raya aku ucapkan kepada pembaca Blog Ini....First skali aku nak kongsi ngn korang sume cerita hari raya taun ni....


k first skali macam biasa bngun pagi, mandi , pkai baju raya n pegi solat sunat AidilFitri...

n then bermaaf-maafan bersama kluarga....kat sini aku kongsi sedikit gambr2 yang sempat aku tangkap...pertama skali ni gambar aku ngan bonda tercinta.dipagi raya.....
nie pulak ngn Ayahda aku.... hari raya pertama 2009...in memories.... yang nie pulak bergambar ngn nenek aku....yang tengah tu.....de baru je lpas wat pembedahan mata...tapi tetap semangat untuk raya....hihihihiha ha yang nie pulak ngn adik aku yang b0ngsu.... yang nie pulak bukan nak promote air ni....tapi saja je nak ajak bergambar










Sunday, September 20, 2009

Puasa dah entek....

Alhamdulillah...selesai sudah kewajipan kita pd tahun ini untuk berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini...semoga kita akan bertemu lagi dengan bulan ramadhan ini pada tahun hadapan untuk merebut kembali keberkatan....
Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada pembaca blog ini..maafkan saya sekiranya ada salah dan silap sepanjang saya menulis blog ini dan diharap anda semua dapat meraikan kemenangan kita selepas ramadhan ini dengan cara yang betul...bak kata ustaz Zul(yg aja CTU aku) ingat..BERAYALAH DIATAS KEMENANGAN KITA BUKAN DI ATAS PEMBEBASAN SYAITAN.... oleh itu marilah kita tingkatkan lagi amalan kita.jngn lah kita beramal hanya berada dibulan ramadhan..teruskan beramal dengan perkara yg membawa kebaikan.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, September 11, 2009

10 MALAM TERAKHIR

10 malam terakhir ramadhan sudah pun bermula, kalau diibaratkan 10 malam ini seperti grand sale di buti kegemaran atau shopping compleks, menawarkan harga istimewa buat pakaian terbaik untuk pelangan bertuah. Diantara salah satu malam ini adanya malam terpilih iaitu malam yang baik dari seribu bulan. inilah ia malam lailatul qadar.

maka bermulalah pencarian malam lailatul qadar kepada semua muslimin. Rasul s.a.w bersabda:
"sesunguhnya bulan yang mulia ini telah menziarahi kalian, disana terdapatnya malam yang baik dari 1000 bulan. barang siapa yang menjauhkan diri daripadanya, maka dijauhkan daripada segala kebaikan yang ada padanya. tiada orang yang dijauhkan daripada segala kebaikan kecuali orang yang selayaknya"
(ibnu Majjah)

dari itu marilah kita wahai muslimin dan muslimat menghidupkan malam yang penuh keberkatan ini. jangan biarkan ia berlalu tampa kita rebut darinya...


anda juga ingin tahu ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Masa